9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, February 5, 2013

Perihal Baby Sitter a.k.a Pengasuh


Masuk harini dah hari ke-5 Dhia dihantar ke rumah baby sitter a.k.a pengasuh. So far, oklah. Akak tu cakap dia takde meragam sangat pun. Biasa nangis nak susu je. Hurm… hope so.

Perihal Baby Sitter ni dari haritunak hapdet tapi tak berkesempatan. Dah bersusun dah entri-entri yang nak di post dalam pale otak ni tapi biasalah 24jam sekarang rasa macam 24 saat je… L

Pencarian baby sitter untuk Dhia semudah ABC je. Idaklah kami duk mencari calon-calon sekian-sekian lepas tu vote mana terbaik. Enchek hubby saje bertanyakan pada sorang brother belakang rumah ni sebab dengan brother tu je lah yang dia baik dekat area taman tu kannn… dan kebetulan bini dia dulu penah jaga baby. So, terus enchek hubby mintak borang kosong huhu. Awalnya kami main-main je tapi bini brother tu nak pulak jaga bakal anak kami. Memang dari preggy lagi dah deal so memang kami takde pening-pening kepala mencari baby sitter. Kire settle la.

2 minggu sebelum My naik keje, kami pulang ke rumah. Dah inform awal-awal dekat bakal baby sitter nak hantar Dhia seminggu awal sebelum My naik keje. Bagi dia kenal Dhia dulu n bagi dia training how to handle susu ibu perahan. So, beberapa hari sebelum hantar Dhia ke rumah BS my suruh enchek hasben tanya BS apa yang dia nak untuk keperluan menjaga baby. So, here the list:
  • Car Seat
  • Stroller
  • Buaian
Ops! Very the demanding BS ya??? Ok terkejut jugak pada awalnya. Enchek hasben balik cakap kat My yang diorang (family BS) akan buat anak kita macam anak dia. Kakak BS tu akan keluar ambil anak dia balik sekolah so she need car seat. Kakak BS tu perhaps anytime akan keluar ke mall ke, pasar ke so she need stroller. So, secara tak langsung dah tentu dia kena mengangkut anak aku bersama. Wallah! Seriously, kalau My tau dari awal yang dia ni bukan jenis yang duduk rumah doploh ampat jam My takkan hantar Dhia kat rumah die… L

Tapi, enchek hasben ni bukan jenis prasangka atau bimbang terlebey macam My so.. dia kata takpe bagi je akak tu jaga at this moment. Kita tengok dulu. Fine… nak marah lebey pun tak guna dia ketua keluarga kan. dalam hati My jangan dah terhantuk baru nak mengadah… L Anyway, sehari sebelum hantar Dhia ke rumah BS kami keluar membeli belah menghabiskan duit untuk beli segala keperluan tu untuk BS. At the same time, kami beli tu bukan untuk BS je pakai. Membazir kan. Beli yang jenis elok sikit. Time weekdays bagi BS pakai. In case kami nak pakai (cth: car seat) kami akan ambil. So, setakat hari itu kami dah beli car seat dan buaian. Stroller? Tunggu lepas CNY… My nak bawa balik dari kampung… akak My nak bagi car seat lama anak dia yang dah tak pakai. Kitorang punya? Beli baru kemudian huhu.

Lain-lain keperluan? Keperluan Dhia la. Macam pakaian dia, mandian dia…

Setakat 5 hari My hantar dia ni, for sure BS akan angkut Dhia pegi amik anak balik sekolah. Haritu dah dua kali tu dia bawa Dhia keluar. Sekali gi rumah sedara katanya. Lagi sekali ke pasar. Pasar basah la My rasa sebab dia pegi pasar tu pagi-pagi. Cube yu ols bayangkan macam mana My rasa… Entahlah My ni jenis mulut berat nak marah lebey-lebey pun cakap kat enchek hasben je. Nak suruh tukar BS immediately? Arghhh lagi My berat mulut. N sudah tentu enchek hasben pun takkan semudah itu untuk tukar tanpa sebab musabab yang munasabah. Ya Allah… risaunya My…

Ok takpe. Bagi chance. Kita tengok macam mana. Sampai masa, kalau ada sesuatu berlaku pada Dhia.. My takkan diam diri. Tidaklah My nak terjadi apa-apa pada Dhia… oh simpang malaikat 44. In case..... Huh…. Ya Allah kau lindungilah anakku ya Allah…. permudahkanlah hambamu ini…L

Harini BS call enchek hasben bagitahu Dhia taknak tido bawah. Nak masuk buai. Buai benti dia bangun. Pendek kata… BS nak ‘motor’ lah bagi buai tu automatic gerak sendiri. Grrr… Enchek hasben bgtau balik ni nak gi beli. Grrrr bukan murah kau. RM180+!!

Uwwwaaaaa.... kalaulah mummy n daddy mampu... mummy dah duk umah jaga Dhia!!!! tayah hantar gi BS.... Dhia... maafkan mummy... L

owh ye lagi satu... bayaran untuk baby sitter adalah RM300/month. Tempat kami bukan area KL ye.. bukan juga kawasan bandar. Kawasan taman tapi dah ke arah dekat dengan kampung-kampung sikit. Jiran-jiran My cakap range BS kat situ RM250... hurm... enchek hasben cakap... takpela, berbaloi la tu kalau jaga dari 7pg-7mlm... grrrrr!

I don't think worth it kalau mungkin BS kena ganggu waktu tidur Dhia bila dia perlu keluar beli barang, pegi pick up anak balik skolah! am I right???

arghhhhh bersangka baik bersangka baik..... will see....

Sorry guys kalau entry ni agak serabut dan carca marba. till then!

Monday, February 4, 2013

Back to Work!

Akhirnya…. Berakhir sudah percutian selama 60 hari selepas berpantang melahirkan puteri terchenta, Dhia Batrsyia. Subhanallah.. Allah je tahu macam mana rasanya tinggalkan anak sendiri dalam jagaan orang yang tidak kita kenal rapat a.k.a orang luar. Apa yang My harapkan, anak secomel Dhia akan dijaga sebaik-baiknya…. Sebak sangat nak tinggalkan dia pagi tadi. Dahla baru bawa dia pergi injection 2 bulan. Melalak-lalak dia lepas kena inject sampai bengkak-bengkak mata. Alahai siannya anak mummy. Balik rumah pujuk-pujuk dia, bagi susu baru dia diam n terlelap. Sampai rumah BS dia celik nampak My terus dia senyum… dah ok barangkali. Tak sabar tunggu petang mummy rindu Dhia! L

First day keje? Agak janggal sikit. Mana tidaknya 2 bulan cuti kauuu… nasib baik tak lupa mana satu workstation den haha. Tapi skejap je lah lama-lama dah kembali kepada diriku seperti 2 bulan yang lalu, Cuma bezanya… dahku yang dulu tak se slim dahku yang sekarang… :D Alhamdulillah ramai yang kata dah kurus… Ops! Jangan kembang! Kurus ini takkan statik macam ni je… can be more slim or re-bigger! So, beware on what u eat! Lebih-lebih lagi bila dah naik keje ni… lots of foods will coming in front of your eyes soon! -..-

Errr… korang nak kurus gak? Meh amalkan supplemen Shaklee… J more info sila sms/whatsapp 019 336 4122 hoke… (iklan kejapppp...:P)

Ok first day nampak relax sikit… Cuma tengah review on our new website n do a little bit uploading works on it. esok? Lusa? More projects will come soon I guest! Sejak-sejak company dah rebranding ni My sure there will be more exciting tasks to do it soon… hurm….

Apapun, My harap dapat biasakan diri sebagai pekerja… and at the same time My dah jadi Dhia’s Mummy!!!!

Ya Allah… permudahkanlah…. 

Saturday, February 2, 2013

Setia Hujung Nyawa

Heeee...  mentang-mentang sekarang tengah hot drama slot akasia kat tv3 bertajuk Setia Hujung Nyawa... tajuk pos pun tak nak kalah haha. Kalau korang tergoogle drama tu kat sini sorrylah ye entri ni takde kena mengena langsung dengan citer tu wakakaka...

Actually post ni dah overdue... biasalah dah ada anak kecit ni memang susah nak cari masa nak berblogging... :) Anak is priority so... pentingkan yang lebih penting dulu hehe. Sekarang anak sudah kenyang sudah tido makanya bolehlah mummy curi-curi berblogging...:D

22 Januari lepas genaplah usia perkahwinan My dan enchek hasben yang pertama kali. Alhamdulillah... how time flies kan... rasa macam baru bertunang.. macam baru dok prepare itu ini for coming wedding. Fuhhhh lum setaun kahwin dah keluar pun bukti chenta kami... Dhia Batrisyia.. hehe... Rasa nak bersanding lagi skali je.. tapi bawa anak sekali ngeee~




Harapan My, moga perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat.... moga My dapat menjadi isteri yang terbaik buat suami.. moga My dapat menjadi isteri yang tidak menyakiti hati suami... Memasak? haha belum perfect lagi. lagipun, sejak kawen bape kali sangatlah masak.. time keje memang tak dan langsung. weekend sekali sekala... so sebab tu lah belum perfect memasak kuikui. Lagipun enchek hasben sendiri yang cakap beli kat kedai lebih menjimatkan dari masak sendiri kat rumah haha.. so takleh cakap ape lah kan.. cakap suami jangan lawan...:D

Untuk anak kami.. My harap dapat berikan yang terbaik untuknya.. Moga Allah permudahkan kami untuk menjaga dan mendidiknya Amin... 


2 hari lagi dah nak masuk keje... Allahuakbar.. dah terasa bahang-bahang rindu teramat pada anak mummy...:'(... Ya Allah permudahkanlah pengasuh anakku... Kau peliharalah kesihatan dan keselamatannya walaupun ketika dia tidak bersama kami... Amin ya Rab....

Dear hubby n Princess mummy... mummy love both of you sooooo much.... :-*

till then!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers