9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, March 1, 2011

AKU MMG GILA TRAFIK ! SO WHAT ??

Nak join segmen sila kelik oke..^_^
Sebelum my teruskan entry ini, marilah sama-sama kita panjatkan doa untuk sahabat abg ben yang sedang bertarung dengan sakaratulmaut di hospital... kalau sudah masanya dia pergi menghadap pencipta kita, Ilahi... moga pemergiannya dipermudahkan.. Amin...

Bro ben buat segmen AKU MMG GILA TRAFIK! SO WHAT?? so, terpanggil untuk join. Lagipun, ini untuk yang ada follower under 500 je. Mai? jangan kata 500.. 100 pun belum sampai lagi hehe. *nanti y'ols dah baca bolehlah follow2 kan kan. make friends!! hehe sempat pomot diri.

Ok berbalik kepada segmen.. bro ben suruh bercerita mengenai kematian.. since baca entry blog bro ben dari pagi tadi mengenai sahabatnya yang sakit, mai dah rasa sedih. Mula terbayang-bayang kisah kematian. rasa sedih, takut, seram.. insaf.. semuanya ada... 

Bohonglah kalau my cakap y'ols tak pernah fikir pasal kematian. My pasti, ramai yang pernah dan selalu berfikir mengenai kematian. Seperti My, tak pernah lari daripada berfikir mengenainya. Nak atau tidak.. apa yang pasti... mati itu amat pasti... cuma bila, dimana, bagaimana... Allah sahaja yang tahu... 

Sepanjang hidup my, my pernah merasa kehilangan datuk sebelah mak, nenek sebelah abah dan sahabat tercinta... datuk my pergi meninggalkan kami pada tahun 2000... Masa tu my baru form 1.. Nak kata my terlalu sedih.. tidak.. tapi sebagai cucu yang selalu atok sakat.. sedikit sebanyak my memang terasa... my masih ingat setiap kali pulang ke kampung atok di Kluang,Johor.. bila nak pulang, salam tangan atok.. atok selalu tanak lepaskan tangan. atok suka main-mainkan my. dia akan cakap dengan nadanya 'mai pi mai pi mai tang tu jugakkk'... di dukungnya my.. dilambung-lambungnya my.. *masa tu my kecit comey je.. sekarang sape nak angkat pun dah tak larat hehe. atok selalu usik tak bagi my balik... atok..atok.. moga atok tenang di sana....

Pemergian tok(nenek) pada Julai 2008 masih segar dalam ingatan my... sebab masa tu my nak masuk daftar ke UiTM Shah Alam. Hari pendaftaran, sepatutnya abah dan mak yang hantar ke Shah Alam. Tapi masa tu dah dapat panggilan dari Mak Teh di kampung Taiping, Perak yang tok tak berapa sihat. Abah yang tak sedap hati segera pulang ke Perak dengan bas sebelum sempat hantar my ke Shah Alam. Nasib baik masa tu abang my kerja di Port Dickson jadi mak minta tolong abang hantar my ke sana. Doa kami moga nenek tak apa-apa.. Jadi mak dan abang menemani my pergi untuk pendaftaran di UiTM. 

Tengahari tu, masa my di pasaraya untuk membeli barang-barang dapur (duduk rumah sewa), abang dapat panggilan dari abah di kampung.. 'tok dah tak ada...'... Innalillah... Kami berbelah bahagi mahu pulang ke Taiping atau tidak masa tu. Memandangkan my baru nak masuk belajar, esoknya ada perjumpaan pelajar-pelajar baru dan sebagainya. Tapi, hati my kuat kata nak pergi... My pesan pada kawan-kawan tolong jawab sekiranya kedatangan diambil kalau my tak datang malam tu. Bersama abang dan mak my pulang ke kampung tengahari itu jugak. Alhamdullilah kami sempat sampai sebelum asar.. jenazah tok pun belum dikebumikan. my yang pada mulanya tenang tetap juga menitiskan airmata..dari kecik, banyak kenangan my dengan arwah tok.. Dulu masa my belum sekolah, masa tok tinggal dengan paksu masa bujang, my selalu mintak abah hantar my ke rumah paksu di n9. My tinggal dengan tok.. kadang-kadang seminggu.. kadang-kadang sebulan... Ingat lagi, bila tok dah sudah solat, my suka baring di riba tok.. tok.. moga tok tenang di sana.. Alhamdulillah, my sempat jumpa tok, tabur kapur barus di jenazah tok dan pergi masa tok dikebumikan... 

Sahabat tercinta, Syarifah zaidah... walaupun tidak seusia.. walaupun jarak usia kami yang berbeza... dia tetap salah seorang sahabat baik.. dia yang mesra dengan panggilan endot adalah kakak senior masa my tinggal di asrama di sekolah arab kat bandar segamat masa f1 dulu. Masa tu my memang rapat dengan kakak-kakak senior. my f1 kak endot f5. Bila dia dah tamat sekolah pun kami masih berutus surat (masa tu mana ada henpon). Kalau my free, my datang rumah dia di Labis. sampailah ke akhir hayat dia pun kami masih bersahabat baik. Kak endot seorang yang periang.. sangat-sangat.. banyak kenangan kami masa sekolah. Bila my dah besar.. dah masuk kolej.. my masih berhubung dengan dia. pernah suatu masa bila my cuti semester, my pergi ke bandar jB untuk bekerja. bila hujung minggu my ke rumah kak endot di sana.. tido dengan dia.. masak dengan dia.. shopping dengan dia.. pergi jom heboh dengan dia...T_T... kami sama-sama gelak tawa.. sampailah my hadir majlis kawin dia 2 tahun lepas. 

Namun, kuasa Allah tak siapa tahu. My pernah dengar dari seorang sahabat baik yang lain, kak zana (juga kakak senior), dia pernah cerita kak endot sakit.. tapi sakit apa.. kak endot taknak bagitahu.. dia ada cakap sakit tu dah tahap 2/3 je. Jadi, untuk menjaga hatinya, my tak pernah tanya. Perhaps, my anggap sakit dia biasa saja...T_T... Kali terakhir my jumpa dia masa majlis kawen kak zana di Labis. Masa tu my nampak dia susut sangat. My ingat memang dia diet sebab tu dia kurus.. tapi, sebab dia sakit...T_T... Itulah kenangan terakhir bersama dia. Lepas tu kami keep in touch di fesbuk je. Dia rajin nak chat dengan my. Tapi my selalu abaikan sebab my busy dengan praktikal+kerja. masa tu my cakap dalam hati..'nantilah my reply balik.. nak buat kerja dulu'... dia rajin komen-komen status my.. gambar my... kadang-kadang my jawab.. kadang-kadang tidak..T_T...

Sehinggalah satu hari, Ogos tahun lalu, kak yang (seorang lagi kakak senior) sms my..'my.. jom lawat arwah endot'... omg!! apa kak yang merepek ni? tak sabar tunggu balasan sms dari kak yang my terus call dia. berkali-kali my kata dia tipu tapi itulah hakikat yang harus my terima.. ketika kita, umat Islam sedang gembira untuk berpuasa hanya 2/3 hari lagi.. Kak Endot, telah pergi selama-lamanya.. Dia pergi bila semua orang masih memerlukan persahabatannya... Masa tu my ada kat rumah pakcik di Cheras. My buntu.. nak ke JB? jauh.. my call miera ajak dia pergi tengok arwah.. tapi miera tak boleh... my tak tahu nak buat apa.. akhirnya, airmata my jatuh jua... my nak pergi tengok.. tapi my tak berdaya.. my call kak zana.. dia on the way ke jb melawat arwah... ahhh.... T_T....

My nangis... paksu pujuk my... sabar.. sabar... my macam tak percaya dia tinggalkan kami.. tanpa pesan... tanpa kami sangka...T_T... my tak balas komen terakhir dia.. my tak balas bila dia say hai...ya Allah......T_T..... Rupanya selama ni kak endot mengidap leukimia tahap 2/3 tak silap. Malam tu darah putih dia tak turun doctor terpaksa tahan wad.. dia akhirnya semakin lemah... dan Allah lebih menyayanginya....

Ramai terasa kehilangan arwah... ramai sangat... semua menyayangi arwah.. seorang sahabat yang baik, ceria, periang. semua orang rindukan gelak tawa dia.. komen-komen dia di fesbuk..T_T... Kak endot... kami rindu kak endot.... moga kau tenang di sana kak....T_T

y'ols pernah kehilangan orang-orang tercinta? sakit kan? my tak tahu macam mana suatu hari kelak my kehilangan orang-orang di sisi my... paling dekat dengan my... my tatao macam mana my nak lalui tika itu... T_T
kredit to Aima Rashid
Hidup dan mati urusan Allah... walaupun kita sihat.. belum tentu esok lusa kita masih boleh bernafas seperti hari ini... hanya Allah yang tahu... tugas kita? bukan hanya untuk dunia.. tapi fikir juga untuk bekalan kita ke sana...

Sama-samalah kita muhasabah diri... moga kita semua dimatikan dalam keadaan Iman.... Bila dengar orang-orang yang my kenal meninggal dunia, memang my banyak mengingati mati.. 'harini hari dia... tah esok lusa hari kita'.. who's know rite? Bila terfikir, memang rasa takut.. maka, my perbanyakkan berdoa.. solat.. moga Allah permudahkan kehidupan my di muka bumi pinjamanNya ini.. menjadikan my hambaNya yang solehah..Aminn.. moga Allah mencucuri rahmat ke atas hamba-hambaNya yang telah pergi meninggalkan dunia...

Al-Fatihah~

PERGI TAK KEMBALI

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi



Updated 2/3/11,8.30am:


Dapat info dari bro ben di mana sahabatnya yang kritikal semalam telah pun pergi selama-lamanya.. Takziah untuk bro ben, sahabat handai dan semua keluarga arwah.. moga arwah ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman.. Amin..


Al-fatihah~


more info click here

14 comments:

Lulu caldina said...

Takziah...


Al-fatihah

mynameismy said...

@Lulu Caldina

Thanks..;)

Isteri Yang Comel said...

Al-Fatihah

y u y u Z u l a i k h a said...

yuyu suka sangat!

mynameismy said...

@Isteri yang comel

tenks...

mynameismy said...

@yuyu zulaikha

tenks yuyu..;)

нαηιмQαtяυηηα∂α said...

singgah sini dari blog abg ben.. nice header =)

sedihnya kisah kawan my ni.. nak nangis =(

mynameismy said...

@нαηιмQαtяυηηα∂α

thanks for the compliment!;)

T_T... rindu sgt kat arwah...T_T

putribongsu said...

Sedih juga dan takut tentang kematian kerana amal yg tidak seberapa ni... T_T

mynameismy said...

@putribongsu

tahu xpe..T_T

apisv2 said...

alFatihah..
slm kunjungan..

aku memang gila traffik

sis^widda said...

salam..sis follower baru..free2 follow yer..tq

mynameismy said...

@apisv2

Thanks!;)

mynameismy said...

@sis^widda

thanks!
will do!;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers