9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Wednesday, May 18, 2011

BLOGGER LELAKI vs BLOGGER PEREMPUAN

Tertarik untuk menjoinkan diri dalam segmen ini… Ini isu pasal wang hantaran. Tertarik sebab My pun dah separa ke arah itu kan kan hehe..
" SETUJUKAH ANDA BAHAWA WANG HANTARAN PERKAHWINAN DISEDIAKAN 100% OLEH PIHAK PENGANTIN LELAKI  ? "

My tidak setuju sama sekali.

Kenapa?

Bila disebut mengenai perkahwinan.. ianya tentulah merupakan perkongsian hidup antara suami dan isteri.. right? Si lelaki dah setuju nak memperisterikan si bakal isteri dan begitulah sebaliknya si perempuan kepada bakal suaminya..

Jadi pendapat My, apalah salah kiranya bakal isteri membantu bakal suami mengumpul wang untuk membina masjid tu. Zaman sekarang ni nak kawen bukan perkara mudah.. barang2 semua mahal. Lagi-lagi yang nak majlis grand-grand.. nak itu nak ini kalau tak de duit yang cukup jangan mimpilah majlis rupe itu.

Kalau tolong bakal suami pun tak rugi apa. Kita nak hidup dengan dia patutnya kita sama-sama susah senang dari sebelum kahwin ni. tak perlu lah terlalu berkira atau letak 100% beban pada dia. Jadilah pasangan yang sama-sama memberi dan menerima. Tadelah bakal suami tu tertekan pikir mana lubang lagi dia nak cari duit buat hantaran. Kalau bakal suami kaya memang tak mahu duit bakal isteri takpelah jugak, kena yang duit cukup-cukup makan nak kumpul pun terkedek-kedek.. tak ke kesian?? Mungkin ada lelaki yang terpaksa melupakan hasrat untuk memperisterikan perempuan yang dicintai sebab tak mampu nak ikut kehendak hantaran yang telah ditetapkan.

Apa yang penting adalah bagaimana memastikan hubungan perkahwinan berkekalan dan terpelihara. Soal wang? Patut tak menjadi masalah kalau sesame pasangan saling membantu..;)

Nasib baik mak abah My bukan jenis yang suka-suka tetapkan wang hantaran so tadelah bakal suami My tertekan nanti kan hehe. n My berbesar hati nak membantu mana-mana yang dia perlukan supaya dia tak rasa perkahwinan dengan My ni membebankan.. 0_o

7 comments:

cayob said...

huhuh penat saya cari post comment..."mana post commentnya?" ini hehehe....semoga berjaya!...


Alang-alang saya dah datang, nak jemput awk dan rakan-rakan awk...datanglah p rumah...... :) Kalau sudi kunjung2 sya di blog yang tak seberapa ini.........tak follow pun tak ape...janji awk datang, Inys Allah.

http://cayob.blogspot.com/

SHM said...

lain org lain pendapatnya ye tak :D

zie said...

setuju gak ngan pendapat akak ^^

syaz rini said...

dtg sini bc pendapat..:)

Belog MTT said...

Singgah sini baca pendapat...

Jempot singgah BeloG MTT

NiSha said...

betul3 sokong... sbb x kan kita nak bairkan dia susah dulu sorang dan lagi susah kemudian sama2 kalau dia hutang beng sbb nak kawin kan...

singgah dari blog abg ben..

miss nadya said...

nak kenal dengan tuan blog sambil baca entry semalam..:)

Miss Nadya Punyer Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers