9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, January 8, 2013

Tempoh Darah Nifas & Persoalan Mengenainya

Harini merupakan hari ke-35 My berpantang n... darah nifas masih belum kering... pelik jugak. Keluar memang dah tak banyak sekadar setitik dua tak pun setompok je.. My nak mandi wajib tapi darah tu macam tak menunjukkan mahu berhenti keluar.. hari-hari mesti ada... Risau gak. Lame giler tak solat ni.. dah rindu nak pegang Quran mengaji.. :( selama ini ke tempoh darah haid? Bila ditanya kepada emak, emak kata perkara biasa. hurm...

Maklumlah first timer kan... Dah nak habis pantang baru sebuk nak cari info pasal nifas. ape daaaa....-..-

Berikut adalah hasil pencarian My:


Apa yang dimaksudkan darah nifas? 
Darah nifas ialah darah yang keluar dari faraj wanita kerana melahirkan anak. 
Adakah darah yang keluar sebelum lahirnya anak juga dikira darah nifas? 
Sepakat para ulamak menyatakan bahawa darah yang keluar dari kemaluan wanita sebaik sahaja selepas melahirkan anak adalah darah nifas. Namun mereka berikhtilaf berkenaan darah yang keluar bersama dengan bayi atau sebelum kelahiran bayi; adakah termasuk darah nifas atau tidak? 
1. Bagi pandangan mazhab Syafi’ie; Darah nifas ialah darah yang keluar selepas lahirnya bayi sepenuhnya. Oleh demikian, darah yang keluar bersama bayi atau sebelumnya bukan darah nifas. Ia sama ada darah haid (jika ia sedang haid kerana mazhab Syafi’ie berpandangan harus wanita hamil kedatangan haid) atau darah fasad jika bukan haid. 
2. Di sisi mazhab Imam Ahmad; darah yang keluar dua hari atau tiga hari sebelum melahirkan anak yang disertai dengan rasa sakit, begitu juga darah yang keluar bersama dengan keluarnya bayi adalah dikira darah nifas sama seperti darah yang keluar selepasnya.Berapa lamakah tempoh paling pendek bagi darah nifas? 
3. Mengikut mazhab Imam Malik pula; darah nifas ialah darah yang keluar ketika bersalin dan selepasnya. Adapun darah yang keluar sebelum bersalin, maka ia bukan darah nifas tetapi darah haid di sisi mereka. 
Berapa lamakah tempoh paling pendek bagi darah nifas? 
Terdapat khilaf di kalangan ulamak dalam masalah ini 
1. Mengikut mazhab Syafi’ie; tempoh nifas paling pendek (selepas seorang wanita melahirkan anak) ialah ialah seketika atau sedetik (لحظة). 
2. Para fuqahak yang lain berpendapat; tidak ada had bagi tempoh minima nifas kerana tidak terdapat nas Syarak menentukannya. 
Adalah tidak mustahil seorang wanita melahirkan anak tanpa keluar darah nifas sedikitpun. Terdapat riwayat menceritakan seorang wanita pada zaman Nabi s.a.w. melahirkan anak tanpa keluar darah nifas, lalu ia dipanggil dengan nama Zatil-Jufuf iaitu wanita yang kering.


Berapa lamakah tempoh paling panjang bagi darah nifas? 
Masalah ini juga diikhtilafkan oleh ulamak;
1. Jumhur ulamak –merangkumi ulamak-ulamak sahabat, mazhab Imam Ahmad, Abu Hanifah, as-Sauri dan sebagainya- berpandangan; tempoh nifas yang paling panjang ialah 40 hari. Pandangan ini berdalilkan hadis dari Ummu Salamah r.a. yang menceritakan; “Wanita-wanita bersalin pada zaman Nabi s.a.w. menunggu (selepas bersalin) hingga 40 hari” (HR Imam at-Tirmizi).
Berdasarkan pandangan jumhur ini; wanita bersalin jika ia mendapati darah masih keluar dari kemaluannya walaupun selepas 40 hari, maka darah yang keluar selepas 40 hari itu bukan lagi darah nifas, akan tetapi darah penyakit (istihadhah). Oleh itu, selepas 40 hari itu hendaklah ia mandi wajib dan menunaikan solat walaupun darah masih keluar. Keadaannya sama seperti wanita yang istihadhah dan tertakluk dengan hukum-hakamnya sebagaimana yang akan diterangkan nanti.
2. Imam Syafi’ie dan mazhabnya mempunyai pandangan berbeza dari pandangan jumhur di atas di mana menurut beliau; tempoh maksima nifas ialah 60 hari. Jadi, jika seorang wanita darah bersalinnya berlarutan selepas 40 hari, mengikut pandangan ini; darah itu masih dianggap darah nifas sehinggalah 60 hari. Dalam tempoh 60 hari itu jika darah masih keluar, tidak harus ia mengerjakan solat, puasa dan sebagainya lagi dari ibadah-ibadah yang mensyaratkan bersuci. Jika selepas 60 hari darah masih lagi keluar, maka ketika itu barulah ia dianggap darah penyakit dan tertakluk dengan hukum-hakam istihadhah dan sulasul-baul sebagaimana di atas. Imam Syafi’ie berhujjah berdasarkan pengalaman, yakni menurut pengalaman dan pemerhatian beliau; terdapat wanita yang pernah mencapai tempoh nifas hingga 60 hari. Adapun tempoh 40 hari yang disebut oleh Ummu Salamah dalam hadis di atas, itu adalah tempoh kebiasaan nifas bagi kebanyakan wanita, bukan bermaksud tempoh maksimanya.
Bagaimana jika kelahiran melalui pembedahan? 
Wanita yang melahirkan anak melalui pembedahan, jika keluar darah melalui farajnya selepas pembedahan itu, darah itu adalah darah nifas. Jika tidak ada darah yang keluar, tidak ada nifas baginya dan ia dikira suci. Kesimpulannya, sama ada seorang wanita itu bernifas atau tidak bergantung kepada keluar atau tidak darah dari farajnya selepas melahirkan anak, bukan bergantung kepada cara melahirkan iaitu melalui jalan biasa atau dengan pembedahan.
Bagaimana dengan suci antara hari-hari nifas? Adakah masih dianggap dalam nifas atau dianggap dalam suci? 
Seorang wanita selepas bersalin melihat darah keluar dari farajnya lima hari, kemudian ia mendapati empat hari berikutnya darah berhenti, kemudian datang semula selepas itu selama lima hari; apa kedudukannya pada hari-hari ketiadaan darah itu, adakah ia suci atau masih dianggap bernifas? 
Jawapannya; menurut pendapat ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie; jika tempoh berhenti darah itu l5 hari atau lebih, maka ia dikira suci (yakni bersih dari nifas). Darah yang keluar selepas itu dikira darah haid. Adapun jika kurang dari 15 hari, maka ia masih dianggap berada dalam nifas mengikut pandangan yang rajih dalam mazhab. Jika ditakdirkan seorang wanita melahirkan anak tanpa keluar darah sedikitpun selepas bersalinnya dan keadaan itu berterusan hingga 15 hari, maka ia dianggap suci secara keseluruhannya. Jika keluar darah selepas 15 hari itu, maka darah itu dikira darah haid, bukan darah nifas. Dalam kes ini, wanita itu dianggap tidak bernifas.
Bagaimana dengan wanita yang melahirkan bayi kembar? 
Bagi wanita yang melahirkan anak kembar, menurut mazhab Syafi’ie; nifasnya dikira selepas kelahiran bayi kedua. Adapun darah yang keluar selepas kelahiran bayi pertama ia tidak dianggap darah nifas, tetapi darah haid jika berbetulan dengan kebiasaan haidnya atau dikira darah fasad/illah jika tidak berbetulan dengan kebiasaan haidnya.
Bagaimana dengan wanita yang keguguran anak? Adakah darah yang keluar selepas gugur itu dikira darah nifas?
Persoalan ini menjadi perbahasan di antara ulamak;
1. Mazhab Syafi’ie berpandangan; tidak disyaratkan untuk dikira darah nifas bahawa bayi yang dilahirkan itu hidup atau sempurna kejadian. Asalkan bidan mengesahkan bahawa yang keluar itu adalah janin manusia maka sabitlah hukum nifas bagi darah yang keluar selepas keluarnya janin itu sekalipun janin itu belum menampakkan rupa manusia iaitu hanya berupa seketul daging semata-mata.
2. Menurut mazhab Imam Malik; seorang wanita dikira bernifas jika janin yang gugur itu telah berumur empat bulan. Jika yang gugur itu baru dalam peringkat ‘alaqah atau mudghah, maka tidak dikira nifas bagi darah yang keluar selepasnya.
Apakah hukum wanita yang berada dalam nifas? 
Telah disepakati oleh sekelian ulamak (yakni telah berlaku ijmak) bahawa wanita yang menghadapi nifas hukumnya menyamai wanita yang haid. Oleh itu, dilarang/diharamkan ke atasnya perkara-perkara yang dilarang/diharamkan ke atas wanita yang kedatangan haid. Dan ia wajib mandi apabila kering darah nifasnya untuk membolehkannya melakukan solat, berjimak dengan suaminya dan sebagainya lagi dari perkara-perkara yang tidak harus ia lakukan melainkan setelah mandi wajib.
Nota Hujung;
Para ulamak mazhab Syafi’ie memperincikan syarat darah nifas dengan penjelasan; hendaklah darah itu keluar selepas kosong rahim sepenuhnya dari bayi (yakni bayi telah keluar sepenuhnya dari rahim). Jika sebahagian sahaja badan bayi yang telah keluar dan masih tinggal sebahagian lagi yang belum keluar walaupun sedikit, maka darah yang keluar belum lagi dianggap darah nifas. Disyaratkan juga, darah itu keluar sebaik sahaja selepas kelahiran iaitu dalam tempoh lima belas hari. Adapun selepas 15 hari atau lebih baru darah keluar (yakni sebelum itu darah tidak keluar walaupun setitik), maka darah yang keluar itu tidak dianggap darah nifas. Ia dianggap darah haid.
Hurm... bermakna dalam keadaan My ni... tempoh nifas adalah 60 hari... okay ada 25 hari lagi. Kalau takde, baru declare as bukan darah nifas... fuhhh kalaulah sampai 60 hari 2bulan woooo tak solat... sedihnya... :'(

notakaki: alahai anak... susahnya nak tidurkan dikau... *__*

Thursday, January 3, 2013

Dhia Batrisyia turned 1 Month!

Rasa macam baru semalam melahirkan puteri kami yang terchenta, Dhia Batrisyia... Pengalaman melahirkan Dhia masing jelas terbayang di ingatan... Harini, anak mummy dah berusia 1 bulan... Subhanallah maha suci Allah yang menciptakan... Syukur padaMu atas kurniaan... :)

Pagi ni Dhia bangun seawal 4 pagi... *__* Haih~ sudah sedia maklum anak mummy ni susah lena tidurnya.. bila dibedung seboleh-bolehnya dia mintak dilepaskan.. Bila dah dilepaskan asyik berbunyi je.. mata pejam tapi suara ehek ehek je.. nenek n mummy tak lena tidur malam tadi.. si Dhia ni ade je yang tak kena tau...

Dari pukul 4 pagi mummy bangun susukan Dhia.. biasanya lepas menyusu Dhia tidur balik, tapi matanya buntang sungguh haih~ Sudahnya sampai ke Subuh Dhia berjaga,mummy terus tak tidur dah.. uwwwaaaa... Lepas Subuh baru Dhia lelap, mummy plak dah kena bersiap dulu nak ke klinik bawa Dhia inject 1 bulan... Dapatlah sejam lebih gaknya Dhia lelap pastu nenek kejutkan Dhia untuk mandi-mandi n bersiap. Mummy eksaited betul pagi tadi sebab dapat keluar rumah walaupun hanya ke klinik hahaha... bosan kau berpantang takde ke mana langsung...-..-

Daddy kat KL, so atok yang hantar kami ke klinik pagi tadi. Huhu.. behave je anak mummy sepanjang nurse tu check dia. Yela masa pergi tu dia dah kenyang so takdelah nak meragam sangat tapi tidurnya terganggu pagi sebelum keluar so sebelum dia merengek cepat-cepat My ikut nurse untuk check My plak sementara Dhia nurse letak atas katil bertemankan nurse-nurse yang lain. Atok hantar je lepas tu dia pergi dialisis. My ingat datang dia cek n inject baby je rupanya mummynya pun kena check sekali daaaaa... dahla pagi tadi gi klinik pakai jeans membebel nurse tu hahahahah...:D Ala lagipun luka bersalin dah tak rasa sakit dah siap leh terkangkang-kangkang dah pun... ngeh ngeh ngeh

Semuanya okay kot cumanya My tengok tadi masa timbang berat My belum turun sepenuhnya.. fuhhh... ada beberapa kg lagi untuk dimusnahkan untuk kembali kepada berat asal sebelum preggy. Tapi harap sangat dapat balik berat masa sebelum kawen.. kalau boleh nak berat dulu-dulu.. masa slim.. sebab sebelum kawen pun dah bambam grrr... InsyaAllah.. masih berusaha untuk itu!!

Lepas dah cek My semua last sekali sebelum balik baru nurse inject Dhia. Masa tu Dhia dah terlelap kat riba My sebab dia dah start merengek-rengek sebelum tu. My bagi dia minum susu terlolap terus alololo siannya. Masa My dukung dia nak inject pun masih tertutup matanya... Selak je peha nurse inject... waaaaaaaaa! menjerit dia.. alahai kesiannya tengok dia masa tu. kalaulah sakit tu boleh transfer kat mummy, bagi je kat mummy asalkan Dhia tak rasa sakit. Terus My peluk-peluk pujuk dia tapi Alhamdulillah dia menangis sekejap je sama macam masa dia kena tindik dengan mak bidan hari tu.. (hehe anak mummy dah tindik dahhhh... nanti leh beli subang emas...:D ).

Dah settle semua kami pun balik.. Lepas tu sampai ke petang Dhia tak nak tidur grrr... dah dodoikan, tidur.. tapi sekejap je tak sempat mummy nak qada' tidur dia dah bangun alahai.. ni lepas maghrib tadi barulah dia lena... Itupun banyak kali gaklah tidur bangun tidur bangun... bunyi sikit je bangun.. napelah ikut macam mummy jenis senang terjaga tidur.. napelah tak jadi macam daddy bunyi bom sebelah pun lum tentu bangun..-..-

Anyway... anak mummy dah sebulan dahhhh... tak sabarnya nak tunggu habis hari nak bawa Dhia tengok dunia luar plakkkk huhu... Be a gud girl ye sayang... :)

Da balik rumah afta inject. muka mengantuk tapi tanak tido! grrr
See see kemain buntang mata ptg tadi siap jelir lidah kat mummy sebab gagal tidurkan dia...-..-

fine fine... harap-harap malam ni Dhia tak meragam lagi. bagilah mummy qada' tidur ni....-..-

notakaki: Terdetik nak buat Give Away lah sempena kelahiran Dhia n sebagai pembukaan 2013... sepanjang tahun 2012 takde buat GA pun.. sebab malas hihi... korang nk join x? hurm.. tapi nk bagi hadiah apa ye? korang rasa? bajet-bajet ciput dahla ye...huhu...

Tuesday, January 1, 2013

Tak semudah yang disangka...

Menjadi seorang ibu kepada seorang anak bukanlah kerja mudah kalau tak dipikul dengan penuh rasa tanggungjawab  dan kesabaran yang tinggi.. Fuhhh… Mak My kata, akak My kata, even kawan-kawan yang dah melalui first timer pun ada kata.. baby dalam hari ni memang macam-macam ragam.. mungkin dia baru nak adopt dengan dunia luar perut. So, memang kena banyak bersabar dalam bulan-bulan pertama ni.


Same goes with me… Hari pertama menjaga si kecil dah cukup menguji kesabaran kami suami isteri.. Mana tidaknya, malam pertama di rumah setelah bawa pulang anak keesokannya selepas kelahiran, si kecil meragam tak mahu tidur. Menangis je.. My pulak dahla baru start berpantang so emosi tu agak tak menentu sikit ditambah dengan kekurangan tidur sejak di hospital lagi.. So, malam tu kami lebih banyak berjaga memujuk Dhia.. Bila dah tak boleh handle sangat MIL pun tolong dukung n pujuk baby huhu tersengguk-sengguk kami menahan ngantuk… Around 4,5 pagi jugakla baru Dhia tidur di pangkuan My… haih…


Hari ketiga kami dah gerak balik Segamat, Johor untuk My tinggal di sana dalam tempoh berpantang. Kami bertiga je dalam kereta.. enchek hasben drive sementara My duduk di belakang bersama Dhia… Fuhh mencabar jugaklah. Kami tak berhenti makan pun. Nasib baiklah masa tu My masih baru bersalin so rasa nak terkucil tu kureng sikit jadinya My dapat bertahan 3 jam perjalanan tak berhenti ‘membuang’ huhu. Singgah RnR, enchek hasben je turun gi solat n beli makanan. My tunggu dalam kereta dengan anak yang kejap-kejap je tidur… Susu badan dahlah belum nak keluar masa tu ngamuk-ngamuk jugaklah si kecil bila isap tak puas…-..- Alhamdulillah perjalanan kami selamat sampai ke destinasi… J

Enchek hasben sempat bersama kami kat kampung dalam 4/5 hari je sebelum pulang semula ke KL untuk kembali bekerja. U know what… masa nak hantar enchek hasben kat depan pintu.. punyalah My sebak.. Sebelum tu masa makan dengan dia My dah meleleh air mata.. Masa nak hantar dia tu My tahan je airmata ni yela kang mak abah perasan lak kan… Sedihnya masyaAllah… Allah je tau… Lepas je kereta enchek hasben menghilang daripada pandangan… My masuk bilik menangis semahu-mahunya… :’( Sambil breastfeed anak pun My menangis teresak-esak.. Memang seharian tu airmata ni tak boleh nak berhenti menangis.. My sms enchek hasben sepanjang selepas dia pergi.. beritahu dia betapa sedihnya My bila dia tinggalkan kami… L Tak pasal-pasal enchek hasben yang sambil drive balik kL tu pun menangis… uwwaaaa… Macam ni lah penangan bila dah ada anak kan… n My tau korang2 yang berpantang kat kampung tanpa suami macam My mesti pernah mengalami perasaan yang sama kan kan. Subhanallah perasaan….


2/3 hari lepas tu baru macam okay sikit emosi ni kalau tak pantang ada peluang memang My nangis je. Tak putus-putus sms enchek hasben gtau My rindu rindu rindu…-..- Yela bayangkanlah dahlah tengah berpantang emosi macam hape dengan nak jaga anak lagi… Mak bape kali pesan jangan nangis-nangis tak elok nanti bentan huuuuu~ Kat rumah biasanya rutin harian malam mak akan tido dengan My n Dhia. Sepanjang malam tu kalau Dhia terjaga memang mak orang pertama yang akan bangun n pangku dia. My bangun bagi susu je pastu tido balik. Maklah yang tersengguk-sengguk tidokan anak My yang jenis susah sangat nak lena tu huhu. Siangnya plak, pukul 5.30 am mak dah bangun siap nak Subuh dengan abah. Kalau Dhia dah bangun My lah ambil alih tugas semula huhu. My bagi dia minum cukup-cukup dan biasanya dia akan tidur semula. Awal pagi My dah mandi, makan. Mak plak pergi kerja. Ye, mak masih bekerja so tinggallah My dengan abah kalau abah tak pergi dialisis buah pinggang. Adik-adik pun ada tapi serupa tak ada lah sebab diorang takde function lepas subuh tido balik sampai matahari naik atas kepala..grrr.

3 minggu terawal di kampung, tiap-tiap minggu enchek hasben balik. So kalau dia ada relax sikit mak sebab enchek hasben yang akan tolong My dalam bab menjaga anak hehe.


Ok, then tengahari mak akan balik masak tengahari untuk My n biasanya My tak akan mandikan anak sendiri.. takut lagi nak pegang kecit-kecit kan huhu so, sampai tengahari la My tunggu mak baru mandikan Dhia…:D Nak mandikan pagi-pagi dia tido lagi, lagipun sejuk kan hehe. Lepas Zohor mak pergi kerja semula n tinggallah My jaga Dhia.. Biasanya kalau dia ok, dia tido.. kalau tak tido pun dia baring tu main sorang-sorang senyap je.. My oklah.. Yang tak oknya kalau dia meragam.. fuhhh… Kalau time senang nak dipujuk takpe lah jugak My dodoi-dodoi je.. Ni kena time susah sangat nak dipujuk perghhh becinta betul… Mulalah My gabra.. yela sakit perut ke sakit sana sini ke mana My nak tau kan. Haaa mulalah My gi ambil mnyak dok sapu-sapu perut dia.. kot lah dia sakit perut kan huhu. Ada satu masa tu, mak pergi kenduri… Dhia plak merengek-rengek taknak diam.. menangis tak benti lama-lama My jadi stress… memang buntu tatao nak buatpe sampai menangis tau tak.. L Sudahnya, My kol adik yang gi merayap tu suh panggil mak balik dari  rumah kenduri. Mak balik baru My lega.. Dhia bertukar tangan. Yang peliknya, kat tangan nenek senyap plak si kecit ni… L


Bab berbuai dan puting plak, niat awal dulu dengan enchek hasben taknak ajar anak kami berbuai dan isap puting. Berputing sebab taknak dia jadi habit sampai ke besar jongang plak kang hehe. Tak nak bagi buai sebab senang nak ke mana-mana. Tapi ini anak… MasyaAllah.. macam-macam ragamnya.. Time nak tido memang suka di dodoi-dodoi.. kalau topok-topok muntut dia memang tak makan saman buntang je lah mata tu tak nak tido. Dah memang sifat si kecil gaknya memang suka dibuai-buai kan makanya pasrah je lah. Sudah sedia maklum rumah mak ni memang ada buai. Buai tu akak punya dulu masa anak dia guna waktu kecit.. memang saja ditinggalkan kat rumah mak untuk kegunaan anak-anak buah lain. Awalnya, memang tak sentuh langsung buai tu… Lagipun Dhia pun kecit lagi kan nak masuk dalam buai. So, si Daddy dia ni balik kampung belikanlah bouncer kununnye senang mak tak lenguh peha nak dodoikan Dhia hehe. Ah sudahnya, mana mau dia dok dalam bouncer tu lama-lama. Nak tidurkan dia dalam tu pun sikit punya susah… L At last, terpaksa surrender jugak… Kami masukkan dalam buaian… mak aih lena plak dia tido… grrrr… So, bila enchek hasben balik dia belikan motor elektrik automatic untuk buaian tu gerak sendiri hehe. Yela, Dhia ni jenis susah sangat nak tido. Kalau buai dia mau makan sejam baru dia nak lena so kami belilah menda alah tu supaya buaian tu gerak secara automatic so takpenat ah tangan nak mengayun hehehehe…:D


Puting? Dhia ni suka mengempeng… Kalau sekejap takpe.. Ni, dahlah susah nak lolap mengempeng sket punya lama.. My tak larat… L So, daddy dia belikan puting anti jongang huhu… Mula-mula buweekk buweekk gaklah dia isap lama-lama oklah. Bukan apa puting tu nak bagi dia lalai je supaya senang tido. Kalau tak memang My akan bagi dia mengempeng je. Bila dia dah terlelap biasanya puting tu My tanggallah dari mulut dia huhu.


Baru-baru ni, ada satu malam tu lepas maghrib Dhia menangis tak mahu berhenti. Biasanya kalau macam tu dia nak menyusu atau mengantuk nak tido je.. Tapi masa tu memang tak mahu dipujuk. Selalunya mak pujuk sekejap je dia dah ok tak pun terlelap tapi mak pun naik takut tengok dia menangis seakan-akan dicubit gamaknye.. L Abah pun puaslah bacakan itu ini tapi mahu gak dia diam. Sudahnya kami bawa pergi rumah bidan suh tengok-tengokkan kot lah tergeliat badan ke apa kan. Masa dalam kereta diam plak dia.. sampai rumah bidan pun masih senyap siap boleh senyum-senyum dengan mak bidan. Mak bidan bogelkan Dhia.. sapu minyak kat badan dia n tekan sikit je haa mulalah dia menjerit-jerit menangis sebab kesakitan.. Mak bidan kata badan dia sakit lagi-lagi tang bawah ketiak.. Agaknya maknya salah dukung katanya…-..- Kesian anak den, menangis sampai bengkak-bengkak mata.. Sudah je mak bidan urut dia, My bagi susu. Tak lama lepas tu senyap plak dia sampailah balik rumah…Dah lega lah tu… Haihlah Dhia….

Kalau nak cerita pasal ragam si kecil ni sampai esok pun tak habis hehe tu belum lagi My cerita dia tak suka nak dibedung.. -.-... tapi macam ni lah lumrah dah bergelar sebagai ibu… Dulu masa mula-mula kawen nak sangat anak.. bila dah mengandung tak sabar nak tunggu anak keluar nak polok cium.. sekarang dah keluar hamekau… peliharalah sebaiknya. Inilah anugerah Allah yang tak ternilai harganya… My selalu cakap kat enchek hasben tak sabarnye nak tunggu Dhia besar sikit.. Tapi percayalah, satu masa nanti bila dia dah tak sebesar ini kita akan rindukan saat-saat kecilnya… kan? So, adalah lebih baik My bersabar sikit masa saja lagi n hargai masa-masa berharga ini bersama Dhia… InsyaAllah…


Betullah.. kadang-kadang memang rasa stress sangat nak jaga anak.. Tapi, bila stress tu dah reda tengok muka anak mula rasa kesal balik sebab perasaan kita yang sebelumnya tu… Kesian je tengok muka dia.. Habis dia kena cium ngan mummy… Mak selalu cakap, “biasalah dah ada anak kecil ni.. Mak dulu lagilah 7 orang anak mak berpantang sorang-sorang.. dalam hari ni biasalah banyak ragamnya.. dah habis hari kang InsyaAllah dia ok..”. Yela sebab abah My dulu askar duk pindah randah memang mak takpernah balik kampung dia berpantang. Solute kat mak gila-gila.. Macam manalah mak sangat kuat jaga 7 orang anak dia berpantang sorang-sorang. Kalau My… fuhhh memang tak boleh. At least untuk first time ni memang My belum mampu nak bersendiri… Even dah dekat sebulan ni pun My belum mampu sepenuhnya nak jaga Dhia tanpa bantuan mak mahupun enchek hasben.. L

Satu lagi masalah, susu badan. U ols tau tak seawal Dhia berusia 2 hari My dah bagi dia minum fm. Yela masa tu susu badan My belum nak keluar masa tu kat KL lagi berurut pun belum. Tengok Dhia meraung-raung nak susu tak sampai hati tengok dia minum susu badan yang nak tanak kuar ni. Sudahnya suh enchek hasben belikan fm.. L Bila balik kampung berurut baru susu badan keluar itupun mati segan idup tak mahu.. Entahlah. Setiap kali Dhia direct mesti tak lama lepas tu dia akan mengamuk seakan-akan tak puas.. Susu tak banyak satu hal, nipple My ni plak macam kurang nak timbul tu dia tak berapa nak syiok isap gaknye.. L Sudahnya sampai harini My belum mampu nak putuskan fm tu.. L My selang selikan dengan fm.. Biasanya kalau tak direct My akan bagi dia minum susu yang My pump. Pump tu pun tak banyak yang keluar.. Biasanya akan dapat 1 atau 2oz je untuk dua-dua miss B. Penah dapat sekali dua je 4 ke 5 oz.. L So, sampai sekarang belum dapat buat stok ebm lagi untuk naik keje nanti.. L Bukan My taknak fully bf. Memang niat n azam utama masa pregnant dulu nak sangat fully bf sebab My tau susu ibu adalah yang terbaik.. Tapi orang yang takde kat tempat My tatao pe yang My rasa n alami. Ye, My tau susu badan tu ada. My masih berusaha… Macam-macam milk booster dah yang My ambil sekarang  untuk pastikan susu ni ada. Kalau tak banyak pun at least biarlah susu ni sentiasa ada… InsyaAllah kalau usaha ini terus bertambah dan mendatangkan hasil, My akan campak jauh-jauh fm tu. Sape tak sedih tengok anak minum susu lembu kan.. L

Apapun, My harap sangat My mampu jalani hari-hari mendatang dengan kehadiran insan baru ni. Moga-moga kami suami isteri mampu galas tanggungjawab yang diamanahkan Allah untuk menjaga dan mendidik anak ini.. InsyaAllah…


Tak sabar nak tunggu habis pantang.. nak bawa Dhia gi jalan-jalan soping huhu.. InsyaAllah lepas 44hari nanti My akan pulang ke KL… belajar jaga anak kat sana plak. Lagipun kami nak start hantar kat pengasuh supaya pengasuh dan Dhia boleh sesuaikan diri… J

Oklah, till then… J

Notakaki: Pengalaman korang plak macam mana? Bagilah tips kalau ada.. J


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers