9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, March 18, 2011

menyampah tengok kaum-kaum adam yang tayang muka tak pegi solat Jumaat!

Salam y'ols..


Tadi My pegi lunch kat Nando’s Sogo…jumpa kawan di sana. So, dari kl sentral ofkos la kena naik Putra LRT, dan Star LRT sampai ke stesen Bandaraya.. Masa dalam LRT mestilah ade orang ramai kan. tapi tak berapa nak ramai lah sebab ramai yang pegi menunaikan solat Jumaat kot. Masa dalam LRT tu My ada nampak beberapa lelaki.. muka melayu.. kalau dah nama melayu dah tentula beragama Islam.. Tapi apa yang dia buat dalam train tu ketika Imam-imam masjid sedang membacakan khutbah? Oke takpe bersangka baik mungkin dia on the way ke Masjid lah tu.. eh tapi kenapa dia tak turun pun bila LRT tu stop dekat stesen Masjid Jamek? Bukan ke Masjid terdekat yang dia harus pegi adalah di situ? Tapi macam tade perasaan je. erm… sah-sahlah tak…………… tuee…… tapi takpe, bersangka baik lagi.. mungkin dia sedang bermusafir….T_T

Masa sampai Nando’s kami lepaklah makan (dah nama pun tempat makan takkan nak bersoping plak kan). Pastu tengah lepak-lepak tunggu ¼ ayam with 2 slidelines dengan campuran sos hot peri-peri (jakun sebab dah bertahun tak makan Nando’s..;P) yang tak sampai-sampai lagi…My nampak ada satu family duk tengah makan. Rasanya sefamily lah sebab ada beberapa perempuan, and then budak kecit and lelaki… ofkoslah melayu a.k.a Muslim oke… Tengok jam belum pukul 2 tertanya dalam hati ‘bukan ke patutnya sekarang ni waktu Imam-iman Masjid sedang mengimamkan solat Jumaat dan Zuhur? Then? What he is doing here??? (dekat Nando’s kot… tengah makanlah kan..erk~)… erm oke… sah-sahlah dia tu tak……. (takkan musafir gak kot????) T_T

Erm, perkara macam ni bukan baru sekali My nampak.. banyak kali dah.. kalau waktu-waktu macam tu nampak lelaki-lelaki berkeliaran ketika waktu semua muslim sedang menunaikan solat Jumaat di Masjid, memang My menyampah giler. My jadi macam orang yang terpinga-pinga..tertanya-tanya.. bukan apa, pelik.. diorang ni takde rasa malu ke? Dah lah tak Jumaat, pastu bleh plak tayang muka kat public area. Malangnya sape yang bersuamikan mereka-mereka itu..T_T… Time nak dekat jumaat My selalu text future husband ‘jangan lupa gi Jumaat’.. Walaupun My tahu dia takkan lupa tapi sebagai sesame Muslim, My ingatkan jugak…

Sebab…. Solat Jumaat tu kan WAJIB… Kalau Jumaat diorang-diorang ni tak buat.. yang 5 waktu yang sememangnya WAJIB tu agak-agak diorang buat tak eh eh…? hurmmmmmm……

Untuk menguatkan lagi bahawa SOLAT JUMAAT ITU WAJIB.. maka My pun segera mencari bahan-bahan ilmiah yang boleh membuktikan kesahihannya… dan suka sekali nak kongsi dengan semua… **mintak-mintak lelaki-lelaki yang suka berkeliaran tu pun ada blog dan  terbaca entry ni… heee~
credit to incik google
1)Apakah hukum Solat Jumaat ni?

Solat Jumaat adalah suatu kewajipan yang ditetapkan agama. Ia bukan sahaja dilakukan oleh Rasulullah s.a.w bahkan ia juga telah disebut di dalam Al-Qur’an.

Jika seorang lelaki Islam tidak melakukannya, maka ia dianggap sebagai
dosa besar. Malah, hukum menunaikan solat Jumaat lebih ditekankan dibandingkan dengan solat lima waktu oleh Rasulullah s.a.w yang telah bersabda bahawa mereka yang tidak melakukan solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut bukanlah seorang Islam. Disini Rasulullah bermaksud untuk menerangkan betapa pentingnya solat Jumaat dan betapa besarnya dosanya jika tidak melakukannya. Lelaki Islam yang tidak dapat menunaikannya haruslah menggantikannya dengan solat Zuhur. Akan tetapi, ia hanya diterima jika ia kerana sebab-sebab berikut; jika terlalu sakit, jika terpaksa jaga orang yang sakit tenat, jika terdapat ribut taufan yang besar atau jika dalam keadaan bermusafir.

2) Apakah keuzuran daripada mendirikan solat jumaat?

Solat Jumaat adalah wajib bagi kaum lelaki. Bagi mereka yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut dengan sengaja, hati mereka akan ditutup oleh Allah s.w.t. Keuzuran bagi meninggalkan solat Jumaat adalah sama seperti keuzuran yang diberikan bagi meninggalkan mana-mana ibadat wajib yang tidak mampu dilakukan. Antaranya adalah pitam, gila, sakit terlantar sehingga tidak mampu bangun dan tiada yang dapat membawanya ke masjid, tugas yang terpaksa dilaksanakan yang mana ia menjaga keselamatan negara, tertahan (samada di penjara atau di tengah jalan) dan keadaan cuaca yang menghalang sama sekali pergi ke masjid.

3)Adakah mereka yang bertugas sebagai polis, bomba dan tentera dikira uzur dari menunaikan solat menunaikan solat Jumaat?

Uzur yang boleh diterima oleh Syara' bagi orang lelaki Islam untuk tidak mengerjakan solat Jumaat adalah seperti berikut:

a)Dalam pelayaran dan tidak berjumpa dengan masjid
b)Sakit
c)Lelaki yang baru seminggu berkahwin dengan seorang anak dara
d)Hujan lebat atau keadaan cuaca yang amat buruk sehingga menghalang dari pergi ke masjid
d)Tertidur
e)Pengsan
f)Gila
g)Pekerja yang mana kerjanya amat kritikal untuk keselamatan nyawa dan Negara namun seseorang itu perlu berusaha untuk mengerjakan solat Jumaat, sekurang-kurangnya sekali setiap 3 Jumaat. Ini adalah kerana Rasulullah s.a.w menyatakan dalam satu hadith baginda bahawa mereka yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali berturut-turut akan dikunci hati mereka.

4)Apa yang harus dilakukan lelaki yang tidak dapat menunaikan solat Jumaat atas sebab-sebab tertentu?
   
Umat Islam perlu berusaha sedaya upaya agar dibenarkan melakukan solat, termasuk solat Jumaat. Jika tugas menghalang, dan tugas tersebut penting dan genting bagi maslahat masyarakat, seperti polis, bomba dan sebagainya, atau maslahat keluarga yang ditanggungnya, maka ia tidak berdosa. Dan perlu melakukan solat Zuhur, tetapi selepas orang selesai melakukan solat Jumaat, sebagai penghormatan kepada solat Jumaat tersebut.

So, sudah terang lagi bersuluh kan? Kepada lelaki-lelaki di luar sana yang mungkin rasa anda adalah di antara mereka-mereka yang lalai… sila muhasabah diri.. dan berubah kepada yang lebih baik…. Tak cukup lagi ke bala yang menimpa Jepun sebagai peringatan untuk kita? Dunia-dunia juga… bekalan ke sana jangan lupa oke…

Sekian.. renung-renungkan dan selamat beramal~

Footnote: mentang-mentang hari Jumaat jadi ustazah plak My harini… @__@ sorry kalian… nk berkongsi je apa yang My rasa..T_T


** errr tadi gi sogo tak sempat nak meronggeng+cuci mata atas kekangan waktu...T_T lalu and jeling-jeling je la handbag kasut segala....T_T

Till then~

2 comments:

Anonymous said...

elok staff laki kat HQ tu baca entry ni..lagi elok My print & tampalkan kat pantry tu..

mynameismy said...

@Anonymous

hehe. eh ade ke org HQ tak gi jumaat???

sape cik anon ni? xsyiokla komen pakai name anon..;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers