9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, March 17, 2011

BEN ASHAARI : LELAKI vs PEREMPUAN KERANA FIZIKAL

Bro ben buat segmen lagi! Jom layan!

Nak join sila kelik SINI seperti biasa oke!^_^
Segmen kali ni pun simple je.. kena jawab soalan-soalan berikut..^_^

Anda pernah jatuh cinta ? Apakah yang membuatkan anda jatuh cinta ? Kerana fizikal atau keperibadiannya ?
Pernah! Beberapa kali! Tapi rasanya bukan sebab kedua-duanya. My jatuh cinta kerana terpesona dengan kecintaannya kepada My… My jatuh cinta padanya sebab rasa tanggungjawabnya pada My. Owh itu mungkin dalam kategori keperibadian kan. Fizikal? Bagi My. Ia seiring dengan keperibadian. Bagi My semua ciptaan Allah itu baik dan sempurna. My taklah kata My terlalu memilih atau My tak memilih langsung. Setakat ni bagi My, My tak pernah lagi dicinta dan menyinta lelaki-lelaki yang tak baik pada fizikalnya. My terima bermakna My terima dia seadanya walaupun hakikatnya mungkin ada yang cakap.. “eh pakwe My tu tak hensem an an”.. It’s oke.. ^_^ 

Apakah anda jenis mengutamakan fizikal dalam memilih pasangan hidup ? Kenapa ?
Tak berapa. Yang penting dia sayang, hormat and jaga My sebaiknya. Kenapa? Kenapa kita perlu memilih sedangkan semua makhluk ciptaaNnya tu sama je. Cuma hati berbeza. Lagipun, kalau kita terlalu mencari kesempurnaan.. tanyalah pada diri kita balik.. adakah anda cukup sempurna untuk sesuatu yang sempurna itu?? But then, kalau dapat yang sempurna pada fizikal (rupa paras) itu satu package yang baik. 

Bahagian fizikal manakah yang membuatkan anda tertarik ? Kenapa ?
    Hurm… mana ye? entahlah. badan sedikit tegap (tidak perlu terlalu berketak seperti bro ben hee~) dan bahu luas kot..

Pendapat anda jika pasangan yang dah berkahwin mengatakan 'berisi tandanya bahagia' .. Apakah anda setuju ?
Hahahaha. Tak pastilah. Sebab tak kawen lagi. Tapi berdasarkan pengalaman orang lain.. mungkin ya kot! Yela, kalau lelaki tu berisi mungkin sebab sebelum kawen duduk membujang makan ala kadar je. Dah kawen makan terjaga ada bini hari-hari boleh makan free sedap-sedap an an. Kalau perempuan berisi mungkin sebab terlalu gembira bila si suami makan masakan dia. Haha pandai-pandai jek. Tapi, dari sudut lain mungkin kerana perubahan hormon kot… Yela sebab hormone laki bini dah campur-campur… kot la.. tak tahu kesahihannya.. hehe

Setujukah , lelaki kacak biasa kaki perempuan dan perempuan cantik pula materialistik ? Jelaskan pilihan jawapan anda ..
Tak semestinya! Ada lelaki yang kacak tapi hati setia maa.. ada perempuan cantik tapi tak materialisitik maa… Itu terserah kepada individu tersebut. Kalau dah dia jenis playboy and materialistic nak buek lagu ano.. nasib badan lah kan kalau dapat… Tapi jangan ingat yang tak kacak dan yang tak cantik tu baik sangat hoke..;P

Beri contoh LELAKI IDAMAN. Sila jelaskan pilihan anda .. kenapa anda pilih 'si dia '  ..
Lelaki idaman kalbu adalah seorang yang beriman sebab diakan bakal suami masa depan aka ketua keluarga so dialah yang kena membentuk dan membimbing isteri, anak-anak. Pastu nak yang bertanggungjawab, makan minum sakit pening suka duka kita dia titik beratkan.. ahhhh indahnya!! Pastu lagi kan nak yang penyayang… dah nama pun perempuan kan mestilah suka dicintai disayangi dibelai-belai selalu…;) Hensem?? Kalau dapat ianya merupakan satu package! Alhamdulillah..;)

Si Dia sekarang ini adalah sahabat, teman, kekasih dan tunang My. InsyaAllah akan jadi suami masa depan juga.. Aminn.. Kenapa My pilih si dia? Walaupun dia tak berapa nak romantic, tapi dia menyayangi My.. itu My boleh nampak dari keikhlasan dia.. Yang paling buat My kuat menyayangi dia sebab dia terlalu banyak bersabar dengan karenah My sepanjang 3 tahun kami bersama… **tawu je lah perempuan ni macam mana an an an ..;P

Apakah anda berpuashati dengan fizikal pasangan anda sekarang ?
Ok kot. Sebab My tak kisah pun dia macam mana. Walaupun kadang My rasa dia hensem kadang-kadang rasa takdelah hensem mana.. Tapi ciptaan Allah tu semuanya baik-baik belaka! Jadi siapa pun dia.. bagaimana pun dia.. My terima seadanya..^_^

Mengapa Mengharap Teman Secantik Zulaikha, Andai Diri Tidak Setampan Yusof??

 Apakah anda berpuashati dengan fizikal anda sendiri ?
Jeles dengan kulit mulus seperti lisa surihani, siti nurhaliza, fazura! Tapi.. kerana My ciptaanNya yang sempurna tanpa cacat cela maka My mensyukurinya dan berpuas hati 100%!

Perlukah seseorang wanita / lelaki itu menjaga tubuh badan kerana kehendak pasangannya ?
     Erk.. terasa plak tiba-tiba hahaha. *sebab My nak kuruskan perut sebab dia tak suka perut My yang boncit hahahah…Tapi dia tetap sayang!;P
Oke perlu ke kita jaga? Kepada yang masih bercinta.. tak payahlah nak mengada sangat jaga badan sebab pakwe yang belum tentu jadi suami tu kan! Dia sape nak komplen-komplen pasal fizikal kita? Apa dia tu bagus sangat? Kalau anda mahu menjaga badan biarlah kerana diri anda sendiri. Tanam pada diri.. anda mahu jaga badan sebab mahu sihat sebab mahu tampil berkeyakinan! Bukan apa, kalau anda jaga badan sebab dia.. tup-tup putus tengah jalan… mahu ke jaga lagi? Kalau ingat pasal dia mesti sakit hati pastu ‘ahhhh malas aku nak jaga-jaga badan dah!’…. ha possible an an…?

Tapi kalau si dia itu adalah cinta sejati anda..suami/isteri masa deoan anda.. atau memang dah sah pun jadi suami/isteri anda.. ada baiknya juga kalau anda jaga badan untuk si dia.. Bukan si dia tidak terima anda seadanya.. Tapi, dia cuma tidak mahu anda memudaratkan diri anda dengan lemak sana sini, jerawat sana sini..   si dia mahu anda sihat dan cantik pada matanya selalu. Tak rugi pun jaga badan.. anda untung.. si dia pun suka.. Sebelum dia hilang selera pada anda dan cari yang lain baik anda berfikir dulu sebelum kata ‘tidak’ pada penjagaan badan…^_^…
**hadoiiii bila la kuyus poyot niiiii

Zaman sekarang ini , terlalu banyak produk menguruskan badan ... Apakah anda rasa ianya benar benar mujarab ? Ada bukti ? heheh..
Tahu xpe! Banyak giler kot. Lepas satu.. satu… produk baru keluar. Sampai dah rasa tak boleh percaya dah. Produk kurus ni adakalanya ok.. Cuma orang yang nak ambil sesuatu produk tu kena konsisten.. ikut cara menggunakannya dengan betul dan teratur baru betul-betul berkesan. Kalau setakat belanja besar-besar tapi hangat-hangat taik kucing.. henti-hentikan je lah… membazir hoke!
Tapu dinasihatkan janganlah beli produk-produk kurus ni sembarangan. Takut memudaratkan diri di masa depan.. Who’s know rite? Seeloknya amalkan pemakanan yang sihat dan bersenam!^_^ **nasihat orang pandai tapi diri sendiri malas nak senam! Haih~ T_T

Oke dah habis!! Tenks sudi menelaah sampai habis! Senang-senang singgah lagi ye.. heee
Til then!     

6 comments:

Ujang9897 said...

wow....hehe..=)

putribongsu said...

eeeiii dia ni membebel panjang dowhh :P

YanaMIB said...

ujang pn suka komplen kata kita kurus sgt..sob sob..mslhnya mkn byk² kegemukan tu diserap oleh beliau sndiri..koh koh koh..janji kita hepi kan kan~ ^_^

mynameismy said...

@ujang:

ape yg wow nyeeee..;P

mynameismy said...

@putribongsu

heheh....;P

mynameismy said...

@yanaMIB

erk? yana ni kurus ke gemuk yg dimaksudkan nih? hehehe

tol2 jnji hepi...!^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers