9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, March 29, 2011

siapa kata perempuan memandu bahaya???!!!

Ada sape2 dengar Hot Chat kat HotFm harini? Gara-gara Bung Mokhtar bersuara di Dewan Rakyat semalam maka jadi perbualan hangat plak di Hot Chat pagi ni. Sudahnye, ramailah pendengar wanita yang hangat + hangin menelepon ke konti hehe. Pakal lah My tengah drive kalau tidak mahunya My pun berlumba-lumba nak call. Nak cakap kat FBI and AG yang menyokong kenyataan itu.. ‘chantek skettttt’….

Yeke wanita ni memandu berbahaya? Macam mana yang dikatakan berbahaya? Bagi My, pemanduan yang dikatakan berbahaya adalah pemandu-pemandu yang memandu melebihi had laju sehingga membahayakan orang lain. Jangan kata kat lebuh raya je, kat jalan-jalan biasa, kampung-kampung pun dia tak sabar kalau boleh nak pecut selaju-lajunya. Selain itu, mengekori kenderaan di hadapan terlalu rapat atau memotong dengan cara bahaya di mana ianya boleh mengakibatkan kemalangan. Ha.. tu bahaya gak tuh.
sumber google
Biasanya siapa yang y’ols nampak buat macam tu?? Siapa??

Lelaki hoke! Lelaki ni biasanya berlagak macho.. Kalau tak memandu laju bukan lelaki namanya an an.. Lagi-lagi kalau nampak awek kat jalan raya tuh.. Kononnya nak menunjuk lah dia terrer memandu, bawa jaguar.. berdesuppppppppp tekan minyak… poyo la kauuu… My pun bawa laju gak kadang-kadang tapi takdelah sampai lebih had laju.. takdelah sampai habis pedal minyak tu My tekan.

Pastu tak boleh belah kalau main cucuk-cucuk kete masa kat lane kanan. Kot ye pun kete kau tu laju bebenau takleh lawan had kelajuan satria capuk aku tu kan… naiklah lampu tinggi.. toksah lah nak cucuk2. Secara tak langsung boleh buat kenderaan depan tu gabra tak pasal2 taw.. haaa.. bahaya tuh! salah sape?? Eh My kalau ada kat lane kanan.. sentiasa alert dengan cermin belakang hoke. Ada kereta datang dekat memang My masuk lane tengah, bagi laluan.  Nak cakap perempuan gak memandu laju??

Oooo.. perempuan selalu bergayut kat telepon time memandu?? Habis lelaki tak?? Tu yang jenis suka merokok masa memandu tu… elok sangat ke?? Eh bahaya jugak taw.. merokok plak tu.. buatnya meletop kereta tu??? Haaa…! Bahaya bahaya… lelaki tu lelaki…

For me, nak kata ‘merbahaya’ tu macam terlalu kasar. My admit mungkin sesetengah wanita suka memandu terlalu perlahan.. diorang drive perlahan tu mungkin sebab terlalu cermat… My admit wanita ni kadang-kadang suka tukar lane lambat bagi signal.. atau mungkin tak bagi signal langsung.. atau.. main masuk je sampai orang belakang bagi break emergency.. Eh, tapi My selalu je nampak lelaki buat macam tu? Sebab My biasa naik motor kat jalan yang sesak dengan kereta.. and selalu sangat nampak lelaki buat macam tu.. kena honnnnnnnnnnnnn panjang kat dia baru nak sedar yang dia sedang membahayakan nyawa orang lain termasuklah penunggang motosikal hoke!
sumber google
Bukanlah tak boleh terima apabila ada orang yang mempersoalkan cara pemanduan wanita.. tapi, harus ditimbal balik di mana lelaki juga sama je. So, patutnya benda ni tak patut jadi isu pun. Apa yang perlu dilakukan? Pihak-pihak berwajib lah patut amik tindakan.. buat kempen ke.. tingkatkan marketing ke.. contohnya buat banner besar-besar bagi kesedaran kat semua orang.. dan tidak ditujukan kepada orang-orang tertentu sahaja seperti ‘to ladies only!!’… itu tidak adil oke… grrr

erk.. sorry emo terlebey…>,<’…. Oke tak nak cakap lagi..

Bak kata nabil.. lu pikir lah sendiri! Bluek.

**Kalau rasa perempuan memandu tak elok, sila hantar ke mana-mana sahaja kami mahu pergi. Deal?? (tahu plak tak nak huh)

More info --> HERE


12 comments:

Adzriel AB said...

tambah lagi... kemalangan sebab kematian??? ramai lelaki ke perempuan penyebabnya... eee tak suka betul depa kutuk driver pompuan ni. sory..emo lebih lak.

mynameismy said...

@Adzriel AB

sbb tuh la xleh slh kn pmpuan je. sdgkn lelaki pn ade je tak berhemah memandu tu an an. hehe

anntaj said...

perempuan or lelaki tp kalau memandu bahaya, bahaya jugak.
hehehe..

Sharienz Sz said...

balas kunjungan dr segmen BA..
nice blog :)
dah follow u

YanaMIB said...

laki kn ego..tu kuar isu mcm ni..siapa yg bangkitkan isu ni?? lakiiiii jugakkkkk =P

dpd debate psl ni baiklah keluarkan arahan "para suami sila htr isteri dan anak² ke mana sahaja mereka nk pergi" yes! setuju dgn statment my tu..miahahaha v(^^,)

mynameismy said...

@anntaj

sbb tu My kate xadil la klu slhkn pmpuan je.. sbb same2 ade yg bahaya.. dan same2 ade yg berhemah.. an an..;P

mynameismy said...

@yanaMIB

hahaha. yes!!! ade gak back up..;P

Qaseh dalia adelia said...

bukan merbahaya tapi berhati2 .. org laki suka kritik kalau bawak slow2 je ni mesti gurl bawak .. biar slow asal selamat derrr ..kan

Hanieqha said...

singgah yee... pompuan lg berhemah bila memandu biarpon trkedek2.
hahah..
tak kena kt batang hidung sendiri boleh la cakap!!
Perbezaan aku dulu dan sekarang!!

fyna said...

hehehe..dgr gak psl nih...

mynameismy said...

@Qaseh dalia adelia

heheh. btol tu dear..;)

mynameismy said...

@Hanieqha

ngeh2 tawu xpe an an

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers