9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Saturday, May 7, 2011

EMAK KATA

My tak ke mana-mana malam ni. sesuatu telah merosakkan mood My. entahlah... My bosan. Biasalah, hidup membujang diperantauan.. tanpa emak, tanpa abah, tanpa semua keluarga terchenta. Bila sendirian macam ni mulalah rasa sedih...

Jam masih awal tapi My memang tade mood nak buat apa-apa apatah lagi online lalu berbelog. Lalu My cuba lelapkan mata tapi tak boleh.. My layan game henpon tapi sakit hati sebab asyik kalah je... My cuba lelap balik.. tapi tetap tak boleh... Mulalah My ingatkan emak di kampung halaman.. abah.. adik beradik.... 

Lalu My on Laptop dan menaip entri ini...

Di saat My menaip entri ni.. airmata My bergenang...teringatkan mereka-mereka yang My sayang... mereka-mereka yang My rindu.. terutamanya....

EMAK....
2008
Esok Hari Ibu.. terasa kesal pulak tak pulang ke Segamat semalam menghabiskan hujung minggu bersama emak... Kalau tahu My akan rasa sedih hari ni My dah pulang menaiki bas ke Segamat lepas tamat waktu kerja semalam.. 

My rindu emak....T_T

Sejak tingkatan satu My selalu berjauhan dengan emak. sebab My duduk asrama.. sebulan sekali je My balik. Kalau kelapangan time My tak balik Mak ngan abah datang menjenguk. Lepas tamat tingkatan satu My mintak abah tukarkan My ke sekolah biasa di kampung halaman dan duduk dengan mereka.. dapatlah My duduk bawah ketiak mak 3 tahun.. Tamat SPM, pada tahun 2004 My kembali berjauhan dengan keluarga sebab belajar di Bangi. 3 tahun My belajar kat sana.. susah senang sorang-sorang.. Bila rindu emak My menangis sorang-sorang.. Nak call emak cakap My rindu? Nanti My melalak...T_T Masa amik Diploma 3 tahun tu sebulan sekali jugak My balik.
2008
Lepas tamat pengajian Diploma awal 2008, sempat duduk dengan emak beberapa bulan je.. sebelum My dapat tawaran sambung belajar ke peringkat Ijazah di UiTM Shah Alam untuk 2 tahun... maka, berjauhan lagi lah My dengan emak... sama jugak, sebulan sekali akan pulang menjenguk Mak di kampung halaman.

My secara rasminya tamat belajar pertengahan 2010 dan memperoleh Ijazah di majlis konvokesyen pada Disember 2010. Masa tu, My dah pun bekerja.. Bekerja ditempat yang sama masa My praktikal sejak akhir 2009.. Lepas tamat praktikal My diambil sebagai pekerja sementara sebelum diabsorbkan sebagai pekerja tetap pada Ogos 2011 sebagai Executive. Alhamdulillah.. rezeki yang My tak pernah duga.. Terima kasih kepada mereka yang memberi My peluang itu.. 
2009
Lepas My dah tamat belajar pun My tak dapat nak duduk lama dengan emak. sebab My terus bekerja. Jangan kata sebulan, seminggu masa bersama emak pun tak berpeluang... So, sepanjang hidup My hampir 24 tahun ni, My rasa setengah umur je My hidup dengan emak, di bawah ketiak emak.. nak bermanja lebih-lebih pun tak berkesempatan.. T_T... Selebihnya? My banyak hidup sendiri, berdikari atas alasan My membina masa depan.. dengan belajar.. dan terus belajar... Alhamdulillah.. My berjaya sampai ke peringkat ini... 

InsyaAllah ada rezeki My nak sambung Master plak lepas ni...

Kalau tak kerana emak, My mungkin tak sampai ke peringkat ini.. My mungkin takkan berjaya seperti hari ini. kerana titik peluh Mak dan abahlah My dapat sampai sepertimana yang My peroleh hari ini... 

Seribu tahun hidup pun... My takkan mampu balas jasa emak... T_T
2010
Emak... My mesti dah banyak buat mak terasa hati kan? terasa hati dengan kata-kata My.. dengan sikap My.. My yang keras hati.. My yang pantang ditegur.. My yang kuat merajuk...T_T

Emak.. Mak mesti selalu sunyi kan? sunyi sebab sorang-sorang anak emak tinggalkan emak... Along kat JB setelah berkahwin.. Angah di Batu Pahat setelah berkahwin.. Abang di Perlis setelah berkahwin... Taufiq keluar belajar di Melaka.. My? Belajar dan bekerja jauh di Kuala Lumpur meninggalkan emak...T_T... Yang ada dekat dengan Mak, Dekdan yang baru tamat SPM nya tahun lepas... Ke manalah dia lepas ni.. Nasib baik ada Kak Lia, rumah dia je dekat dengan emak.. bolehlah dia jenguk-jenguk emak selalu.. cemburunya My pada akak.. sebab selalu dapat jumpa emak.. tatap wajah emak.. cium tangan emak...

My dapat cium tangan dan pipi mak tatkala My pulang sahaja....T_T

Emak.. kalaulah My dapat putar waktu.. My mahu tinggal bersama emak.. My nak tidur dan bangun dengan adanya emak kat sisi My....T_T... Sekarang? My bangun tanpa suara emak.. Dapur tak berasap tak dapat makan masakan emak.. Tak dapat dengar dah bebelan mak macam kecik-kecik dulu...

My rindukan semua itu mak...
Mei 2010
My rindukan saat-saat kecil... ketika kami semua adik-beradik masih di bawah jagaan emak dan abah.. masih lagi bermain ting-ting, galah panjang, lompat tikus, baling selipar/tin, kejar-kejar, buaya-buaya di laman rumah...ataupun di rumah anak jiran tak kira depan belakang. Selagi tak dipanggil Abah sebab dah nak abis waktu Asar tapi masih belum ditunaikan selagi tu tak balik.. Selagi abah tak tunjuk muka bengis dengan tali pinggang selagi itu masih bermain pondok-pondok bersama-sama kawan-kawan...T_T 

My rindukan saat-saat kecil... bila mana My dimarahi abah dipukul abah sebab My yang degil.. lambat solat.. salah tajuid bila mengaji... Rindukan saat-saat bila mana My kena bebel dengan emak.. sebab malas basuh kasut.. sebab lambat iron baju.. sebab macam-macam lagi...-.-'... Mak tak suka pukul anak-anak.. My tak ingat bila mak pernah pukul My.. My rasa mak pernah cubit atau pukul sikit-sikit dengan hanger baju je.. lebih dari itu mak tak pernah buat.. Mak paling kuat membebel... My selalu merajuk sebab emak kuat membebel...-.-' Mak selalu back up anak-anak depan abah.. Bila kami buat silap mak cakap kami tak buat silap.... 

Kasihnya emak pada My... dan pada semua anak-anak emak...T_T
Dec 2010
Bila kami meningkat dewasa... My dah tak merasa sakitnya bila dipukul abah.. My dah tak terasa hangatnya telinga dengar bebelan mak... Dah takde lagi semua itu mak....T_T

ALangkah bagusnya kalau saat-saat itu terus kekal jadi seperti itu kan? Alangkah bagusnya kalau My tak kenal erti dunia luar dan hidup saje dengan emak kan? 

Tapi, kalau My tak buat dan jadi macam hari ini siapa nak balas jasa-jasa emak pada My? Walaupun seumur hidup takkan dapat My balas.. Sekurang-kurangnya My buat mak rasa bangga dengan My.... My nak jadi anak emak yang boleh diharap... My nak jadi anak emak yang berguna... itupun kerana didikan emak dan abah.....

Emak.... Selamat Hari Ibu buat emak.. satu-satunya emak My di dunia ini... Emak yang melahirkan.. membesarkan My dari sebesar tapak tangan.... 

Emak.. ampunkan dosa-dosa yang telah My lakukan pada emak.. dari sejak kelahiran My ke muka bumi ini sehinggalah hari ini detik ini... ampunkan segala keterlanjuran kata-kata mahupun perbuatan yang telah My lakukan pada mak.. tak kira My sedar atau tidak...

Ampunkan My mak.....



Emak, 

Terima kasih..... 

Terima kasih untuk segala-galanya.....

My sayang emak..... tiada kata-kata yang mampu menggambarkan kasih sayang My pada emak.... T_T

Emak kata jangan main cinta 
Kerana cinta itu buta 
Emak kata jangan pura-pura 
Kerana akan menyesal jua

Emak kata jangan lawan kata orang tua 
Kerana akan mendapat dosa 
Emak kata jangan suka mengata 
Kerana ianya sia-sia 

Tapi, emak kata 
My selalu lupa 
Lupa untuk berjaya 
Sekarang tak kata apa-apa 
Hanya tau senyum je 

Kini My faham apa emak kata 
Emak nak tengok My berjaya 
Emak nak tengok My gembira 
Emak ada kata jangan main-main
Belajar rajin-rajin
Kalau tak jangan teringin
Nak jadi macam orang lain
Lebih baik terus kawen
Tak menyusahkan orang lain

SELAMAT HARI IBU BUAT IBU TERSAYANG...
Puan Jalilah binti Ahmad Kamal
**menangis...... rindu emak....T_T




p/s: errr... dah join GA My? belum Join klik SINI.. malam esok tutup taw. 


isk sob sob.. ok bai.


9 comments:

fierapirot said...

ni yang nak nangis sampai banjir ni..rindu plak kt mak fiera..uwaaaa..

Izamir Ridzwan said...

selamat hari ibu untuk ibu my.. untuk my belum lgi. hihi

padlie said...

Selamat hari ibu for ur mom..

bagus pesanan2 mak.. :)

Entry terbaru padlie: Ada apa di IPT?

munira sajuti said...

emak kite pesan benda yang same laa. huhuhuhu

toyolkiut said...

TK bnyk kisah2 mnarik dan sedih dngn mak, tp x terluah..
yg pasti ibu2 kita adalah insan terbaik dan terhebat!
slmt hari ibu..
jasa d kenang hingga ke akhir hayat..

YanaMIB said...

err xbley nk selami perasaan my sbb yana xpernah berjauhan dgn mak..hehe..klu pernah pn plg lama 2 bln je...=P


erm my kena cari psgn org segamat la gitu..br leh slalu jmpe mak =)

Eika Arysha said...

jom lah join GA nie
http://eikaarysha.blogspot.com/2011/05/izyan-masri-first-random-giveaway.html

ABU said...

slmt hari ibu..:)

msredcheesecake said...

Cik my,
Msred dr kecik sampai da tua skang ni xpernah dok jauh dr mak dulu kat u pun tiap minggu balik.kalu tiba2 terpaksa pisah ngan mak, msred die die ler...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers