9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, January 13, 2011

Kes budak kena sula 1999 – masih ingat lagi tak?

Salam u ols.

Owh patutnya dah lama hapdet pasal menda alah ni. Tapi disebabkan kebizian so terpaksa pospon sebab kalau nak hapdet kena refresh kan mind balik dan kembali ke zaman 1999 di mana ketika I masih di bangku sekolah. Sekolah rendah plak tu.. darjah 6… Panggil doraemon dan request untuk kembali ke zaman tersebut. Ahhh napa aku sangat chumel tika itu? Kurus!!! Tapi gelap sedikit berbanding sekarang. (maknanya sekarang semakin chumel + santek!) Ahhaaa.. yang pastinya.. ramai juga yang minat kan kan. auuwww.. blushing~ eh eh apa nih! Sila kembali ke dunia nyata! Blink!! Oke sudah. Berbalik kepada tajuk utama.

Kes budak kena sula pada tahun 1999. Ha… u ols yang sama muda macam I tu.. Ingat lagi tak pada kisah ini? Seyesly I masih ingat lagi oke. Sebab apa I ingat? Sebab budak ni. Macam tak besh je panggil budak. Nama dia Mohd Shah oke. So kita panggil Shah oke..^_^.. so budak shah ni. Eh ‘budak’ lagi. Saudara (pun bolehhh..;P) shah ni sebaya dengan I. Yup! Masa kejadian tu umur dia 12 tahun. Same as me oke! And tahun ni dia nak masuk 24tahun. Sama jugaklah dengan I oke! (alamak kan dah kantoi umur..T_T..). I ingat lagi kes ni masa tu masuk majalah 3. Masa tu I muda remaja lagi. Eh bukan masih kanak-kanak oke belum akil baligh pun lagi hehe so dengan akal kanak-kanak I tak bolehlah nak ingat dan faham semuanya kan. Tapi yang mengingatkan I pada kes ni sebab masa tu kes ni dianggap serius. Yela sampai kuar tV, paper, malajah 3 lagi kira serius la tu kan. apela.

Apa yang I ingat, Shah ni menjadi mangsa apabila pulang dari sekolah (tak silap I la) then jumpa la dengan si penyula ni. Dah nasib tak menyebelahi shah dia menjadi mangsa kekejaman si bekas penjenayah tu. Ye! dia adalah bekas banduan yang baru 4 bulan dibebaskan selepas 20tahun iaitu sejak 1985 meringkuk dalam penjara atas kesalahan membunuh tanpa niat. Mohd Shah yang ketika itu masih kecil telah disula dengan kejam apabila sebatang kayu ditusuk ke dubur sehingga ke lehernya. MasyaAllah.. sedihnya, sehingga ke hari ini dia masih menderita di atas kekejaman itu. Penjenayah terbabit? Hanya dikenakan penjara 20tahun dan 20sebatan. Patutnya hukum sula jugak kan kan??!

That time I ingat lagi, I sangat kesian dengan Shah ni. Yela rakan sebaya kot.. masa tu u ols tau? I siap tulis surat bagi semangat pada dia tau. Sebab nak bagi duit masa tu I belanja pegi sekolah 70sen je.. mana boleh menyimpan..T_T.. So, I gantikan dengan mengutus surat hehe. I dapat alamat dia daripada Majalah 3 la. Masa tu Zakiah Anas kot pengacara ke norzie pak wan chik. Tah I pun lupa.

Okay untuk info lebih lanjut sila rujuk article di bawah. Kredit to encik google.

DULU:

JOHOR BAHRU 13 Julai - Seorang bekas banduan dijatuhkan hukuman maksimum penjara 20 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah dia mengaku bersalah mendatangkan cedera parah dengan menyula seorang murid sekolah menggunakan sebatang kayu.

Roslan Imun @ Mon, 30, seorang pemotong rumput mengaku bersalah melakukan perbuatan itu ke atas Mohd. Shah A. Razak, 12, pada 1 Jun lalu di antara pukul 5 hingga 6 petang di Jalan Tun Ibrahim, Bandar Tenggara, Kota Tinggi.

Roslan telah mencucuk kayu sepanjang 0.51 meter ke dalam dubur pelajar itu sehingga menyebabkan dubur Mohd. Shah berdarah dan pundi kencingnya pecah.

Kayu itu dimasukkan dari dubur mangsa sehingga ia mengenai bahagian leher mangsa.

Hakim Siti Mariah Ahmad ketika menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan berkata, Roslan telah bertindak ganas di luar batas kemanusiaan biasa.

Menurutnya, tertuduh tidak pernah insaf terhadap perbuatannya sebelum ini iaitu kesalahan membunuh tanpa niat yang dilakukannya pada 16 Oktober 1985 sehingga mengakibatkannya dipenjara 20 tahun.

''Mahkamah berpendapat orang kena tuduh dihukum berat sebagai pengajaran kepada orang ramai dan mencegah orang lain daripada melakukannya dan (dengan ini) menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap (Jun lalu),'' kata Hakim Siti Mariah.

Menurut fakta kes, Mohd. Shah telah didatangi oleh tertuduh yang sedang memikul seguni durian pada petang 1 Jun lalu. 

Tertuduh telah meminta mangsa membawa guni durian itu menggunakan basikal ke dalam semak yang berhampiran. Apabila tiba di dalam semak, tertuduh terus menyerang mangsa dengan menumbuk muka, dada dan belakang mangsa bertubi-tubi sehingga mangsa pengsan.

Fakta kes menyebut, apabila mangsa sedar, mangsa mendapati tertuduh telah tiada dan mangsa merasa duburnya kesakitan. Apabila mangsa meraba duburnya didapati duburnya telah berdarah dengan banyak dan di dalamnya ada sebatang kayu sepanjang 0.51 meter.

Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff, ketika berhujah berkata, mengikut laporan perubatan kira-kira 1 hingga 5 sentimeter dubur bahagian depan si mangsa telah koyak dan pundi kencing telah ditembusi oleh kayu itu.

''Sebanyak 95 peratus kayu telah masuk ke dalam tubuh mangsa dan berada betul-betul di bawah sikit dari buah halkum (si mangsa),'' katanya.

Ishak menegaskan, walaupun tertuduh mengaku salah, diskaun hukuman tidak boleh diberi kerana tertuduh baru keluar dari penjara pada 16 Februari lalu di atas kesalahan di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat.

Ishak berkata, mahkamah tidak perlu menaruh simpati kepada tertuduh kerana dia seorang yang agresif dan menggunakan kekerasan peringkat tertinggi.

Katanya, akibat perbuatan Roslan, Mohd. Shah kini terpaksa membuang air kecil dengan menggunakan tiub. Mohd. Shah mengalami kecederaan dan koyak di bahagian dubur, kerosakan pundi kencing dan usus kecil dan terpaksa menjalani pembedahan.

Roslan ketika diminta membuat rayuan sebelum hukuman dijatuhkan ke atasnya berkata: ''Saya meminta menjalani hukuman di Hospital Tampoi kerana pernah masuk hospital itu.''

Roslan, yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya berkata, masalah keluarga menyebabkan dia bertindak demikian. 

Bagaimanapun, Ishak ketika menggulung hujah berkata, Roslan perlu disimpan di penjara supaya tertuduh berada jauh dari masyarakat demi kepentingan orang ramai.

Roslan juga menghadapi satu lagi tuduhan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh Mohd. Shah.

Bagaimanapun, dia tidak mengaku salah dan meminta dibicarakan. Mahkamah menetapkan Roslan dikenakan perintah dilepaskan tanpa dibebaskan.

Oleh: MIR AZRI SAHARUDDIN

Malaysian 'devil with a human mask' to be whipped, jailed

KUALA LUMPUR, July 18 (AFP) - A Malaysian judge described a grasscutter who
pushed a stick into a boy's anus as a "devil with a human mask" and added
whipping to his 20-year jail sentence, a report said Sunday.

High court judge Malik Isham ordered Roslan Imun be given an additional 20
strokes of the cane for shoving a 60 centimetre-long stick into the anus of
the unidentified boy last month.

"You are a devil with a human mask. The heinous and inhuman offence you had
committed had caused inexplicable pain and trauma to an innocent
12-year-old boy," the judge was quoted as saying by the New Sunday Times.

"It took doctors five-and-a-half hours to surgically remove the stick from
the boy's anus. How dare you do this to a little boy?

"Society has to be protected from monsters like yourself. The court has a
duty to revise the judgement based on the facts of the case. I am therefore
using my discretionary powers to enhance the earlier sentence by ordering
that you be also given 20 strokes of the cane," Malik added.

The move came after prosecutors appealed to the high court to include
whipping, after Roslan was sentenced Tuesday to 20 years' jail for the
crime.

During mitigation, the 30-year-old had appeared remorseful and said he
deserved to be whipped.

"Hopefully, (God) will forgive me for my sins," he reportedly said.

Following his arrest, Roslan had told police he also killed another boy in
a similar way.

His latest crimes came just four months after an early release from a 1985
20-year jail sentence for manslaughter after raping a minor who
subsequently died, the newspaper added.

TERBARU(kosmo! & Utusan):

KULAIJAYA – Walaupun telah 11 tahun berlalu, mangsa sula, Mohd. Shah Abdul Razak, 23, dari Bandar Tenggara di sini masih menanggung azab kesakitan tanpa ada mana-mana pihak yang tampil untuk membantu membiayai kos perubatannya.
Lebih menyedihkan, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diterima sebanyak RM70 sebulan pada tahun 1999 itu pun telah dihentikan tanpa sebab pada 2002.
“Saya tidak diberitahu kenapa bantuan itu dihentikan tetapi sebagai ibu, saya sanggup ikat perut demi membiayai kos perubatannya.
“Sejak suami meninggal dunia empat tahun lalu, saya hilang punca kerana saya ada lima orang anak lagi yang masih bersekolah dan perlu ditanggung,” kata Jamilah Daud, 49, ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Setiap bulan, kata Jamilah, dia terpaksa mengeluarkan kira-kira RM500 bagi membiayai rawatan Mohd. Shah bagi memulihkan kecederaan pada dubur dan kos membeli beg takungan najis.


KULAIJAYA 6 Jan. - Peristiwa malang disula dengan sebatang kayu oleh seorang bekas banduan 11 tahun lalu, masih menjadi igauan buruk kepada Mohd. Shah Abdul Razak.


Akibat kejadian itu, Mohd. Shah, 23, mengalami kecacatan kekal pada dubur dan pundi kencingnya yang menyebabkan keluarganya terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tambahan bagi membeli ubat dan peralatan berkaitan.

Bagaimanapun, ibu Mohd. Shah, Jamilah Daud, 49, semakin terhimpit dengan masalah kewangan menampung perbelanjaan sekeluarga termasuk lima anaknya yang masih belajar. Ini kerana suaminya, Abdul Razak Ahmad, yang menjadi tempat bergantung meninggal dunia tiga tahun lalu.

Jamilah memberitahu, sebelum ini dia terpaksa membelanjakan sekurang-kurangnya RM500 sebulan bagi membiayai rawatan selain pelbagai jenis ubat yang diperlukan bagi memulihkan kecederaan Mohd. Shah.
Bagaimanapun, gaji RM550 sebulan sebagai pembantu di sebuah stesen minyak berdekatan masih tidak cukup memandangkan Mohd. Shah memerlukan makanan khas dan penjagaan rapi.

“Perbelanjaan yang agak mahal ialah bagi membeli ‘tapak’ untuk menyambung saluran usus ke beg takungan najis bernilai RM62.60 yang perlu digantikan setiap hari bagi memastikan tiada jangkitan kuman. Beg najis berharga RM60 bagi setiap 10 unit juga perlu ditukar apabila penuh.

“Bagaimanapun saya bersyukur kerana segala kos bagi peralatan tersebut ditanggung pihak hospital. Terima kasih kepada pihak kerajaan yang ada pada hari ini,” katanya semasa ditemui di sini.
Kejadian yang menimpa Mohd. Shah pada 1 Jun 1999 semasa dia berada dalam darjah enam di Sekolah Kebangsaan Bandar Tenggara ll itu menyebabkan duburnya cedera dan pundi kencing pecah.
Ia akibat nafsu songsang Roslan Imun yang menyula Mohd. Shah dengan sebatang kayu sepanjang 0.51 meter hingga ke paras halkum.

Walaupun Mahkamah Tinggi Johor Bahru menambah hukuman 20 kali sebatan dan mengekalkan hukuman penjara 20 tahun ke atas Roslan, namun perbuatannya itu telah memberi kecacatan kekal kepada Mohd. Shah.
Sementara itu, Jamilah berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat mempertimbangkan menyambung kembali bantuan yang dihentikan pada 2002 bagi meringankan bebannya sekeluarga.
Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan, Jamilah menetap di alamat No. 9, Jalan Pahlawan 12, Bandar Tenggara, Kulaijaya atau boleh dihubungi melalui talian telefon 07-8966970 dan 017-7893200
Hurm, sekarang dah bekerja an, dah ada duit I ingat nak donate sikit pada Shah. Moga dengan bantuan yang tak seberapa itu dapat meringankan beban dia dan keluarga. Tak silap I coming February dia nak operate lagi. lagipun ayah dia dah meninggal dunia 4 tahun yang lalu. Plus, my head dept pun very pity with him and include dalam our plan in 2011 to do a collection to help him. Kiranya it’s part of our csr jugak la. Hurm, InsyaAllah..

Ok u guys yang bermurah hati nak menghulurkan bantuan kepada mohd shah bolehlah disalurkan kepada:

Nama:            MOHD RIDZUAN BIN ABDUL RAZAK (adik)
Acc Maybank: 151164240443
Nombor Tel:   07-8966970 atau 017-7893200
Alamat:         Mohd. Shah Abdul Razak atau Jamilah Daud, 
No. 9, Jalan Pahlawan 12, Bandar                   Tenggara, Kulaijaya, Johor.


Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik anda! ^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers