9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, May 27, 2011

Bank Islam pun dah ada Visa Debit Card..

Nak dipendekkan cerita, malam tadi masa tengah draw duit kat cimb sebab nak pergi beli barang dapur kat NSK Selayang (24jam).. My tengok kad-kad dalam purse macam tak lengkap. Ada satu tempat tak berkeadaan seperti biasa.. maknanya kad tu tade la. Bank Islam punya ATM Kad… ah sudahhh.. mana plak perginya..

My cek kat tempat duit kertas, tempat syiling, IC bagai… sampah merata dengan slip bank, resit shopping…-.-’… hampeh.. tade pun kad tuh! biasenya kalau My tak sempat nak selit ATM kad tu My selit je kat tempat duit kertas.. tapi kali ni takde plak!

My refresh balik, seingat My pagi semalam memang My ada ke Bank Islam bawah building office ni pergi bank in duit ke account sendiri and bayar hutang kredit kad. Lepas tu I got a phone call dan gerak naik office.. mana ada keluarkan lagi pastu.. Takkan tertinggal kat ATM machine kot? Demmm…

Sudahnya, lepas lunch tadi My ke Bank Islam buat kad baru… lama gaklah nak tunggu…-.-’
Yang bestnya, dia tak bagi macam kad lama tu.. tapi dia bagi visa debit kad!! Wahh.. dah maju sekarang.. dah macam Maybank buat visa debit kad hehe.. Kiranya dia gabungkan ciri penggunaan ATM dan kad Visa! Wallahhh….
So, sekarang My dah ada dua debit kad.. Maybank dan Bank Islam..;) Tahun lepas My pernah buat entry berkenaan Maybank Visa Debit kat kat SINI.. y’ols dah tukar ke kad maybank yang lama tu kepada kad chery? Hehe.. kalau dah baguslah..

Ha.. kalau ada kad bank Islam bolehlah y’ols apply jugak untuk debit kad ni hehe. Tak rugi pun.. Berguna jugak… tak perlu bawa cash banyak-banyak bahaya. Ada visa debit senang swipe jek. Tapi kat kedai-kedai runcit tak boleh lah ye.. hehe.. Visa Debit bagus.. tak menyusahkan macam kredit kad sebab kena bayar balik..;D But make sure dalam account tu ada duit lah ye.. dah nama pun debit kan…;D

Siapa yang layak apply? Individu berusia 15 tahun ke atas yang mempunyai akaun semasa atau akaun simpanan (CASA) Bank Islam dan berkeupayaan penuh untuk menguruskan akaun mereka layak memohon kad berkenaan. Malah, pemegang kad juga bakal menikmati rebat tunai 0.5 peratus bagi belian runcit dengan menggunakan Kad Debit-i Visa Bank Islam.

Menurut Pengurus Besar Perbankan Pengguna Bank Islam, Khairul Kamarudin sewaktu pelancaran Kad Debit-I Visa February lalu, rakyat Malaysia khususnya generasi muda boleh mengakses deposit mereka dengan lebih baik dan menikmati manfaat kad pembayaran yang berfungsi seperti kad kredit dan kad ATM. Ia juga membolehkan pemegang kad mengeluarkan wang tunai di semua mesin ATM MEPS di Malaysia. Bagi pengeluaran wang tunai di luar negara, pengguna boleh melakukannya di mesin ATM yang memaparkan logo VISA Plus
Kata dia lagi, dengan memperkenalkan kad debit berkenaan, pembayaran ditolak secara automatik daripada akaun pengguna dan ia secara tidak langsung memberi kelebihan ke atas portfolio khidmat pembayaran yang ditawarkan kepada pelanggan. Malah, dengan menggunakan kad Debit-i Visa Bank Islam ini, pemegang kad boleh melaksanakan transaksi seperti pembayaran bil, makan di restoran, sumbangan amal, berbelanja secara dalam talian, pembelian petrol, transaksi Tabung Haji atau tempahan tiket dengan menggunakan dana mereka sendiri dan bukan secara kredit.
Haa.. y’ols tunggu apa lagi? Apply lah sekarang!!;)

8 comments:

Sunah Mohammad said...

ooooooo...menarik kelebihan2 dia.. tapi kad bank Islam saya belum hilang lagi... hurmmm...

:p

saharinasaharudin said...

aah la,cm menarik je.xpyh sush2 nk draw duit.just bg bankcard je.

ahmadi yasin said...

he jngn terlmpo srnok kena pandai jimt ye???

ahmadi yasin said...

he kn jimt la

Anonymous said...

Kalau awk guna kad debit bank islam tu,ada x dia hntr bill ke rumah mcm mastercard?? ^^

Anonymous said...

Hy,tumpang tanye..Kad Bank Islam dgn Maybank tu ada hantar bil2 ke rumah tak bila kita beli barang?Ataupun diorang call kiter ke,sms ke..Ade x?Pls reply ASAP.

mynameismy said...

@Anonymous

takde sbb ini bkn kdt kad. tp kalau u ade mbb2u online tu u boleh tgk transaction yg u penah buat..:)

Mar Sya said...

macam mana nak aktifkan kad debit bank islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers