9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, May 31, 2011

Kumpul hutang | total hutang loan MARA RM45,706.80, PTPTipu RM3,000++ !!!!

Hee~ aktiviti berhutang memang dah menjadi asas kehidupan masyarakat dewasa ini. Termasuklah yang beragama Islam pun... Berhutang tu dah jadi kaedah dan faedah untuk kita memperolehi sesuatu. Beli kereta? Hutang. Beli rumah? Hutang. Kad Kredit? Hutang. Yuran Pengajian? Pun Hutang! Pendek kata semua hutang.. apply, sign sana sini.. pappp! Lulus! Hamik kauuu sebijik kereta! Sebuah rumah! Pengajian di kampus 3 tahun! Kredit kad bersepah-sepah!
Time dapat.. suke! Senang lenang! Lapang je dada! Kereta dah boleh show off kat kengkawan.. Rumah baru bleh show off kat sedara mara.. Tak cukup dengan hutang kereta, rumah, ada plak kredit kad! Pergh lapang jek dia pergi beli stok LV, Versace segala! Demmm.. tu tak ingat lagi hutang masa dapat belajar kat U. study U tapi banyak main! Cgpa plak down! Tu sedar tak tu dalam pada dia masih belajar dulu sebenarnya dia dah mula mengumpul hutang? Hutang pengajiannnn… paling koman satu semester makan 2/3 ribu der… UiTM je la pun yang murah…hidup UiTM! -.-’

Kalau dah nama hutang tu.. tetap hutang. Bila dah berhutang WAJIB bayar! Haaaa… dah pandai pinjam pandailah pulang kan?? Hutang kereta, rumah, kredit kad konpom bulan-bulan kena bayar.. jangan skip-skip derr… dah skip sekali pergh terasa nanti bila jumlah tertunggak! Nak lari?? Nak lari manaaaa… nama dah ada.. silap haribulan tak bayar lama blacklist lu derrr…. Opsss terlebey sudahh.. ha, blacklist yu ols… nak ke? Ha tanak bayar bulan-bulan kasi cun oke?;)

My ni baru setahun jagung dalam dunia pekerjaan.. Pengalaman pun ciput je. Yela baru je graduated akhir tahun  lepas kan.. Habes je degree tak lapang dada derr… hutang dah melambak tunggu nih.. hutang pengajian! Perghhh masa habes study dlu dok tercongak-congak nih.. berapa lah hutang study den…-.-’

Luckily, My belum ada kereta sendiri.. selama ni dok drift tuh pakai kereta enchek tunang.. yela, kereta dia kereta My jugak..;D Lagipun dia kata toksah beli dulu pakai je mana yang ada. My nak beli kereta sekarang mampu je tapi atas nasihat enchek tunang My bantutkan niat tersebut. Tunggulah nanti lepas-lepas kawen ke bleh lah beli kereta baru..;)  Kredit kad pun My tak ada. Selama ni bayar tu dok pakai enchek tunang punya jugak..-.-’.. ngeh3.. Eh tapi My pakai My bayar oke bukanlah mempergunakan apa yang dia ada..;D Kira sama-sama memberi n menerima gitew… My nak apply dia tak bagi la.. tambah hutang dia kata.. So, pakai je lah dia punya.. hehe **tapi My guna kalau BETUL-BETUL perlu sahaja

So, sekarang ni bulan-bulan My akan bayar sewa rumah, kad kredit, insurans, n bagi mak abah je.. kereta, rumah belum ada komitmen lagi. Jadinya, sementara masih berkemampuan ni My nak kumpulkan segala hutang lain yang masih ada! Dimulakan dengan hutang pengajian ketika belajar!
Sejak diploma My menggunakan khidmat MARA sebagai pelindung ketika susah senang time belajar hehe. Mula masuk belajar tahun 2005 selepas SPM.. amik Diploma. Yang bestnya MARA ni dia bagi duit bulan-bulan. Bukan macam PTPTipu bagi selonggok terus untuk satu sem. So, bila bagi tetiap bulan senang lah sikit manage financial tu kan. Mula-mula dulu dapat bulan-bulan RM300 je beb.. Tapi masa tuh rasanya dah cukup banyak lah tuh. Agak-agak terover belanja mintak FAMA (Father n Mother) la kan..;D Lepas tuh agak-agak taraf hidup kita ni dah tinggi sket 2 sem terakhir tak silap dia naikkan menjadi RM500/sebulan. Terasa lebih lega dan lapang sket hehe.

Bila masuk degree di UiTM, pada awalnya My ingat tak boleh continue pinjam MARA sebab diploma dulu swasta (francais UiTM) so MARA support yang IPTS je. Bila masuk IPTA My ingat dia tamo dahlah support.. jadi untuk selamat My apply PTPTipu.. Masa tu My apply jugak untuk sambung pinjaman MARA. Tak lama tu permohonan PTPTipu diterima.. Dalam pada masa sama My dapat pulak jwpn dari MARA di mana pinjaman masih boleh diteruskan! Wallah! Haruslah memilih MARA rather than PTPTipu kan. So, My sempatlah merasa PTPTipu untuk semester yang pertama. Lepas tu My terminate pinjaman PTPTipu dan terus setia bersama MARA dengan duit belanja RM700/sebulan… Weh masa belajar tu RM700 tu kira dah kaya tu beb.. budak2 PTPTipu putih mata je sebab duit loan diorang habes sebelum tamat sem agagagagaga…;D

Tu pasal la den ado baki pinjaman dengan PTPTipu RM3000++ tuh… grrrr.. dulu pinjam tak banyak tuh yela dah masuk interest makanya…. Lu pikirla sendiri!

Semalam My call MARA tanya procedure bayaran balik. Yela takkan nak tunggu beranak pinak baru nak mula bayar kan.. So ada baiknya My mulakan semasa tengah tak banyak komitmen nih. My mintak staff MARA tu cekkan total pinjaman MARA My..

RM45,706.80?????!!! homaigodddd… banyaknyeee..-.-’

Heee… tapi My tak risau!! Sebab MARA memang sayang My!! Dia suruh My datang bawa Sijil Degree + Transkrip dan dia akan buat pemotongan berdasarkan pointer cgpa..;) itulah untungnya dapat pinjaman MARA…

Dan… tak mustahil jika jumlah bayaran yang My perlu bayar nanti kurang daripada jumlah pinjaman PTPTipu tuh..hehe…;)

Errr.. sape yang dah bayar PTPTipu? macam mana ek nak bayar? bayar sikit-sikit boleh kan? Kalau sape-sape tahu tolong ajarin ya...;)

So, y’ols macam mana plak? Dah mula bayar hutang time belajar dulu??? 0_o

**errr… kat mana ek My simpan transkrip n sijil… demmm..-.-’

12 comments:

...:i'm ezza haniza:.... said...

kakak kakak! saya baru nak apply ptptn. baca entry kakak ni cm takut je. mara or ptptn yang oke ni ?

cmne nak apply :( confusing ...

dodonut said...

kalau pernah dapat surat ptptn, ada cara-cara pembayarannya, kalau ada cimbclicks boleh je tapi kene charge 50sen. Ok sket dari Post Office charge Rm2.00 kalau tak salah

SiS NaD said...

SaLaM DeaR...

SiS TaK BaYar PuN PTPTN LaGi... DaRi 2009... HuHu!~

liyana said...

sy dulu pun pinjam mara 47k, dpt kurang.. byr balik dlm 11k je.. mara mmg baik, hehe

ptptn x penah pinjam, nasib baek.. fuhh~

DyanKanishi said...

banyak kene bayar kat ptptn...
kos pentadbiran tiap2 bulan kene bayar...

Cik Ezy said...

utang ngn ptptn xsetel2 lg ni..
fuhh

DyanKanishi said...

nak tunggu amount tu turun, rase lame betul.. walaupun bayar tiap2 bulan

cantekk said...

phiuuu...manyak tu ;-D
sabar2 k..baru2 je kje kan,,
tp awal2 kje ni patot dah mulakan byr..
kalau start lmbt, pasti liat ..
nk mudah lg, buat potongan gaji terus..

*haha aku pon hutang mnimbun ;-D

riffzam said...

yeah hidup mara! :) selamat ada MARA dan PTPTN. :)

Ujang9897 said...

Mara mmg ok lag dari PTPTN

grrrrrr benci betul

Anonymous said...

dulu blaja dpt sponsor Petronas..then klu keje dgn depa. kena bonding 4 tahun..mmg x minat nak keje..jadinyer x apply pun keje..so kontrak terminate pas 4 tahun..then smbg degree and master pakai duit sendiri...x mao pakai loan..risau tanggung beban byk2..

Ronnie finance said...

Kami menawarkan dana perniagaan dan dana peribadi kepada sesiapa pun di atas 18 tahun dengan kadar faedah yang rendah Jika anda kewangan menegaskan, Anda tidak mempunyai masalah lebih lagi kerana saya pasti akan menyelesaikan tekanan kewangan anda dengan mudah. Ini syarikat dana boleh dipercayai kerana pengalaman luas kami selama ini, Pemohon yang serius perlu menghubungi kami melalui e-mel: ronniefinance@hotmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers