9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, January 11, 2011

Say No To 'Nasi' Contest

Salam all!

Harini I nak cakap pasal 'SAY NO TO NASI' contest anjuran blogger Aku Gemok yang sedang berlangsung sejak 1hb December 2010 yang lalu.. Owh demmmm!!! I'm late already..! isk. I just found this blog and notice pasal contest ni. pergh.. kalau tidak mesti I dah join sama.. (err tapi tak tahulah kalau I masih bertahan hingga ke hari ini atau tak hihi). But yeah.. this contest can be a platform form us untuk kuruskan badan. Sekurang-kurangnya bolehlah jadikan alasan kenapa kita tak nak makan nasi.. kira macam di motivatekan melalui contest! kan kan! brilliant sekali idea si penganjur contest. Tapi anda kerugian RM10 sebab tak invite I join sama.. isk. 

Untuk pengetahuan u ols, contest ni berlangsung selama 2 bulan di mana ianya telah pun bermula pada 01.12.10 yang lalu. isk sob sob.. dan berakhir pada 31.01.11 akan datang... frustrated? dissappointed? ngee~ I pun baru je jumpe blog ni hehe. Syarat-syarat penyertaan adalah.. yang utamanya TIDAK BOLEH MAKAN NASI. dah nama pun 'say no to nasi' kan dah terang lagi bersuluh.. haih! So, hatta sebutir nasi pun tidak dibenarkan. They ols yang menyertai contest ni mestilah jujur di mana they ols kena update blog with pemakanan they  oll hari-hari. So, secara tidak langsung mengajar they ols to be jujur pada diri sendiri. Sebabnya, barangsiapa yang makan nasi hatta 'ter' sekalipun hatta sebutir sekalipun, maka dianggap BATAL sama sekali. segala rayuan tidak akan dilayan daripada pihak penganjur hehe pandai-pandai tambah ayat. 

Apapun, walaupun I ketinggalan tak dapat join u ols yang dah join contest tu, I support u ols oke! Berjuanglah hingga ke titisan darah yang terakhir! (chewahhh). I pun tak makan nasi juga since I dah start atkins dari last week.. hehe. So, Impian kita sama! sama tapi tak serupa..;P k ols! Goodluck!!!

Till Then!
p/s: more info click here

Monday, January 10, 2011

AJL25 : Best Ke??

Salam u ols..


Asyik cakap pasal diet je kan. ha harini mak nak cakap pasal Anugerah Juara lagu ke-25 yang masih terasa bahangnya apabila telah berlangsung baru je kejap tadi live dari Stadium Bukit Jalil you! Tapi mak tengok live dari kaca TV je lah sebab mak tak kuasa you pegi tempat sesak-sesak macam tu. Dah lah tengok hiburan pulak kan tak pasal-pasal Tuhan bagi bala nanti. opsss.

Mak bukanlah teruja sangat tengok rancangan tu pun.. mak boring nyahhh.. duduk rumah bukan buat hape pun. asyiklah duk mengadap internet lama-lama bosan jugak. internet pun naik bosan tengok mak nyahhh... Rumah mak pun tade astro al-maklumlah duduk membujang ni kan.. gi menumpang rumah mak mertua (eh belum jadi la..!) pun tade astro jugak.. so layankan aje lah AJL25... Bolehlah untuk jadi bahan bebelan+buat mak cuci mata...ngeh3...

Haaaa... dah tengok ke acara berprestij tu u ols?? so what say you? Apa pendapat u ols tentang persembahan-persembahan artis tempatan kita? Di mana mostly nya adalah pendatang-pendatang baru dalam dunia muzik tanahair (eceh sejak bila mak amik port ni haha). Bagi mak performance malam tadi meletop sangat nyah.. maksud mak.. compared to previous AJL memang banyak sangat improvement. Kalaulah semua tu boleh bolot hadiah mak nak je semua yang bertanding tu menang hadiah kauuuu… Performance pertama daripada Yuna je dah memukau penonton youu!! Mak suka sangat! Siap bawa rangka pokok naik pentas tu.. haha. Performance daripada tomok.. Faizal Tahir pun apa kurangnya. Yang pasti semua sedap-sedap belaka lah.

Yang mak confiusnya.. kenapa Ana Raffali boleh menang?? Sebagai juara???? Kalau persembahan terbaik they ols nak bagi pada Faizal Tahir mak takdelah nak melatah sebab memang dia antara yang terbaik pun. Bab Vokal terbaik.. agaknya lah kot sebab masa Hafiz nyanyi mak tak berapa nak concentrate sangat. Bila bunyi tembakan tu baru mak sibuk nak tengok screen TV tuh. heheh. Tempat ketiga hafiz…kedua Meet Uncle Hussien & Black. Oke lah… Tapi 1st place Ana Raffali? Erm.. best ke u ols? Atas sebab apa Ana Raffali + Tolong Ingatkan Aku dinobatkan sebagai juara ye? Bagi mak lah kan.. ni bagi mak tau.. Mak macam rasa xsesuaii je Ana Raffali tu jadi juara. Suara dia.. vokal dia.. biasa je mak tengok.. Performance dia? Entah. Mak macam konpius je tengok performance dia. Tapi tuhlah… kuasa semua di tangan pengadil. Tapi pengadil-pengadil semua hebat-hebat belaka… Hurm….entahlah…

Apapun keputusan juri.. mereka lebih arif dan bijaksana. Mak ni membebel lebih mak bukannya ahli muzik pun an! Sebok sangat nak komen ceh!  Mak ni sebenarnya tak berapa gemar dengan Ana Raffali tu sebab tu mak tak puas hati kot dia menang haha. Dengki tol mak ni kan.. haish! Apapun, tahniah lah buat Ana Raffali di atas kejayaannya.. Mungkin juri nak bagi peluang kepada pelapis-pelapis muda. Bukan palapes oke..;P wah kau ana.. dah menang beribu riban tu tak reti-reti nak belanja mak??? Aauuuwww masyukkkkkkk…. Mak membebel Ana Raffali jugak yang untung dapat wang besar wang besar…. an an… T_T…
Eh tapi kan. satu mak nak puji lebih adalah gandingan pengacara yang mantop! okelah! tak kering gusi penonton dibuatnya dengan celoteh diorang bertiga tuh!! ^_^... acara AJL25 kali ni pun berprestij sangat nyah... kelasss gitu.. tengok je lah lighting sound bagai semuanya meletopppp... tahniah kepada penerbit!

Oklah. Entah hape-hape je entry. Yang penting siapa-siapa pun menang tade sape pun nak bagi kau cuti esok nyahhh.. koje tetap koje oke! Haih… oklah mak dah sleepy…..till then! Zzzzzzzzzzzzzzzzz

Sunday, January 9, 2011

Induction : 7th Day Atkins

Salam.


Whoooo... whooooo.. I kunci jam 9.30am.. Pastu lalok2 lelap balik bajet nak lelap dalam 5 minit je sekali terlajak ke tengahari oke! 12 lebey! oh em ji! Cepat-cepat bangun. padahal tade janji temu pun tapi dah tengahari macam hape je. bangun-bangun gi rendam balance baju yang belum dicuci. bagi noty makan..mandi-mandi basuh baju, masak, tengok tb dan berfesbuk! huhu. Apa menu hari ni? haa ni dia... Ayam goreng 3 ketul bersama telur dadar goreng dengan bawang besar. Disebabkan dah bangun lewat tengahari so tak dapeklah den bersarapan hehe.
Sepanjang hari duduk rumah je tak ke mana-mana pun. Si dia pun senyap je masih tidur barangkali. Takpelah tak mahu kacau biar dia tidur secukupnya. So, keje I cuma dengan fesbuk huhu.


Petangnya si dia text ajak gi jogging. hehe. ho yeh ho yeh.. I pun apa lagi dengan semangatnya bersiap dan kami keluar dalam pukul 6pm. joging dekat-dekat je (Taman Botani Kepong). Dapatlah dua pusingan.. fewwwwwhhhhh letih seh... 

Haha chumel x?;P

Balik jogging gi makan sup sayur + sate 5 cucuk..;P hehe 5 cucuk je takpe dzul kan kan..;P Oklah. Next week I tak post dah menu everyday. Nanti I brief kan je seminggu sekali.. hehe...


Till then!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers