9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Showing posts with label health. Show all posts
Showing posts with label health. Show all posts

Thursday, September 22, 2011

MIGRANE & BEKAM

Salam korang...:)

Dah titon ke? ek eleh.. ilex laaa malam masih muda... hehe... amboih2 My ni bila badan dah cergas jari pun kemain cergasnya... ni mata dok celik je lagi ni... heheh...

Alhamdulillah... Panas badan dah kebah.. tekak yang perit semalam pun dah hilang.. Mungkin sebab My cepat ke klinik sebelum lebih teruk tu pasal tak jadi batuk n demam lebih kronik kot. Migrane pun dah rasa lega... 

Sepanjang MC sehari ni My tak manjakan diri dengan tido je... Kalau tido je konpem badan makin lemah. Tapi takde lah My keluar sampai soping habihkan duit plak kan hehe. Pagi tadi My berehat di rumah je sambil jengah ke email ofis tengok any update kalau ada. Bukan apa, risau tak datang kerja ada je yang My terlepas pandang nanti. Tengah hari My mandi mandi n keluar ke Taman Pinggiran Batu Caves. Nak tahu My ke mana??


Jangan salah faham ye... Bukanlah nak gtau My ni mengada sangat ke spa bagai... -.-' Tapi sebab kesihatan badan jugak. My ke sana sebab nak berbekam. Bukan apa, untuk pengetahuan korang My ni mengidap migrane sejak zaman sekolah lagi. Dulu masa zaman sekolah duduk asrama bila time kena migrane tu sampai menggigil lah badan. Pastu kawan-kawan angkat turun hostel panggil warden hantar ke klinik. Kalau tak dapat ubat doktor memang takkan rasa lega. Masa study UiTM ada jugak kena migrane tapi biasanya My tahan je takdelah kronik sangat. My biasa malas nak layan sakit tu unless kalau dah tak tahan sangat My akan telan panadol 2 biji. 

Tapi this year migrane My makin menjadi-jadi... entahlah... Pernah pertengahan tahun kalau tak silap My siap jumpa pakar mintak scan kepala kot ada sakit-sakit lebih kronik tapi tak pun. Migrane My gaknya makin menjadi-jadi... Mata pun makin kabur kalau tak pakai speck memang tak leh nak drive... orang depan mata pun My kurang nampak hoho. Ni sakit kali ni sejak sebelum raya haritu menjadi-jadi... Kadang-kadang telan panadol, ponstan pun tak jalan... T_T My kalau terlalu penat, terlalu stress, kena panas, hujan, lapar memang senang nak datang migrane... Nak nak kerja tengah melambak ni kan memang migrane suka sangatlah bertandang... Yang nak menanggungnya ni haaa adeh... Memang sakit sangat. Korang kalau pernah rasa mungkin tahu. Sakit kepala biasa dengan migrane ni lain sket... 

errr panjang lah plak mukadimahnya...-.-' Oke2 back to the main point, pasal bekam. Orang kata berbekam ni baik. My dah lama senanya nak buat tapi tak ada kekuatan sebab bila tengok orang buat macam sakit je sampai kuar-kuar darah tu.. -.-' Jadinya kali ni My tak nak pikir panjang dah... sakit pun sakit lah janji sakit ni hilang... Jadinya petang tadi My ke sana untuk berbekam... Mintak 10 point je dulu sebab festime kan hehe. Itu pun banyak kot tapi dah itu paling minimum yang ado... -.-' 
google~
Hasilnya??? Alhamdulillah... Rasa lebih lega berbanding sebelumnya... Kepala dah tak sakit.. Badan pun rasa ringan sikit. Banyak gak darah kuar tadi... toksin dengan angin banyak sangat dalam badan ni...-.-' Lepas ni kalau ada masa My nak pergi lagi, tapi takleh la tiap-tiap minggu kan.. kopak poket den... heheh. 

So, kalau korang ada sakit-sakit badan, migrane macam My bolehlah pergi berbekam. Sakit-sakit lain pun boleh... Berbekam ni memang cara perubatan yang digalakkan dalam Islam.

Di dalam kitab At-Tibbun Nabawiy oleh Imam Ibnu Qayyum Al-Jauziyah ada menukilkan satu Hadith Nabi S.A.W yang Mafhumnya:

خير ما تدا ؤيتم به الحجا مه

"Sebaik-baik pengubatan yang kamu gunakan adalah dengan berbekam" 
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Secara saintifik dalam ilmu perubatan moden penyakit di dalam tubuh berpunca dari makanan yang telah melebihi kadar yang seimbang.Makanan ini pula akan dicernakan di dalam perut.Kapilari-kapilari dari perut pula akan menyerap zat-zat yang berguna dan menjadi nutrien dalam darah.Sisa-sisa dari proses pencernaan pula akan dibuang dari tubuh badan sebagai najis,air kencing dan perpeluhan dari seluruh tubuh badan.Darah yang mengandungi nutrien pula akan mengalir melalui semua organ-organ dalam tubuh badan seperti hati, paru-paru, jantung, kelenjar-kelenjar, otak, organ pencernaan, ginjal, organ pembiakan dan lain-lain lagi di dalam tubuh badan manusia.

Darah juga akan mengambil bahan-bahan buangan dalam darah dan mengangkutnya ke paru-paru, ginjal dan kulit untuk dikeluarkan dari tubuh badan manusia. Kegagalan pengeluaran bahan buangan dari darah melalui sistem perpeluhan akan menyebabkan darah yang bertoksid terperangkap 3 mm hingga 4 mm di bawah permukaan kulit di seluruh tubuh badan manusia.

Oleh yang demikian untuk mengeluarkan darah yang bertoksid itu Nabi S.A.W telah mengajarkan kepada ummatnya dengan berBEKAM.

Bekam terdapat 2 jenis:


1. Jenis Basah atau Bekam Darah,

Permukaan kulit dilukakan menggunakan LANCET (jarum tajam) kemudian sekitarnya di sedut menggunakan cupping yang sesuai dengan kawasan yang di bekam selama 2-3 minit setiap sedutan. Darah kotor, air, angin akan keluar dari permukaan kulit
Darah yang bertoksid akan nampak hitam pekat, berkaca, berbuih dan menggumpal.

2. Jenis Kering (Dry Cupping) atau Bekam Angin.
Pembekaman sama seperti bekam darah cuma ianya dibuat tanpa melukakan permukaan kulit. Darah kotor tidak keluar dari permukaan kulit cuma angin dan air sahaja yang keluar dari badan.

Tadi My buat bekam darah.. dia keluar darah kotor dengan angin2 nya sekali... ok lah untuk first timer kan... Nak kata sakit, sakit lah jugak tapinya My boleh je tahan, bermakna takdelah sakit sangat hehe...Tapi ada bekas lah belakang badan ni... 2/3 hari baru hilang...-.-'

So, yu ols yang tak pernah buat tapi teringin sila-silalah cuba... InsyaAllah badan akan rasa lebih selesa dan segar... Oklah, My nak tido dah harapnya dapatlah tido nyenyak malam ni n bangun dengan badan yang segar pagi esok untuk ke tempat kerja...;) Mahap boss kerana terpaksa rehatkan badan sehari ni... -.-'

Till then!!!

sumber: sini & sini

Tuesday, March 8, 2011

Kandungan Gula!

Nothing, just nak share this with y'ols! 
click for larger image
Moral of the story... minum air masak je... heheheheh


Sunday, February 27, 2011

Nak perut idaman? try this

Salam everyone!

Perut yang kempis adalah menjadi idaman semua wanita yang berperut buncit. yelaa kalau dah kurus macam lidi takkan nak kempis lagi kan. Salah seorangnya adalah insan bernama 'aku'....ye....'aku'! T_T Walaupun sedang berdiet akan tetapi perut buncit yang satu ini belum pun menampakkan perubahan mahu kempis. sayang barangkali mahu meninggalkan perutku..T_T... Dah pakai girdle pun dia tetap degil. Bila bukak girdle tu nahhhh kauuu pandang bawah macam tak nampak kaki. *tipu. Jadi demi untuk membanteras gejala perut buncit ini daripada terus berlarutan adalah disarankan untuk aku melakukan sedikit perubahan. err.. sedikit bermaksud perubahan itu tidaklah dilakukan secara mendadak. perlu ada kesedaran diri terlebih dahulu. (ah kauu tak habih2 kesedaran diri.. bagi 3 tahun pun lum tentu kau sedar!) erk.. okay-okay kita bermula dengan secara kecil-kecilan dahulu. (apa kau ingat ini satu perniagaan?!) *bisikan hati memang selalu dengki terhadap my..T_T

Baiklah!! oleh kerana rakan-rakan dietku telah membuatkan aku merasa cemburu di atas keaktifan mereka melakukan senaman, aku juga termotivated oleh mereka! ya.. terima kaseh kawan-kawan kerana sedikit menyedarkan aku. (sedikit je??! memang kau tak sedar diri la my!). err kira oklah daripada takde langsung an an. 

So, dengan bantuan encik google yang mengetemukan aku dengan beberapa tips yang mudah dan ringkas untuk bersenam.. InsyaAllah akan aku gunakan untuk kehidupan seharianku. my! kuatkan semangat! kau boleh!!!

Jom kita tengok apa jenis senaman yang kita boleh lakukan?^_^

Knee Circle
Pada posisi ini, cuba anda tahan dalam kiraan 5.

  1. Baringkan diri anda dan pastikan punggung rata di atas lantai.
  2. Letakkan kedua tangan di sisi tubuh sebaris dengan lantai.
  3. Secara perlahan-lahan, angkat kedua belah kaki anda sehingga lutut berada di atas perut.
  4. Kemudian, gerakkan lutut anda ke arah kanan sehingga ke posisi sekitar 45 darjah.
  5. Pastikan keadaan perut dan bahagian atas tubuh anda tetap menghadap ke atas.

Pada posisi ini juga, cuba anda tahan dalam kiraan 5.
  • Seterusnya, luruskan semula lutut dan kaki anda ke lantai.
  • Ulangilah senaman ini sebanyak 10-15 kali dan buat dalam 2 set. Selepas habis 2 set, tukar pula posisi ke sebelah kiri untuk langkah no.4.
  • Bagi posisi kanan, buat juga dalam 2 set. Di mana setiap satu set mengandungi 10-15 kali ulangan pergerakan.
Side Chop
Pastikan ketika tangan berada di sisi badan, lutut anda tetap menghala ke arah depan.

  1. Memula, anda berdiri tegak dan buka sedikit kedua-dua belah kaki
  2. Pegang dumbell atau "medicine ball" seberat 2 atau 3 kg.
  3. Turunkan badan anda kira-kira separuh bongkok.
  4. Kemudian tarik kedua-dua tangan anda menghala ke sebelah kiri bahagian bawah badan.
  5. Kemudian, bawakan tangan anda menghala ke atas sebelah kanan secara perlahan-lahan



  • Ulangi senaman ini sebanyak 2 set di mana 10-15 kali ulangan pergerakan untuk setiap set.
  • Selepas itu, ulang semula langkah di atas tetapi tukarkan pada arah yang berlainan; iaitu pada langkah no.4 dan no.5 ok.
Seat up




Haa.. yang ni aku tak payah bagi explanation la kan (sebab tak jumpa) sebab ni adalah antara senaman yang biasa dilakukan untuk kempis kan perut. sebelum tidur, bangun tidur pun boleh buat an an. (pandailah tapi diri sendiri malas nak buat..T_T). buatlah dalam kiraan 10.. ulang-ulang.. *nanti urat perut terasa tegang.. besh woooo... 


Lain-lain

yang ni y'all click je kat gambar tu and zoom in oke...;) 

Selamat mencuba!! (juga kepada diri sendiri..T_T)




Info:kredit to missyanz, chocoties


Tuesday, February 15, 2011

Review: Yoyoy Kamphora Spa

Lately sakit-sakit badan so teringin nak manjakan diri dengan urutan. Before this I pernah jugak berurut dengan seorang akak yang I kenal kat uptown batu caves. Nak pergi massage dengan dia lagi haritu but tak dapat sebab dia menemani anaknya yang sakit barah usus di hospital. Tak sampai hati nak call and tanya lagi lepas tu sebab takut mengganggu. So, I ambil inisiatif lain search kat internet kot-kot ada tempat lain yang I boleh tuju. Tempat-tempat yang menjadi pilihan mestilah yang berdekatan seperti Kepong, Selayang, Damansara ataupun Batu Caves. Nah, jumpa dengan satu spa di Taman Pinggiran, Batu Caves ni. Explore punya explore siap call spa ni berkali-kali tanyakan itu ini dan akhirnya I dengan jayanya today selamat mendapatkan khidmat massage, facial, dan sauna di Yoyoy Kamphora Spa. Mengambil kesempatan public holiday hehe. Tapi tak bermakna i tak ingat untuk memperingati dan berselewat kepada Nabi junjungan kita ok...;) Jom kita review sikit pasal Yoyoy Kamphora Spa..;)

First impressions? 

First time I tahu mengenai spa ni melalui internet. Yela sekarang kan segalanya dihujung jari je watpe bersusah payah nak habiskan minyak pusing-pusing untuk mencari kan kan? hee~ Nak cari spa ni tadelah susah pun. Tapi sebelum pergi mendapatkan khidmat spa ni I survey jalan dulu malam sebelumnya hehe bukan apa takut sesat. Tapi Alhamdulillah tak sesat pun, senang untuk dicari. First time jumpa spa ni kat internet terdetik jugak spa apa ni macam pelik je nama dia? Betul ke tidak ni spa ni? Place kat celah-celah rumah kedai plak tu. Bila tengok kedudukan spa yang agak terlindung and jauh dari bandar I tak rasa ramai yang tahu mengenai spa ni dan ianya tidaklah seeksklusif spa lain kot. This is my first impression ok. But then bila dah jumpa, bila I dah masuk… wahhhhh… betul-betul spa ni hehe. Susunan dan suasana di dalamnya.. mendamaikan.. dan I pasti, setelah bertapak lebih 3 tahun ramai yang dah tahu mengenai kewujudan spa ni lebih-lebih lagi ia juga aktif di laman sesawang dengan update-update terkini di laman web dan blognya sendiri.

How did they welcome you? 

Yoyoy Kamphora Spa terletak di tingkat atas. Naik je tangga dah nampak pintu masuk. Oke tekan loceng sekarang. Cantiknya yang tolong bukak pintu tu hehe. Disambut dengan senyuman.. dan dipersilakan duduk…;)

What happens next? 

She invited me to sit in front of her. I sempat perkenalkan diri dan kemudiannya have a look at some of the services and promotions they provide.

Which treatments did you have? 

Interested dengan februari promotion at their website, awalnya I bercadang nak buat massage dan facial sahaja. But then sampai sana lepas belek-belek the other services and promotion I was influenced to try services that I want in a package which including massage, facial, and sauna. So cuma kena charge additional cost sikit lebih dari what I’ m expected la.  

What were the treatments like? 
Treatments dimulakan dengan sauna. I dah biasa massage and facial but this is my first time bersauna oke. Sebelum ni bersauna dengan cahaya matahari yang panas terik je hehe. So, sebelum sauna sempat tanya, ‘panas tak’? hehe.. Setelah beberapa minit baru terasa hangat dan nah.. seluruh badan dihujani peluh.. Belum cukup setengah jam staff spa tanya sama ada I nak stay sampai setengah jam ataupun oke nak keluar sekarang. Erk. Okelah I pun tak sabar nak massage so I surrender awal huhu. *next time please bring me out only after ½ hour okay… hehe
Kemudiannya treatments diteruskan dengan body massage. Giler sedap oke. Takpe u urut kuat lagi pun I suka. Sakit tapi rasa lebih lega.. huhu. I oke with her massage but then rasa macam tak puas and macam rasa ada angin lagi dalam badan ni. Yela mungkin sebab itu cuma aromatherapy massage so dia taklah urut sampai pecah angin satu badan kan. ngee~ Nevermind but I suka bila urut dah sampai part belakang badan and kepala. Itu point yang paling I suka sebab kat part tu I selalu sakit-sakit. Haih~ kerja duduk dalam office pun sakit…T_T…
Finally, I got my facial pupur. Oke nak bagitahu apa yang dia tepek kat muka I pun I tak tahu so I bagitahu je lah what I’m feeling oke. Mula-mula mestilah dia cuci muka dulu kan. Lepas tu beberapa kali dia tepek the other products mungkin peeling, masker sume lah kot. Nyaman je. Sempat terlelap beberapa saat time nak tunggu masker kering hehe. Cuma masa dia nak bersihkan blackspots kat hidung tu yang sakit sikit…T_T… tapi takpe boleh tahan lagi hehe…

How did you feel afterwards? 

I feel relaxed and refreshed. My body felt looser and my face looked soft and moisturized.

What happens afterwards? 

Apa lagi. Make a paymentlah hehe. But before that I dihidangkan dengan secawan kecil air..thanks..;) but disappointed bila tak dapat any brochure. At least selain dalam web I adalah some copy for my reference in future kan. Tapi takpelah. Suggestion to Yoyoy Kamphora Spa, to provide brochures to customers. It’s part of your marketing strategy too. Other than as customers’ reference perhaps they can pass it to relatives and friends for recommend..;)

Long-term effects 

I don’t felt 100% perfectly relaxed for the rest of the day, maybe lepas balik je dari spa I terus ke Lowyat menemani si dia mencari laptop parts and repair. Menunggu laptop untuk dibaiki lebih 1 jam di kedai yang cuma ada kerusi tanpa tempat menyandar hanya buat tengkuk I sakit oke..T_T..  Dahlah I pening kepala. Ahha this one more thing I noticed that my headache tak hilang pun lepas massage sebab I masih terasa sakit kepala yang berpanjangan. Tak boleh jadi ni tomorrow kena jumpa my doctor, in case kalau perlu pergi specialist for further check up… hope tak ada apa-apa yang serius…T_T…  

Was it worth it? 

Yup. Dengan harga yang berpatutan tetapi memberikan perkhidmatan yang bagus, I think it worth it.

What else could you have? 

Yoyoy Kamphora Spa menyediakan banyak lagi perkhidmatan lain seperti acupuncture, bekam, rawatan untuk resdung, body scrub, waxing, manicure & pedicure and bathing. I think next time I'll try cupping (bekam), as I've found that this treatment has more noticeable results for migrane and backache… and interested also treatments untuk bakal ratu sehari.. hehe.. **gatal

Who do you think would like it? 

Of course! Everyone will like Yoyoy kamphora Spa! Lokasi spa makes it perfect for those yang tak suka dengan kesibukan di tengah bandar, susah nak cari parking. Hehe. Tapi di sini tak susah pun. Jalan pun tak sibuk kecuali di traffic lite…;P The style of the spa is modern enough to attract a younger spa-goer, but it also classy enough for the more experienced spa guest.

Why did you give the spa this rating? 

I’ll give Yoyoy Kamphora Spa a high 4.5 over 5!! The treatment was good. My therapist also was not bad excellence. Looked professional and friendly also. **lupa nak tanya nama hehe. Hurm apa lagi ye? ahhaa the spa. It had lots of lovely decorative touches and plenty of products/services to try..

Would you go again? 

Absolutely. Lepas ni bolehlah I jadi regular customer manjakan diri di sini hehe. Bolehlah 2/3bulan sekali kan? If you ask should I recommend it to u’ols… I will say… Yes!! Recommended indeed!!


So, pada u’ols yang teringin nak manjakan diri bolehlah mencuba. For those yang duduk berdekatan je lah. **Yang jauh kalau teringin why not hehe.. nah, ni map nak ke sana. Kalau tak tahu boleh contact2 I and i'll give the direction..;)

Oklah. For further information click here and here oke..;)

Foot Note : Ingat nak ambil gambar masa dalam spa untuk post entry ni tapi macam tak berani nak capture takut not allowed…T_T  hope lepas ni kalau I datang lagi bolehlah I snap pitcha so u’ols baru pecaye how impressed I am… hehe…;P

Till Then!!

Friday, February 11, 2011

Tips : Kurangkan Selera Makan

Seperti biasa, hari ini perut I buat hal lagi. Mentang-mentang harini Jumaat, hari terakhir bekerja di minggu ini slumber laa kau melantak nasi kukus ayam berempah!! Kononnya, ‘takpelah harini last ok zanziii last makan nasi’. Macam tu lah lebih kurang hati berzanzi.. *menci. Habis nasi separuh kau bedal sampai tak tinggal sebutir pun. Tulang-tulang ayam berempah yang lazat kau ratah dengan rakus sehingga kalau tulang tu boleh telan pun kau nak sumbat jugak ke mulut.  Itu nasib baik nasi separuh kalau kau tak cakap kat akak tu mintak separuh konfem nasi yang penuh tu habis kau bedal. Alahai perut…T_T  **perut dah kenyang baru terbit rasa kesal, as usual!

Kalau susah nak kawal nafsu macam ni la jadinya.. Apalagi, dapat internet terus google cara-cara mengatasi masalah kuat makan… tips-tips kurangkan selera makan.. ye harus!! Kerana selera tak pernah luntur maka sebab itu setiap kali, tidak punya perasaan sedar diri dan terus menerus menikmati makanan yang menjadi rubbish dalam perut..hamik kauuu..

Nah, tips-tips kurangkan selera makan untuk kau perut degil:

(Sumber : sumberalam4u)
  • Makan secara perlahan. Tip yang membantu untuk mkn perlahan adalah makan semasa menonton movie, kira bilangan kunyahan, berbual atau membaca sambil makan.
  • Makan hidangan yg kecil dan menggunakan pinggan yg kecil. Ini akan membuatkan makanan nampak banyak.
  • Ambil makanan yg tinggi serat seperti sayur, buah, roti wholemeal, dll. Serat akan menyebabkan anda berasa cepat kenyang dan mengurangkan selera makan anda.
  • Makan makanan yang pedas. Ini akan membuatkan perut terasa penuh.
  • Jgn membiarkan diri dalam keadaan terlampau lapar. Ini akan membuatkan kita akan makan lebih banyak pada waktu makan seterusnya.
  • Minum segelas air kosong sebelum makan supaya perut terasa penuh.
  • Jangan minum semasa makan. Ini akan meningkatkan selera untuk mkn.
  • Hirup/minum sup juga boleh menyebabkan anda cepat kenyang.
  • Letakkan makanan jauh dari pandangan. Ini kerana, jika makanan ada didepan mata, akan 'trigger' anda untuk makan.
  • Replace your dishes with smaller dishes. This is both a psychological trick and a practical one: you still feel like you have a full plate of food, but you fit less food on a smaller plate.
  • Drink a large glass of water (bubbly water fills you up more) before you sit down to eat.
  • Try not to drink during the meal, which can make you eat more.
  • Spice up your food. It's no coincidence that the spiciest food comes from the poorest areas of the world, where they have to feel fuller on less. Spicy foods make you feel fuller.
  • If you can't eat spicy foods, settle for more flavorful foods. Strong flavors satisfy the taste buds, which signal to the appetite that it's being satisfied. Use plenty of herbs and non-hot spices, salt or salt substitutes, onions and garlic.
  • Eat slowly. This is a common suggestion, but it rarely comes with practical tips on how to do it, other than to force yourself to chew a certain number of times before swallowing. People sitting around a table counting their chomps is a big dampener on table conversation, to say the least. So here are two practical suggestions: reverse your eating hand (right to left, left to right) but be careful not to put the fork through your cheek (!), and put on some soothing music to accompany the meal.
  • Serve up your plate with the correct portions. Do not place platters of food on the table. Decide what quantity each person should eat, and serve it up in the kitchen. If people object, ask them to think of it this way: platters of tempting food on the table is cruel for those who can't permit themselves to eat much.
  • Check the proportions of your food: vegetables should take up more space on your plate than your main protein or starch source. Vegetables have high nutritional value, low calories, and they can make you feel fuller than protein or starches. They're bulky, full of fiber and water, a combination that makes you feel full.
  • Restrict yourself to only one dessert a week. Not so long ago, dessert was a Sunday treat. That's a good tradition to recover. If you crave sweets at the end of a meal, try nature's candy: fruit. A dish of fresh grapes, or peaches, or strawberries, or watermelon, for example, is just as satisfying to the sweet-tooth as high-fat and high-calorie desserts.
  • Set a nice table. When a meal feels special, even if the quantity is small, the experience is more satisfying. Use place mats or under-plates or a table-cloth. Decorate the table with fresh flowers or candles. Use special tableware and glassware for the most humble meal, even when you eat alone. If you can't pamper yourself with an abundance of food, pamper yourself with all the other aspects of the meal. And that includes good company and good conversation!

Hurm.. dah dapat info sila amalkan ye. Jangan sekadar lafaz bismillah kemudian terus melantak langsung tak pandang member kat sebelah. Hampagas betul.


Anyone ada tips-tips lain untuk perut degil I? silalah kongsi…T_T 

Till then!

Wednesday, February 9, 2011

Atkins Loser

It has been a long time I didn’t talk on my diet right? Actually, I am very disappointed.. disappointed with myself.. yeah yeah y’ols can say anything about me… what.. Loser??? ‘angan-angan tahi ayam’??  whatsoeverlah.. sad to inform y’ols, I have not started my re-induction yet…as promised….T_T… dunno lah…

Bermula dengan rasa pening yang berpanjangan selepas seminggu beratkins, I berulang alik ke klinik mendapatkan rawatan dan ubat dek tak tahan menanggung sakit kepala. Tapi walaupun rasa sakit I teruskan jugak atkins. Mulanya I rasa ianya bukan berpunca daripada diet I tu but then bila noticed, I rasa macam tu selepas amalkan atkins…hurm.. After that I dah mula curik-curik makan terutamanya bila ada function di office. Arghhh.. menyesal. Then, I mula stop makan supplement.. mana tahu sebab supplement I pening tak hilang-hilang? Hurm… sikit-sikit I makan balik foods yang sebelum ni I berjaya hindar. Lebih teruk lagi bila I pergi teambuilding selama 3 hari di hutan, Hulu Langat.. dengan aktiviti yang pack.. dan.. dengan hidangan makanan yang lazat.. terutamanya nasi….. Kalau dah dalam hutan macam tu, makanan apa yang I boleh makan?? Takkan I nak makan daun-daun pokok dalam hutan tu plak kan? Dahlah makanan sedap-sedap.. free plak tu… memang I tak tolak rezeki la kan……. I have been eating and eating without considering the consequences… T_T arghh.. punah… punah…… yeah yeah I’m the loser.. fine!

Sejak I balik teambuilding 3 hari tu, I macam dah tak boleh tak makan berat-berat. I mean, makanan yang sebelum ni lama I tak sentuh seperti nasi, bihun, roti, eskem, jajan-jajan… semua I dah berani sentuh balik.. OMG… T_T… hamik kauuuu… I dah mula balik rutin makan di luar office (tak masak+tak bawa bekal+tak tapau di fudcourt), I dah mula balik rutin makan di kedai bila habis bekerja mahupun hari tidak bekerja.. ahh sudah.. ini sudah kronik..! sia-sia je kau diet sebelum ni.. kau mula balik tabiat dan tebiat lama! U eats too much rubbish gurl!!!! See ur stomach now?? Oh noooo….!!!!!!!!!!!! @_@

Huh…. Apa kesudahannya, I pun tak tahu. I nak start balik secara mendadak pun susah ni. Sebab nanti takut I buat separuh jalan lagi..T_T… Secara hakikatnya, I memang kuat makan.. pantang nampak makanan.. makan makan makan!!! Sebab tu lah setiap kali nak diet memang susah nak konsisten dan disiplinkan diri!! I hate myself in that part! Huh…. What I’m gonna do now??? HELP!!!

Kesimpulannya…. I pun tak tahu nak simpulkan bagaimana. Kalau I tak berusaha melakukan sesuatu.. I akan terus benci pada diri yang tak berapa nak sihat ni. Seriously I rasa semakin ‘membesar’ sekarang.. Kalau I buat sesuatu pun, I kena betul-betul buat.. I kena melakukan perubahan…ye.. mesti.. T_T… Kalau ben tak bising pun, I memang selalu merungut dengan diri sendiri.. asyik makan je.. badan pun makin bulat.. macam mana nak kawen ni…T_T…

Mungkin I kena mula Atkins? Mungkin I kena guna cara lain? Ke I yang cepat mengalah dengan sesuatu cara tu? Baru pening sikit dah kalah.. **eh tapi betol-betol pening laa…T_T… entahlah… Let me think… what next…

My plan.. di awal pemulihan.. I nak start dengan berpuasa.. ye.. berpuasa ye kawan-kawan. I kena belajar berlapar. Ye.. akan ku didik perut yang degil ini. Secara tak langsung, I bolehlah ganti sekali puasa yang terpaksa ditinggalkan bulan Ramadhan hari tu kan kan. heee~ Tapi, harus diingat!! Berbuka puasa jangan berlebihan…. NOTED!!! Tapi, mampukah I? InsyaAllah… kita cuba minggu depan oke?? Deal!

Lately ni sakit kepala I dah hilang.. mungkin secara kebetulan? Atau.. mungkin sebab I dah jadi normal kembali? Normal dengan kembali kepada sikap suka makan…T_T… But kadang-kadang terasa jugak sakit kepala ni cuma takdelah sampai tak tahan sampai nak jumpa doc. Sakit kepala tu mungkin juga berpunca daripada tekanan kerja. Bukanlah kerja berat sangat sampai tertekan. Tapi mungkin dek kerana memikirkan idea-idea yang harus dikeluarkan untuk setiap kerja yang dilakukan. Plus, kerja pun dari pagi ke petang mengadap laptop kan… @__@...

Sekarang ni, I tengah sakit tengkuk dan bahu pulak. Yela I rasa mungkin sebab lama sangat duduk atas kerusi di office. (bila agaknya admin nak tolong tukar kerusi yang tak sihat tu ek?T_T)…  Dengan mengadap laptop dan kerja….sakit-sakit belakang dah jadi perkara biasa. Haih.. daripada haritu nak pergi massage tak jugak pergi-pergi… I ingat macam nak pergi berbekam. Tapi, macam takut pun ada. Yela sebab tak pernah buat, tengok sampai keluar-keluar darah bagai.. seram pun ada. Y’ols dah pernah berbekam ke? Tak sakit ke?? I tengok orang yang dah buat tu macam besh je. Ramai kata lepas berbekam badan rasa ringan sebab dia buang darah kotor kita.. yeke? Lagipun berbekam ni salah satu sunnah Nabi right? Tengoklah nanti kalau berkesempatan dan ada keberanian I nak cuba. Untuk migrane dan sakit-sakit belakang… Udah tidak tertanggung lagi…. Haih.. muda-muda dah macam ni kan? hehehe

Moga niat suci I untuk mengempiskan perut tak sekadar di pinggir bibir.. hehe.. y’ols mehlah tolong support I…T_T…. kot-kot ada di antara y’ols yang ada tips nak konsisten dengan diet dan pemakanan?? Boleh lah tolong-tolong share di sini…… oke?

Ok lah.. badan penat.. mata pun dah mengantuk….=__=

Till then ya!!

Monday, January 24, 2011

Induction : 3rd week Atkins (No menu Hapdate!)

Salam.. hai u ols! Pejam celik pejam celik kejap je dah 3 minggu dalam tahun 2011 ni kan kan? n… dah 3 minggu ‘sepatutnya’ I dalam Atkins!!! Kenapa ada ‘…’ untuk perkataan ‘sepatutnya’ tu? Huhhhh!! Ni nak habaq ni. T_T..

Minggu pertama Atkins I memang bersemangat.. giler kentang tak sentuh makanan-makanan yang dilarang. Minggu kedua?? Anda pun boleh lihat pada minggu lepas punya post kan? Agak kesal dan kecewa disitu.. sebab.. dengan jayanya I telah mengkhianati badan sendiri dengan mengkantoikan diri atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Ahhh! Jangan jadikan ia sebagai alasan la my! Jangan salahkan kawan kalau ko kononnya terpaksa makan prosperity. Jangan salahkan company punya event ko terpaksa menjamu selera dengan hidangan yang diberi dengan rakusnya ( eh eh masih sopan ketika makan oke). Sudahnya, ada beberapa hari di minggu kedua yang I telah kantoi.. hurm…. Bila nak makan.. selalu I kata.. ‘ala sikit je nihhhh…’… bila perut dah kenyang.. ‘ahhh menyesal nya bedal ol this rubbish!!!’…T_T…

Minggu ketiga Atkins.. bila dah start kantoi sikit-sikit.. I dah mula berani membuat kesilapan lebih drastik! Walaupun I tetap makan makanan yang dibenarkan masa Atkins but!!! I akhiri minggu ketiga dengan kesilapan terbesar bila terpaksa makan nasi!! Itupun sebab I balik kampung ke halaman ayahanda bonda.. Owh bukan terpaksa tapi memang nafsu makan sedang menguasai diri I ketika itu dan tanpa berfikir panjang I telah menjamu selera dengan kejamnya tanpa mengasihani perut sendiri! Ahh kejamnya kau my sebab mengkhianati aku! *bisik si perut terchinta. Ahhhhh!! Seperti biasa, bila tekak mula mengeluarkan sendawa tanda kekenyangan… muka kekesalan mula terpancar. Maafkan aku perut….T_T… So, I decide untuk tidak hapdate menu bagi minggu ini sebab apa yang I buat tu dah sia-sia bila I khianati badan sendiri…………………..

Akan tetapi! Bila dah banyak terkantoi tidak bermakna I kalah. Tidak juga bermakna I putus asa. I masih mahu kurus. I masih mahukan pinggang kerengga. Ye.. masih mahu!!! T_T… Untuk menebus kesalahan itu.. I akan ‘re’muhasabah diri.. ye.. kesedaran yang perlu I cari! My.. fikirlah yang terbaik untuk kebaikan perutmu! Isk. Untuk itu, I akan berusaha lagi. Bila dah bersedia, I akan lakukan re-induction. Ye! I akan melakukannya! Err.. sebab apa I kata ‘bila dah bersedia’? Sebab.. petang esok ada jamuan farewell untuk boss I.. so, sebelum I cakap I kantoi di minggu ke-4 Atkins baik I cakap awal2 yang I mungkin akan makan rubbish lagi hehe. So, xkan ada la post untuk 4th week of Atkins hehehe.. Pandai tak I melepaskan diri.. *nakal! Anyway guys.. Bila dah re-induction nanti I’ll update my menus as usual.. Eh jangan risau tak ambil masa lama. Maybe around this week. Maybe next week huhu.. n I akan pastikan all my menus suci dan bersih without any rubbish!! Ini bukan perjanjian but sebagai pembakar semangat!! Moga I sedar dan bangun balik!!! Chaiyok my!!

Eh all atkiners out there. Jangan jadi macam I oke! But kalau u ols pun terjebak jangan cepat putus asa!! Bangun balik! Buat re-induction oke hehe..

Bukanlah nak menyeksa badam atau diri sendiri.. but nak bagi badan ni belajar disiplinkan diri.. Nak kurus bukan untuk chantek je.. but nak bagi badan sihat! Lemak banyak tak chantek.. plus badan pun tak sihat!!! Heee…

Till then!! 

Sunday, January 16, 2011

INDUCTION: 2nd week of Atkins – Banyak kantoi!!

Salam.

Err.. hai.. apa khabar u ols hrni?err.. dengan rasa bersalah pada diri sendiri I menaip entry ini.. Dengan rasa kesal teramat sangat I post jugak entry ini.. Dengan harapan moga I sedar akan kesilapan diri yang nak tak nak terpaksa I maafkan..T_T..

I have done my 1st week of Atkins I janji nak post entry seminggu sekali je kan (update menus), so kali ni nak listkan menu I for the whole 1 week ni hehe. Plus, I perlu membuat pengakuan sebab rasa bersalah yang amat sangat..T_T..

Eh sebelum tu I nak update menu I untuk minggu ini.. What are they?


MONDAY
Breakfast     :     Half Boiled Egg
Lunch          :     Ayam goreng berempah + Sayur kobis goreng
Dinner         :     I tak makan oke..


TUESDAY       
Breakfast    :     Telur Separuh Masak
Lunch         :     Okay!!! I mengaku I salah!!! I 'ter' makan MEKDI oke!! ye.. I ulang.. Mekdi!!!                        uuuwwwwaaaaaaaaaaa...! I makan prosperity ayam!!!! uuwaaaa.....
Dinner        :     Tak ingatlah makan apa...T_T

WEDNESDAY
Breakfast  :     Telur sparuh masak
Lunch       :     Ayam goreng 3 ketul + telur dadar
Dinner      :     Ayam goreng 3 ketul


THURSDAY
Breakfast   : Telur+ayam grg 2 ketul
Lunch        : Ikan talapia sambal + sawi goreng + tauhu sumbat + kentang goreng sambal
Dinner       : Tak ingat jugakkkk..T_T


FRIDAY     
Breakfast    :   Telur Separuh Masak
Lunch         :   Sayur kangkung goreng + ikan goreng
Dinner        :   Tauhu Sumbat!!!! (I baru tahu tak boleh makan oke!!) 


SATURDAY
Breakfast    :  Tak breakfast sebab pentingkan tidur...@_@
Lunch         :  Ayam goreng + Sayur kangkung goreng 
Dinner        :  Sate!!!!!!!!


SUNDAY
Breakfast    :  Tidur..T_T
Lunch         :  Sardin + Bayam goreng + Telur Hancur 
Dinner        :  Sardin
Dah tanak cakap banyak sebab minggu ni banyak kantoi! menci! 


**Dah dua minggu ni I pening kepala je... kenapa ek? adakah kena mengena dengan atkins?T_T

Wednesday, January 12, 2011

Bila Raya Cina Hampir, dapat Buah limau Free

Hurm.. seperti biasa.. dah dekat-dekat cina nak raya ni mesti ada yang bermurah hati bagi buah limau free.
Harini dah dapat 2 biji limau free. Sedap ni.. adoiii.. gatal je tekak ni.

Dalam hati berkire-kire nak makan ke tak nak makan ke tak…isk

Try check balik jumlah carb dalam buah oren… and… here it is…
So.. terpaksa tahan nafsu makan..

Limau? Masih ada kat workstation. Kak Sue dah offer nak tolong makan bagi pihak..T_T..

Owh sila bagi saya masa satu hari untuk berfikir…sob..sob…

Tuesday, January 11, 2011

Say No To 'Nasi' Contest

Salam all!

Harini I nak cakap pasal 'SAY NO TO NASI' contest anjuran blogger Aku Gemok yang sedang berlangsung sejak 1hb December 2010 yang lalu.. Owh demmmm!!! I'm late already..! isk. I just found this blog and notice pasal contest ni. pergh.. kalau tidak mesti I dah join sama.. (err tapi tak tahulah kalau I masih bertahan hingga ke hari ini atau tak hihi). But yeah.. this contest can be a platform form us untuk kuruskan badan. Sekurang-kurangnya bolehlah jadikan alasan kenapa kita tak nak makan nasi.. kira macam di motivatekan melalui contest! kan kan! brilliant sekali idea si penganjur contest. Tapi anda kerugian RM10 sebab tak invite I join sama.. isk. 

Untuk pengetahuan u ols, contest ni berlangsung selama 2 bulan di mana ianya telah pun bermula pada 01.12.10 yang lalu. isk sob sob.. dan berakhir pada 31.01.11 akan datang... frustrated? dissappointed? ngee~ I pun baru je jumpe blog ni hehe. Syarat-syarat penyertaan adalah.. yang utamanya TIDAK BOLEH MAKAN NASI. dah nama pun 'say no to nasi' kan dah terang lagi bersuluh.. haih! So, hatta sebutir nasi pun tidak dibenarkan. They ols yang menyertai contest ni mestilah jujur di mana they ols kena update blog with pemakanan they  oll hari-hari. So, secara tidak langsung mengajar they ols to be jujur pada diri sendiri. Sebabnya, barangsiapa yang makan nasi hatta 'ter' sekalipun hatta sebutir sekalipun, maka dianggap BATAL sama sekali. segala rayuan tidak akan dilayan daripada pihak penganjur hehe pandai-pandai tambah ayat. 

Apapun, walaupun I ketinggalan tak dapat join u ols yang dah join contest tu, I support u ols oke! Berjuanglah hingga ke titisan darah yang terakhir! (chewahhh). I pun tak makan nasi juga since I dah start atkins dari last week.. hehe. So, Impian kita sama! sama tapi tak serupa..;P k ols! Goodluck!!!

Till Then!
p/s: more info click here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers