9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Showing posts with label sahur. Show all posts
Showing posts with label sahur. Show all posts

Monday, July 30, 2012

Terlajak

Pagi tadi bunyi alarm sahur. STOP kan. tertido balik. Sekali terjaga amekaww.. dah 5.40 am!! Kelam kabut switch on lampu kejut enchek hasben.. “syg! syg! bangun! Dah terlambat 5.40 ni cepat!”… laju lah plak dia bangun.. kalau idakkkk mau 5 minit dikejut baru nak bangun cis. Cepat-cepat My ke dapur capai pinggan cedok nasik 2 pinggan n makan! Sambil tu on tibi Al-Hijrah kot-kot dah azan boleh benti makan serta merta kihkih…

Adoii… terbahak2 kitorang ketawa pagi tadi sebab festime jadi macam ni. Dahlah basuh muka ala kadar, nak membuang air pun tak sempat… Tahan je sebab nak kejarkan sahur punya pasal. Nasib baiklah lauk dah ada lebih berbuka kat umah mertua semalam. Nasi pun dah masak awal-awal malam tadi so keep warm je kat dalam rice cooker tu. Fuhhhh sempat gak bersahur pagi tadi… Kalau tak sahur mau tak puasa mak buyung sorang ni. yela…kalau sahur pun perut pedih macam hape… pening kepala jangan cakaplahhh….

Ni pun tengah cuba bertahan sebabnya..masa mandi pagi tadi boleh plak muntah… Ahhh… Dahlah bersusah-payah makan sahur dia boleh keluar balik plak… -..- Masa drive ke office tadi perut dah berkeroncong.. ahh sudah! Jangan buat hal masa kerja sudah. Dahlah tadi masuk office lambat atas sebab yang tak boleh dielakkan.. pastu parking plak jauh giler tercungap-cungap den bejalan ke office dengan perut macam ni.. jangan lapar sudah… Pelis pelis….! hish~

Ok tobat. Pasni tak nak tido balik lepas bunyi alarm. Kalau nak lelap pun akan pastikan alarm tu di SNOOZE kan bukan STOP! Kalau terlelap 5 minit okay lagi.. kalau dekat sejam naya! Nak harap enchek hasben yang bangun kejut? Bunyi bom sebelah telinga dia pun lum tentu dia bangun…-.-’

So My… pls take note!!

p/s: adehhh.. perut berkeroncong... tolong....!!! T____T

Wednesday, August 10, 2011

Tidur selepas sahur


Assalamualaikum…

Alhamdulillah… harini rasanya lebih baik daripada semalam. Dah 2 minggu puasa ni semakin malas rasanya bersahur.. lebih menghargai waktu tidur daripada memperoleh pahala bersahur kan… demmm…-.-’…  Pagi tadi My gagahkan gak diri bangun menjamah 3 biji kurma dan beberapa teguk air masak. Dah malas nak sediakan oat seperti hari-hari sebelumnya. Tengok jam masih ada waktu sebelum pukul 6 pagi.. kalau sebelum ni lepas bersahur My tak tidur balik tapi pagi ni My sambung lelap mata… apa nak jadi nih? haish~
ikhsan google
Sebenarnya kan adalah lebih baik kalau selepas bersahur kita tak tidur lagi. Kalau korang bekerja atau belajar bolehlah terus bersiap-siap apa yang patut, iron baju ke.. mandi ke... n paling terbaik… baca Quran sementara tunggu azan Subuh. Bukan apa, kalau kita bersahur lepas tu bantai tidur balik lepas tu bangun mesti badan terasa letih… terasa lapar… liat je rasa nak bangun… Akibatnya? Tak bersemangat di tempat kerja/belajar… lesu je… kan kan? Lagipun tak bagus lah untuk kesihatan sebab makanan yang kita makan tu belum dicerna lagi. Kalau takat makan kurma ok lagi ni kalau bantai nasi 2/3 pinggan lepas tu bantai tido… perghhhh… kalau badan ‘terlebih sihat’ lepas tu jangan salahkan ibu mengandung plak ye..:D

So, korang macam mana? Sahur tak? Lepas sahur tido balik ke? Ce cite ce cite… hehe

Nota kaki: Kerja nampaknya bakal menjadi stress sebab ada 2 coming event Oktober dan Disember ni… demmmm… masa suntuk oke!!! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers