9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, May 22, 2014

WhatsApp Plus baru yang Syiok!!!







Siapa yang tatao lagi pasal WhatsApp Plus? hehe. WhatsApp+ ni dah lama jugaklah cuma belum popular sangat kot. Atau mungkin most pengguna WhatsApp malas nak uninstall then reinstall yang baru bla bla bla. Macam aku jugak. Dah lama senanya orang duk cakap pasal WhatsApp+ ni tapi malas nak amik pusing sebab sah2 nak menghabehkan quota internet aku pastu memberatkan henpon aku kehkeh. (walhal aku try jugak dlu tapi gagal entah kenapa pastu malas dah nak buat haha.

        

Pada yang tatao, WhatsApp+ adalah versi yang diubahsuai daripada WhatsApp yang lama. Application ni dicipta untuk pengguna Android sahaja (setakat ini). Dikenali sebagai WhatsApp Plus (WhatsApp+) yang menggunakan simbol Whatsapp berwarna biru. (Laki aku kata PAS tukar BN haha choiiiii).

Nak dipendekkan cerita malam semalam group family aku dok borak2 pasal WhatsApp+. Yang hanginnya sape yang dah bertukar kepada Whatsapp+ ni bila dia dok post icon2 yang tak wujud dalam WhatsApp lama orang2 yang guna old version tak boleh nampak icon tu. cis. Aku apalagi, pagi ni cuba ikut bertukar dari hijau kepada biru haha.

dan hasilnya,


Successful!! hahahahaha... 

Bila dah install yang baru, jakun lah sket kan sebab no limitation. banyak icon2 yang aku nak sangat ada dalam WhatsApp+ di mana ianya tak wujud dalam WhatsApp lama haha

Korang nak jugak?? Meh ikut step ni:

Cara-cara nak install WhatApp Plus:

  1. Download dulu sini: http://whatsapp-plus.net/download.php (sehingga selesai download biarkan sekejap)
  2. Pergi kat setting whatapps yg lama pastu cari chat setting, tekan backup conversation 2-3 kali. (so takde isu chat yang lama hilang, bila donlod yang baru otomatik dia akan sync balik semua chat yang dah di backup...)
  3. Pastu uninstall whatapp lama.
  4. Pergi dekat yg whatsapp+ yg dah download tadi & install.
  5. Ikut arahan yg diberikan semasa install.
  6. Whatapps anda yg lama akan bertukar menjadi Whatapp+ yang baru!
Apa kelebihan WhatsApp+? 

Banyak emoticon baru.. Boleh hantar music.. Boleh tukar layout/theme WhatsApp (unique) berbanding WhatsApp biasa..

Size file hantar lebih besar sampai 50MB..!!!


Tapi.. Setakat ni hanya support Android phone sahaja.. IPhone dia tak buat lagi.. kikiki.. :P

Ni adalah full list additional new emoticons yang ada dalam Whatsapp Plus. hahah. menarik kan kan kan kan?? All your emotions and feelings can be expressed without limitation!!! hahahhaha. kalau ada group macam aku yang berlambak2 group dalam whatsapp ni.. konpem meriah yu ols!!! hahaha... :P



So, tunggu apa lagi?? tayah pikir2 la. bertukar sekarang!!! hahahhaa...

menggunakan wifi free adalah recommended... :P

Thursday, May 15, 2014

Baaa Chak! :P

Assalamualaikum readers… :)

Hiiii as usual suka2 hati mak je nak hapdet bile kan… :P Owh I miss my ‘blogger’ part time job… :P yang ada masa untuk update post… yang ada banyak idea untuk story mory personal life and sharing tips! Dah 2 tahun kawen pun masih tak pandai nak manage 24jam/sehari… urghhh…. How bad……

Anyway, just back from Wesak holiday. Going back to Segamat to visit emak and pusara abah…. 5 bulan dah abah pergi… tapi tetap rasa abah masih ada… boleh kata saban hari ingat kat abah.. mimpikan abah… Rasa macam mimpi je yang abah dah pergi selama-lamanya…. We miss u abah… :’(

Emak semakin pulih. Rutin hariannya ke tempat kerja… kalau tak kerja ikut kumpulan marhabannya seperti dulu. Tak dinafikan kalau di rumah mak mesti rasa kesunyian. Kalaulah aku boleh menemani emak setiap hari…. :(

Aku? Aku tak ingat sekarang usia kandungan ni dah berapa minggu hehe. 13weeks+ kot ngee~ maklumlah dah no 2 so takdelah beria sangat.. steady je.. :P Morning sickness masih belum hilang. Aku rindu napsu makan aku dengan makanan2 sedap… L Kalau masih muntah macam ni bilanya aku boleh melahap macam dulu? Janganlah sickness ni smpai bulan puasa kang. Jenuh oiii kalau tak dapat nak puasa.. :(

Dhia? Dhia dah setahun 5bulan.. J Makin cerdik… gigi baru 4 batang haih. Berlari dah macam orang tua. Dah lah kalau gi mana-mana macam shopping complex ke tak mahu kita pegang tangan. Menonong jalan sorang2 tak pedulik kat mak pak die. Nak bebas katanya grrr. Apaknye la yang kena kejar mommy xlarat huhu. Dhia sekarang faham sangat apa kita cakap. Dah boleh disuruh amik itu amik ini hehe. Dia je belum pandai cakap nak respon balik masihla dengan bahasa aliennye tu hehe. Tapi kalau kita cakap dia dah pandai mengikut. Contoh suruh sebut mommy… dia pun ikut tapi jadi mama. Sebab tak pandai nak belok2 lagi perkataan nya haha. Mommy jadi mama. Daddy jadi dada. Nenek jadi nana. Hehe. Dhia dhia…

Laki ai? Hehe. Alhamdulillah sepanjang sickness ni dia banyak membantu. Tolong tukar pampers dhia.. cuci berak dhia… mandikan dhia… main dengan dhia.. tolong kemas rumah… macam-macam la. Tq yunk… ngee~

okla tu je nk update.. :P



Tuesday, April 15, 2014

Luahan Rasa

Salam...

I am 10 weeks of pregnancy now, still in critical time... with sickness. Masih bekerja macam biasa eventho kadang-kadang i can't focus on my work. one task yang biasa amik masa sekejap dah berlarutan dengan begitu lama. Arghh... :( MC? rasanya dah lebih 3 hari MC kot sepanjang pregnant ni... 

Anyway, Dhia baru je recover from Chicken Pox. Siannya. Daddy dah cuti few days jaga Dhia haritu. Mommy memang tak larat nak jaga. So hantar gi rumah MIL mintak tolong jaga eventho MIL pun bukan larat sangat. Maap mak... critical sangat dah... :( aku ni kalau boleh nak baring n rehat je all the time... :'(

kadang-kadang i feel sebak. feel lonely. Sebabnya i have no one in KL. Tiada mak tiada abah. tiada adik beradik sorang pun. Kalau ada, boleh jugak ngendeng2 kat diorang mintak tolong kan. But then. nobody... :( husband ada semuanya di sini. Mak bapak... siblings. Tapi keluarga sendiri tak sama dengan keluarga orang lain. Feeling bersalah jugak kalau nak mintak tolong. Plus, kakak abang hasben pun banyak tanggungjawab n komitmen. Apetah lagi masing2 punya family dan anak kecil. hurm.

Hasben all the time keje. Isnin-Sabtu keje hakiki. Ahad, ada je orang panggil mintak tolong service aircond la... btolkan itula.. ini la... Kalau aku sihat mungkin aku redha je kena tinggal. Tapi waktu2 macam ni rasa tertekan bila dia gi buat keje. Dah tu nak buat macam mana redha jela.. customer dia lama tunggu mintak tolong itu ini. So Sunday aku akan lepak dengan Dhia dekat rumah MIL sampai hasben siap buat keje. Yela nak duk rumah berdua dengan Dhia aku belum cukup larat. So kalau gi rumah MIL ada backup huuu. Itupun letih. Berehat kat rumah sendiri dengan rumah orang lain tak sama.. :(

Lately ni selalu teringat arwah abah. Boleh kata everyday mimpi dia... teringat dia... terbayang2 lagi kenangan-kenangan dengan abah... Ya Allah... aku rindu sangat2 kat abah. Akak post gambar baru-baru ni. Gambar buah-buahan kat keliling rumah abah. Buah-buahan yang abah tanam tengah berbuah lebat. Doyan belanda, betik, mangga.... Subhanallah lebat betul buahnya lagi-lagi mangga. Kalau abah ada lagi konfem dia dah buat jeruk simpan dalam peti ais.. :') Banyak jasa abah pada tanah. Alhamdulillah... Abah... kitorang sume rindukan abah... tak dapat bayangkan Ramadhan yang tak lama lagi ni tanpa abah... :'( Smoga abah tenang di sana... semoga abah ditempatkan di kalangan hamba2Nya yang beriman... Amin....

Sekarang ni, aku nak baik dari alahan. Kalau xbaik lagi memang sume keje tak jalan. kain baju dah sebulan tak berlipat. Nak cari suar dalam pun duk bongkar2 gunung kain oiii. haru tak. Oh sickness... pls go away... :'(

Buku pink tuk adik baby dah register. Checkup as usual akan pergi KK. InsyaAllah this time bersalin nak pegi private plak. will see how. n hopefully no GDM anymore kali ni. Nurse dah bagi form suh minum air gula tapi aku mintak hold dulu at least smpai baik alahan. Tak sanggup oiii minum air gula time mabuk2 ni... :'(

Urghhh. okla sekian luahan rasa untuk harini. Tah hape2 hapdet kan. dengan gambo takde ape takde. aaahhhh ade aku kesah... -..-

okbai. tenks le rajin bace kome oiiii... doakan aku ye! hihi.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers