9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, January 11, 2011

facebook will be closed within 2 months?




Salam all

Berita separa tergempar ni bukan baru sahaja I dengar but dah banyak sangat orang duk sebut-sebut sampai jadi bualan untuk hot chat di Hot Fm pagi tadi taw haha. So.. untuk people di luar sana yang addicted sangat dengan facebook bagaimana perasaan u ols? Hehe. I pun suka berfesbuk jugak but tadelah sampai dalam kategori ‘addicted’..;P But for me, let say lah facebook tu ditutup for sure my life pun effect gak. Tak banyak pun sikitlaaaa.. (eceh tak mengaku banyak tu..;P)

Hurm, jom kita tengok apa pros and cons sekiranya facebook ni ditutup. Ini pada diri I la, tataolah u ols maybe boleh share sama..;)

Kalau ada fesbuk….
·        Tak rasa bosan. Ada benda nak buat. Tak sunyi
·        Ramai kawan. Kawan2 yang dah lama tak jumpa boleh jumpa balik!;) Kawan-kawan sekampung yang tak pernah bertegur sapa dah macam kenal lama..;P
·        Boleh tengok kawan-kawan punya latest update!
·        Jimat. Ada hal boleh text post kepada kawan kat situ je. Tayah membazir seposen anta sms..;P
·        Nak kawen boleh tagged je invitation tayah susah-susah print card wangi-wangi2..;P
·        Boleh share gambar dah kurus..!;P

Kalau tade Fesbuk….
·        I sunyi
·        Kena buat account friendster balik sebab acc lama dah close!
·        Hilang kawan. Sebab kebanyakan kawan jumpa balik dalam fesbuk so tadelah num fon diorang so kalau nak kawen mesti ssh nak jemput..T_T..
·        Cost hidup meningkat sebab dah tade fesbuk kena plak hantar sms, surat, email bagai. Kalau pakai fesbuk senang. Bayar berukband tiap2 bulan sume orang boleh di tag sekali..T_T
·        Dilabel sombong sebab kalau kawan sekampung sebelum ni jumpa tak pernah bertegur, jumpa kat fesbuk dah boleh huhahuha so lepas ni kalau jumpa mesti buat tak tahu je..;P
·        Tak boleh share kat orang gambar dah kurus..T_T

Hish teruk jugak kan kalau fesbuk dah tak ada? Haih~ siapa lah yang bawa virus facebook ni…sampai den pun terlibat sama..T_T

Apepun.. hakikatnya, inilah berita yang I dengar. So, untuk mengetahui lebih lanjut I pun search la dengan bantuan incik google. So di antara petikan-petikan berita berkenaan adalah:
“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”

“Facebook is completely excessive; I must end all this madness. All the pressure is now managing this company has ruined my life,” Zuckerberg said in a statement as claimed weeklyworldnews.com.

“After 15 March, everything will be closed. If you want to look back at your photos, we recommend immediate download from the internet. You will never again take it up our cap,” he said.

“Frankly, this is the best way. Without up, people will go out and create friendshipsthat’s true. It is always a good thing” he said.

“I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.”

Until now, the only site weeklyworldnews.com who wrote stories is about going to the closing up. There is no official media reported, because the site is only weeklyworldnews.com. The content is far from the truth.

Hurm.. so.. apa pandangan u ols? Adakah ini benar atau rumours semata-mata? Tapi kancuba kita lihat plak di mana baiknya kalau fesbuk ni ditutup serta –merta?

·  Kita dapat balik life macam dulu. Tadelah hidup depan screen computer je..
·  Ada masa untuk bersua-muka dan bersosial dengan kawan-kawan, tadelah dengan hanya melalui fesbuk je. Cost belakang kire..
·  Tak membazir masa. Boleh buat plak hobi lain sebagai contoh tengok tv.. bercucuk tanam.. berjogging..;P
·  Tadelah kerja-kerja u ols di office terbengkalai. Pastu kpi decrease.. bonus tak dapat tahu plak salahkan boss.. haha. (eh I buat kerja oke. I bukak fesbuk tyme lunch n habis waktu kerja je oke…sila pecaye.. ;P)
·  Tadelah wujud masalah sosial di kalangan kita. Dengan racism nye lah itu lah apa lah. Orang kata kerana mulut badan binasa ha ni kerana jari tak pasal-pasal kau malu. Sebagai contoh sila ambil contoh ini. renung-renungkan dan selamat beramal..;P

Walaubagaimanapun, I ada jumpa ini di nota facebook by Mohd Zulfadli

Namun, berita ini hanya bohong semata-mata di mana laman web itu adalah milik sebuah akhbar tabloid yang banyak mencipta isu-isu dan berita sensasi. Kiranya, cerita rekaan.

Jika difikirkan secara logik dan fakta, laman FB tidak mudah ditutup begitu sahaja kerana:
1. Tiada pengumuman rasmi oleh pihak Facebook seperti melalui blog mereka. Ini adalah saluran paling rasmi dan boleh dipercayai.

2. FB bukan hanya milik Mark sahaja, tetapi beliau juga mempunyai rakan-rakan niaga dan juga pelabur (funder). Untuk menutup perniagaan FB, Mark perlu mendapat persetujuan daripada semua pihak tersebut. Malah perlu melalui proses undang-undang yang panjang. Ia tidak semudah itu kerana keputusan bukan hanya di tangan Mark sahaja.
3. Jika Mark mahu berhenti daripada tekanan kerja, beliau tidak perlu menutup FB, sebaliknya hanya cukup menarik diri (meletak jawatan) dari Facebook. Kemudian tetap mempunyai Share (pegangan saham) di mana walaupun beliau tidak bekerja, beliau tetap akan mendapat berjuta-juta USD.
4. Perniagaan Facebook bernilai billion ringgit (USD). Mana mungkin bisnes ini ditutup begitu sahaja. Jadi ia tidak perlu ditutup, sebaliknya pegangan saham oleh Mark boleh dijual atau dikurangkan jika benar dirinya tidak mahu melibatkan diri lagi.
Pelajaran: Elakkan diri mudah mempercayai berita daripada sumber ketiga, lagi-lagi pihak itu tiada kredibiliti. Dalam kes ini, pihak WWN adalah tidak kredibel kerana mereka memang suka mereka-reka cerita sensasi.

Hurm. So.. apakah kesahihannya? Apapun, fesbuk ada ke tade ke.. apa ada hal. Sebelum ada fesbuk ni boleh je kita hidup kan kan? Biarlah… yang buat fesbuk pun bukan orang kita..;P (sapa-sapa yang pakar dalam bidang ini mungkin boleh cipta plak laman sosial untuk Malaysian?.. bernas tak idea I..;P..) So agak-agak pada siapa-siapa yang sure tak sure fesbuk akan ditutup atau tidak bolehlah start copy/save balik gambar-gambar dalam album yang dah tade dalam simpanan u ols.. hehe.

Till then!  



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers