9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, September 9, 2011

PEMAKAIAN TUDUNG YANG DIHARAMKAN


Salam,

Selamat hari Jumaat yu ols… Wah dah lama rasanya tak bagi tazkirah hehe. So taknak mukaddimah panjang-panjang, kita straight to the point. Harini My nak bercerita mengenai trend pemakaian tudung masa kini yang semakin menjadi-jadi. Menjadi-jadi maksudnya di sini pelbagai teknik pemakaian telah diperkenalkan kadang-kadang kita baru nak try pakai tudung camni tup tup dah keluar plak fesyen tudung camtu… cis. Kang kalau tak ikut trend tudung masa kini orang kata tak up-to-date plak..-,-’…

Kalau cakap pasal trend pemakaian dan pengeluaran jenis tudung terkini tu memanglah banyak… My sendiri kadang-kadang mengikuti jugak  peredaran zaman fesyen terkini tu. Tapi tengok jugaklah tempat kalau setakat nak ke tempat kerja takdelah My nak mencapub sangat lilit sana lilit sini kan… -.-’… Nak ikut cara-cara pemakaian tudung masa kini tu tak kisahlah… ikut suka hang lah kan janji menutup aurat… Yang menjadi permasalahannya sekarang… My tak gemar betul tengok orang pakai tudung jenis nampak bonggol atas kepala tu… alaaaa yang macam orang ikat rambut tinggi-tinggi macam berpantang gamaknyaaa… Lebih senang dah serupa bonggol unta… -.-’
ni haaa bonggol untaaa...-.-'
Peliklah… apa kejadahnya best sangat pakai tudung sanggul-sanggul tinggi macam tu cuba habaq mai sket?? Hodoh tau tak??? My ni kang nak sound lebey-lebey ada plak suara-suara sinis berkata:

“okaylah tu… daripada tak pakai tudung langsung…”

Elok sangat lah tu… Kang ko jawablah kat Akhirat… ! dah dah takmo cakap banyak baca je lah dalil-dalil kat bawah ni. (Rasanya sebelum ni dah banyak dikongsikan di Facebook tapi masih ada yang galak pakai macam ni kan…)

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidak akan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."(Riwayat Muslim).

Korang tau tak kenapa ianya menjadi suatu kesalahan? Okay pada pemahaman My macam ni… sila baca ulang-ulang kalau tak faham oke. Bila seseorang wanita pakai tudung sanggul tinggi-tinggi macam ni ofkos lah dia akan mengumpulkan semua rambutnya tu menjadi sanggul kan. Bila dah buat sanggul lepas tu dia sarung tudung sah-sahlah sanggul tu akan menonjol…sehingga menampakkan bagi penglihatan orang lain terutama pada yang bukan mahram… So, bagi mereka yang nampak tu dia akan tahulah bahawa rambut korang tu lebat, panjang mengurai… Kalau yang lelaki tu boleh bayangkan lagi… sanggul tinggi ni konfem rambut lebat panjang mengurai… Maka ia dah jadi haram bagi si pemakai dan wajiblah baginya untuk menguraikannya.

Ada pahammm???

So, tolonglah… kepada mereka-mereka di luar sana janganlah pakai tudung sanggul-sanggul tinggi ni… Ada banyak cara nak ikat rambut tu bagi tak menampakkan aurat… Toksahlah dibuat-buat bonggol macam tu… buruk oke…-.-’

******************************************************
Satu perkara lagi yang My dok kaji adalah mengenai pemakaian tudung yang menyerupai biarawati kristian. Nau'zubillah... My sebenarnya kalau malas nak melilit-lilit selendang selalu lah pakai tudung sarung tu. senang... cepat dan mudah. So bila pakai tudung macam ni dia kan macam besar sikit so My sukalah pin kan tudung tu di belakang leher supaya nampak kemas. My percaya ramai yang gemar pakai tudung macam ni. 

Sehinggalah satu hari mak pernah tegur bila nampak My pakai tudung macam tu. Mak kata mak pernah pergi dengar ceramah seorang ustazah tu dia tegur perempuan yang pakai tudung pin ketat-ketat belakang leher tu.. Dia tegah pakai macam tu sebab menyerupai biarawati kristian. Masa tu My macam hot je... My cakap kat mak... "eh yeke...taklah... bergantung kat niat kita lahhh... " boleh cakap gitu??? melawan melawan! grrr...

Lepas tu, My tetap pakai tudung macam tu sebab My fikir... it depends on our niat.. Tapi hakikatnya baru My sedar... My ni salah. ish berdosa betul. Memang lah korang.... niat bukanlah nak menyerupai... tapi bila kita pakai tudung macam tu secara langsung ia akan menampakkan susuk leher korang... makanya, hukumnya dah jadi macam mana? 

Same goes to yang kat atas tu menampakkan bonggol kepala, same goes to perempuan yang pakai pakaian ketat dan jarang... menampakkan susuk tubuh yang tak berapa nak slim... harammmmmm

Plus,
"barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum... maka ia termasuk dari golongan mereka"(Hadith riwayat Abu Daud, disahihkan olehIbn Hibban)


So, fikir-fikirkanlah... korang nak ke tergolong di kalangan biarawati-biarawati kristian tu? Nau'zubillah.....
nak geng? joinlah diorang...-.-'
My taknak... So, My bukak pin di belakang leher tu.... taknak lah pakai macam tu lagi... biarlah tak cantik di mata orang... tapi cantik di mata Allah & Malaikat....T_T Jadi, marilah kita sama-sama renung-renungkan... kita pakai tudung kerana fesyen atau tuntutan agama? Jangan kerana mahu cantik... kita abaikan tuntutan-tuntutan agama yang perlu kita tahu dalam pemakaian tudung...

Sekian, dimaklumkan… *peringatan untuk diri sendiri yang lemah juga...

Wallahua'lam...

sumber: SINI dan SINI dan SINI juga

Nota kaki: Artis yang bertudung pun ada jugak yang pakai sanggul tinggi macam ni… Nampak dalam kaca tv alahaiiii… nak je gi jerit kat telinga dia tolonglah turunkan rambut tu… T_T

19 comments:

Diana @ bilakukatacinta said...

MY: kedua2 tu sis pernah cuba..hmm...bisikan nafsu lebih kuat dari iman didada...tp yang sanggul sis tak pernah pakai tinggi macam tu...ikat rambut asal jek. Yang pin kat belakang dulu kan trend..buat jugak


Sekarang ni...cuba utk perbaiki diri...thanks atas entri ini dik

asamasin said...

betol2.. :D

.: iEyLa :. said...

nice info..tq..

Anum said...

good info

YanaMIB said...

yg bonggol tu mcm dh xnmpk sgt org pakai..tp yg menampakkan bentuk leher tu makaihhh bersepah! skrg kn trend pakai tdg malas tu yg men sarung je tuh..pastu nape mesti ikat kt bhgn leher, pin ke belakang nk tjk bentuk leher?? rsnya lg rimas klu pakai mcm tu..hurmmm~

btw nice sharing =)

mas saari said...

yang pakai sanggul tinggi2 tu diaorang pakai rambut palsu..kat opis akak ni melambak yg pakai camtu!

akak pulak rimas kalau pakai pin kat belakang tu, rasa macam tercekik je leher...huhuhuuu

Cik Ecah said...

nauzubillah...
takut kan...
bukan xnak tegur...pernah ditegur tp mungkin setengah org xblh nak terima...huhuhu

pakailah yg menutp...

ketawariang said...

bab sanggul tu,byknyeeee kedai jual INNER SANGGUL... what? dulu pernah gak bercite2 nak pki cmtu...cantik je tgk minah2 arab tu bersanggul kan...
tp bila dah tau,terus x buat lgsung...cuma ikat rmbut ni mcm biasa je...

psl tudung pin kt blkg leher was a trend kn...eiii bila dpt tau...terus xnk buat dah...dah mcm org tercekik pn ade bile tgk gmbr2 dulu... huhu

nice post! :)

aimie amalina said...

huuu
betol tu kak
aiyaaaaaaak
nape la bole terasa nk pkai cm tu
hayoooo
tak tawulah skrg ni...

ish2...

mOoN said...

thanks sharing... nice info...

even dah banyak kali di ulang2 but still ada yang buat so x salah if nak ulang berapa banyak kali pun info sal tudung ni... :)

fazrulnoor said...

bagus la sebagai panduan dan ingatan buat org pmpuan :)

cik asam jeruk said...

nasib baik sy pakai tudung bawal je.so xde la nk sanggul tinggi, pin belakang. hehe

KAMIHIDUP said...

nice. :)

Cahaya Qaseh said...

benda ni dh lama dihebahkn tp still xde pe2 respon..masih rmai gak y pakai tdung camtu..adakah mereka saje buat2 buta mta ttg hal ni??

halila Ibrahim said...

Nice sharing ,,, akak lemas la nak pin2 tengkok ni .. betul kata my biar cantik di mata Allah ...

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

rasenye ramai wanita yang tau pasal benda ni kan.. tapi dieorang pakai gak.. nape ek???

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Atul tak suka dgn cara pemakaian tudung yg dlm entri Kak My ni. Alhamdulillah, setakat ni tak terikut pun dgn cara cara kat atas tu. Tak suka! Thanks for sharing, Kak My! :D

Anis Nafisha said...

Assalamualaikum. Nak tanya, kalau macam sekarang kan ada jual tudung yang glitter2 tu. Tak pe ke Hawa pakai tudung macam tu? Bukan tudung glitter yang penuh satu tudung tu tapi yang glitter campak-campak je tu.

Norains Sulaiman said...

Satu info yang sangat berguna.tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers