9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, May 3, 2011

balik ke pangkal jalan

Baca paper harini y’ols? Kami kat opis-opis ni kan dapat paper free ofkos la hapdet isu2 semase nih..;D ce tengok Harian Metro page 26 ruangan ‘Setempat’.. tade paper bleh tengok secara online hoke.. segalanya di hujung jari anda je sekarang…;)

Ce citer ce citer…

Pasal ada budak nak murtad masuk Kristian… hampir-hampir la kot.. sebab lidah di belum kelu lagi boleh mengucap lagi.. ni bukan budak ini dah besar panjang tahu beza baik buruk.. hish hish…

“Saya ucapkan syabas keraan awak membaca Al-Fatihah dengan tajwid yang betul. Awak baca lebih baik daripada orang lain.” Kata Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty di mahkamah Tinggi Syariah semalam kepada Mohamad Fariz Ilham Mohd Zulkifli… nama sedap.. siap ada Mohamad depan.. nama terpuji.. patut perangai pun mestilah terpuji kan… Apa jadi pada dia? Didakwa cuba keluar dari Islam pada 24 April yang lepas. Tertuduh dirujuk oleh keluarganya ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) di mana dia mengakui keluar dari Islam dan memeluk Kristian.

Mahkamah kemudian mengeluarkan perintah tahanan reman selepas permohonan perintah tegahan percubaan keluar Islam dikemukakan. Permohonan itu turut menyebut tertuduh mula berjinak-jinak dan menghadiri upacara gereja sejak 3 Disember tahun lalu.Tertuduh yang menggunakan nama samaran ‘Tyrone’ turut membuat pengakuan berhasrat menukar agamanya di negara lain.

Walaubagaimanapun, semalam.. tertuduh yang juga merupakan pelajar di UiTM Dungun menukar pengakuan dan memberitahu mahkamah dia insaf selepas menjalani tahanan di penjara Pengkalan Chepa. Dia juga memohon mahkamah tidak menghantarnya ke pusat bimbingan akidah kerana masih belajar.

Dengan itu, Hakim mengeluarkan perintah lain dengan mengarahkan tertuduh bersembahyang jemaah di tempat pengajiannya dan laporan kehadiran perlu dibuat imam masjid terbabit selama enam bulan berkuat kuasa semalam selain memerintahkan beliau melapor diri di Pejabat Agama Dungun setiap minggu dan passport diserahkan kepada mahkamah.

Hurm.. budak ni patut bersyukur kan? satunya, sebab family dia mengambil berat pasal dia.. sebab tu die salurkan masalah kepada yang sepatutnya.. keduanya, beliau tentu dididik dengan ajaran agama yang baik sebab bacaan tajuidnya bagus.. malah lebih bagus dari orang lain.. Jadi, syukurlah beliau kembali ke pangkal jalan sebelum lebih parah dan terlambat.. Moga dosanya diampunkan Allah dan dia menjadi hambaNya yang lebih bagus akan datang.. Amin…

Bagaimana pula dengan yang lain? Yang tak murtad.. yang mengaku diriNya Islam tapi langsung tak pernah tunaikan tanggungjawab sebagai Islam…. Hurm…

Wallahua’lam….

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers