9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, May 5, 2011

Meratapi Pemergian...

Pagi hari dimulakan dengan kisah menyayat hati di mana 3 kanak-kanak yang belum mengenal erti dunia telah pergi selama-lamanya apabila dibawa arus deras ketika mandi di Hutan Lipur Ulu Bendul 2 hari lepas. Mayat dua daripadanya dijumpai semalam. Seorang lagi masih dalam usaha mencari…

3 kanak-kanak masing-masing berusia 5, 3 dan 2 tahun itu di bawa oleh bapa mereka bersama seorang rakan wanita ke tempat rekreasi berkenaan untuk bermandi-mandi setelah anak-anaknya memujuk dibawa berkelah.

“Sekejap lagilah ayah”… Itulah rayuan anak-anaknya apabila si ayah mengajak mereka naik ke tebing kerana menyedari hujan mulai renyai-renyai. Tidak sampai hati menghampakan mereka maka si ayah membiarkan mereka terus mandi sebelum kegembiraan itu bertukar menjadi tragedy yang paling memeritkan.

Si ibu?? Beberapa kali pengsan apabila dipanggil ke tempat kejadian. Di saat jasad anak-anak yang sudah terbujur kaku di depan mata, si ibu hanya mampu meraung meratapi anak-anak yang dikandung 9 bulan telah pergi selama-lamanya… bukan setakat 9 bulan.. malah 18 bulan kerana kehilangan kesemuanya sekaligus…tanpa Dia tinggalkan seorang pun….

Ya Allah.. peritnya dugaan yang harus ditanggung oleh kedua Ibu dan Ayah ini… Lebih-lebih lagi si ibu yang melahirkan….menyusukan…T_T.. Hanya mereka yang tahu akan perasaan itu.. Hanya Allah yang mengetahui akan sesuatu…..

Moga Ibu dan Ayah ini tabah… tabah menerima Qada’ dan Qadar Allah… Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya…

Cerita penuh di Metro, Berita Harian, Star, Kosmo! Dan di serata akhbar tanah air…

Takziah buat kaum keluarga mangsa dan mari sedekahkan Al-fatihah buat ketiga-tiga anak kecil ini….. Al-fatihah~

(sebak….)


9 comments:

^^nu[dd]yra^^ said...

sebak jugak bacer berita nih....
smlm bacer tiga2 masih hilang lg....
pg td dgr berita 2 dah dijumpai hanya mayat yang dijumpai...

hmmm...semoga ibu dan bapa itu tabah mnghadapi dugaan ...

Pembawa_Wacana said...

Takziah buat mereka...Al-fatihah...:'(

... said...

as salam..
wah..menyayat hati..
innalillah..

>_<

kedegilan yang sama macam kawe masa kecik2. ade ceritanya dalam segemen encik ben

=_=

Izamir Ridzwan said...

akan pergi beli paper ni japgi.. sebak juga membacanya... takziah kepada keluarga mangsa.. mari kita sama2 sedekahkan alfatihah..

Along Usop said...

isk.. 3 org ... skaligus...

nazirulhazwan~ said...

di balik kesedihan, mereka seharusnya bergembira, kerana anak2 mereka komfirm tempatnya disyurga:DD

dosa kanak2 yang belum akil baligh tidak sama sekali dikira dan dihitung:DD

Isteri Encek Bard said...

Alfatihah, IEb pun mendapat berita anka kawan baik ieb, sedih sesangat

Putri Malu @ ima salsuzaima said...

Ya Allah.. tak tau nak kata ap..mengalir air mata ni sebagai ibu..;(

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

Maafkan Cik Bunga yerkk... !___!)

Mintak diri dulu, isk²... :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers