9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, May 5, 2011

Haram sambut Hari Ibu??

Selamat tengahari semuanya.. harini terpanggil untuk menaip entry berkenaan ini. Dari semalam dah terdetik nak kongsi pasal ni tapi dek kerana badan dah terlalu letih malam semalam maka My tinggalkan belog tanpa entry penutup sebelum masuk tidur. Dapat je bantal terus hanyut pastu bangun pagi kesejukan sebab tertidur sebelum sempat berselimut…-.-’

Bila masuk bulan Mei sana sini sibuk memperkatakan mengenai Hari Ibu.. Kalau ke Pasaraya, kedai-kedai… mesti penuh bergantung-gantung ucapan ‘Happy Mother’s Day’.. ‘Selamat Hari Ibu’… itu tak masuk lagi dengan sales sempena Hari Ibu.. Giveaway untuk ibu dan macam-macam lah. Masa ni lah expertise2 from Marketing memainkan peranan penting.. (eceh mentang-mentang ko keje Dept Marketing..-.-’)..

Bila cakap pasal Hari Kekasih.. Hari April Bodoh (April Fool..;D).. ramai berpendapat ianya HARAM disambut.. bukan pendapat dah memang termaktub ianya memang haram! Ops tapi harini kita tak mahu cakap pasal dua hari yang tak patut langsung kita sambut tuh. Pasal kedua-dua hari berkenaan sila rujuk SINI dan SINI hoke..;).. Ok then.. bagaimana pula dengan Hari Ibu? haram jugak ke?? Dari dulu orang duk sambut.. kenapa baru sekarang nak cakap haram?? Apa sebelum ni tak cukup ilmu di dada?erk~

Dulu pun My tak tahu pun Hari Kekasih, April Fool tu tak boleh sambut.. Tapi setelah My kaji.. My cari info sana sini yang tidak diragui kesahihannya maka My tahu bahawa ianya tak patut diagung-agungkan dengan menyambutnya.. eh tapi My memang tak pernah sambut pun..

Oke berbalik kepada tajuk utama kita.. Hari Ibu.. Secara umumnya, Hari Ibu adalah merupakan hari pengiktirafan kaum Ibu di seluruh dunia. Ianya disambut pada hari yang berbeza bagi setiap negara kerana terdapat berbagai-bagai asal-usulnya. Seperti US, Jepun, Netherlands, Australia, Austria, Canada, China, Canada, China, Italy, Hongkong, Finland, Switzerland, Turki dan beberapa negara lain, Malaysia menyambut Hari Ibu pada hari Ahad kedua di bulan Mei. So maknanya tahun ni Hari Ibu jatuh pada 8 Mei 2011. Di Negara Timur Tengah seperti Iraq, Oman, Jordan, UAE, Arab Saudi, Kuwait, Sudan, Palestin dan Mesir pula menyambutnya pada permulaan musim bunga pada 21 Mac manakala di Indonesia pula adalah pada 22 Disember. Di Afghanistan, Bosnia, Romania, Mongolia, Ukraine… mereka menyambutnya pada hari Wanita Sedunia iaitu pada 8 Mac. Sepanyol dan Portugal menyambutnya pada hari Ahad pertama bulan Mei.


Terdapat isu yang dikaitkan berkenaan Hari Ibu berikutan asal-usulnya. Kalau kita lihat info-info berkaitan di internet kita akan dapati pelbagai cerita mengenai asal usul Hari Ibu.

Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.
Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.
Di China pula, sesetengah orang mula memupuk Hari ibu sebagai memperingati Meng Mu, ibu kepada Mencius, tetapi masih belum menjadi perayaan rasmi kecuali di beberapa bandar sahaja.

Sejarah hari ibu juga telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.
Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Oleh yang demikian, terdapat pelbagai pendapat di mana sesetengahnya mengatakan bahawa umat Islam tidak wajar menyambut Hari Ibu kerana dikuatiri terikut-ikut sambutan negara/agama lain selain terdapat unsure maksiat dan kepesongan tauhid dalam sambutannya.

Akan tetapi, kebanyakan ulama hari ini mengatakan hukum menyambut Hari Ibu adalah Harus. In kerana dalam konteks Hari Ibu, ianya telah melalui evolusi yang pada hari ini sudah tiada kena mengena dengan mitos atau dewa bangsa/agama lain. Dengan itu, Hari Ibu tidak haram menyambutnya.

Antara maklumat lain. Jabatan Mufti Selangor turut mengeluarkan kenyataan mengenai sambutan hari-hari seperti ini di mana ianya,

1) Sambutan yang sederhana dan tidak membazir. 2)Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah. 3)Sebaik-baik sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya. 4)Muhasabah diri para ibubapa ke atas tanggungjawab yang dipikul selama ni. 5)Memperbaiki diri ibu untuk menjadi contoh terbaik bagi anak2nya. 6)Mewujudkan persekitaran yang baik untuk perkembangan anak-anak. 7)Mengambil langkah proaktif untuk mempertingkatkan kemahiran keibubapaan.
Oleh itu, My percaya kita di Malaysia menyambut Hari Ibu tidak melibatkan langsung dengan perkara-perkara pemujaan atau mengagung2kan sesuatu. Tujuan kita hanya satu.. untuk memberi pengiktirafan kepada ibu yang melahirkan kita.. ibu kita yang satu.. tiada dua.. tiada tiga.. tidakkan ada pengganti sepertinya..

Am I right??

Kalau kita lihat sejarah sambutan hari ibu di kalangan berlainan agama dan negara, tujuannya berbeza2. Ada yang bersempena dewa-dewi agama mereka, ada yang bersempena ibu-ibu hebat dalam sejarah mereka, ada yang sempena itu sempena ini… semuanya tujuan adalah berbeza… Makanya begitu jugalah niat dan tujuan kita umat Islam….
"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu" (HR Bukhari & Muslim).
At least dengan adanya hari ibu.. anak yang mungkin tidak selalu bertanyakan khabar akan ibunya akan menghubungi ibu untuk mengucapkan ‘selamat hari ibu’ langsung bertanyakan khabar.. ibu pula akan merasa bangga dan sangat-sangat dihargai oleh anak-anaknya.  at least dengan adanya hari ibu ini juga, ada sebab mengapa ibu perlu dikreditkan dengan hadiah istimewa.. dapat juga mengeratkan hubungan antara kedua suami dan isteri apabila si suami mengucapkan ‘selamat hari ibu’ kepada ibu akan anak-anaknya. Bukan tu je.. time Hari Ibu merupakan waktu yang baik untuk berjimat sebab sana sini buat sales.. tadelah banyak duit y’ols melabur shopping kan hehe…
So, apa rancangan y’ols untuk ibu y’ols sempena Hari Ibu ni? yang tinggal diperantauan seperti My, jangan lupa hubungi ibu.. ucapkan selamat dan sayang pada ibu.. yang berniat untuk membawa ibu makan-makan pun apa salahnya.. lepas tu diselitkan sekali dengan doa selamat untuk ibu lebih meriah…^_^… Kalau ada juga hadiah untuk ibu seperti baju, barang hiasan atau apa sahaja pasti ibu lebih gembira….0_o

My ingat nak belikan sesuatu untuk emak masa pegi Ho Chi Minh minggu depan…^_^

Apepun y’ols.. janganlah time Hari Ibu je call ibu tanya khabar.... janganlah time Hari Ibu je belanja ibu makan… bagi Ibu hadiah.. bila-bila pun boleh… time dapat gaji je belikan ibu hadiah.. best wooooo hehe.. nanti dah ada anak My nak didik anak buat gitu la.. bole?;D


heee.... so, selamat menyambut Hari Ibu y'ols!!! (rindu emak...T_T)

Hurm.. macam mana pulak pendapat y’ols? Ce citer ce citer…
*perghhhh panjangnye entry ni...-.-' 

Sumber: nasrinasir, myjazmanie, muftiselangor, mysuperkids

17 comments:

Pembawa_Wacana said...

Entri yang mantap.... Maklumat yang banyak... hebat nyer MY...he he he

Izamir Ridzwan said...

sambut untuk kenang jasa ibu xpe kot kn

lalink7 said...

nice sharing my...love ur entry..

fRaMe+LenSeS said...

entry menarik la.. hebat2. :D

Tasha said...

aaarrrgghhh....tak larat nak baca. rasa mcma kene study untuk exam pulak.

tapi kalau betul2 haram. mcm down jer...... semuanya tak boleh abis, tu apa je yang boleh?

mynameismy said...

@Pembawa_Wacana

erk.... nak buat entry macam ni kena ade sumber yg banyak.... hehe..
ilmu utk dikongsi..^_^

mynameismy said...

@Izamir Ridzwan

ye... yg penting niat kite tuu.. kan kan kan..;)

Puteri Iqa Izyan said...

sambut ala kdar je pon takpe kot.
yang penting niat ^_^

lagipun kalau ikutkan, hari2 pun hari ibu ;))

Isteri Encek Bard said...

kalau sekadar menyambut untuk memberi penghargaan buat ibu kita boleh kan...

Tasha said...

tulah akibatnya bila malas baca. padan muka I. hahahah

tapi, hari-hari pun hari istimewa lah senang cakap. hehehe

DDCzone said...

wahhh...panjangnyer...saya x baca pun... terus ke komen ni... hahahah

-----------------
DDczone Update Setiap Hari... Jom Klik Sini

cik bAtu said...

huuuu...mish my mum...dh 3bulan xjumpe...nak baliikkkkkkkk...

syuwai said...

hoiyyoooo~

memang panjang entri ni..ngeeh~

X_____X

<=tp baca juga sampai habis..lol

putribongsu said...

aduhhh dah jadi mcm ulat buku dah aku baca pjg2 ni...heeeee

nsb baik tak ckp haram...mcm x logik plak kalau haram...kan hanya nk menghargai seorang ibu :))

nadzli azlan said...

great info :) thanx ~

woot woot said...

nice writing here..tapi sedia bertanggungjawab atas ape yang ditulis yeah :)

#just saying

tomato said...

panjang pon sanggup baca .. kiliikiki

nsib baek mmg tak haram :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers