9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Wednesday, August 1, 2012

Mood Disorders


google~

I am not in the mood of working today. Dah beberapa hari ni asyik muntah je selepas sahur. Dunno why… Ingatkan sebab teguk air banyak sangat. So My kurangkanlah minum air selepas makan.. but still harini isi perut tu nak keluar jugak. Cuba tahan.. tapi dia keluar jugak sampai habis. Huh…. Punah sahurku…. Sekarang kat office pun masih rasa loya tapi dah takde isi perut yang nak dimuntahkan dah…-.-’

My bukan apa… My bersusah payah senanya semangat bangun sahur demi nak isi sesuap makanan dengan harapan perut yang membuyung ni tak meragam. Sakit kepala tak berlarutan… Sekurang-kurangnya dengan bersahur dapat tolong My bertahan sehingga berbuka… Bila perut dah kosong macam ni.. badan pun flat… nak kerja pun arghhh…. Perut jangan cakaplah belum gerak gi keje lagi dah krak kruk krak kruk…. Kecewa okay! Ya Allah… mampu ke bertahan ni… L

U know what? Senanya My dah ponteng sehari puasa haritu… Sebabnya? Tak tahan sakit perut sebab muntah ni la…-..- Tu yang agak terkilan tuh. Sekarang ni tengah berjuang demi perut terchenta+cuba bertahan demi nak dapatkan puasa penuh sehari… Harap bertahan. Tolong lah wahai perut dan baby… kita cuba bertahan k sayang…. L

What’s now? Buat keje laaaaa… grrr


Wednesday, August 10, 2011

Tidur selepas sahur


Assalamualaikum…

Alhamdulillah… harini rasanya lebih baik daripada semalam. Dah 2 minggu puasa ni semakin malas rasanya bersahur.. lebih menghargai waktu tidur daripada memperoleh pahala bersahur kan… demmm…-.-’…  Pagi tadi My gagahkan gak diri bangun menjamah 3 biji kurma dan beberapa teguk air masak. Dah malas nak sediakan oat seperti hari-hari sebelumnya. Tengok jam masih ada waktu sebelum pukul 6 pagi.. kalau sebelum ni lepas bersahur My tak tidur balik tapi pagi ni My sambung lelap mata… apa nak jadi nih? haish~
ikhsan google
Sebenarnya kan adalah lebih baik kalau selepas bersahur kita tak tidur lagi. Kalau korang bekerja atau belajar bolehlah terus bersiap-siap apa yang patut, iron baju ke.. mandi ke... n paling terbaik… baca Quran sementara tunggu azan Subuh. Bukan apa, kalau kita bersahur lepas tu bantai tidur balik lepas tu bangun mesti badan terasa letih… terasa lapar… liat je rasa nak bangun… Akibatnya? Tak bersemangat di tempat kerja/belajar… lesu je… kan kan? Lagipun tak bagus lah untuk kesihatan sebab makanan yang kita makan tu belum dicerna lagi. Kalau takat makan kurma ok lagi ni kalau bantai nasi 2/3 pinggan lepas tu bantai tido… perghhhh… kalau badan ‘terlebih sihat’ lepas tu jangan salahkan ibu mengandung plak ye..:D

So, korang macam mana? Sahur tak? Lepas sahur tido balik ke? Ce cite ce cite… hehe

Nota kaki: Kerja nampaknya bakal menjadi stress sebab ada 2 coming event Oktober dan Disember ni… demmmm… masa suntuk oke!!! 

Tuesday, August 9, 2011

I am off today

I am not in a good mood today… tak larat. Mungkin gara-gara ‘kurang makan’ semasa berbuka semalam, sahur pun ala kadar je… jadinya hari ini badan jadi lemah macam setahun tak makan… buat kerja pun lemau je… nak menaip ni pun alahaiiiii lembikkkkkk…T_T
Ini baru My yang tak makan sehari… belum lagi tengok orang-orang kat bosnia… Africa yang makan tak pernah cukup tu kan? Subhanallah…. Bersyukurlah kita tinggal di bumi Malaysia yang bertuah ni… *Insaf~

Just… hari ni My agak kurang bertenaga berbanding biasa… terpaksa kurangkan bercakap, kurangkan menaip, agar tenaga tak hilang banyak sementara nak tunggu berbuka… Kalau tak? Mahu pengsan……*_*

Daaaaaa~

Monday, August 8, 2011

Okaylah.. boleh masuk tekak

Assalamualaikum… Selamat pagi y’ols!!

MONsterDAY sudah?? Unbelievable!! Time is running very fast kan? Walaupun hujung minggu My hanya menghabiskan masa di rumah tapi still tak cukup! Yup… I want more!! Boleh? Hehe…

Oke sebenarnya tade pape pun ni sekadar entry mukadimah pagi ini. hehe. biasalah as usual di antara yang terawal sampai office. Pukul 8.05 am dah sampai oke! giler kental tak…pastu balik dahlah selepas 5.30pm walaupun sebenarnya bulan pose ni dapat balik seawal 4.30pm…-.-’… bajet pekerja dedikasi lettewww…

Oke semalam seperti hari Sabtu TERjaga dari lena jam 1.20 pm… demmm… tak tahu lah kenapa dengan rumah My tuh asal tido jek konpem tak sedar matahari atas kepala baru bangun…-.-’… hehe padahal sengaja kan kan… jam tak kunci pun tahu2 terjaga tengahari hehe… Bangun-bangun je kemas rumah and cuci pinggan mangkuk yang semalamnya punya… heee~ Pastu mandi, solat n baru terhegeh-hegeh nak cari barang memasak…

Hajat awal nak beli kat kedai-kedai dekat rumah je. Tapi ada satu je yang bukak yang lain? hampeh tutup patut pun Ahad kottt… Ada satu kedai tu pun ayam plak tak bleh beli seketul… kena beli sekor-sekor… sape nak makan beli banyak2?-.-’

Puaslah memusing tak jumpa kedai dah… Lagipun kalau pergi ke kedai runcit bukan boleh pun nak beli seketul je ayam (nak bahagian isi je) tu. Jauh gak kitorang mencari. Nak pergi Mydin tapi bapak jammed!! Last-last pergi NSK Selayang… jauh kauuu semata-mata kerana seketul ayam…-.-’… At last dapat jugak walaupun kena beratur panjang kat kaunter+jalan jammed… Ahadlah katakan…
Sampai rumah dah pukul 5pm!! Ada masa 2 jam je lagi nak masak… Harini My yang janji nak masak sebab semalam hosmet dah masak kan. Apalagi bertungkus lumuslah My di dapur… Masak apa? Hehe… Masak bihun sup + Tempe goreng je pun…-.-’… Seperti yang sedia maklum My ni jarang masuk dapur almaklumlah duduk membujang kan hehe… So bila sesekali masuk dapur ni agak menggelabah lah jugakkk… Sambil masak sambil post kat fb. Boleh????-.-’ Wahwahhhh bila My post pasal masak masing2 dok pakat komen pekena kat My.. hampagas… tu sume akak-akak+sepupu sepapat My le tu… hampeh tul… -.-’ Tapi oke gak sebab diorang bagi tips haha
Bukan pe sebelum ni My pernah buat bihun sup sekali je… Beberapa bulan yang lalu… Dah lama kot… So bila nak buat lagi ni gelabah la kan… haishhh camne nak kawen nih…-.-’

At last, menjadi jugak… Tak payah pun guna serbuk sup tuh dah ada rasa dah.. Cuma kaler dia tak berapa nak keruh la kan but then okelahhh boleh sumbat kat tekak haha.. hosmet pun makan bertambah maknanya tadelah teruk sangat pun kan rasanya…;D tempe goreng? Haruslah licin! Nak nak kitorang ni sama-sama orang Johor memang feveret yu ols!! Tak caya? Try lah. Masa My study UiTM Shah Alam dulu kan hosmet sume dari Perak, KL so diorang tak bese makan tempe goreng. Bila My masak diorang pelik tapi bila dah rasa lepas tu siap buat sendiri kauuu… Bila balik rumah masing-masing diorang masak kat rumah family diorang pun sukaaa hehe… ce lah try pastu cicah dengan sambal kicap. Perghhh mabeles!!!!
taraaa!!!
licin kauuuuu
Hehe… ok dah habes. Nak resipi ke?? Heee tak payahlah… google je lah ye..;D kalau nak resipi sambal kicap tu habaq kat My…;)

Nota kaki: Malam tadi gi terawih… Nak balik terawih tengok selipar hilang… demmm menapak ke kereta kaki ayam… grrr nasib bek bulan pose takpe den halalkan aje. Selipar buruk pun nak curik…-.-’


Sunday, August 7, 2011

PUASA HUJUNG MINGGU

Assalamualaikum...

Whoooo harini sehari suntuk tak online hehe.. Ape taknye.. bangun pukul 1.30pm.. ish2 kurang pahala pose... Pagi tadi sahur minum air je lepas solat Subuh... pas Subuh sambung tidur sampai tengahari.. demmm...-.-'

Untuk tebus perangai tak senonoh tu bangun-bangun je My mengemas rumah.. cuci bilik air.. cuci toilet.. mop lantai.. basuh baju... mandi.. solat... and memasak!!! hohoho..;D dalam masa beberapa jam je baki yang tinggal untuk berbuka puasa My akhirnya berjaya menyelesaikan semua kerja... hebat tak hebat tak... Alhamdulillah..;)
hantar sket kat jiran depan hehe
Memasak tu member serumah yang banyak berjasa hoho My dah kepenatan so My membantu je mana yang patut.. Harini kitorang masak bihun goreng dan popia goreng hehe.. penat jugak ah menggulung popia tu huhu.. 

So tak ke bazaar pun harini... Enchek tunang je baik hati gi belikan air kacang soya untuk kitorang n sempat gak belikan kuih dan murtabak... pergh banyak la plak menu berbuka...-.-'
Masa berbuka... hamik kauuu kekenyangan.. walaupun tak makan nasik tapi apa yang ado ni pun dah terlebih cukup...-.-' Alhamdulillah...;)

Dan mungkin kerana tidur yang mencukup + makan yang memuaskan makanya harini terawih pun tak berapa mengantuk.. n tak terasa lama seperti hari-hari sebelum ni hehehe.. Alhamdulillah setakat hari ni terawih tak pernah tinggal lagi kecuali hari tak pose hehe... Hopefully boleh terawih full la sampai akhir Ramadhan nanti..;)

K lah... masih kenyang lagi ni... nak menaip pun tade idea dah.... cau!

Thursday, August 4, 2011

LEMAU

Bulan-bulan pose ni awal betul den datang keje....


hari ni dah pose.... malam tadi tidur kul 12 lebih.. bangun sahur kul 5.10am tak tidur sampai subuh....


sekarang baru masuk opis mata dah terpejam jek... lemau...!


macam mana nak bertahan sampai petang ni.....+_="


pendekkan entry ni??? okbai~


nota kaki: lelap jap ah....kroihhhh kroihhhhh

Wednesday, August 3, 2011

nak cerita pasal puasa...tapi belum masanya lagi...

Salam. Morning everyone. Wahhhh 3rd day Ramadhan already!! Tapi sayangnya My belum dapat menikmati Ramadhan kali ni lagi… Mungkin esok atau lusa kot baru On. Hee… jangan mare… hurm, walaupun bercuti tapi My macam korang jugak. Bukan ada makan apa pun cukuplah minum seteguk dua… Yela bulan puasa weh malu arrr nak mentekedarah macam hari biasa plak kan.

So, disebabkan My pun tak berapa nak makan badan pun lesu macam korang-korang yang berpuasa tueee…. (puasa ke?;D) … Jadinya macam biasalah kan otak time-tima puasa ni memang suka gagal berfungsi… Nak-nak sebulan plak puasa adehhh… kurang sudah pageview den. Advertlets pun dah tak berapa nak laju geraknya uwwaaa… T_T Nak berblogging pasal sahur… puasa… masih tak layak lagi yela sebab My dah beraya dulu kan… Jadinya belum rasa semangat nak bercerita… Tunggulah nanti bila My dah mula bangun sahur…. Berbuka… hamik kauuuu… hoho

Eh bulan-bulan puasa ni korang buat ape je? yang belajar tu… Tak letih ke pegi kelas? Adoiii dulu masa My study time-time pose ni alahai lemaunyeee… Giler tak sabar nak abis kelas petang tu… Kalau abis awal balik bolehlah lena sekejap sebelum pegi bazaar. Pegi bazaar macam-macam nak haih pastu terawikh tersengguk-sengguk heee. Time keje ni pun lebih kurang je… Lesu je badan… Kepala ni kalau dapat bantal pergh tak sampai sesaat dah lena dah… Nasib baik office My ni tiap kali Ramadhan balik awal. So 4.30pm dah boleh nyah dari opis ni. Tapi tengok jugaklah kalau rajin My baliklah naik train sebab biasanya kan enchek tunang yang anta dan amik keje kena plak dia balik macam biasa 5.30pm macam semalam My tak larat so stay je sampai 5.30pm tunggu dia huu…

Sekarang ni pergi bazaar macam tak bape nak selera sangat pun. Sebab tak tahu nak makan apa. Kadang-kadang tu beli air n kuih je. Nak masak tak sempat… lagipun tak tahu nak masak apa. Haih~ My ingat tahun ni puasa My takmo gelojoh macam tahun-tahun lepas. Macam-macam nak beli kat bazaar pastu membazir tak habis. Jadinya tahun ni nak beli sejenis makanan je setiap kali gi bazaar. Ye!! My boleh!!! Lagipun nak kuyuskan poyot ni…-.-’

Hurm… balik ni nak makan ape ye? heee~ Baru 8.30am kot! Hurm, puasa-puasa ni mesti orang duk tengok jam 24jam kan… menunggu waktu keje abis dan berbuka hehe…

Nota kaki: ada meeting kul 10 jap lagi!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers