Hai.. selamat pagi Ahad semuanya..;) Lepas Subuh basuh baju sket.. ingat nak sambung tidur sebab malam tadi kan balik lambat tengok wayang so kepala masih berat..T_T... Tapi nak post dulu entry ni before tido balik ngee..
Dah lama nantikan Fast Five selepas melihat Fast & Furious 4 sebelum ini di mana kekasih hati Dom, si Letty mati dalam siri filem berkenaan.. Penghujung filem, Dom dijatuhkan hukuman 25tahun penjara. What next?? Untuk bangkitkan mood anda untuk pergi menonton My review sikit hoke.. check it out!
Directed by:
Justin Lin
Written By:
Chris Morgan
Genre:
Action
Starring:
Synopsis:
Selepas Brian dan Mia berjaya melepaskan Dom daripada tahanan polis, mereka telah melarikan diri ke Rio de Janeiro, Brazil untuk mengelakkan diri daripada pihak berkuasa apabila menjadi buruan. Bagi mendapatkan kebebasan mereka harus melakukan satu lagi pekerjaan di mana mereka merancang untuk merompak orang yang paling berpengaruh dan juga ahli perniagaan yang kejam di Rio iaitu Reyes. Rancangan asal mereka terpaksa ditukar disebabkan Reyes menyimpan hartanya di balai polis di mana Reyes mempunyai hubungan yang baik dengan polis di situ.Untuk menyelesaikan misi ini mereka bertiga telah memanggil beberapa rakan-rakan terbaik dan menubuhkan satu kumpulan untuk menjayakan misi. Misi mereka terganggu apabila munculnya seorang agent yang dikatakan tidak pernah gagal datang dari Amerika iaitu Luke Hobbs yang ditugaskan untuk menangkap mereka bertiga. Namun, sewaktu agent hobbs hampir-hampir membawa Dom, Brian dan Mia ke tahanan pihak berkuasa mereka telah diserang oleh orang-orang Reyes. Akibat daripada itu, anak-anak buahnya semua mati ditembak dan dia (hobbs) yang hampir mati diselamatkan oleh mereka bertiga sebelum hobbs sedar dia tidak boleh memisahkan orang-orang baik daripada melakukan kejahatan. Akhirnya, Hobbs sendiri mencadangkan dirinya untuk mengikut rancangan mereka untuk menghancurkan Reyes.
Personal Review
Fast 5 daripada pandangan My sangat menarik.. jalan cerita yang tersusun dan membawakan lebih banyak aksi dan tidak hanya tertumpu kepada perlumbaan kereta. y'ols akan rasa nak menjerit bila Brian hampir mati di gerabak keretapi dan tergelak melihat kereta mahal lagi cantik terjunam ke dalam air... demmmm baik bagi kat My..-.-'... Cerita ini banyak mempamerkan elemen-elemen kekeluargaan, semangat berpasukan dan setiakawan. y'ols akan rasa tersentuh bila Mia disahkan mengandung dan Dom berjanji tidak akan berpisah dengan mereka lagi isk sob sob... tidak ketinggalan dengan unsur-unsur komedi yang mereka pertontonkan.. memang we ols dalam cinema tu banyak tergelak dengan dialog dan perwatakan yang mereka bawa.. y'ols takkan rasa bosan walau sedetik pun! Aksi-aksi berlawan? Jangan cakaplah.. hebat! Rasa macam nak leraikan je pergaduhan antara Dom dan Hobbs grrr! Pendek cerita, y'ols tengok je lah sendiri oke.. kang cerita sampai habis rugi la My beli tiket grrr.... tapi kalau y'ols baca je tanpa tengok sendiri.. RUGI!! daripada permulaan cerita y'ols akan rasa teruja dan tidak sabar untuk adegan seterusnya!! memang mantopppp! Daripada 5 bintang My akan beri 5 bintang!!! terbaekkkkk!!!
Jadi, mampukah Dom, Brian, Mia bersama rakan-rakan merreka merompak harta Reyes? Adakah mereka mampu mendapatkan kebebasan seperti dirancangkan atau akhirnya ditangkap oleh agent Hobbs? Saksikan di pawagam berhampiran anda hari ini!!!! 0_o
At the end of the story, Hobbs dikejutkan lagi dengan satu kes rompakan.. Tapi, ini bukan mereka (Dom, Brian, Mia)! Tetapi.....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
![]() |
| Letty???!!! |
"Adakah anda percayakan hantu??" ;D
Sama-sama kita saksikan kemunculan Fast Six!!!0_o
ok bai nak tido... =_=
(petang n malam kang nak gi kenduri...)
(petang n malam kang nak gi kenduri...)
























6 comments:
18SG kan?
kalau 18SG susahlah nak pi tgk sbb nak kena bawak anak2...
bilalah dapat pi tgk!
ala..mcm nk tgk je ;)
tp yg sblm2 ni punye ada yg tgk, ada yg tak tgk...
tak best lak nti tatau jalan citer
mesti best cerita ni kan...kompom tengok...
best korang! gi la tgk!!!
a'ah....pegi putrajaya tadi...^^
cepat betul dia ni
Post a Comment