9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, May 20, 2011

Tazkirah Jumaat - Solat Jamak & Qasar

Selamat pagi.. Dah terlepas tazkirah untuk minggu lepas kerana ke Vietnam makanya hari ini My berbesar hati nak kongsikan dengan y’ols mengenai Solat Jamak & Qasar.

Islam itu agama yang mudah.. tidak ada alasan bagi kita untuk meninggalkan solat walaupun ketika dalam perjalanan jauh.. iaitu bermusafir.. leceh nak berhenti setiap kali masuk waktu katanya.. bukankah Allah SWT telah memberi kelonggaran kepada umat Islam dalam mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir.  Kelonggaran ini dinamakan RUKHSAH SOLAT. 

Mungkin ada di antara y’ols yang tidak menunaikan solat ketika dalam keadaan bermusafir. Mungkin ada yang buat tapi dia lakukan solat untuk setiap fardhu. Mungkin ada yang tak tahu macam mana nak buat solat Jamak dan Qasar? Atau sememangnya anda malas?? Jangan begitu. Meh belajar macam macam mana nak buat solat Jamak & Qasar oke..;)

Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yamg mengambil kira  kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir.

SYARAT-SYARAT PERJALANAN (MUSAFIR) YANG DIBENARKAN UTK SOLAT QASAR/JAMAK
1. Musafir adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan maksiat.
2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 KM).
3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak tersesat).
 
HIKMAH DISYARIATKAN SOLAT QASAR/JAMAK
1. Meringankan atau memudahkan umat Islam utk menunaikan solat dalam perjalanan.
2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.
3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dalam apa keadaan sekalipun.
4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi  bagi menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.

PENGERTIAN SOLAT QASAR
Bahasa : Pendek dan ringkas.
Istilah  : Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.
Solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak.
 
SYARAT-SYARAT  SOLAT QASAR
1. Hendaklah melepasi sempadan kawasan tempat tinggal.
2. Tidak berniat bermukim melebihi  4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.
4. Masih dlm keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar.

PEMBAHAGIAN SOLAT JAMAK
Jamak Taqdim ialah menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama iaitu zuhur dan maghrib. Contohnya, menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.

Jamak Takhir ialah menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua iaitu asar dan isyak. Contohnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar.

SYARAT JAMAK TAQDIM
1. Solat pada waktunya yang awal seperti solat zuhur dan maghrib.
2. Niat jamak pada waktu solat yang pertama.
3. Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat.
4. Diselangi dengan iqamah dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal
5. Berkekalan musafirnya sehingga solat yang kedua.

SYARAT JAMAK TAKHIR
1. Berniat untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama.
2. Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat.

Cara melakukan solat JAMAK TAKHIR

Solat  Zohor dan Asar


أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor 
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat  Maghrib dan Isya’

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala 
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
 Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya 
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.


Cara melakukan Solat JAMAK & QASAR

Solat  Zohor dan Asar  (Taqdim)
أُصَلِّي فَرْضَ الظّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat Qasar dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى الظُّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar 2 rakaat Qasar dihimpunkan kepada Zohor  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Solat  Maghrib dan Isya’ (Taqdim)
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala. 
Solat  Zohor dan Asar (Takhir) 
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala. 
Solat  Maghrib dan Isya’ (Takhir)
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.


Oke.. itu sahaja. Jangan pening-pening.. belajar.. nanti lama-lama mesti pandai..;) My biasa solat Jamak dan Qasar tu. senang. jamak dan himpunkan sekali. So, lepas ni tamo ada alasan lagi malas nak tunaikan solat ketika bermusafir oke..;) bukan susah pun kan.. dekat highway kat setiao R&R ada surau.. dekat stesen-stesen minyak pun ada surau.. kat mana-mana pun ada surau.. nak atau tanak singgah je.. kat mana-mana pun boleh tunaikan solat...Islam kan agama yang mudah..;)

yang tak sempurna fizikal pun boleh solat apetah kita yang sihat?

anda boleh buat macam ni??
di padang pasir pun boleh..;)
kat mana-mana pun boleh..;)
Subhanallah...;)
tiada  alasan untuk tidak solat..;)
y'ols gi stadium, gi konsert ada buat solat dulu tak? hurm....
walaupun dalam tahanan rejim zionis...T_T
Moga-moga kita tiada alasan lagi untuk tidak solat kerana alasan itu datangnya dari bisikan syaitan dan iblis untuk melalaikan kita yang lemahnya iman.

sumber dipetik dari : SINISINI, dan SINI

3 comments:

mas saari said...

thanks for sharing!
sama2lah kita ingat mengingati..

Sunah Mohammad said...

salam jumaat my...perkongsian yang baik ni..tak ramai yang tahu... :)

noradzlina.kamdani said...

tima kasih ek..kite mmg nk blajo balik solak jamak nih..dlu ms kecik2 ustazah2 ada ajo tp xpernah aplikasi...thanx again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers