9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, September 22, 2011

MIGRANE & BEKAM

Salam korang...:)

Dah titon ke? ek eleh.. ilex laaa malam masih muda... hehe... amboih2 My ni bila badan dah cergas jari pun kemain cergasnya... ni mata dok celik je lagi ni... heheh...

Alhamdulillah... Panas badan dah kebah.. tekak yang perit semalam pun dah hilang.. Mungkin sebab My cepat ke klinik sebelum lebih teruk tu pasal tak jadi batuk n demam lebih kronik kot. Migrane pun dah rasa lega... 

Sepanjang MC sehari ni My tak manjakan diri dengan tido je... Kalau tido je konpem badan makin lemah. Tapi takde lah My keluar sampai soping habihkan duit plak kan hehe. Pagi tadi My berehat di rumah je sambil jengah ke email ofis tengok any update kalau ada. Bukan apa, risau tak datang kerja ada je yang My terlepas pandang nanti. Tengah hari My mandi mandi n keluar ke Taman Pinggiran Batu Caves. Nak tahu My ke mana??


Jangan salah faham ye... Bukanlah nak gtau My ni mengada sangat ke spa bagai... -.-' Tapi sebab kesihatan badan jugak. My ke sana sebab nak berbekam. Bukan apa, untuk pengetahuan korang My ni mengidap migrane sejak zaman sekolah lagi. Dulu masa zaman sekolah duduk asrama bila time kena migrane tu sampai menggigil lah badan. Pastu kawan-kawan angkat turun hostel panggil warden hantar ke klinik. Kalau tak dapat ubat doktor memang takkan rasa lega. Masa study UiTM ada jugak kena migrane tapi biasanya My tahan je takdelah kronik sangat. My biasa malas nak layan sakit tu unless kalau dah tak tahan sangat My akan telan panadol 2 biji. 

Tapi this year migrane My makin menjadi-jadi... entahlah... Pernah pertengahan tahun kalau tak silap My siap jumpa pakar mintak scan kepala kot ada sakit-sakit lebih kronik tapi tak pun. Migrane My gaknya makin menjadi-jadi... Mata pun makin kabur kalau tak pakai speck memang tak leh nak drive... orang depan mata pun My kurang nampak hoho. Ni sakit kali ni sejak sebelum raya haritu menjadi-jadi... Kadang-kadang telan panadol, ponstan pun tak jalan... T_T My kalau terlalu penat, terlalu stress, kena panas, hujan, lapar memang senang nak datang migrane... Nak nak kerja tengah melambak ni kan memang migrane suka sangatlah bertandang... Yang nak menanggungnya ni haaa adeh... Memang sakit sangat. Korang kalau pernah rasa mungkin tahu. Sakit kepala biasa dengan migrane ni lain sket... 

errr panjang lah plak mukadimahnya...-.-' Oke2 back to the main point, pasal bekam. Orang kata berbekam ni baik. My dah lama senanya nak buat tapi tak ada kekuatan sebab bila tengok orang buat macam sakit je sampai kuar-kuar darah tu.. -.-' Jadinya kali ni My tak nak pikir panjang dah... sakit pun sakit lah janji sakit ni hilang... Jadinya petang tadi My ke sana untuk berbekam... Mintak 10 point je dulu sebab festime kan hehe. Itu pun banyak kot tapi dah itu paling minimum yang ado... -.-' 
google~
Hasilnya??? Alhamdulillah... Rasa lebih lega berbanding sebelumnya... Kepala dah tak sakit.. Badan pun rasa ringan sikit. Banyak gak darah kuar tadi... toksin dengan angin banyak sangat dalam badan ni...-.-' Lepas ni kalau ada masa My nak pergi lagi, tapi takleh la tiap-tiap minggu kan.. kopak poket den... heheh. 

So, kalau korang ada sakit-sakit badan, migrane macam My bolehlah pergi berbekam. Sakit-sakit lain pun boleh... Berbekam ni memang cara perubatan yang digalakkan dalam Islam.

Di dalam kitab At-Tibbun Nabawiy oleh Imam Ibnu Qayyum Al-Jauziyah ada menukilkan satu Hadith Nabi S.A.W yang Mafhumnya:

خير ما تدا ؤيتم به الحجا مه

"Sebaik-baik pengubatan yang kamu gunakan adalah dengan berbekam" 
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Secara saintifik dalam ilmu perubatan moden penyakit di dalam tubuh berpunca dari makanan yang telah melebihi kadar yang seimbang.Makanan ini pula akan dicernakan di dalam perut.Kapilari-kapilari dari perut pula akan menyerap zat-zat yang berguna dan menjadi nutrien dalam darah.Sisa-sisa dari proses pencernaan pula akan dibuang dari tubuh badan sebagai najis,air kencing dan perpeluhan dari seluruh tubuh badan.Darah yang mengandungi nutrien pula akan mengalir melalui semua organ-organ dalam tubuh badan seperti hati, paru-paru, jantung, kelenjar-kelenjar, otak, organ pencernaan, ginjal, organ pembiakan dan lain-lain lagi di dalam tubuh badan manusia.

Darah juga akan mengambil bahan-bahan buangan dalam darah dan mengangkutnya ke paru-paru, ginjal dan kulit untuk dikeluarkan dari tubuh badan manusia. Kegagalan pengeluaran bahan buangan dari darah melalui sistem perpeluhan akan menyebabkan darah yang bertoksid terperangkap 3 mm hingga 4 mm di bawah permukaan kulit di seluruh tubuh badan manusia.

Oleh yang demikian untuk mengeluarkan darah yang bertoksid itu Nabi S.A.W telah mengajarkan kepada ummatnya dengan berBEKAM.

Bekam terdapat 2 jenis:


1. Jenis Basah atau Bekam Darah,

Permukaan kulit dilukakan menggunakan LANCET (jarum tajam) kemudian sekitarnya di sedut menggunakan cupping yang sesuai dengan kawasan yang di bekam selama 2-3 minit setiap sedutan. Darah kotor, air, angin akan keluar dari permukaan kulit
Darah yang bertoksid akan nampak hitam pekat, berkaca, berbuih dan menggumpal.

2. Jenis Kering (Dry Cupping) atau Bekam Angin.
Pembekaman sama seperti bekam darah cuma ianya dibuat tanpa melukakan permukaan kulit. Darah kotor tidak keluar dari permukaan kulit cuma angin dan air sahaja yang keluar dari badan.

Tadi My buat bekam darah.. dia keluar darah kotor dengan angin2 nya sekali... ok lah untuk first timer kan... Nak kata sakit, sakit lah jugak tapinya My boleh je tahan, bermakna takdelah sakit sangat hehe...Tapi ada bekas lah belakang badan ni... 2/3 hari baru hilang...-.-'

So, yu ols yang tak pernah buat tapi teringin sila-silalah cuba... InsyaAllah badan akan rasa lebih selesa dan segar... Oklah, My nak tido dah harapnya dapatlah tido nyenyak malam ni n bangun dengan badan yang segar pagi esok untuk ke tempat kerja...;) Mahap boss kerana terpaksa rehatkan badan sehari ni... -.-'

Till then!!!

sumber: sini & sini

6 comments:

EyqaLuvender said...

macam saket je awk..huhu
nway,sepupu kte pndai buat jgk,die pkai cawan kecik je...
ta ingt sgt la cre die...

mas saari said...

memang bagus berbekam ni!
tapi akak seram lah nak cuba...sakit tak my??

noradzlina.kamdani said...

brape rm 1 point..ari tu yg akk buat kene rm8 1 point...sbb akk sakit kaki kene 12 point...
kaki akk ssh nk kua drh sbb org yg bekam tu ckp kaki drh akk berasid.

.........cP~ said...

mahal kan..kawan saya pun ada belajar..memang lepas dia buat, dia rasa kepala ringan je..

noradzlina.kamdani said...

kwn 1 kerja yg dtg umah buatkn...klu ikut ckp kwn2 yg pernah g berbekam mmg harga kwn akk tu murah...tp xtau la klu dia bole dtg bekam sampai ke kl ke x...klu setakat ke bahau n seremban mmg akk tau dia ade pergi berbekam.

nur said...

ya..tak de lah sakit sangat bekam ni..mcm gigit semut je.. nampk je mcm seram. tp bila kita buat, bukan kita yg seram...org yg tengok seram..hehe.. kita rileks je. bukan kita nampak apa yg jadi...hehe. so jangan bimbang, jangan takut bg yang nak berbekam...saya pun 1st time bekam, baru dua hari lepas bekam badan 13 point. bekam kepala kiri kanan 2.

ajaibnya bekam ni... tengah2 dok bekam kepala, tetiba mata rasa terang sangat3.. subhanallah.. sungguh saya oun terkejut. hebatnya sunnah nabi saw. utk pengetahuan, saya pun migrain teruk sgt3... sebulan sekali minimum..mesti kena migrain... pasni tiap2 bulan nak bekam... mehla pakat2 amal sunnah bekam. saya panggil org datang rumah.. bekam kat rumah lg selesa n senang..ikut masa free kita :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers