9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, May 27, 2011

Tazkirah Jumaat: Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan

Assalamualaikum dan selamat hari Jumaat yang penuh barakah...

Al-Imam Al-Ghazali dan Al-Imam Al-Nawawi mendedahkan kepada kita 6 keadaan perbuatan mengumpat itu dibolehkan oleh Syarak.Kesimpulannya adalah seperti berikut:

1. Orang yang dizalimi membuat aduan kepada pihak pemerintah seperti Khalifah dan hakim ataupun kepada orang yang mempunyai kemampuan berkaitan dengan individu yang menzaliminya agar kezaliman itu akan dibanteras.

2. Perbuatan mengumpat ( mendedahkan ) itu adalah bertujuan untuk membasmi kemungkaran seperti apabila seseorang berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kemungkaran "Si Fulan melakukan kemungkaran maka cegahlah ia daripada kemungkaran tersebut". Namun hendaklah niat mengumpat atau pendedahan tadi semata-mata kerana ingin mencegah kemungkaran.

3. Meminta fatwa daripada seorang mufti yang mana orang yang bertanya terpaksa menggunakan umpatan bagi menjelaskan masalahnya kepada sang mufti. Contohnya si penanya bertanya "Ayah saya menzalimi saya kerana sebab begini dan begini. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan hak saya?"

4. Memberikan peringatan kepada para muslim terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang dapat menghindari kejahatannya.



5. Apabila seseorang itu menzahirkan kemungkaran yang dilakukannya. Maka ketika itu tidak mengapa seandainya kita menghebahkan kepada masyarakat kejahatan yang dilakukannya kerana dia sendiri telahpun menzahirkan kejahatannya secara terang-terang. Walaubagaimanapun kejahatan yang dibenarkan untuk didedahkan hanyalah perbuatan munkar yang dilakukannya secara terang-terangan. Adapun kejahatan lain yang dilakukannya secara bersembunyi maka haram hukumnya untuk didedahkan kepada masyarakat umum.

6. Mengumpat dengan tujuan mengenali seseorang. Apabila seseorang individu dikenali dengan sesuatu aib yang ada pada dirinya maka kita boleh menggunakan gelarannya yang merupakan aib tersebut atas tujuan untuk mengenali orang tersebut. Namun kebenaran ini dibolehkan dengan syarat si pemilik aib tersebut tidak merasa marah dengan gelaran aib yang disandarkan kepadanya selepas gelaran tersebut dikenali oleh orang ramai.


*********************

Namun dewasa ini, ramai antara kita mengumpat atas sebab yang tidak dibenarkan ataupun berdosa daripada segi syarak... apa maksud mengumpat yang berdosa ni? Menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada seseorang yang lain.

Rasullah S.A.W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim)

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras pun tak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.. Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan
. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat... Nau'zubillah....T_T...

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).

Ya Allah... betapa besarnya dosa mengumpat kan y'ols... terasa betul bila My membaca artikel ini.. T_T... Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa oleh orang-orang kita kebanyakannya. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua...

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi....

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.


My besarkan pernyataan di atas untuk kita sama-sama renungkan.. Kalau kita sibuk memperkatakan perihal orang lain.. pahala yang ada pada kita akan dipindahkan kepada individu yang kita umpat. Dahlah pahala tak berapa nak banyak.. sudahnya nanti?? pasti dosa kita akan melebihi pahala-pahala yang telah kita lakukan... Nau'zubillah....T_T

Jadi y'ols, memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat. Jom! kita berazam untuk tidak memperkatakan mengenai perihal keburukan orang lain.. tiada gunanya... kalau orang lain yang menceritakan keburukan seseorang itu kepada kita.. cuba jauhkan daripada individu tersebut atau jangan mengiyakan kata-kata umpatannya itu.. oke?
renung-renungkan dan selamat beramal...;)


**teringat dosa-dosa mengumpat yang My pernah lakukan. Tanpa sedar, sebenarnya kita dah melakukan dosa...T_T... korang yang My pernah umpat tu.. maafkan My please....T_T

siapa yang pernah mengumpat My? haip!! cepat mintak maaf! ;D

demmm tadi My takleh login blogspot pakai chrome.. ape kes? ni pakai IE..

9 comments:

Rozita said...

terima kasih share!

mas saari said...

nice info..
ingat mengingati amalan mulia!

Eza said...

insaf....tengs for the info..

lalink7 said...

sesama kite memaafkan orang lain..walaupun kite tahu orang umpat kite kan..pahalanya lebih besar..

maaf jugak my

Ujang9897 said...

aku mengumpak kau wei..

maafkan aku ek

msredcheesecake said...

cik My,

kalau org kita kenal bule la kita mintak maaf bila da insaf...tapi kalu ngumpat mak cik kyg kita jumpa dalam lrt, yg kita tak kenal. cuba baygkan camner kita nak carik makcik tu nak minta maaf? moral, jgn ngumpat...

Sunah Mohammad said...

mengumpat lah bila betul2 perlu untuk mengumpat...

kadang2 terbuat jugak kan my... :(

Finaz Jaafar said...

hurmm..memang manusia susah nak lari dari mengumpat mahupun terumpat..huhu..terutamanya manusia yang bernama Finaz Jaafar ni mungkin

saya YANA said...

Yana pernah juga mengumpat2 ni... adoi.. kadang2 kita tau ianya dosa pon tetap juga buat.. :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers