9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, May 3, 2011

Betul ke bila bercinta perempuan yang lebih-lebih, bila bertunang lelaki yang lebih-lebih?

Hujan lebat kat luar.. golap je haa macam dah malam. Sejak seminggu dua ni hari ape je yang tak hujan bila tiba petang? Hari hari hujan kan? Baca kat STAR tadi dia kata ‘panas waktu tengahari, basah/hujan waktu petang’ adalah perkara normal. Pakar meteorology mengesahkan bahawa cuaca sebegini akan berlarutan sehingga pertengahan Mei… Harap-harapnya masa My pegi Vietnam nanti tak hujan la pulak kat sana kan. Tapi tanak jugaklah panas terik… -.-‘

Heee.. jadi pakar cuaca sekejap.

Petang ni My nak bercerita mengenai hubungan dua insane. Eceh ayat tak hape-hape kan. My tak pandai nak bermadah-madah nak jiwang-jiwang dalam entry ni. Lum datang buang tebiat lagi hehe.. Tapi ini My nak meluahkan pendapat dan bertanyakan pendapat je.

Y’ols pernah dengar tak orang cakap time bercinta ni biasanya si perempuan tu yang lebih-lebih.. lebih-lebih kat sini bermaksud, si perempuan tu terlebih sayang.. jaga sangat si lelaki tu.. ke mana-mana nak dengan lelaki tu.. cemburu kuat tak hengat.. rasa cinta pada si lelaki kuat giler lah ibarat lautan api sanggup ku redah.. haaa gitu lah perumpamaannya..;D Namun, berbeza pulak apabila telah bertunang.. Si lelaki tu pulak yang biasanya akan lebih-lebih.. terlebih sayang, terlebih mengambil berat akan tunangnya (perempuan), cemburu jangan cakaplah.. kalau tunangnya ada kawan lelaki lain banyak je soalnya… silap-silap dengan abang kandung tunang tu sendiri boleh tercemburu hehe. Tapi, pendek kata kalau bertunang tu si lelaki tu memang sangat-sangat menjaga pasangannya.. sentiasa nak bersama.. sentiasa nak tahu gerak gerinya.. apa je yang tunang dia nak pasti dituruti.. kira macam ‘anything for you sayang’.. haa lebih kurang gitu lah..;D

So, pernah tak pernah tak?? Pernah tak y’ols dengar orang cakap gitu? Ataupun, y’ols sendiri pernah laluinya??
Hurm, dari zaman bercinta dulu My pernah dengar orang cakap macam tu. Yela, masa bercinta tu tahap sayang dan kecintaan si perempuan pada boipren memang tahap gunung eberes pun kalah.. senang cakap infiniti la korang… 24jam nak dengan dia je. tak dapat jumpa on the fon, tak on the fon sms sakan.. lagi-lagi time mula-mula kenal.. sms 24jam.. dari celik mata sampai tutup mata.. bangun-bangun je pikir dia dulu bukan nak panjatkan kesyukuran sebab masih bernafas.. -.-‘ bile kredit dah habes laju je si dia topupkan.. kadang-kadang si perempuan yang topupkan dia.. dah bercinta bagai nak rak pakai pulak bil.. 1+5 gitew…:D si lelaki jadi masterline si perempuan jadi subline..sms free, mms free, 3g pun free… memang puas lah bercinta.. bergayut kat tepon dari malam sampai ke Subuh pun sanggup yu.. dahsyatnye penangan cinta kan kan.. tah hape yang yang disembangkan pun tatao..-.-‘...

Bila dah lama-lama bercinta, semua sifat-sifat tu dah kurang. Kurang tidak semestinya perasaan pun kurang.. cumanya, kalau dulu sms 24 jam.. sekarang dah 12 jam.. kalau bergayut sampai subuh.. sekarang gayut sebab dah nak masuk tidur.. Rasa cinta, rasa sayang tu masih sekuat dulu.. Tapi mungkin sebab usia percintaan tu dah lama so, tak banyak perkara dah tak perlu terlalu berkasih sayang lagi. dah kenal isi hati pasangan. terutamanya lelaki.. masa ni mungkin dia dah kurang nak beri perhatian pada si perempuan.. bukan tak sayang. sayang... cumanya, perhatian dah kurang.. ke mana-mana pun tak perlu dah nak cakap dengan si perempuan.. tak keluar dating selalu pun takpe.. Tak cakap 'i love you' pun takpe.. yang penting dalam hati dia masih sayang.. Tapi si perempuan?? boleh terima? perempuan kalau lelaki dah kurang bagi perhatian sket mulalah cakap lelaki dah tak sayang.. bila lelaki dah tak cakap 'i love you' mulalah cakap dah berubah hati.. lepas tu masam muka.. merajuk.. memberontak.. minta diberi perhatian sepenuhnya.. haaa.. betol tak betol tak..
Lain pulak ceritanya kalau dah bertunang.. wahhh.. cinta dah utuh... makin kuat rasa cinta.. dah berkira-kira menuju ke alam perkahwinan... ah indahnya bercinta bila diikat dengan ikatan pertunangan... contohnye la macam tu..;D Time bertunang perempuan ni plak dah lain.. kurang beri perhatian.. akan beri perhatian bila diminta beri perhatian je.. sebab apa? bila time bercinta dia lebih-lebih lelaki tak layan.. bila dah ke alam pertunangan dia dah slow.. sebab dah biasa si lelaki tu kurang beri perhatian kira macam si perempuan ni dah terikut rentak si lelaki tu la kan.. lama-lama si lelaki perasan, si perempuan dah tak macam dulu tak minta diberi perhatian seperti yang sepatutnya.. si lelaki yang dah rasa goyah mula rasa tersisih.. cemburu? jangan cakaplah... si perempuan nak ke mana-mana pun tanya si perempuan tu... nak ke mana ? buat apa? dengan siapa? jangan itu tau.. jangan ini tau.. sebab apa? bukan sebab mengongkong... tapi sebab dia makin sayang... ye sayang... dia dah mula rindu.. rindu dengan tunangannya yang jadi kekasihnya dulu.. Bila si lelaki dah ikat perempuan dengan ikatan pertunangan.. bermakna, si lelaki dah serius untuk hubungan yang lebih jauh.. iaitu perkahwinan. Jadi, bila dah bertunang.. dia rasa perempuan ini milik dia.. maka sebab tu dia terlalu menjaga.. terlalu cemburu... terlalu sayang... terlalu nak diberi perhatian... betol tak betol tak...


Betul tak pandangan My ni y'ols?? ke... y.ols ada pendapat lain??? hurm....


ce citer ce citer....


**errr... kalau dah kawen cane plak gaknye kan?? hurmmmm... (thinking)

5 comments:

Anyez Nasri ツ said...

teeeeeet , mane kaum adam ? jawab-laaaaah dulu . bagi anyez , ada betul-nya juga . tp , ada part di-mane , dalam pe-hubungan hngga-laaah be-tunang and be-nikah , lelaki lebeh :)

trigyy said...

mungkin la kot sbb belum lalui lagi.. klu bab cinta tu, mybe betul yg prp tu jeles masa b'cinta..

aida4eva said...

teeeettttt!

kena batang idung sendiri...wuuuu~

betul lah..ktorg dah 5 years..nmpk gak la beza antara mula2 dulu ngan skrg walau xbyk beza :)

bila nak tunang pun tak taw lah..

alahai omak kawenkan aku~

:P

.........cP~ said...

salam..

mendengar pengalaman kawan2, betul la kot..

Sunah Mohammad said...

haaaaaaaaaaa...ni mesti pengalaman sis my kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers