9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, March 11, 2011

semangat yang hilang

My kat office. Tapi hati dah tiada di sini, sebab hati dah sampai ke kampung halaman bersama bonda dan ayahanda terchenta. Dah sebulan lebih tak balik wooo.. So, hanya jasad dan jari jemari yang masih berada di sini, menanti flight jam 7pm nanti..T_T hurm… hati rasa tak senang.. entah kenapa.. fikiran melayang-layang.. entah ke mana.. hey My!! Wake up!!!!

Lately ni My rasa semacam je. Rasa macam dah tak semangat nak datang kerja. Rasa bosan sangat lama-lama di tempat kerja. Pernah haritu masa tunggu si dia datang menjemput, kena tunggu lebih lama walaupun telah habis waktu bekerja. My rasa macam tertekan sangat. Keep on messaging him pukul berapa boleh ambil? Berapa lama lagi nak kena tunggu? Sebab macam dah tak tahan berada di sini.. mengadap lappy.. arghhh! My keluar je office, dia jemput, tiba-tiba je airmata ni laju turun.. entahlah… My tak tahu kenapa. Macam rasa ada benda berat yang sedang hempap kepala My.. Rasa macam tertekan sangat-sangat. Rasa macam dah penat sangat-sangat…. T__T

Apelah My ni kan.. Lepas habis belajar, daripada practical akhir 2009 dan terus bekerja sampai sekarang baru setahun lebih tempoh My bekerja.. Tapi My dah ada rasa macam ni. Lainlah kalau orang dah 54tahun.. dah nak retire dah ada rasa bosan n maybe nak cepat-cepat retire sebab nak berehat sahaja. Arghhh.. Tapi inilah yang sedang My rasakan sekarang…. Y’ols cakaplah apapun, Tapi inilah yang membebankan kotak fikiran My sekarang!T__T

Entahlah.. My pun tak tahu apa yang My nak.. apa yang My tak puas hati sangat dengan kehidupan sempurna yang Allah dah kurniakan ni.. Kalau kata My bosan dengan pekerjaan sekarang, dari dulu lagi My dah blah and tak terima position ni masa boss bagi offer permanent staff. Begitu juga kalau My tak suka dengan company dan orang-orang di dalamnya sudah tentu My dah lama angkat kaki. Tapi tidak… bukan kerana itu… and sebab tahu rasa bersyukurlah.. sebab tahu rasa beruntunglah My masih dan terus berada di sini…

Sekarang ni, kalau bangun pagi nak ke tempat kerja.. bunyi je jam loceng tepat jam 6pagi.. My bukak mata dan biarkan alarm tu snooze for 5 minute seterusnya.. Sebab apa? Sebab My rasa berat sangat nak bangun. Sebab My rasa malas sangat nak ke office. Sebab My tak ada hati tak ada semangat nak bekerja. Sampaikan baju yang nak pakai ke kerja pun My dah lama tak iron.. bukan tak iron baju pergi kerja ye y’ols My tak iron baju tu awal-awal sebagai contoh iron malam sebelumnya.. ataupun tak iron masa weekend untuk seminggu punya baju terus. Sebaliknya, time nak pergi kerja pagi tu, time tu lah terhegeh-hegeh nak iron baju.. iron suar.. iron tudung… Semuanya sebab apa? Sebab semangat yang dah hilang.. sebab hati yang dah tawar… T__T huh… My….My….
ihsan google
Lately ni, rasa tak semangat tu semakin membuak-buak. Ibarat bisul yang dah bernanah tinggal masa nak pecah je.. Kenapa My rasa macam ni? My dah bosan ke? My banyak tekanan kerja ke? My tak suka dengan orang berada di sekeliling My ke? Ya Allah… kenapa dengan My ni……kenapa ni?...T__T…  Entahlah…! Patutnya, jawapan kenapa itu ada pada diri My sendiri! Tapi My sendiri tak mampu berikan jawapan yang tepat!

Ya Allah My.. kalau hati kata tak suka.. maka tak sukalah jadinya.. Kalau hati kata dah tak ada semangat maka memang tak bersemangatlah jawabnya! Please dun be like this.. Kerja kena ikhlas.. baru gaji dapat berkat.. hurm.. Entahlah.. mungkin ini semua Cuma perasaan My je. Setan punya kerja ni… jadikan My seorang yang malas bekerja! No! Jangan dengar bisikan iblis!

My maybe terlalu penat… Badan ni bukan robot.. sesekali perlukan rehat yang panjang.. Kan weekend tak kerja? Hurm, not enough….T__T… Sejak habis practical.. My tak pernah berehat panjang… tak pernah langsung! My dapat offer temporary staff.. and continuously bekerja sebagai permanent staff.. Sudahnya, memang tak ada rehat langsung…T__T  Masa mula-mula dapat sambung kerja dulu, My pernah request nak cuti panjang sikit since HR pernah cakap My entitled untuk bercuti walaupun In probation period tapi ikut pro-ratelah. It’s depends on boss punye consideration aka budi bicara. Tapi apakan daya, boss My tak macam orang lain so My terpaksa akur dengan takdirNya tidak dapat bercuti lama.. Raya pun tak cuti panjang.. tu pun bernasib baik je dapat 1 hari…T__T… Masa tu dah tak banyak kerja.. apalah salahnya My cuti beberapa hari kan…T__T…  

Yela, memang My patut bersyukur, di absorbkan terus bekerja di sini di mana My praktikal sebelumnya. Dulu nak terima position ni My ambil sikit masa fikir.. Akhirnya, atas nasihat.. My terima.. sebab orang kata.. rezeki macam ni tak selalu dapat.. So, untuk mengelakkan My tak dapat rezeki seperti ini di masa akan datang kerana menolak.. so, My terimanya dengan rasa bersyukur sangat-sangat. Cuma, My perlu berkorban sikit sebab lepas belajar sekian lama.. lepas praktikal.. My tak dapat berehat panjang. Dulu dah berangan, lepas praktikal nak berehat dalam 2/3 bulan kat rumah pastu baru pikir pasal kerja. Yela.. otak dah bersimpang siur.. Perlukan masa dan charge balik tenaga dengan merehatkan otak seketika waktu.. Namun apakan daya….

My confirmed last month, (after 6 month probation). Lepas ni, entah berapa lama My boleh tahan lagi… (jangan doa-doa!).. Harapnya, My terus berada di sini sebab My masih diperlukan. (yeke?)… But, who’s know right? Rezeki kat mana-mana pun ada.. Cuma berani atau tidak untuk mencari.. dan menghadapi… hurm.. entahlah….

K lah, My dah mati akal… till then!

p/s: i'll be away to my hometown, Segamat Johor for coming 3 days!! so mode would be offline ya! dun mish me much...! (erk pasan~)

1 comment:

putribongsu said...

sama lah kite pon. g dgr lagu xpdc semangat yg hilang. (cam status gtalk i je...hihihi)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers