9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, February 26, 2013

Tawakkal...

Berat mata memandang.. berat lagi bahu memikul... Seminggu tak pergi kerja cukup membosankan... :( yela bukan cuti dapat kuar berjalan pun... kena menanggung sakit lagi ado... Alahai chicken pox, bilalah kau nak baik... banyak benda My ketinggalan. Masakan tidak dahlah 60hari cuti bersalin, baru 2 minggu naik kerja dah sambung MC plak... maaf boss.. :(

2 hari ni kami kembali semula ke rumah sendiri atas-atas sebab yang tak perlu dinyatakan. Yang penting, susah senang biarlah kami tanggung sendiri. Baby sitter pun dah tak sanggup nak jaga Dhia waktu malam so terpaksalah enchek hasben yang menjaganya dengan bantuan My memandangkan My tak boleh nak pegang Dhia kerana chicken pox. Kalau boleh tak boleh duduk serumah pun dengan Dhia tapi apa boleh buat... Tawakkal je lah dengan harapan Allah pelihara kesihatan anak mummy... Amin...

Chicken pox My sekarang tataolah nak cakap macam mana. Kat muka ni nampak dah kering tapi kat bahagian abdomen masih mekar bintik-bintiknya. belum kering. Chicken pox pun nampak macam tak keluar semua lagi-lagi kat bahagian kaki.. nampak beberapa bijik je yang timbul. haih~... Apalagi My nak buat... :(

Cik B My pun masih belum sedia untuk teruskan penyusuan Dhia. Even boleh keluar darah plak... sedih memang sedih. My sedih bila tengok Dhia terpaksa telan susu lembu... :'( Susu badan still My pump untuk pastikan susu masih ada. Tapi hasilnya terpaksa dibuang. Ya Allah janganlah kau tarik hak Dhia yang satu ini ya Allah... izinkanlah aku untuk terus memberikannya yang terbaik sepertimana yang telah kau syariatkan... izinkanlah aku ya Allah... Aku terlalui merinduinya rindu untuk memegangnya erat... rindu untuk menyusukannya dengan susu badanku... sembuhkanlah segera penyakitku Ya Allah..... :'(

Tadi enchek hasben call. Dia kata, pengasuh sms bagitahu belakang kepala Dhia ada bintik-bintik merah. Allahuakbar. Dhia nak kena chicken pox plak ke? :'( Enchek hasben suh BS cek suhu badan Dhia... Ya Allah kau lindungilah anakku... :'( 

Apalah dugaan yang kami terima lepas satu... satu... :( Sabarlah wahai hati... Allah hanya menguji... moga kami sabar dan tabah hadapi apa jua yang datang... Amin....


Saturday, February 23, 2013

Hak Dhia yang terpaksa saya catu... :'(

Masih menderita diserang chicken pox... bukan sahaja menderita di kulit malah menderita di hati bila tak dapat nak sentuh dan kucup anak sendiri... ='(

2 malam biarkan Dhia di rumah BS dah cukup buat My tak keruan. Tidur malam asyik terjaga dan termimpi Dhia... suhu badan naik mendadak. 2 malam kejutkan hubby dengan suhu badan yang panas sambil menangis sebut nama Dhia... diberinya My panadol dan letakkan kain basah kat kepala sebelum My kembali tidur sehingga Subuh...

Akhirnya semalam My minta enchek hasben untuk ambil Dhia dan bawa ke rumah MIL. Ye, kami ke rumah MIL sementara My sanggup tumpang tidur di rumah seorang kawan baik. dekat dengan rumah MIL. So, Dhia dijaga nenek walaupun sebenarnya nenek kurang larat. Sesekali waktu hubby pegi kerja My jengah juga ke rumah MIL bantu apa yang patut tanpa menyentuh Dhia.. seksa memang seksa... tapi apakan daya... :'(

Sekarang ni yang buat My tambah-tambah sedih... bila bintik merah tumbuh betul-betul dekat kedua-dua cik N... Subhanallah... beratnya ujian kecilMu ini... Langsung My tak boleh nak teruskan beri Dhia susu badan My... :'( Stok susu My betul-betul dah susut.. ada My suarakan untuk cari ibu susuan untuk Dhia sementara waktu ni tapi enchek hubby seakan tak mengizinkan jadi terpaksa lah beri Dhia susu formula buat sementara waktu... kecewa memang sangat kecewa... sedih memang sangat sedih tapi My tak mampu nak buat apa.. Inilah hak Dhia yang terpaksa Mummy catu buat sementara waktu... maafkan mummy sayang... :( kalau My teruskan bagi susu badan khuatir jadi lebih teruk pada Dhia... :'(... So, untuk pastikan susu badan sentiasa ada My masih kena konsisten pumping tapi hasilnya terpaksa dibuang...:'( Kalau tak pump pun for sure Miss B akan bengkak dan My terpaksa pula menanggung kesakitan selagi tak dipump... :'(

Chicken Pox My masih belum ada tanda-tanda nak sembuh... sebahagiannya nampak belum muncul lagi terutama bahagian kaki. Banyak dah air kelapa yang My minum. Mandi pun My mandi guna sabun daun semambu. Tapi macam tu je lah. Bintik-bintik ni nanti akan jadi ape ye korang? meletopkah? lepas tu? arghhh cepatlah sembuh... tak sanggup nak hadapinya lebih lama lagi... :( akibatnya, cuti kerja lama... cuti pegang anak pun lama... :'(

Ya Allah.... sembuhkanlah.... :'(

Thursday, February 21, 2013

Saya dilarang untuk mendekati anak sendiri... :(

Salam readers...

tatao dari mana nak mulakan.. tatao pada sapa My nak luahkan... tatao berapa liter dah airmata ni mengalir.. mengalir sebab terlalu rindukan satu-satunya puteri kami, Dhia Batrisyia... :'(

3 hari lepas My tiba-tiba demam. Sehari seblum tu dah rasa seram sejuk kat ofis. Malamnya ke klinik suhu 38'c... MC esoknya. Sempat pergi berurut sebab My ingat sebab My terlalu letih. Tapi lepas tu demam masih on off. sakit-sakit badan masih terasa. Ditambah dengan keletihan menjaga Dhia yang meragam taknak tidur gara-gara selsema+berkahak. Semalam My tak datang kerja lagi.. Sampailah masa tengah mengepam My perasan macam ada biji-biji merah di badan. MasyaAllah.. banyaknya! Dalam kepala hanya fikir denggi atau chicken pox!!

Nasib baik masa My perasan biji merah tu enchek hubby dah pun odw balik rumah. My suruh balik awal bawa pegi hospital sebab My on off demam n Dhia plak meragam sebab selsema+kahak dia masih banyak. Tak lama tu enchek hubby sampai. My persiapkan apa yang patut untuk ke hospital.

Masuk bilik doctor, bila dia tengok bintik-bintik merah tu... sah chicken pox! alahai... dah tua-tua bangka macam ni baru nak kena memang bengkek giler la kan... -..- Doctor yang rawat tu plak bukan bahagian pediatrik atau O&G so bila My tanya bab penyusuan dan jangkitan pada anak dia call sorang doc perempuan untuk pengesahan. 

Alhamdulillah... masih boleh breastfeed anak malah sangat-sangat digalakkan untuk antibodi anak. Cuma kalau boleh jangan bagi direct. Pasal jangkitan, doc cakap memang sangat senang berjangkit.. so, jangan pegang anak sekurang-kurangnya seminggu. doc tu cakap macam serious sangat je sampai kalau boleh jangan duduk serumah dengan anak... :'(

Ah sudah.. keluar bilik doc kitorang dah terfikir nak suruh sape jaga anak sepanjang My kena chicken pox ni. My cuma terfikir MIL n BS je. Alahai nak letak rumah MIL jauh sangat dengan anak nanti... Nak letak dengan BS pun risau jugak yela sebab orang luar kan... Lepas balik dari spital memang My tak dukung anak langsung. sesekali je usap celah kening dia bagi dia tidur. Kebetulan bawa adik ipar teman sekali gi spital so dia yang dukung Dhia sepanjang balik.

Sudahnya, sebab ini pengalaman pertama My kena chicken pox (agaknya lah) dan first timer kami jadi mummy daddy so sebab risaukan Dhia, malam tadi Dhia tidur kat rumah BS... MasyaAllah.. balik je rumah teresak-esak My nangis. Pakaian Dhia yang belum berbasuh My cium puas-puas... :'( terngiang-ngiang suara Dhia berborak dengan mummy daddy... Ya Allah rindu sangat kat anak mummy... :'(

Kami cadang nak letak Dhia siang malam di rumah BS sepanjang seminggu ni. Nak bawa Dhia balik rumah waktu malam boleh je asalkan My kuarantinkan diri dalam bilik n enchek hubby jaga Dhia. cuma tu lah My risau kalau tengah-tengah malam Dhia bangun nak menyusu.. Sah-sahlah enchek hubby takkan terjaga eventho tangisan anak tu sebelah telinga dia je! haih~ n kalau My kejut dia still My kena keluar bilik jugakkan... pastu nak panaskan susu ke, nak ke toilet ke.. nak minum ke... still ada risiko untuk berjangkit kan... :'( Allahuakbar....

La ni sorang-sorang kat rumah. enchek hubby gi kerja. Dhia? kat rumah BS lah mana lagi. Rindunya kat Dhia sampai termimpi-mimpi dia tadi... :'(

Sekarang ni, My confuse. Apa yang perlu My buat. My ada gak tanya sana sini. Ada yang kata ok duk serumah ada yang kata memang sangat senang jangkit n kalau boleh jauh-jauh. ada yang kata takpe kalau baby berjangkit ada yang kata bahaya/kesian kalau baby berjangkit... Alahai... mana satu My nak ikut n percaya ni... semalam doc cakap pun macam serious bahaya sangat. Kalau ada tanda-tanda baby lain macam dari biasa cepat-cepat bawa gi spital katanya. Yela, baby bawah 5 bulan ni antibodi belum kuat lagi kan.. senang kena infection tak kira kat mana pun. 

Ya Allah sembuhkanlah penyakitku segera agar aku dapat bertemu Dhia kembali... :'(

Yu ols ada tak petua bagi chicken pox ni cepat baik? :( Sekarang ni dah penuh kat abdomen. Kat muka pun dah naik. ahhh gatalnya toksah cakap lah. rasa nak garu-garu je... :( 

Hurm... My risau jugak letak kat BS ni. Dah lah sah-sah BS akan bawa dia keluar sana sini... :'(

alahai siannye anak mummy kalau kena mcm ni...:(

Dhia, mummy rindu Dhia... mummy rindukan senyum tawa Dhia.. :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers