9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Monday, May 2, 2011

Hari Qiamat nak dekat??

Selamat pagi y'ols... My baru nak hapdet entry..  Pagi tadi lepas Subuh n berkemas sket My sambung tidur heee~ Yela, bila lagi dapat peluang macam ni kan.. Time hari bekerja konpem la tak dapat... bangun pagi seawa; jam 6... balik paling awal pun maghrib.. tidur dah pukul berapa... memang letih... tak cukup tidur.. So, masa-masa macam ni lah My patut ambil peluang berehat secukupnya... Alhamdulillah... rasa lebih segar... hehehe

y'ols nak tahu tak... tadi kan.. My mimpi.... My mimpi My bangun daripada tidur.. lepas tu hari gelap sangat.. guruh berdentam dentum... My jengah ke tingkap.. Nau'zubillah... My nampak kalimah ALLAH di langit... banyak... banyak sangat... tak cukup dengan itu My nampak sepasang mata di awan.. sedang melihat ke arah bumi.... Orang ramai semuanya sedang menghadap langit.. melihat kejadian yang tak pernah terjadi...

Lepas tu... My dengar sayup-sayup seperti ada orang membacakan ayat Quran... bunyinya seperti tasbih yang selalu dibaca dalam astro oasis tuh.... Ya Allah... My takut sangat... My kenang balik.. berapa banyak amal yang My dah lakukan sebagai bekalan ke sana.. My kenang pula berapa banyak dosa dah My buat... mampukah amal-amal yang My lakukan menutup segala dosa My?? Ya Allah.....

Tak lama lepas tu, My terjaga dari tidur... hmmm... mimpi rupanya.. Subhanallah.... berdebar-debar bila My teringat mimpi itu.... T_T

Moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita... Di masa kita sedang bahagia dengan kemewahan dan keindahan dunia.. jangan lupa kita masih ada kehidupan di sana kelak... bekalan jangan dilupa.....

renung-renungkanlah.....

*jom pi kenduri kawen Ujang ngan Yana!!!*

Dah join GIVEAWAY My??

Video Log bersama Ben Ashaari dan kenduri majlis Ujang9897-YanaMIB

Fuhhh... penat drive... baru je sampai rumah...

Ni kali kedua My join Gathering bersama Ben Ashaari. Tempat biasa, Putrajaya.. Tapi tempat lain plak.. Taman Seri Empangan... Gathering kali ini berbeza daripada sebelumnya sebab 1tube.my telah dijemput sekali untuk merakam aksi-aksi comel kitorang... -.-'
mana My?? My tgh amikkan gambar diorg hoke!
(gambar curik kak Mas Saari punya..;D)
My ingatkan saje-saje je nak datang.. tengok diorang bervelog.. Tapi, My pun dijemput same laa... alahai malu sangat taw... auuuwww....-.-'.... Mula-mula je rasa gemuruh.. lama-lama rasa nak interprem je lama-lame depan lensa tuh..;D

Thanks kepada Abg Ben Ashaari sebab beri My peluang men'capub'kan diri dalam vlog kali ini... Akhirnye.. apa yang My impikan selama ini tercapai juga!! bukan setakat dapat jumpa celebrity blogger seperti Ben Ashaari dan Bro Framestone malah dapat bervelog bersama mereka taw!! seronok giler y'ols!!! rugi y'ols tak datang taw...lalalalalalala~

*
*
*
*
*
*
*
*

Fine.. My tipu je.... -.-' Pernyataan-pernyataan di atas adalah pengalaman sebenar yang dilalui oleh Kak Mas Saari, Along Usop, Pembawa Wacana, Mas Ahmad Safwan dan yang lain-lainnya... grrr.. My??? Berada di bumi Kuala Lumpur menghadiri kenduri kawen rakan taulan... isk sob sob... agak terkilan sebab lambat tahu yang Ben Ashaari ada buat Vlog harini... My ingatkan blogger-blogger tertentu je yang dijemput khas.. rupanya semua dijemput hadir.. hehe.. Erm, takpelah. takde rezeki. Lagipun My ada wedding harini. Kalau tahu dari awal pun dah tentu tak berpeluang nak ke sana.. dan.. dan.. kalau My datang pun belum tentu My nak bervelog.. sebab My kan pemalu.... takmolah bercakap depan kamera tuh.. kalau kamera tertutup bolehlah..;D

Anyway.. tahniahlah kepada mereka yang menghadirkan diri ke Putrajaya tadi... sebab kebanyakannya ini adalah peluang pertama mereka dapat buat vlog...;) Bila lah plak turn My erk? -.-'....Tak sabar nak tengok vlog y'ols! ^_^

Oklah.. nak tido. esok ada kenduri kawen lagi.. siapa lagi kalau bukan wedding Ujang dengan pasangan comelnya, YanaMIB!!! Siapa-siapa yang pergi esok... kita jumpa di sana oke!!

Tak tahu jalan? Ni petanya.....0_o
pandai-pandaila y'ols zoom...;D




Sunday, May 1, 2011

Wajib tonton - Fast & Furious 5 a.k.a Fast Five

Hai.. selamat pagi Ahad semuanya..;) Lepas Subuh basuh baju sket.. ingat nak sambung tidur sebab malam tadi kan balik lambat tengok wayang so kepala masih berat..T_T... Tapi nak post dulu entry ni before tido balik ngee..

Dah lama nantikan Fast Five selepas melihat Fast & Furious 4 sebelum ini di mana kekasih hati Dom, si Letty mati dalam siri filem berkenaan.. Penghujung filem, Dom dijatuhkan hukuman 25tahun penjara. What next?? Untuk bangkitkan mood anda untuk pergi menonton My review sikit hoke.. check it out!

Fast & Furious 5
Directed by:
Justin Lin


Written By:
Chris Morgan

Genre: 
Action

Starring:



Van Diesel as Dominic Toretto
Paul Walker as Brian O'Conner
Jordana Brewster as Mia Toretto
Tyrese Gibson as Roman
Ludacris as Tej
Sung Kang as Han
Matt Schulze as Vince
Tego Calteron as Leo
Gal Gadot as Gisele
Dwayne Johnson (The Rock) as Hobbs
Elsa Pataky as Elena
Joaquim de Almeida as Reyes
Michael Irby as Zizi
Alimi Ballard as Fusco
Geoff Meed as Macroy













Synopsis:

Selepas Brian dan Mia berjaya melepaskan Dom daripada tahanan polis, mereka telah melarikan diri ke Rio de Janeiro, Brazil untuk mengelakkan diri daripada pihak berkuasa apabila menjadi buruan. Bagi mendapatkan kebebasan mereka harus melakukan satu lagi pekerjaan di mana mereka merancang untuk merompak orang yang paling berpengaruh dan juga ahli perniagaan yang kejam di Rio iaitu Reyes. Rancangan asal mereka terpaksa ditukar disebabkan Reyes menyimpan hartanya di balai polis di mana Reyes mempunyai hubungan yang baik dengan polis di situ.Untuk menyelesaikan misi ini mereka bertiga telah memanggil beberapa rakan-rakan terbaik dan menubuhkan satu kumpulan untuk menjayakan misi. Misi mereka terganggu apabila munculnya seorang agent yang dikatakan tidak pernah gagal datang dari Amerika iaitu Luke Hobbs yang ditugaskan untuk menangkap mereka bertiga. Namun, sewaktu agent hobbs hampir-hampir membawa Dom, Brian dan Mia ke tahanan pihak berkuasa mereka telah diserang oleh orang-orang Reyes. Akibat daripada itu, anak-anak buahnya semua mati ditembak dan dia (hobbs) yang hampir mati diselamatkan oleh mereka bertiga sebelum hobbs sedar dia tidak boleh memisahkan orang-orang baik daripada melakukan kejahatan. Akhirnya, Hobbs sendiri mencadangkan dirinya untuk mengikut rancangan mereka untuk menghancurkan Reyes. 

semangat setiakawan! 
Aksi mendebarkan! @_@
loving kapel! ^_^ 
you're far away from America hobbs!;D
Personal Review

Fast 5 daripada pandangan My sangat menarik.. jalan cerita yang tersusun dan membawakan lebih banyak aksi dan tidak hanya tertumpu kepada perlumbaan kereta. y'ols akan rasa nak menjerit bila Brian hampir mati di gerabak keretapi dan tergelak melihat kereta mahal lagi cantik terjunam ke dalam air... demmmm baik bagi kat My..-.-'... Cerita ini banyak mempamerkan elemen-elemen kekeluargaan, semangat berpasukan dan setiakawan. y'ols akan rasa tersentuh bila Mia disahkan mengandung dan Dom berjanji tidak akan berpisah dengan mereka lagi isk sob sob... tidak ketinggalan dengan unsur-unsur komedi yang mereka pertontonkan.. memang we ols dalam cinema tu banyak tergelak dengan dialog dan perwatakan yang mereka bawa.. y'ols takkan rasa bosan walau sedetik pun! Aksi-aksi berlawan? Jangan cakaplah.. hebat! Rasa macam nak leraikan je pergaduhan antara Dom dan Hobbs grrr! Pendek cerita, y'ols tengok je lah sendiri oke.. kang cerita sampai habis rugi la My beli tiket grrr.... tapi kalau y'ols baca je tanpa tengok sendiri.. RUGI!! daripada permulaan cerita y'ols akan rasa teruja dan tidak sabar untuk adegan seterusnya!! memang mantopppp! Daripada 5 bintang My akan beri 5 bintang!!! terbaekkkkk!!!

Jadi, mampukah Dom, Brian, Mia bersama rakan-rakan merreka merompak harta Reyes? Adakah mereka mampu mendapatkan kebebasan seperti dirancangkan atau akhirnya ditangkap oleh agent Hobbs? Saksikan di pawagam berhampiran anda hari ini!!!! 0_o

At the end of the story, Hobbs dikejutkan lagi dengan satu kes rompakan.. Tapi, ini bukan mereka (Dom, Brian, Mia)! Tetapi..... 
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Letty???!!!
"Adakah anda percayakan hantu??" ;D
Sama-sama kita saksikan kemunculan Fast Six!!!0_o

ok bai nak tido... =_=
(petang n malam kang nak gi kenduri...)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers