9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, March 22, 2011

AKU BENCI ROKOK!!

Bro ben buat segmen!!

Dah terlepas 2 segmen bro hujung minggu lalu so kali ni tak nak terlepas! Nak nak segmen pasal menatang ni memang kena sangat la sebab My benci rokok!!!

Oke.. kalau nak disebut tentang rokok ni memang banyak sangat! Bukan kata 100pp… 1000pp pun My sanggup bagi hoke! *emosi

Oke sebelum mula seperti biasa kita tepek dulu banner abang ketak ni..
nak join kelik SINI oke!^_^
 KENAPA MY BENCI ROKOK??

Sepanjang 15 tahun hidup (oke My tipu sebenarnya 24 tahun..T_T…) My tak pernah sentuh langsung menatang tu. Tak pernah sentuh tu bermaksud My tak pernah hisap rokok oke. Mencuba pun tidak pernah! Ye.. tidak pernah sama sekali! Rasanya pun My tak tahu! Dan tak nak tahu pun apa kejadahnya rasa dia!

*oke My.. sila cool dulu baru teruskan berbicara… *erk… -.-‘

Dari kecik, My tak pernah terdedah dengan rokok.. apatah lagi perokok. Abah My juga tak pernah merokok. So bila abah tak merokok abang-abang My juga tidak merokok… (bape banyak merokok daaa) dan Alhamdulillah mereka bersekolah dengan orang-orang yang baik maka tidak mudah terpengaruh. Sampailah sudah abang memang tak merokok. Cumanya, bila sampai ke adik lelaki bawah My… hancus! Time sekolah dulu dia degil… Nama je duduk sekolah asrama penuh tapi selalu buat hal. Dulu My  remaja pun nakal jugak tapi tadelah sampai macam tu sekali. Abah dah bape kali kena panggil sebab kenakalan dia di sekolah. Tak tahulah mana silapnya, dia dah pandai merokok.. Dulu masa masih sekolah bila kat rumah dia curik-curik merokok. (hiding from abah je tapi depan yang lain-lain dia selamber badak sumbu je).. Sekarang ni bila dah makin meningkat dewasa makin berlemak.. dah tak takut pada abah… slumber badak berendam je dia merokok kalau abah ada pun. Abah dah tak larat nak nasihat yela anak dah besar panjang an an.. Cuma dulu masa dia sekolah waktu kantoi dengan abah dia merokok abah penah cakap…

“Abah tak merokok sebab nak tunjuk teladan yang baik kat anak-anak.. Tapi,? anak abah sendiri yang pandai-pandai merokoksedangkan abah tak pernah ajar..” Masa tu mata My berair je dengar.. sedih sangat…..T_T

Y’ols tahu tak rokok tu benda tak baik? Bnda yang memudaratkan y’ols? My benci rokok sebab rokok buat orang yang tak sakit jadi sakit. Sakit apa y’ols tahu?

Kanser paru-paru, Kanser mulut, Kanser pundi kencing, Mati pucuk dan banyak lagi lah!

Malah! Merokok bukan sahaja membahayakan diri sebagai perokok malah boleh membahayakan orang lain! Macam mana ianya boleh membahayakan? Kalau anda mempunyai isteri sekiranya anda merokok ketika di rumah risiko isteri anda dan semua isi rumah untuk mendapat kanser adalah dua kali ganda tawu tak? Yang takde asma pun boleh jadi asma sebab sedut asap rokok taw taw. Bagi pompuan-pompuan yang merokok plak, boleh menyebabkan kelahiran pra-matang.. tak baek wooo wat anak camtu ish

My malas nak cakap banyak My listkan je la selebihnya tu eh!

- Sakit mulut, tangan, badan berbau busuk!
- Pertumbuhan anak terbantut.      
- Deria hidung kurang sensitif.
- Gigi mudah rosak manakala gusi mudah bengkak. Keadaan ini lambat laun boleh menyebabkan tisu tulang penyokong gigi termusnah dan akhirnya terpaksa dicabut.
- Kemujaraban atau keberkesanan sesuatu ubat yang digunakan untuk merawat sesuatu penyakit berkurangan sekiranya seseorang itu kerap merokok.
- Keupayaan fizikal dan mental terganggu.
- Jari dan gigi sering terstain warna coklat. Keadaan ini disebabkan oleh kesan tar dalam rokok yang boleh menyebabkan seseorang hilang keupayaan menghidu dan nafasnya berbau.
- Gangguan sistem gastrousus seperti ulser perut.
- Emfisima, asma dan penyakit sistem pernafasan lain.
- Penyakit jantung.
- Kanser larinks dan esofogus.
- Kanser paru-paru.
- Kanser pankreas.


Pesanan buat mereka yang merokok dan bakal merokok !

Kehadapan perokok yang dikasihi.. bawak-bawaklah berhenti merokok. Takde pekdahnya… cuba korang kira balik duit-duit yang korang dah lebur buat beli rokok tu.. dapat tak buat duit kawen? Dapat tak buat bayar balik hutang ptptn? Kereta? Kredit kad? Dan sebagainya…

Cuba tengok diri korang kat cermin.. tak ke bughok rupanya? Lagi-lagi tang bibir ngan gigi tuh.. hish… hitam!! Jangan dekat…! Busuk! Pakailah berdozen-dozen perfume pun tak hilang nya bau rokok korang tuh!!!

Ce korang pegi spital scan paru-paru tuh.. konpem!!! Elok-elok Alllah jadikan korang sempurna, tanpa cacat cela.. tade kenyakit kronik… Tapi apa korang dah buat? Korang mudaratkan diri korang sendiri.. korang tak fikir apa akan jadi akan datang…

Dalam Islam sendiri Rasulullah SAW pernah bersabda “Sesungguhnya Allah mewajibkan berlaku ihsan terhadap sesuatu, maka sesiapa memudaratkan dirinya sendiri atau orang lain maka dia telah tidak melakukan ihsan dan sesiapa yang tidak melakukan ihsan, maka dia telah menyalahi ketetapan, iaitu ketetapan Allah mesti melakukan ihsan  terhadap segala sesuatu.” … tiada rasa ihsan ke pada diri korang?

Tak cukup lagi? Meh sini nak bagi..

Allah Ta’ala berfirman dan maksudnya : “ Dan janganlah kamu campakkan diri-diri kamu ke kancah kebinasaan”, “ Dan janganlah kamu membunuh diri-diri kamu, sesungguhnya Allah amat mengasihi kamu” 

Bagi korang yang merokok, tidakkah anda sedang mencampakkan diri korang ke kancah kebinasaan?? Tidakkah korang sedang membunuh diri korang?? Fikirlah…

Dah macam-macam kempen kerajaan dah buat.. termasuklah meletak gambar-gambar kesan merokok pada kotak-kotak rokok tapi hasilnya?? Hampagas… Tak cukup dengan itu kerajaan dah naikkan harga rokok.. Tapi ada korang kisah? Hari pertama mungkin ya korang mengaluh.. Tapi.. ape ade hal…? janji korang dapat isap rokok pas makan.. janji korang isap rokok bila nak berak buang air.. Janji kehendak korang dapat dipuaskan apa jua harga korang tetap beli!
Siapa yang boleh buat korang sedar… kalau bukan diri korang sendiri?????

Kepada Bakal Perokok…

My tak mahu cakap panjang! Tak cukup lagi bahana-bahana yang korang nampak kat atas? So?

Lu Pikirlah sendiri!

Pendapat anda mengenai mereka yang merokok ini ..

- Mudah terpengaruh dengan rakan-rakan sejak dibangku sekolah!
- Rasa diorang tak macho kalau tak merokok! Bukan jantan lah kononnya..
- Tade kesedaran sivik!
- Yang dah terlalu tegar mungkin agak susah nak berhenti selagi doctor tak kata ‘awak ada masa untuk hidup 3 bulan je lagi’

My tujukan juga naskah ini buat si pengarang jantung pisang a.k.a suami masa depan yang juga dalam kategori perokok! Dah berbuih mulut nasihat. Bila suruh berhenti katanya “tunggu lepas kawen..”… oke takpe, My bagi chance. Lepas kawen dia tak berhenti… tidur luar! ggggrrrrrrrr….!!

So.. demi insan-insan yang anda kasihi... berhentilah memudaratkan diri sendiri.. Kalau bukan kerana orang lain, fikirkanlah diri sendiri.. Katakan TAK NAK pada rokok!!!




sumber gambar: google

2 comments:

SiS NaD said...

SiS PuN BeNCi RoKoK... JoM JoiN KeMPeN 'KaTeRKaN TaKNaK PaDeR RoKoK'!~ (^_____^)V

Lulu caldina said...

Kalau kat kotak rokok tu mcm-mcm gambar ngeri mengenai kesan rokok keatas badan..tapi perokok masih tak sedar..Huh! Say NO to ROKOK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers