9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Monday, March 31, 2014

I’m Expecting & It’s now a Critical Time



Alhamdulillah…. I’m expecting my second baby… :)

Owh maaf. Ini bukan ‘eksiden’… memang menjangkakan untuk anak kedua dalam masa terdekat ini walaupun Dhia is only 1 year 4 month now.

Tak bersedia? aku anggap ini ‘Rezeki’…. Walaupun ada suara-suara nakal… “pregnant lagi????”… “Dhia kecik lagi….”… bla bla bla…. Peduli lah orang nak kata apa. Kun Faya Kun…. Kalau Allah nak beri… zasss! Dia beri…. So, syukur Alhamdulillah….. :)

Anyway tau tak.. aku ada few friends… anak first belum cukup setahun tapi dah pregnant buat kali kedua… and they did it!! So kenapa aku tidak?

Alhamdulillah…. Thank you Allah…..

Now…. Aku sedang lalui CRITICAL time, just like my first pregnancy… alahan… :( suruh lah aku buat apa saja bila aku tengah sarat aku masih mampu bekerja and tak ambil cuti awal at all walaupun kandungan dah mencecah 40weeks. Yes I think I strong…. But bila Alahan…. Aku kalah… :’(

It has been 3weeks… n aku dah mula becinta dengan mangkuk jamban. It was not only morning sickness but whole day sickness… :( Air putih 3, 4 liter kegemaranku kini dah jadi minuman paling aku benci. Minuman-minuman manis, berais yang susah aku nak sentuh sejak lahirkan dhia dah jadi minuman kegemaranku saban hari… :( Nasi putih? Akan keluar balik after 2 3 hours. Oily foods… pedas…. Harus kata tidak. I’m flat… I’m exhausted…. :(

Dhia dah mula terabai… balik keje sekarang aku hanya mampu hug dia je. Lepas Isya’, aku dah masuk tido dulu. Biarkan daddy main dengan Dhia. Sekarang tengah cuba wean off die slowly. Dikala alahan ni aku tak mampu nak biar dia melekat saban malam… :( Tapi selalunya aku kalah jugak sebab dia takkan berhenti menangis selagi tak dapat apa yang ‘dihajati’…. :( So, terpaksa bertahan walaupun kadang-kadang mengalir jugak airmata sebab tak larat sangat2… :(

Baru nak masuk 2 anak dah mengeluh semacam. Mak dulu mengandung 7 orang anak…. Mak pun alami alahan… mak boleh. Kenapa aku tak boleh? Rumah pun dah terabai sekarang. Kalau dulu pantang Nampak baju tak berlipat tapi sekarang 2 3 minggu stok baju berlonggok tak berlipat…. L Sekarang memang all the time rasa nak berehat saja. Sampai seru, gi jamban muntah apa yang nak dimuntahkan… Allahuakbar…. Indah sungguh dugaanMu ya Allah…. Berilah aku kekuatan….

Sesungguhnya Allah takkan duga hambaNya lebih dari luar kemampuannya. Ye, Allah tau aku kuat… aku boleh hadap semua ni sebab tu Allah beri aku ujian kecil ni… :( Ampunkan aku ya Allah….. ku mohon, berikanku sedikit kekuatan agar aku mampu menjaga rumahtanggaku, suami dan anakku… :(

Doakan semua….. harap2 alahan ni cepat berlalu…



Tuesday, March 11, 2014

Misteri MH370 yang hilang

Dah masuk hari ke 4 sejak kehilangan Pesawat Boieng 777-200 MH370 sejak hari Sabtu lalu, 8 Mac 2014. Pesawat itu membawa 239 penumpang dan anak kapal, iaitu 227 penumpang (termasuk dua bayi) dan 12 anak kapal, dan terdiri daripada 13 warganegara berbeza. 

Allahuakbar.... 

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Walaupun tiada sedara mara kita mahupun kawan-kawan kita yang berada di dalam pesawat tersebut, tipulah kalau tak terasa dengan kehilangan ini. 

Ya Allah... hanya kau mengetahui kejadian isi langit dan bumi.. hanya Kau tahu ke mana halanya MH370. Apa tandanya ini ya Allah? :'(

Sejak hari pertama kehilangan pesawat ni, macam-macam spekulasi yang timbul. Masing-masing cuba untuk jadi pakar craft.. pakar rescue.. pakar itu pakar ini sehingga menimbulkan rasa tak senang dengan oleh kebanyakan orang. Entahlah. Wallahua'alam... Alam ini kepunyaan Allah... Allah saja tahu hikmah dan rahsia di sebalik semua ini... 

Dalam banyak-banyak hujah.. aku lebih tertarik dengan hujah Bekas Juruterbang Pesawat Boeing 777 ini... Kapten Noruddin Abd Majid, moga dengan hujah beliau... ramai orang bukak mata dan sedar... secanggih-canggih mana teknologi sains... mampukah melawan kecanggihan kuasa Allah? berbaliklah pada pencipta.... sedarlah kita bahawa Alam ini adalah hakNya yang mutlak. 

Jom kita muhasabah diri.

Mereka perlukan DOA daripada kita.. DOA adalah senjata bagi orang-orang mukmin. berDOAlah... moga pihak berwajib dipermudahkan dan diberi petunjuk untuk dipertemukan semula dengan MH370 beserta isi penumpangnya... tak kira, hidup atau sudah tak bernyawa....


Moga Allah jauhkan kita daripada bencana dan anasir-anasir jahat. Moga penumpang2 pesawat MH370 pulang dengan selamat. Amin... Ya Rab...


 

Thursday, February 27, 2014

baaaa chak! :P

Seems like I only blogposting once in a month… how fast time flies! Dah sebulan rupanya tak post entry huhuhuhu. See see how busy I am? :P

Sedih senanya… sebab tak boleh nak manage 24hourse per day yang Allah bagi sebaiknya. Always rasa tak cukup MasyaAllah… L

Anyway, latest perkembangan? Makin ‘berkembang’. Tataolah apa yang aku makan weh. Ok I admit that I memang kuat makan.. cannot handle… T__T

N pejam celik pejam celik dah almost 3 month abah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Makin lama abah pergi.. rasa makin rindu.. rindu.. dan rindu.. saban hari aku masih teringatkan arwah abah. Masih merasakan abah ada… ada kat kampung bersama mak..  :’(

Mak? Aku yang dah 26 tahun jadi anak abah pun masih terasa inikan mak yang dah hampir 40tahun hidup dengan abah… Luaran mungkin mak nampak okay tapi hatinya Allah saja yang tahu, lagi-lagi bila duduk kat rumah dengan adik sorang tu je I’m sure mak mesti sangat lonely… kat group wassap family pun dia slalu type muka sedih… n aku tahu ada peluang mak mesti akan nangis sorang-sorang dalam bilik. Tabahlah emak…:’(

Dhia? She turn 1 year n 3 month this coming 3rd March.. J Subhanallah dak kecit sorang ni. Aktif sangat! Sampai kadang-kadang mommy rasa hilang sabar nak melayan. Dhia Dhia… keletahmu sangat membahagiakan mommy n daddy… J Dhia sekarang dah pandai… dah faham apa yang kita cakap and bertindak mengikut arahan hehe. Dah pandai amik remote bila disuruh, dah pandai amik pampers bila mommy cakap nak tukar, dah pandai buang sampah ditempat yang betul.. dah tau rasa sedih bila kena marah… bijak sangat! Geram! Dhia kuat makan tapi gigi baru naik sebatang huuuu… lambat beno naiknya. Mommy hari-hari pikir nak bagi dhia makan apa yang sedap dan sesuai so that dhia boleh kunyah. Cepatlah tumbuh gigi sayang……

Myself? Baik-baik je. As I said, makin berkembang. -.- Tengah loaded of work at office. Dah lama rasanya tak ada banyak kerja macam ni. Lagi-lagi kalau kerja yang perlu gunakan akal untuk berfikir.. memang agak stress… L Dah lah tengah rasa demotivated untuk bekerja. Rasa nak duduk rumah je jaga anak n buat bisnes kecik2 tapi belum boleh terlaksana. I wish one day….. InsyaAllah….

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers