9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, January 4, 2011

Induction : 2nd Day Atkins with Sugar

Salam readers!

Hari ini merupakan hari kedua I beratkin. Ye.. baru 2 hari ok. Saiz masih dalam lingkungan XL..(pada firasat I je). So jangan berangan nak kata kau dah slim wahai my! Refer to the title of this post, hari ini I nak bercakap mengenai G U L A… ye.. gula ye tuan-tuan dan puan-puan…

Nak dijadikan cerita, hari ini I rasa I dah terlebih makan gula! Semuanya dzul punya pasal (opss tak pasal-pasal dzul yang kena. *mmg pn bluek). Ok sebelum tu I nak bagitahu apa yang I makan sepanjang harini.
Breakfast seperti biasa I makan half boiled egg 2 biji sebab mak cik depan rumah suka rendamkan I telur sebelum pergi kerja..;*… kalau sebelum ni pun I selalu jugak makan telur separuh masak tapi biasanya bersama-sama dengan karipap 2/3 ketul ngee~ Kalau ada nasi goreng I curik sesudu..;P  So, kerana Atkin I terpaksa menahan nafsu untuk karipap yang sentiasa terhidang atas meja tu..sabar aje lah..T_T
Ok time lunch I makan omellete sayur yang I buat pagi tadi before pergi kerja. Pukul 5.30am dah bangun ok potong-potong sayur segala. Agak rushing jugak yela mana nak masak lagi, mandi, solat subuh, masak untuk anak (anak kucing oke), iron baju (gara-gara malas iron baju awal-awal ngee~), make up (wajib)… hish… ni belum kawin lagi… okay stop babbling now!! Then I makan dengan ikan goreng yang disumbat sambal beli dekat food court (err dzul.. ada sumbat sambal tu takpe ke? Dah beli baru perasan ada sumbat sambal daa). Sadisnya, I macam rasa tak puas je makan. Omellette tak abis yela macam biasa, makan sayur segala I cepat muak. Dahlah I suka-suka hati pergi letak mayonis+cheese dalam makanan tu memang takkan abislah kan. ikan dah cukup besar pun macam tak rasa kenyang je. I dah mula terbayang-bayang makanan sepanjang nak tunggu abis waktu kerja..T_T.. dah petang sikit rasa lapar giler.. terus sms si dia ajak makan satay balik kerja nanti. Satay takpe kan kan? Sebab teringat dalam entry dzul yang mula-mula ada sebut boleh makan ayam yang dimasak apa-apa pun, and I saw ‘SATAY’ there!

I nampak dzul online sebelum abis kerja petang tadi, terus chat dia tanya whether boleh makan sate ke tak? Kalau boleh ada limit berapa cucuk ke ada karbo ke and so on lah. Tapi sedih, tak berjawab.. So since dah tak berjawab I pun buatlah kesimpulan sendiri maka bolehlah makan maknanya kahkahkah. Balik kerja I singgah tempat biasa makan sate…1 cucuk…2 cucuk.. 3 cucuk…dan seterusnya. Nyum3… burp… kenyang sudah…;P
Just now baru Dzul muncul..T_T… Dia jawab dalam entry I yang semalam and said that sate tu ada mengandungi gula so tak boleh ambil banyak-banyak. Masalahnya sekarang I dah selamat bedal 10 cucuk sate oke!! Uuwwwaaaaaa… abes tu ni dah dikira macam mana ni??? Nak menangis sekarang jugak!! T_T… sebab tu I cakap tu dzul punya pasal sebab tak reply chat I isk. Uwwaaaaaaaaa… Prof Dzul, sila jawab. Apakah status saya hari ini? saya dah makan 10 cucuk sate ni.. isk…

(Dzul kalau malas baca next paragraph please scroll ke bawah and lihat soalan-soalan cepumas oke..)

Okay, berbalik pada perihal G U L A yang ingin I perkatakan tadi. Here I nak share kat u ols info as followed.. check it out yaw auuuw…. Oke! ^_^

(Sumber : http://www.infosihat.gov.my)

Fakta Gula
1.       APAKAH GULA?
o        Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh.
o        Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan, dalam bentuk fruktosa, dan susu, dalam bentuk laktosa.
o        Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa pemprosesan yang dikenali sebagai gula tambahan atau free sugar.

2.       APAKAH SARANAN PENGAMBILAN GULA TAMBAHAN?
WHO (2003) menyarankan pengambilan gula tambahan tidak melebihi 10% daripada jumlah tenaga harian. Oleh itu, bagi orang dewasa, purata pengambilan gula tambahan yang disarankan adalah tidak melebihi 10 sudu teh sehari (50g).
3.       APAKAH CORAK PENGAMBILAN GULA DI MALAYSIA? 
o        Berdasarkan Kajian Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003, pengambilan gula yang ditambah dalam minuman di kalangan orang dewasa ialah sebanyak 7 sudu teh sehari (51g) iaitu 4 sudu teh (21g) gula pasir dan 3 sudu teh (30g) susu pekat manis.
o        Berdasarkan jumlah penduduk seramai 28.31 juta pada tahun 2009 dan pengedaran gula domestik sebanyak 806,381.88 metrik tan, pengambilan gula per kapita sehari pada tahun 2009 adalah 78 gram atau 16 sudu teh sehari atau 16% daripada keperluan tenaga sehari bagi orang dewasa. Jika dicampurkan gula domestik dan gula industri iaitu 1,281,183.04 metrik tan pada tahun 2009, pengambilan gula per kapita sehari adalah 124 gram atau 25 sudu teh sehari atau 25% daripada keperluan tenaga sehari bagi orang dewasa.

4.       APAKAH KESAN PENGAMBILAN GULA SECARA BERLEBIHAN?
o        Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan.
o        Pengambilan tenaga harian yang berlebihan dalam jangkamasa yang panjang boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya diet harian adalah tinggi lemak dan kurangnya aktiviti fizikal yang dilakukan.
o        Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity Survey, NHMS) III, 2006 mendapati 29.1% orang dewasa di Malaysia berlebihan berat badan 14.0% pula obes. Ini telah menunjukkan peningkatan berbanding NHMS II, 1996 iaitu masing-masing 16.0% (berlebihan berat badan) dan 4.0% (obes).
o        Prevalens pesakit diabetes dalam kalangan penduduk yang berumur lebih daripada 30 tahun juga telah meningkat daripada 6.3% pada tahun 1996 (NHMS II) kepada 14.9% pada tahun 2006 (NHMS III).
o        Gula juga boleh dikaitkan dengan pembentukan karies gigi (dental caries). Data dari Kementerian Kesihatan menunjukkan kadar karies gigi di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun adalah 76.5% (2005) dan 80.9 % dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun (1997).

5.       TIPS MENGURANGKAN GULA
a.       Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat atau air sirap dan kordial.
b.       Pilih atau sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.
c.        Gantikan manisan seperti kuih dan kek dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.
d.       Kurangkan kekerapan mengambil makanan yang bergula.
e.       Elakkan mengambil makanan yang bergula di antara waktu makan utama dan sebelum tidur.
f.         Semak kandungan gula pada senarai ramuan sesuatu produk makanan. Sekiranya gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan, ini menunjukkan gula merupakan komponen utama makanan tersebut.
g.       Hadkan pengambilan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
h.       Minta untuk kurangkan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis semasa memesan minuman.
i.         Periksa kandungan gula dalam label minuman.
j.         Elak mengambil minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur

7 Langkah Bijak Mengurangkan Gula
1.       Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap dan kordial.
2.       Hadkan penggunaan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
3.       Elak atau hadkan penggunaan gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.
4.       Elakkan mengambil snek dan minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.
5.       Gantikan pencuci mulut  seperti kuih, kek dan bubur dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.
6.       Baca label dan elakkan produk makanan dan minuman  di mana   gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan. 
7.       Pilih produk makanan dan minuman yang dilabel "rendah gula" dan "bebas gula”.

So, disebabkan I dah terlajak makan sate yang mengandungi gula tu.. jom kita sahut kempen Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kurangkan pengambilan gula!! Kalau boleh jangan ambil langsung heheh. *Pergh menyesal tak sudah! Prof Dzul tolonglah cakap salah ke tidak I ambil 10cucuk sate tu?..T_T... Kalau tak lepas ni boleh lah makan lagi kan kan.. ngee~


Okay disebabkan I baru je 2 hari beratkin, so masih terdapat beberapa kemusykilan yang belum terjawab. Tiba-tiba harini blink!! Ada soalan yang nak lagi diajukan kepada Dzul.. sila jawab oke.

1)      Err.. kalau makan karipap sebijik pun tak boleh ke time breakfast tu? Terliur la..T_T

2)      Kalau makan half boiled egg boleh tak nak letak kicap sikit je pls… setitik je eh eh.. makan kosong je tak syiok la..T_T
3)      Boleh tak kalau nak makan ayam KFC? Yela kalau-kalau malas nak goreng sendiri.. ngee~
4)      Buah-buahan tak boleh makan langsung eh? I ni susah sikit nak ‘membuang’, Camne nak bagi senang ‘membuang’ ek ek..
5)      Macam mana nak buat perut ni tak termasuk dalam mode lapar? Bila dah kena kawal pemakanan ni I rasa macam makanan-makanan yang I boleh makan tu limited la. Itu tak boleh ini tak boleh sampaikan nak makan apa pun I dah tak tahu isk. Macam pagi mungkin boleh tahan sampai tengahari tu (walaupun rasa sampai menggigil lapar nak tunggu lunch taw isk). Lunch plak as I said macam tak puas je makan. Lagipun sebab I bekerja so kalau nak sediakan makanan banyak-banyak tu memang tak lah kan. Kalau weekend ada gak masa dirumah so nak makan boleh masak je. Time kat office ni macam mana? Tak puas makan. Pastu jap je dah rasa lapar petang nya nak tunggu balik kerja. Kerja plak dalam air cond sejuk yang amat. Lagilah perut ni meronta-ronta. Tu yang bila balik kerja sampai bedal sate 10 cucuk… Macam mana ni dzul?? Please help me! T_T

Okay guys. That's all for today! Till then!
Tak lupa untuk minum air masak sebanyak-banyaknya! Ke toilet aje lah keje I oke..T_T

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers