9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Saturday, January 15, 2011

Movie Overview - Filem Seram Mesia pun terbaik what!

Salam u ols..

Harini I nak story mory pasal filem plak! dalam masa sebulan ni I dah tengok 3 filem seram Malaysia. What are they? Hantu Kak Limah Balik Rumah, Damping Malam dan yang terbaru.. Khurafat! Jom kita review filem-filem tersebut...^_^

Hantu Kak Limah Balik Rumah (4/5) 
Filem Komedi Seram arahan Mamat Khalid ini merupakan kesinambungan kepada cerita 'Zombi Kampung Pisang beberapa tahun yang lalu. Mengisahkan Husin lakonan awie yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Abi Hurairah (Johan Raja Lawak) juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin(Ummi Nazira)), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau. Pak Abu (Zami Ismail) mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam. Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Cecita cecita..hehe

Rupanya Hantu Kak Limah tu bukanlah hantu. Kak Limah tu sakit jiwa rupanya. Mayat yang diorang jumpa tu mayat pembantu rumah Kak Limah. hahah. lawak tak hingat. Lagi-lagi masa diorang lari lintang pukang and masa Johan bawa radio gi buang air hahah. Eh tapi lawak-lawak pun ada part seram u ols. citer punya citer rupanya che nin lakonan ummi nazeera dan Ayu lakonan avaa vanja tu rupanya dah mati!!! erk~

Apapapun, citer ni besh! tak rugi la tengok. pecah gak la panggung dengar penonton berdekah-dekah ketawa huhu. Tahniah kepada Mamat Khalis sebab baru dua hari masuk panggung dah cecah 1.2 juta!!!

Damping Malam (2/5)
Mengisahkan Wadi (Ahmad Idham) dan isterinya Ku Khalira (Amy Mastura) yang sudah 14 tahun mendirikan rumahtangga. Mereka dikurniakan seorang saja anak perempuan kini berusia 13 tahun bernama Nuraiza. Hidup mereka serba moden. Cara hidup mereka agak terbuka dan bebas. Nuraiza pula anak yang ceria, bijak, walaupun anak tunggal tetapi dia nampak matang dalam dunianya. Disebabkan ibu dan ayahnya hidup lebih mengutamakan duniawi, maka landas agama mereka agak kurang. Nuraiza diasuh oleh ibu saudara Ku Khalira yang tinggal bersama mereka yang dipanggil Umi Siah oleh Nuraiza. Umi Siah seorang yang serius tetapi nampak tenang. Seakan ada rahsia disimpan sendiri-sendiri. Umi Siah sangat menjaga Nuraiza kerana dia tahu keistimewaan yang Nuraiza ada. Ku Khalira sentiasa menjadi bualan kegemaran para wanita yang mengenalinya kerana begitu pandai menjaga rumahtangga. Ku Khalira dan Wadi selalu melakukan yang rasional dalam apa jua hal, tidak mempercayai hal mistik, tidak membimbing keluarga ke arah agama.

Kisah bermula semasa minggu orientasi Nuraiza yang berjaya masuk ke asrama penuh. Ia menjadi kebanggaan buat Wadi tetapi ada sedikit kebimbangan buat Ku Khalira yang katanya ia tidak pernah berpisah dengan anak tunggalnya itu. Ada gangguan di asrama dan sasarannya ialah Nuraiza. Selama ini Nuraiza tidak pernah melalui pengalaman menyeramkan itu, maka datang trauma dalam dirinya. Dia tidak pernah diajar dengan doa atau ayat melindungi dirinya maka Nuraiza jadi tidak menentu dan gangguan tetap berterusan bukan saja kepada dia tetapi juga kawan-kawan yang ada dekat dengannya. Di sana juga dia mengenali rakan sebilik dan sekelasnya, Hasni dan Syarifah. Dia juga mengenali seterunya yang sentiasa kurang senang dengannya iaitu Erna dan Nadia yang tua dua tahun daripadanya tetapi bilik mereka berhampiran. Nuraiza belajar mendekatkan diri dengan pendidikan Islam bersama Hasni dan Syarifah. Gangguan tetap ada. Datang pula kenakalan Erna dan Nadia yang mahu mengenakan Nuraiza, lalu mereka main seru roh guna papan ouiji, maka Nuraiza mula nampak seorang budak perempuan yang sebaya dengannya berlegar sekitar asrama.
Yang menakutkannya, budak itu sentiasa tunduk, tidak pernah nampak wajahnya dengan jelas tetapi setiap kali dia berjalan, dia akan seret kaki dan ada darah sedikit-sedikit menitik ke lantai dari tangan kanan dan kirinya. Nuraiza saja yang nampak dan ia semakin menakutkan Nuraiza sehingga membuatkan Nuraiza histeria. Bagi Erna pula itu semua lakonan dan tipu helah Nuraiza untuk tarik perhatian. Sehinggalah Erna dan Nadia sendiri diganggu tetapi dengan makhluk halus yang lebih menakutkan. Wadi dan Ku Khalira dimaklumkan, mereka datang dan bawa Nuraiza pulang untuk merawatnya. Umi Siah terlalu menjaga keselamatan Nuraiza maka tegas tidak benarkan Nuraiza ke asrama semula tetapi Wadi tidak setuju. Ku Khalira sedih dan bimbang melihatkan anaknya sudah tidak ceria seperti dahulu. Nuraiza beritahu apa yang dia nampak tetapi Wadi tidak percaya. Apabila Nuraiza sudah sembuh, dia pulang semula ke asrama dan gangguan tetap datang setiap malam dan di asrama tidak aman lagi sejak Nuraiza ada di sana.
Apabila Nuraiza tidak ada semula di rumah, rumah Wadi tidak sama seperti dulu, kesuraman terasa, ada gangguan yang Nuraiza lalu, juga menganggu penghuni rumah Wadi. Ku Khalira mengesyaki Umi Siah ada muslihat lain dan gangguan yang datang pada anaknya disebabkan niat jahat Umi Siah, kerana apabila dia beritahu suaminya, keturunan ibu saudara dan arwah ibunya iaitu Raja Sarah pernah menggunakan pendamping menjaga keluarga tetapi dia tidak pernah suka dan tidak percaya semua itu. Wadi mula mengesyaki juga Umi Siah sehingga ada insiden yang berlaku buatkan Wadi percaya Umi Siah mahu menganiaya keluarganya lalu dia menghalau Umi Siah dari rumah. Umi Siah cuba terangkan keadaan sebenar tetapi Wadi tidak mahu dengar dan tidak mahu tahu. Kemudian datang tetamu baru di rumah mereka. Uutaz Bakri ialah sahabat lama Wadi sejak dibangku sekolah. Dia baru balik dari kerjanya di Mesir. Ustaz Bakri terasa unsur negatif itu di rumah Wadi dan meminta Wadi banyakkan solat di dalam rumah dan amalan agama semula yang sudah jauh ditinggalkannya. Apabila Wadi yang sering diganggu itu, mula cuba berjinak mengenal diri kembali dalam agama Islam, amukan berlaku dan dia mula nampak apa yang selama ini dia tidak pernah nampak. Apa yang terjadi?
Rupanya selama ini isterinya, Ku Khalira ada pendampingnya. Atas hasutan kawan, Ku Khalira telah berjumpa dengan seorang bomoh untuk mendapatkan pendamping atas alasan tidak mahu kehilangan suami dan keluarganya. Akhirnya, Aiza anak mereka yang menjadi mangsa kerana Ku Khalira gagal membuat perjanjian semula dengan tok bomoh disebabkan tok bomoh itu telah meninggal dunia. Aiza akhirnya mati akibat perbuatan terkutuk ibunya sendiri....T_T
Citer ni biasa je. takde lah besh sangat tapi takde lah terlalu tak besh plak huhu. Kurang menarik. kurang seram (errr.. tutup mata gak tengok huhu).. pelakon pun jimat giler huhu. kalau tengok bape orang pelakon je yang terlibat menjayakan filem ini huhu.. apapun kepada tuan director.. try again! ^_^
Khurafat (4/5)
“KHURAFAT-Perjanjian Syaitan” mengisahkan perjanjian terlarang, persekongkolan antara manusia & syaitan.Satu bentuk penyelewengan yang nyata dalam Aqidah Islam dan amat ditegah dalam agama. Manusia, disogok dengan nafsu serakah dan dendam membara, tanpa mengira akibat dan bahana, rela membelakangkan Allah untuk memperoleh apa yang dicita walau dengan apa cara, akhirnya hanyut dengan bisikan dan tipu daya syaitan durjana.
Kisah bermula dengan Johan (Shamsul Yusof), seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Perubatan di sebuah hospital kerajaan. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Ayshah (Liyana Jasmay). Seawalnya pasangan ini hidup aman & bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada ‘gangguan misteri’ yang berterusan.
Dalam pada masa gangguan-gangguan itu, hadir pula seorang perempuan tua yang tidak Johan kenali namun sering menyapa dan cuba mendekati Johan sewaktu di tempat kerja. Tanda tanya dan trauma yang melanda Johan & Ayshah tidak habis di sana, malah ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan yang bernama Anna (Sabrina Ali). Walaupun setelah mengetahui Johan sudah berumah tangga dan bergelar suami yang sah pada Ayshah, Anna masih terus mengganggu dan merayu untuk menerimanya semula. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing dan bertekad untuk mempertahankan rumah tangganya dengan segala daya.
Tidak lama setelah berkali-kali ditolak cintanya, Anna ditemui mati bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak bagi segala siri kejadian misteri yang berlaku dalam hidup Johan & Ayshah. 
Apa yang menghantui dan menggangu Johan & Ayshah sebenarnya? Adakah ini semua hanya halusinasi dan gangguan minda mereka atau adakah ini semua merupakan petanda-petanda bagi merungkai jawapan bagi semua persoalan mereka?

Rupanya, yang khurafat itu adalah Johan sendiri. Dalam babak semasa Johan mendukung mayat Anna, masa itulah di flash back kembali zaman silam si Johan. Rupanya dialah yang membuat perjanjian dengan syaitan suatu masa dulu di mana perjanjian itu dibuat adalah untuk mendapatkan Anna yang pada mulanya tidak menyukai Johan. Akibat daripada melakukan perjanjian itu, Anna telah jatuh hati dengan Johan. Namun, Johan mungkin terlupa di mana syarat perjanjian tersebut, dia tidak boleh meninggalkan Anna walau apa jua sekalipun sampai mati. Sampailah pada suatu masa bila Johan tidak tahan dengan perangai Anna, lalu dia meninggalkan Anna dan mengahwini Ayshah yang solehah. Akibatnya? Anna tidak boleh hidup tanpa Johan dan masih mahukan Johan walaupun dia telah berumah tangga. Itulah balasan yang Johan dapat akibat perbuatan sendiri. Akhirnya dia mati bersama-sama jenazah Anna.. Nau'zubillah....

Cerita Khurafat ni memang seram giler oke! Memang beri kesan sangat kepada penonton. Kalau pada mulanya I rate 3.5 but atas pujian ramai I up kan 4/5!! syabas Syamsul!! Walaupun ini pertama kali membawakan filem seram tapi memang patut diberi pujian! I dah balik rumah pun bulu roma tak turun lagi oke! dan yang tak bleh belah I boleh tidur kat bilik housemate gara-gara takut nak tidur sorang-sorang dalam bilik. Teringat-ingat..T_T...
Apapun, tahniah kepada semua pengarah, lakon layar segala! Moga di masa-masa akan datang dapat menghasilkan banyak lagi filem-filem yang bermutu! then tadelah rugi kami beli tiket wayang..^_^
Kepada yang belum menonton filem-filem di atas.. tunggu apa lagi?! hehe..
**Tak berkesempatan tengok lagi satu filem seram.. 'Janin'...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers