9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, May 19, 2011

Culture Shocked!

Gudmorning everyone! Macam mana mood today? Lagi 2 hari je pun.. pastu weekend! Hehe.. so… sila senyum sampai ke telinga supaya anda bersemangat!!!;)

Yang bekerja lakukan kerja dengan ikhlas.. yang masih belajar… beri konsentrasi sepenuhnya kepada lecturer semasa lecture. Jangan main sms jangan tersengguk-sengguk akibat tido lambat kerana berblog..;D

Pemenang GiveAway dah pun My umumkan semasa di Vietnam haritu.. dan Alhamdullilah.. kesemua pemenang sudah pun memberikan respond dan menghantar details kepada My..;)… nak hadiah? Sabar ye…;)

Untuk memberikan mood yang lebih baik kepada kerja-kerja hari ini My suka sekali nak kongsi dengan y’ols mengenai pengalaman ketika berada di Ho Chi Minh City, Vietnam..;)

Secara ringkasnya, My gembira sebab dapat pergi bercuti instead of duduk sahaja di office sampai sakit-sakit pinggang dan tengkuk.. Cumanya, a bit unsatisfied dengan arrangement of the tours. Hurm.. nak cerita lebih-lebih pun tak guna.. mungkin lepas ni pihak yang berkenaan kena cari travel agent lain kot untuk company trip…-.-’…

Meh nak review my day there…;)

Culture Shocked

My bangun seawal 4.45 am untuk menunaikan solat Subuh… demmm.. culture shocked My jadinya… yela.. kat sana pukul 4.15 am camtu dah masuk waktu Subuh taw.. so kira pukul 5 am tu dah kira Subuh gajah la hehe.. Masa yang ada lepas tu My sambung tido balik..-.-’.. Dalam pukul 6.30am baru My bangun balik untuk mandi dan bersiap-siap… pukul 6 pagi kat Vietnam dah cerah taw y’ols.. Zohor masuk around 11 am, Asar 3 pm lebih, Maghrib 6 pm lebih, Isya' before 8 tak silap My.. Tapi My buat Solat Jamak Qasar je lah sebab musafir kan.. 

Hari tu bila mula-mula sampai Vietnam, masa nak check masuk kat Immigresen.. My dengan member sorang ni berdiri lah beratur nak tunggu turn ke kaunter. We ols leka dengan henpon, orang panggil pun tak dengar.. tiba-tiba... 'woiiii!!!!'..... tersentak terus kami.. tengok-tengok pegawai immegresen tu panggil buat isyarat suh pegi ke kaunter sebelah yang kosong. demmmm... tade manners langsung main 'woi woi' je...T_T... Lepas tu sepanjang berada di sana, bila My ada menghalang laluan orang nak jalan, gerak ke hape mesti diorang cakap 'woi woi!'... memang giler sentap wehhh.. tapi lama-lama kitorang realize tu memang cara diorang kot. Yela kalau orang kita biasa akan cakap 'excuse me' kan.. tapi diorang panggil 'woi woi' je...ngok betul..-.-'




main accross jek..-.-'
Kalau kat Malaysia, kita selalu traffic jammed disebabkan kereta yang banyak kan? Tapi kat sana tidak.. kereta cumalah seciput sedangkan yang banyak adalah motorsikal! wallawehhhh... Penduduk Vietnam ni kalau tak reti bawa motor memang tak boleh ke mana-mana. Motorsikal ni dah jadi pengangkutan wajib diorang.. baik ke kerja.. ke pusat membeli belah dan ke mana-mana je. Tourist guide kitorang cakap diorang poor country tak mampu beli kereta macam Malaysian country.. heee~



Ada banyak lagi gambar yang my ambik masa traffic jammed. tapi gambar tu corrupted!!! demmmm!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Lagi satu benda yang My tak boleh belah adalah sistem pendawaian elektrik diorang.. pergh! serabut kepala My sepertimana serabut jugak wayar-wayar elektrik diorang nih. Malas cakap lebih korang tengok je lah gambar nih...-.-'.. 


Foods
sedih kan..-.-'

Kalau time bekpes kat hotel My jarang nak makan sebab yang mampu My telan cuma sebiji pisang dan secawan orange juice..-.-’..  Kebanyakannya.. Porridge pork.. Soup Pork… dan macam-macam lagi makanan berunsurkan pork..-.-’.. yang halal cuma ada roti, sandwich, buah-buahan.. nasi goreng.. tapi memang takleh nak masuk tekak My sebab ada rasa ragu-ragu di situ..0_o… Bila nampak nasi goreng My dah bayangkan kuali mana diorang duk pakai.. bila nampak buahan-buahan.. pisau mana diorang pakai.. yang buat potong pork ke? Erkkk~… So, untuk selamat lebih baik My tak sentuh langsung…. Heee~




Time lunch dan dinner we ols makan kat restoran halal. haaa yang ni memang My tade ragu-ragu punya.. makanannya lebih kurang je dengan Malaysia ada nasi, sayur, ayam, ikan, seafood, tomyam.. yang beza cuma cara masakan kot. Disebabkan tenaga banyak dah hilang kerana penat berjalan makanya My memang berselera sungguh makan.. nasik kauuuu... tak pernah tak makan nasik masa kat sana! hancusss terus dietkuuu... dahlah nak membuang sikit punya susah...-.-'...


Makanan-makanan tepi jalan memang My tak beli la. ada pun, makan cekedis beli kat kedai 24jam dia hehe.. itupun made in Malaysia taw. apa dia? Pringles..;D

Visiting Place




bapak besar gonggok!



Cuchi Tunnel

Cuchi Tunnel terletak agak jauh dari Bandar Ho Chi Minh. Cuchi Tunnel adalah terowong kecil bawah tanah yang dibuat oleh rakyat Vietnam suatu ketika dulu sebagai tempat persembunyi tatkala perang.. okla. cuma tak tahan penat berjalan je. berpeluh den.. dah la tade angin…T_T… toilet pun tade air.. jenis stok pakai tisu punya demmm.. nasib baik ada air mineral bawa buat cuci-cuci..yarkss...-.-’


Centre Post Office
Dekat sini My masuk kejap je. Kat sini ada mesin ATM.. kedai souvenir.. telepon kot-kot nak call pakwe, mak abah di tanah air.. hehe.. My pakai roaming henpon jek. Kalau dengan enchek tunang calling-calling and sms takdelah mahal sangat.. hehe..














 
Mekong Delta
haaa... antara banyak-banyak tempat yang kitorang lawat, tempat ni paling My enjoy hehe.. mekong delta ni macam sebuah perkampungan.. 2 jam jugak lah dari bandar Ho Chi Minh. sempat tido lagi dalam bas hehe. Sampai ke jeti kena naik boat.. best giler hehe.. lepas tu stop by dekat coconut candy shop.. tengok macam mana diorang buat gula-gula berasaskan kelapa. Dilayan pula dengan air honey lemon (tapi my tak minum pun, tak sedap erkkkk)... and then, kitorang disajikan dengan 4 seasonal fruits sambil didendangkan nyanyian merdu oleh Vietnamese folk music..;) fuhyoooooo... syiokkkk.... before kitorang gerak balik ke bandar HCM.. kitorang dibawa ke boat dengan menaiki sampan... giler laju aunty Vietnam tu bawakkk.. syiokkkk laaaa!!! 





The Former Presidential Palace
Ini merupakan Istana bekas presidential Vietnam. My pun tak berapa faham sikit pasal tempat ni. Setahu My, Vietnam tade Raja.. Presidential ni la kot lebih kurang macam ketua diorang. Tempat ni dulu lain, tapi akibat diserang makanya tempat ini telah di rebuilt kembali untuk dijadikan pameran untuk orang ramai. Presidential ni mati sebab bunuh diri.. My tak faham cerita dia tapi lebih kurang macam dulu orang suruh dia berundur kot. Macam kes kat negara Arab tuh...-.-'.. nak tahu lebih lanjut y'ols google je la eh..;D







War Remnants Museum
Haaa masa gi tempat ni.. My rasa nak nanges je. Pergi tempat ni tourist guide tu tak follow n terangkan. dia cuma bagi masa sejam untuk kitorang masuk dan lihat sendiri.. Homaigod.. teruknya tentera US menyekda penduduk Vietnam ketika perang dulu..T_T... nak menanges My tengok gambar-gambar mereka kena seksa. gambar real y'ols......!






Water Puppets Show
Kat sini kitorang enjoy water puppet hehe.. layankan aje laaa... hehe...

Shopping Place

Ben Tanh
Haaa... tempat ni bukak seawal pagi dan tutup jam 5.30 petang. So, akibat berjalan ke sana sini belajar sejarah Vietnam makanya masa bershopping My terlalu terhad. So, bila ada je masa memang My grab masa itu dan shopping sepuas-puasnya..!@__@... Ben Tanh merupakan salah satu destinasi yang perlu anda pergi. Dia ibarat Padang Besar macam kat Perlis kot. Macam-macam ada.. daripada makanan, souvenir mahupun pakaian! makanan? skip! souvenir? nanti dulu! terus ke bahagian pakaian..;D T-shirt? telekung? kain buat baju? grab kesemuanya!!:D.. Kalau y'ols ke Vietnam ni, y'ols kenalah pandai tawar-menawar dengan diorang.. n hati-hati.. diorang ni pandai menipu! so, tawar sehabis-habisnya oke! jangan bayar lebih untuk barang yang y'ols boleh dapat dengan harga lebih berpatutan!! Dekat Ben Tanh jangan risau sebab kebanyakan mereka pandai berkomunikasi dengan bahasa Enggeris dan melayu! cuma perkara yang My tak berapa nak gemar adalah sikap pemilik kedai yang suka sangat main tarik-tarik pembeli untuk singgah ke kedai diorang. bila dah singgah, belek-belek barang tanya price.. diorang akan paksa y'ols beli! kalau y'ols tak puas hati dengan harga dia akan pass kalkulator dan suh korang bagi price yang y'ols nak hehe.. ada yang oke tu oke.. kena yang emo memang dia paksenye y'ols beli.. demmm betul!

Bin Tay
Sini lebih kurang je macam Ben Tanh cumanya kat sini ramai pemborong.. So, mungkin harga agak murah sikit. My tak habis explore pun sebab My lebih suka Ben Tanh. Kalau y'ols yang jenis-jenis berniaga tu mungkin suka kot ke sini.. kalau beli banyak mungkin harga lebih murah...;) Penjual-penjual kat sini pun ada yang pandai speaking melayu dan London tapi tak sebaik penjual-penjual di Ben Tanh..;)

Ada lagi tempat-tempat shopping seperti China Town, Tax Center, Russion Market, Saigon Square, Hong Anh Shop! So, kalau y'ols nak ke Vietnam sila ambil satu hari untuk full day shopping hoke!;)

Kalau malam-malam tu kedai dah tutup so y'ols boleh ke Ben Tanh punya nite market kat luar Ben Tanh.. kedai-kedai dia oke la.. kalau mana-mana tak sempat nak bershopping sakan waktu siang singgahlah nite market tuh. tutup kul doplas malam..;)

fuhhhh... kalau citer bab soping sampai lusa pun xabes hahah.. habes 1000++ gakla duit My.. tu tak masuk lagi yang guna RM. demmmm boros betul!! itu pun tak puas lagi kauuu... -.-'... 

Dekat Vietnam diorang terima Vietnam Dong, US Dollar dan ada juga yang terima RM..;)

erk.. panjang sudah.. ada ke baca sampai abes nih. hehe. Takpe la. My just nak share je dengan y'ols.. mana taw lepas ni turn y'ols plak ke sana kan? So, at least y'ols tahu apa yanga da kat sana..;)

ok bai nak melabur... kat Vietnam 5 hari susah giler nak membuang.. so, malam tadi My makan pil lawas 6 bijik! hamik kauuuu.... dah 5 kali ke toilet...... puass!! -.-'... erkkk...;D

7 comments:

Miss Ran said...

byknye motorrrrr

forever love said...

fuh.. panjang gler.. memori kat sana still tak dapat diungkap dengan menuis kan kak..

hehe...

buah naga die sedap tak.??

CutieIntan said...

kalau ada peluang lagi nanti try gi Ha Long Bay..tasik yang best!!

Cik Ezy said...

kat sane mmg byk moto kn..
tkot tgok..
haha

mas saari said...

satu pengalaman yang menarik!
boleh dijadikan panduan jika nak ke sana! thanks for sharing my..

Mohd Shahir bin Shamsudin said...

best kan.

saya pergi viet dua tahun lepas, program UIA. kena tahan dengan pelacur masa jalan-jalan kat pasar malam.huh

^^nu[dd]yra^^ said...

wah lamer giller x singgah blog My pasal dd sibuk giller...pagi2 datang sini pasal nak bacer trip mai g Ho Chi Minh tuh sbb mgkin dd pon akan g ker ctu around Julai nnt...cikgu2 skolah dd nak plan wat trip ke ctu....wah, nnt leh la tnyer2 My utk dapatkan info ttgh Ho Chi Minh ye~ bolhkan ? boleh kan ? boleh kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers