9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Monday, January 10, 2011

AJL25 : Best Ke??

Salam u ols..


Asyik cakap pasal diet je kan. ha harini mak nak cakap pasal Anugerah Juara lagu ke-25 yang masih terasa bahangnya apabila telah berlangsung baru je kejap tadi live dari Stadium Bukit Jalil you! Tapi mak tengok live dari kaca TV je lah sebab mak tak kuasa you pegi tempat sesak-sesak macam tu. Dah lah tengok hiburan pulak kan tak pasal-pasal Tuhan bagi bala nanti. opsss.

Mak bukanlah teruja sangat tengok rancangan tu pun.. mak boring nyahhh.. duduk rumah bukan buat hape pun. asyiklah duk mengadap internet lama-lama bosan jugak. internet pun naik bosan tengok mak nyahhh... Rumah mak pun tade astro al-maklumlah duduk membujang ni kan.. gi menumpang rumah mak mertua (eh belum jadi la..!) pun tade astro jugak.. so layankan aje lah AJL25... Bolehlah untuk jadi bahan bebelan+buat mak cuci mata...ngeh3...

Haaaa... dah tengok ke acara berprestij tu u ols?? so what say you? Apa pendapat u ols tentang persembahan-persembahan artis tempatan kita? Di mana mostly nya adalah pendatang-pendatang baru dalam dunia muzik tanahair (eceh sejak bila mak amik port ni haha). Bagi mak performance malam tadi meletop sangat nyah.. maksud mak.. compared to previous AJL memang banyak sangat improvement. Kalaulah semua tu boleh bolot hadiah mak nak je semua yang bertanding tu menang hadiah kauuuu… Performance pertama daripada Yuna je dah memukau penonton youu!! Mak suka sangat! Siap bawa rangka pokok naik pentas tu.. haha. Performance daripada tomok.. Faizal Tahir pun apa kurangnya. Yang pasti semua sedap-sedap belaka lah.

Yang mak confiusnya.. kenapa Ana Raffali boleh menang?? Sebagai juara???? Kalau persembahan terbaik they ols nak bagi pada Faizal Tahir mak takdelah nak melatah sebab memang dia antara yang terbaik pun. Bab Vokal terbaik.. agaknya lah kot sebab masa Hafiz nyanyi mak tak berapa nak concentrate sangat. Bila bunyi tembakan tu baru mak sibuk nak tengok screen TV tuh. heheh. Tempat ketiga hafiz…kedua Meet Uncle Hussien & Black. Oke lah… Tapi 1st place Ana Raffali? Erm.. best ke u ols? Atas sebab apa Ana Raffali + Tolong Ingatkan Aku dinobatkan sebagai juara ye? Bagi mak lah kan.. ni bagi mak tau.. Mak macam rasa xsesuaii je Ana Raffali tu jadi juara. Suara dia.. vokal dia.. biasa je mak tengok.. Performance dia? Entah. Mak macam konpius je tengok performance dia. Tapi tuhlah… kuasa semua di tangan pengadil. Tapi pengadil-pengadil semua hebat-hebat belaka… Hurm….entahlah…

Apapun keputusan juri.. mereka lebih arif dan bijaksana. Mak ni membebel lebih mak bukannya ahli muzik pun an! Sebok sangat nak komen ceh!  Mak ni sebenarnya tak berapa gemar dengan Ana Raffali tu sebab tu mak tak puas hati kot dia menang haha. Dengki tol mak ni kan.. haish! Apapun, tahniah lah buat Ana Raffali di atas kejayaannya.. Mungkin juri nak bagi peluang kepada pelapis-pelapis muda. Bukan palapes oke..;P wah kau ana.. dah menang beribu riban tu tak reti-reti nak belanja mak??? Aauuuwww masyukkkkkkk…. Mak membebel Ana Raffali jugak yang untung dapat wang besar wang besar…. an an… T_T…
Eh tapi kan. satu mak nak puji lebih adalah gandingan pengacara yang mantop! okelah! tak kering gusi penonton dibuatnya dengan celoteh diorang bertiga tuh!! ^_^... acara AJL25 kali ni pun berprestij sangat nyah... kelasss gitu.. tengok je lah lighting sound bagai semuanya meletopppp... tahniah kepada penerbit!

Oklah. Entah hape-hape je entry. Yang penting siapa-siapa pun menang tade sape pun nak bagi kau cuti esok nyahhh.. koje tetap koje oke! Haih… oklah mak dah sleepy…..till then! Zzzzzzzzzzzzzzzzz

2 comments:

putribongsu said...

eh eh nyah sejak bila kau join group lorong2 gelap ni nok??
alamak aiii...tak kuasa i nyahhh!!

mynameismy said...

Muahahahah.. propa sangatttt..;P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers