9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, March 24, 2011

Emergency Patient Care Training Programme

Semalam an My ada cakap My pegi training CPR an an.. senanya nama penuh training tu adalah Emergency Patient Care Training Programme atau singkatannya adalah EMPACT. Sepatutnya training tu makan masa 2 hari tapi sebab kami bahagikan kepada dua group so trainer tu make it short and simple so setiap group dapatlah join sehari.


dak demok wat CPR....
Putri Bongsu pun ade! ^_^
So, apa pendapat My mengenai training tu? Terbaek! Interesting!! And rasanya macam tak cukup je sehari tu sebab sebenarnya banyak benda lagi yang we ols boleh belajar. But then, input yang kami dapat semalam pun tak kurang banyaknya.

Nowadays y’ols noticed tak selalu sangat kita dengar cerita orang mati kena serangan jantung kat tempat awam? Mungkin tak selalunya la but then biasanya yang rebah kat tempat awam tu disahkan meninggal dunia disebabkan serangan jantung so diklasifikasikan sebagai mati mengejut. an an?
kat surau pun boleh... -.-'
Y’ols sedar tak sebenarnya kita mungkin juga mampu menyelamatkan nyawa jika kita ada ditempat kejadian? Let say y’ols tengah melepak makan kat mamak dengan kawan-kawan y’ols.. pastu salah sorang dari kawan y’ols tiba-tiba rebah tak sedarkan diri.. Apa yang patut y’ols buat? Simbah air kat muka kawan tapi tak sedar-sedar pastu nak tunggu ambulans yang entah makan masa berapa lama nak sampai? Y’ols tahu tak kemungkinan peluang yang ada untuk mangsa terus hidup mungkin terbiar macam tu sahaja disebabkan ketidakprihatinan y’ols akan perkara-perkara yang y’ols boleh Bantu sementara tunggu bantuan tiba. Nak Bantu macam mana?

Dengan bantuan pernafasan la… iaitu CPR… stand for Cardio-Pulmonary Resuscitation. Seseorang yang rebah dan tidak sedarkan diri akibat serangan jantung misalnya, kemungkinan pernafasannya terhenti sebab oksigen tak dapat dipam ke jantung dan kalau korang tak bertindak dengan kadar segera boleh mengakibatkan oksigen tidak dapat dipam ke otak makanya akan menyebabkan sel-sel otak mati dan akhirnya berlaku kematian! Sedangkan sekiranya y’ols bertindak pada kadar segera ketika itu sementara tunggu ambulans tiba.. kebarangkalian untuk mangsa terus hidup mungkin cerah!! y’ols boleh membantu dengan cara CPR, dan CPR boleh diberikan sekiranya tiada respons daripada mangsa dan tiada pernafasan normal oleh mangsa

So, mari belajar 5 kaedah dalam CPR iaitu:

D – Danger
pastikan keselamatan di kawasan mangsa rebah. Jauhkan diri anda dan mangsa dari bahaya atau jauhkan bahaya daripada anda dan mangsa.

R – Response
Tengok tindakbalas mangsa. Cuba panggil mangsa, lihat pada pergerakan tubuh badan mangsa ada pernafasan atau tidak, kalau tiada pernafasan mahupun tindakbalas.. mintak bantuan orang yang berada berhampiran anda dan hubungi ambulans di talian 994/999…

source: American Heart
C – Compression
Mula lakukan tekanan pada tengah-tengah dada mangsa dengan kuat dan pantas sebanyak  30 kali tekanan



A – Airway
Dongakkan kepala mangsa, lakukan jaw thrust iaitu mengangkat dagu bagi memudahkan kemasukan pernafasan.

B – Breathing
Mula lakukan pernafasan setelah melakukan tekanan sebanyak 30 kali tadi. Picit hidung mangsa dan hembuskan sebanyak 2 kali. Lihat sekiranya berlaku pernafasan pada mangsa. Tengok sama ada dada mangsa turun naik atau tidak.

Kemudian ulang balik tekanan 30 kali dengan hembusan 2 kali (30:2) tadi sampai bantuan sampai. Y’ols hanya boleh berhenti melakukan CPR bila mangsa pulih, ambulans sampai, ada penyelamat terlatih ambil alih tempat y’ols dan bila y’ols terlalu letih untuk melakukannya. Tapi kalau boleh gantikan dengan orang lain supaya y’ols mampu menghentikan proses kematian biological iaitu sel-sel otak mati langsung berlaku kematian kekal pada mangsa a.k.a mangsa tidak dapat diselamatkan lagi….

Ada faham??? Jangan ambil remeh oke… penting ni!!! Bila My masuk training ni semalam baru My realize.. sebenarnya kita mampu selamatkan nyawa orang lain. Biasanya kalau berlaku perkara-perkara macam ni orang awam tak mampu buat apa, nak CPR pun tak pandai sudahnya? Tunggu ambulans yang sejam mungkin baru sampai??!! Kadang-kadang people out there mungkin tahu nak buat CPR tapi sebab kegelian sebab mangsa bukanlah seperti perempuan atau jejaka idaman yang boleh dilakukan comolot pernafasan mulut ke mulut makanya, they refuse to do that!! Hoh.

Tapi kan.. apa yang My belajar semalam.. kalau y’ols memang tak mampu sangat nak buat pernafasan mulut ke mulut sekurang-kurangnya lakukan tekanan yang berterusan pada dada mangsa… tekanan berterusan (kuat dan pantas) juga boleh membantu mengepam jantung dan mengalirkan darah ke suluruh badan.. (erk.. betol ke ni? jap cek notes balik hehe), eh tapi betul tau at least tolong push dada mangsa oke..;)

Wallawehhh da panjang dah entry ni!! Sebenarnya kalau nak citer pasal CPR ni memang tak habis haha. Selain belajar kaedah CPR semalam My ada gak belajar tentang First Aid.. Instructor tu ajar we ols bagaimana berdepan dengan mangsa-mangsa yang patah tangan, kaki yang melecur sebab kebaran yang cedera sebab kemalangan dan macam-macam lah. My nak citer panjang lebar pun tak dan lah.. So, My tunjuk gambar-gambar je oke..^_^

First Aid
Apepun, training semalam memang besh!! So dah training ni taklehlah tersemat camtu je ilmu an an.. Sukacita berkongsi dengan y’ols kat sini.. dan kalau ada keberanian, dan satu hari nanti My betol-betol berdepan dengan situasi mencemaskan ni, My nak cuba gunakan ilmu yang ada ni untuk membantu. Mana tahu dengan ilmu yang ada ni My boleh menyelamatkan nyawa orang lain an an??
Oklah.. tenks sudi baca sampai sini.. hehe…






1 comment:

PuRpLe LaDY said...

pengetahuan dan ilmu yg berguna yg rasanye perlu dijadikan pengetahuan asas.


http://nilamalap.blogspot.com/2011/03/1-malaysia-powerpuff-kental.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers