9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Wednesday, January 4, 2012

Dugaan

Pagi tadi bukak fesbuk dapat message daripada along (abang My yang sulung) beritahu harini kak long buat last teraphy.. kalau tak ada perubahan kena buat operation.. kalau tak ada perubahan jugak.. kak long mungkin akan lumpuh.... seumur hidup.... T__T 

MasyaAllah… dugaan apakah ini.. di saat My sedang menghitung hari-hari terakhir sebelum bergelar isteri (janggal plak sebut isteri..-.-), dapat plak berita yang tak menggembirakan ni… haih~

2 hari lepas kak long tiba-tiba tak boleh bangun. Bawa ke hospital kena tahan wad, doctor sahkan tulang belakang kak long bergalih. Doktor kata nak buat terapi dulu cuba betulkan kedudukan tulang tu… If not kena buat operation… Sekarang ni buang air besar air kecik pun kat atas tilam. Alahai kesiannya… 

My tak tahu nak buat apa.. mampu doa je lah dari jauh... sedih dapat tau… dah berair air mata memikirkan kak long.. entah dapat ke tak dia datang masa majlis My nanti.. T__T 

Ya Allah tuhan sekalian manusia, hilangkanlah kesengsaraan ini dan sembuhkanlah ia. Kerana sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh dan tidak ada kesembuhan melainkan hanya dari-Mu yaitu kesembuhan yang tidak mennggalkan penyakit lagi... Amin...

Kak Long, I wish u will be there... on my big day... T_T

Tuesday, January 3, 2012

Persiapan Perkahwinan: Guestbook Corner

Helloooo.. actually entry ni dah bertangguh sejak 2 minggu lepas! Sorry nyahhhh ai bizi yuuu.. bizi dengan cuti… balik kampung… balik kL balik… balik kampung lagi… bla b la bla… la ni baru nak review pasal ni hehe.

As I mentioned earlier in My Senarai Angan-angan untuk Hari Perkahwinan's entry.. Guestbook Corner ni adalah salah satu item tak wajib dalam wedding checklist My. But dalam pada tak wajib tu My preparation for it still ON…! Heheh.

Masakan tidak.. My dah order a few things untuk guestbook aka buku tetamu ni. My fikir it’s kinda of… ada satu sudut untuk tetamu sign guestbook tu nanti n kat sudut tu My nak letakkan juga candies… sweets… mini muffin… bla bla.. eh ni dah macam candies corner lak kan ah tak kire lah janji ruang itu tidak hanya ada buku tamu… J Kirenya My nak combinekan candies and guestbook tu so that sudut tu taklah orang terlepas pandang ye dakkk.. orang nampak candies… nak pergi amik candies nampak plak guestbook kan kanzzz….. ok tak? Heeee

Untuk ruangan buku tetamu ni My dah order mini signage and guestbook. Frame untuk letak gambar dah beli tapi gambar belum print. Candies pun dah beli… Mini signage dah dapat but then guestbook yang My order last month thru online belum lagi ready. Tu yang sebenarnya agak lambat sket post entry ni. Ingatkan boleh lah dapat end of Nov haritu atau latest by early Dec tapi no respond daripada that person lagi-lagi dia tengah bercuti.. erkkk~ harapnya dia siapkan sebelum My pulang bercuti minggu depan!

But! In case kalau guestbook My tu dia terlupa atau tak siap lagi My ada spare hehe. Actually got guestbook as hadiah dari seorang senior sekolah dulu… Oklah kan daripada takde. Nak My buat sendiri? Owh noooo!!!
Mini Signage
Untuk mini Signage yang comel ni… I got this link: scrapaperclip masa tengah explore around the laman sesawang. View beberapa design yang Farah pernah buat then tak fikir lama My terus order. Dalam masa kurang 2 minggu je Mini Signage tu dah selamat ada dalam tangan My! J Thanks Farah for fast respond! Yu ols kalau nak order bolehlah ke webpage beliau di http://www.scrapaperclip.com/ atau ke Facebook beliau: Farah Diyana. Selain mini signage, Farah juga mengambil tempahan untuk pelbagai produk lain! just check it out there for further info oke!!! J

Owh oke.. how I’m thinking of… How to decorate this guestbook corner? My nak letak gubahan bunga.. Tapi My tak reti nak gubah bunga.. Nak beli… tapi bunga macam mana? Ada ke kedai bunga.. tapi takde idea langsung! Ahhh sangat tak perempuan lah kau My… takde seni langsung dalam diri…demmmm.. -..-’

hurm.... !

Leave 2011 Behind


Doa & Azam baru My dah tanamkan masa Awal Muharam haritu. So, nothing special pun bila datangnya 2012.. Cuma mungkin pertambahan angka pada tahun ini.. pertambahan usia dunia milik Allah… dan seperti kata Bro Framestone di facebooknya baru-baru ini.. Semakin kita mendekati Hari Qiamat… Namun bila, bagaimana ia terjadi.. Wallahua’lam.. Sebagai hamba Allah yang meminjam bumi ini daripadaNya.. sama-samalah kita tingkatkan amal sebagai bekalan ke sana nanti… InsyaAllah… J dan mungkin juga ada wishlist sepanjang 2012 ini? will see… hehe

Pejam celik pejam celik kejap je dah masuk 2012 kan korang? Entah. Rasanya macam baru semalam kita melangkah ke 2011… rasanya baru semalam My disarungkan cincin pertunangan. Kalau dulu, zaman-zaman 1990-an… Setahun tu rasa lama sangat… Bila cuti sekolah rasa lama betul, seronok, enjoy! Bila raya terasa lama sangat! Sekarang? Omgeee! Dah due date? Dah habis weekend? Dah habis cuti?? Kejapnya dah habis raya!! Wehhh dah hujung bulan dah!!! 0_o

Well.. Time goes on… dunia seakan berputar makin laju.. siang berganti malam.. malam berganti siang… 24 jam seperti 24 saat lamanya… sebulan seperti seminggu lamanya.. kanzz?? Betul lah… dunia kita ni sah uzur…. Mungkin tunggu masa je?? Wallahua’lam…

Jika dikenang kembali… sepanjang 1432/2011 apa yang kita semua dah achieve? Apa yang korang dah kecapi? Apa yang dah korang gagal tempuhi? Dengan masa seakan berputar 120km/hour ni My terasa arghh cepatnya masa berlalu sampai rasanya tak sempat untuk lakukan banyak perkara. Yup! I feel that way! Tapi mungkin bukan salah masa.. bukan salah dunia yang bergerak pantas tapi My sendiri yang tidak pandai bahagikan masa… tidak pandai manage urusan kerja mahupun peribadi… Yang My lakukan.. just follow the flow. Perhaps!

Apapun…. What we’ve done in year before tak perlu dipersoalkan. The important thing is… Apa perancangan kita di masa hadapan… Apa bekalan kita untuk tempuh dunia yang makin mencabar?? Di mana kemampuan kita… Itu yang paling perlu… Look forward… Berjaya atau gagalkah usaha kita di masa lalu biarkan ia berlalu… Fikirkanlah apa yang belum berlalu… J

In short… Sambutan Tahun Baru Hijrah mahupun Masihi… tiada makna andai mentaliti masih di takuk lama… setuju tak?  

Semoga kita semua semakin maju dan berjaya di masa-masa mendatang…. InsyaAllah..

Nota kaki: Tinggal 2 minggu je nak keje pastu cuti panjang!! Weeeeehuuuuu~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers