9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Monday, July 16, 2012

Yey! Saya dah 5 Bulan... :)

Gosh...! I have lots to blog here!!! Tapi all the story dah berterabur sana sini sebab lama sangat pending kikiki. Sorry again, biarkan blog terbiar tak berhapdet. I have been busy with works!!! Recently, My baru je habis dengan event kat Zoo Negara Sabtu lepas.. our yearly event, Customers' Day! Dah nama pun Customers' Day so mestilah event bersama dengan Customers kan hihi. Seyesly, penat sangat-sangat since the last minute preparation until the day... ada baki sehari Ahad semalam pun tak cukup rehat... Pagi tadi pun terlajak bangun pukul 7 suku hoke! Tak pasal-pasal kena qada' Subuh... -..- Ingatkan nak ambil cuti harini tapi terfikir nak kena buat clearance on barang-barang masa event haritu... So, datang jugaklah harini.. :)

Anyway, My pregnancy is now 5 MONTH!!!! Alhamdulillah.... harapnya takde apa-apa lah since i didn't care myself much when i was busy with works! seyesly, masa busy sangat baru-baru ni My selalu lupa nak makan sampai perut sebu. Lepas tu haritu masa balik keje ada muntah-muntah sampai keluar darah dari mulut dan hidung. Ya Allah.. masa tu My harap it's just sebab panas dalam je. Dah gerak nak ke hospital tapi My batalkan niat tak jadi pergi sebab memikirkan event company tinggal lagi 2/3 hari. Mana tahu pegi hospital kena admit ke tak ke haru My masa tuh... My cakap kat hasben bagi peluang sampai habis event je.. biarlah My all out! After that, My akan jaga perut ni sebaiknya... n Alhamdulillah.. sampai habis event company tu My rasa sihat je cumanya kepenatan tahap maksima... ;)

Apapun, satu kerja berat dah selesai.. i'll blog to review about it later... Lepas ni nak kena settlekan yearly survey plak on the analysis... sekarang? tlglah bagi My bernafas dulu... Fuhhhhhhhhhhh...

till then!

Tuesday, July 3, 2012

Berita Buruk Yang Tak Suka Nak Dengar


Perkara yang paling sentap My tak boleh dengar ialah kalau ianya berkenaan ahli keluarga terutama mak dan abah…

Baru sekejap tadi akak tag di facebook bgtahu on her way to hospital. Abah admitted! Tak semena-mena berair mata.. berdebar-debar jantung. Terus call akak tapi tak berjawab. Call mak yang pada mulanya juga tak berangkat. Terus My tanya ‘Mak kat mana?’…

Mak dengan nada normal.. ‘Kat wad’…’tak ada apa-apa jangan risau…’…. My dah sebak nak menanges.. cuba control suara yang nak menangis tu. My tanya abah kenapa? macam mana? Mak cuma kata ‘jangan risau.. dah takde apa-apa’… ‘Abah ada ni ha tengah borak gelak-gelak atas katil ni’… My senyap dan cakap ‘ok…’… Mak pun jawab ‘ok’… n terus letak… My tak boleh nak cakap lebih panjang… sebab nak menangis sangat! Dengar suara mak tak boleh nak control!

Allahuakbar…. My lemah. Lemah semangat sangat kalau dengar berita kurang baik pasal mak dan abah. Lebih-lebih lagi sebab diorang bukan depan mata My… T___T… My dah terfikir-fikir dah tadi… Kalau abah teruk ni My kena balik malam ni jugak. tak kira. Tapi keje macam mana? Alahai….

Alhamdulillah… Abah takde apa-apa. Sepatutnya harini abah buat dialisis macam biasa. Tapi nurse kat klinik dialisis tu cakap jantung abah problem so tak boleh dialisis. Terus dipanggilnya ambulans bawa abah terus ke hospital. Tak pasti apa masalahnya tapi everything is under control. At this moment… yeah… How about tomorrow? The day after tomorrow? I’m worried!!!

InsyaAllah, hujung minggu ni nak mintak izin enchek hasben drive sorang balik Johor. Harapnya enchek hasben bagi memandangkan sejak tukar kerja baru ni dia kena bekerja 6 hari seminggu termasuk Sabtu… T___T… My tak bolehlah macam ni. Nak kena tengok abah depan mata.. My tak nak abah sakit!!

Ya Allah… panjangkan umur abah… berikan kesihatan yang baik buat abah… T___T… My ingat lagi tahun lepas, abah masuk wad time bulan puasa. Lebih seminggu abah kat wad. 2/3 kali My balik masa tu walaupun bulan puasa. Harapnya tak berulang lagi… dahlah Ramadhan 3 minggu je lagi ni… T___T

Monday, July 2, 2012

Kencing Manis ketika Hamil


Company event tinggal lagi 2 minggu je… Setakat ni preparation rasanya dalam 80% dah complete kot. Fuhh… lagi stress dari preparation nak kawen dulu hehe. Mungkin sebab everything settle dalam masa sebulan kan tu pasal haru biru… hehe… Anyway… harapnya event kali ni berjaya lagi seperti tahun lepas. InsyaAllah… tak sabar nak hembus nafas lega lepas berakhirnya event ni.  At least dapatlah bernafas sekejap sebelum memikirkan event seterusnya…. Kuat ke aku? InsyaAllah...

Keje-keje jugak… kesihatan kena ambil tahu gak. My tak tahu lah macam mana situasi My sekarang. Ok ke tak? Lately ni macam risau plak dengan baby dalam poyot ni. Lebih-lebih lagi bila dah ada diabetes ni. My rasa macam My dah buat benda tak baik kat anak dalam poyot ni, sebab apa? Sebab My tak makan dengan cara sepatutnya… kuantiti sepatutnya… Arghhh.. Maklumlah festime pregnant, susah betul My nak amalkan diet yang betul. Dah jumpa pakar pemakanan pun masih tak sedar diri… -..-

Banyak artikel yang My baca pasal diabetes ketika hamil ni… Ada yang okay.. ada yang sampai tahap kena masuk insulin. Adeh… janganlah sampai lagu tu… My ni mungkin kena diabetes salah satunya sebab keturunan lah kot. So, bila dah kena diabetes  time mengandung ni sepatutnya kena amalkan pemakanan yang sihat… kena diet… kena kurangkan apa yang patut, kena elakkan apa yang perlu dielakkan… diet tu bukannya tak perlu makan tapi kena amalkan pemakanan yang sihat, teratur… pengambilan sesuatu makanan pun perlu diambil kira. Haih~ bab2 makan ni memang berat betul My nak disiplin… T___T

Bila sickness dah berkurang, diabetes pulak yang datang. Sampai nak makan apa pun My tak tahu. Nak makan ini salah nak makan itu salah. Kadang-kadang sebab malas pikir My hentam jugak… My ada contoh menu untuk wanita hamil yang ada diabetes… tapi nak ikut jadual tu punyalah susah. Lagi-lagi sebab My ni bekerja… nak disiplinkan waktu makan yang kerap tapi sedikit tu rasa macam berat sangat walhal benda tu tak susah pun kan? arghhhh… tahlah. Kadang-kadang My menangis sebab rasa bersalah kat anak dalam perut ni… Selalu cakap kat hasben, bilalah nak beranak…. My tak kuat nak hadapi semua ni… T___T

Lagi satu perangai… My masih susah nak minum air masak… sejak sickness dulu memang tak sentuh langsung air putih. So, sampai sickness dah berkurang ni pun masih susah nak telan air putih. Setiap kali makan kat kedai pun for sure akan order air manis+berais. Degil sangat kan? padahal sebelum pregnant dulu elok je minum air putih… kat ofis mesti ada satu botol besar minum sepanjang kat ofis…makan kat kedai pun order air suam je. Sekarang? Rasa menyampah sangat kat air suci lagi sihat tuh… haih~

Harap-harapnya diabetes My ni taklah teruk sangat. n harap sangat My ni sedar diri lepas ni… amalkan diet yang seimbang… cian kat baby dalam poyot ni… Orang kata ibu hamil yang kena diabetes berisiko lahirkan anak besar. Bila baby besar susahlah nak beranak normal… tak pasal-pasal kena forsep tak pun Caesar nanti… alahai…. Camno ni… T___T

Mommies to be out there.. ada tak yang kena diabetes macam My ni? teruk tak? macam mana yu ols kawal diet? Meh lah share…

Sekarang ni rasa tak selesa sangat kat perut ni… rasa sakit… tak tahu kenapa. Sebab kurang minum air ke? Sebab lapar ke? Sebab apa? Nak buat keje pun tak selesa… T___T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers