9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, November 20, 2012

Bila nak keluar ni sayang.....


Salam…

Hai readers… sorrylah, makin malas hapdet belog… :D Ops sila diberitahu bahawa My masih belum melahirkan ye.. baby masih aktif menendang-nendang di dalam perut mommynya ni… haish…. Counting days!!

My dah 38 weeks++ today… n masih tiada sebarang tanda-tanda menunjukkan yang baby nak keluar… Perasaan? Entahlah… macam-macam perasaan ada.. perasaan paling kuat adalah… ‘risau’… Tertanya-tanya bilalah baby ni nak kuar… betul-betul nak tunggu 40 minggu ke? Kalau 40 minggu tu dia tak nak keluar jugak? L My tak boleh lebih dari due date… biasalah GDM… in case dalam 40 weeks nanti baby tak mau keluar nampak gaya kenalah My serah diri kat hospital. Kalau takde tanda apa akan doktor buat ek? Induce? Hurm… Harapnya boleh bersalin normal… Amin….

Bila dah cukup bulan ni, tapi masih lum ada tanda nak keluar rasa macam… urghhh… entahlah. Pagi ni je My rasa stress. Stress sebab dapat tau beberapa kawan terdekat dah nak bersalin n dah bersalin sedangkan due date diorang selepas My… I feel like…. ‘asal diorang bersalin dulu dari aku ni…’… L Mulalah rasa risau… baby okay ke… My ni okay ke? Sebab banyak berfikir punya pasal My menangis masa drive ke Klinik gi check up pagi tadi… Tatao kenapa hati ni rasa sebak sangat-sangat. Sampai bengkak-bengkak mata lah nangis haih… Sabar My… sabar… ada seminggu lebih lagi… Sabar itu separuh daripada Iman….. Fuhhh.. okay. Chill… !

Anyway tadi check up okay je kot. HB pun makin tinggi daripada sebelumnya… cumanya, latest BSP tak review lagi gara-gara My lupa yang check up harini. Sepatutnya My check BSP semalam! Tup tup malam tadi tengok buku lorhhhhhh check up harini My ingatkan esok (Rabu)! Sudahnya tadi gtau kat nurse My lupa nak cek semalam. So My cek BSP harinilah… then esok doc suruh datang klinik dia nak review result BSP. Hopefully okay lah… kalau tak control dia nak refer My ke hospital plak… erkkk~

Enchek hasben pun dah tak sabar nak tunggu anak dia keluar. Hari-hari dia cakap-cakap dengan baby… n baby pun masih aktif bergerak especially waktu malam… Ya Allah… tak sabar nya nak tunggu dia lahir… L

Korang doakanlah My dipermudahkan bersalin nanti ye. Kalau boleh biarlah turun tanda… taknaklah kena paksa bersalin baru bersalin kan isk isk… Hurm, mungkin baby mommy ni nak tunggu keje ofis mommy settle kot… Jumaat ni ada event kat office.. so I’m one of the committee… so, bersangka baik je lah… baby nak mommy jadi pekerja yang komited… Dah sarat-sarat pun dia nak mommy dia perform kerja betul-betul… kan baby kan? J

Ya Allah kau permudahkanlah segala urusanku… permudahkanlah kandunganku sehingga selamat melahirkan… Amin…..


7 comments:

Mrs. Abi said...

semoga dipermudahkan segalanya.... kak my bawak2 la rehat.... udah2 la tu keje kak...huhuhuhu jaga kesihatan k...

Gadis said...

insyaallah ..semoga segalanya dipermudahkan..amin...

My pegang perut n pujuk baby..
mcm Gadis hari tu...
kite usaha jek...
semua kuasa tuhan bila time baby nk kuar..=)

KAMIHIDUP said...

Amin. Moga dapat zuriat yang soleh dan solehah.

e k i n ♥ y u s r i said...

my kene pujuk baby hr2
ajak die kuar cepat
pastu byk2kan jalan

semoga dipermudahkan bersalin
insyaallah

*Vivilicious* said...

sabar My..nanti rindu la nak ngusung baby dlm perut. hehe

actually..even me cant wait to deliver! huhuhuh sakit semacam dah perut sampai mak dh risau sgt..blm ada bloody show. juz rs mild period pain jer. tu pun kdg2..

semoga kta dipermudahkan urusan My.

Munnafendy said...

agknya dah selesa sangat dah kat dalam tu... :)

juicy X said...

DH DKT HRI NI, JGN STRESS2 TAU...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers