9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, May 3, 2011

Riwayat Osama Bin Laden

DENGAN langkah penuh yakin, Presiden Barack Obama menuju ke Bilik Timur di White House, Washington untuk membuat pengumuman yang bakal mengundang reaksi berbeza daripada penduduk di seluruh dunia.
Menerusi saluran televisyen negara itu, dengan raut wajah yang serius Obama mengumumkan: “Pada malam ini, saya boleh melaporkan kepada penduduk di Amerika Syarikat (AS) dan dunia bahawa AS dalam operasinya berjaya membunuh Osama bin Laden, seorang pengganas yang bertanggungjawab membunuh ribuan orang yang tidak berdosa.
“Kematian itu merupakan satu pencapaian yang paling signifikan dalam usaha AS menentang jaringan Al-Qaeda.
“Kita juga mahu tegaskan bahawa AS tidak akan berperang menentang Islam, namun bin Laden (Osama) bukanlah seorang pemimpin Muslim sejati. Dia telah membunuh ramai orang Islam.”
Setelah kenyataan itu tersebar, ribuan rakyat AS yang membanjiri pekarangan White House bersorak kegirangan bagaikan meraikan sebuah perayaan.
Malah, dalam respons segera mantan Presiden AS, George Bush kepada stesen televisyen Al Jazeera, Bush berkata, kematian musuh ketatnya itu merupakan satu prestasi terpenting AS. Osama terbunuh dalam satu pertempuran dengan askar-askar AS di sebuah rumah agam mewah bernilai RM2.96 juta yang menjadi tempat perlindungannya dekat bandar Abbotabad, 60 kilometer dari ibu negara Pakistan, Islamabad.
Abbotabad dikatakan lokasi yang menempatkan Akademi Tentera Pakistan. Ia juga disebut sebagai salah satu lokasi pelancongan dan pusat pendidikan di negara itu.
Osama ditembak di kepala dalam satu pertempuran senjata api semasa dia dan keluarganya cuba melarikan diri daripada ditangkap dalam satu operasi melibatkan Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS dan pasukan keselamatan Pakistan.
Beberapa orang termasuk anak-anaknya dan seorang wanita turut ditahan semasa serbuan itu dilakukan.
Bagaimanapun, tiada rakyat AS yang cedera dalam serbuan itu. Ujian asid deosirikbonukleik (DNA) mengesahkan lelaki yang terkorban itu adalah Osama.
Jenazah pemimpin Al-Qaeda, Osama yang didakwa maut dalam satu pertempuran dengan tentera AS di Abbotabad, Pakistan kini dilapor berada dalam simpanan AS.
Untuk meyakinkan penduduk dunia bahawa berita kematian pemimpin Islam itu bukan sekadar khabar angin, sebuah stesen televisyen Express TV menyiarkan secara bertalu-talu wajah Osama yang berlumuran darah.
Tanggapan AS bahawa Osama atau nama sebenarnya Osama Mohamed Awad Laden, 54, mudah ditewaskan seperti yang pernah dilakukan ke atas bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein ternyata meleset.
Osama adalah manusia yang paling sukar diburu di dunia.
Baca cerita selanjutnya di KOSMO!
Antara percaya atau tidak??
Gambar ditunjukkan di televisyen Pakistan menunjukkan wajah Osama Bin Laden yang didakwa AS berjaya dibunuh (kiri) berbanding gambar fail pemimpin Al-Qaeda itu. Bagaimanapun kesahihan gambar berkenaan masih dipertikaikan agensi berita antarabangsa berikutan gambar berkenaan berkedudukan sama.
hurm.. what say you?? 

1 comment:

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

tak caye! gambar tu tipu je dearrr, dgr kat radio pg tadi.. tu cume edit jekk

Memang kejam pagi² da buat MAK marahhh!!! isk3...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers