Entry
Autopublish
Takut tak sempat nak hapdet sebelum masuk ke Labor
Room. Entri ini di autopublishkan pada hari ini, 30 November iaitu merupakan expected delivery date anak dalam
kandungan yang dah 9 bulan My kandungkan… J
Seakan tak percaya, macam baru semalam kawen.. macam baru semalam disahkan
pregnant… hakikatnya dah lebih 9 bulan anak ini hidup dalam rahim My… terima
kasih Allah…. *tears
Dalam tempoh beberapa hari ni, My mungkin akan
melahirkan bila-bila masa je. Atau mungkin tidak, makanya My terpaksa serah diri
di hospital. Sudah sedia maklum, My ada GDM so kalau 30hb tak jugak bersalin
kenalah serah diri… Apa akan jadi bila serah diri? Wallahua’lam… My sendiri tak
tahu n tak boleh nak bayangkan… Redha je lah.. nak tak nak… Anak ni tetap kena
keluar kan? So tawakkal je lah moga-moga Allah permudahkan My bersalin…. Amin….
Jadi, dikesempatan ni… My nak mintak maaf pada
semua readers atas kesilapan, kesalahan yang pernah My lakukan (kalau ada)… tak
kira ianya disengajakan ataupun tidak… kira 0-0 lah ye! J
Fuhhh.. sesungguhnya memang My sangat
berdebar-debar di minggu akhir kehamilan ni.. Masakan tidak, first timer…
Macam-macam pengalaman dah My baca dan dengar.. namun, tahap ketahanan setiap
ibu yang melahirkan adalah berbeza… Biarlah My laluinya sendiri… baik atau
tidak… Yang penting, anak My selamat dilahirkan n My sangat tak sabar nak tatap
wajah dia… cium dia… peluk dia… susukan dia... J
Ini mungkin entri terakhir My sebelum bergelar
seorang ibu… Lepas ni, InsyaAllah kalau ada kelapangan waktu berpantang akan My
hapdet cerita postnatal My pulak hokay… J
If not, mungkin early February baru My akan kembali iaitu selepas berpantang
hehe… (tapi kalau diikutkan pada ketegaran My mungkin tidak selambat itu kot
lagipun internet sentiasa available dan hanya dihujung jari…:D). Will see…. J
Oklah, setakat ni dulu. Korang doa-doakanlah My
dipermudahkan bersalin ye… until we meet again… J
daaa…






