9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Monday, July 30, 2012

Terlajak

Pagi tadi bunyi alarm sahur. STOP kan. tertido balik. Sekali terjaga amekaww.. dah 5.40 am!! Kelam kabut switch on lampu kejut enchek hasben.. “syg! syg! bangun! Dah terlambat 5.40 ni cepat!”… laju lah plak dia bangun.. kalau idakkkk mau 5 minit dikejut baru nak bangun cis. Cepat-cepat My ke dapur capai pinggan cedok nasik 2 pinggan n makan! Sambil tu on tibi Al-Hijrah kot-kot dah azan boleh benti makan serta merta kihkih…

Adoii… terbahak2 kitorang ketawa pagi tadi sebab festime jadi macam ni. Dahlah basuh muka ala kadar, nak membuang air pun tak sempat… Tahan je sebab nak kejarkan sahur punya pasal. Nasib baiklah lauk dah ada lebih berbuka kat umah mertua semalam. Nasi pun dah masak awal-awal malam tadi so keep warm je kat dalam rice cooker tu. Fuhhhh sempat gak bersahur pagi tadi… Kalau tak sahur mau tak puasa mak buyung sorang ni. yela…kalau sahur pun perut pedih macam hape… pening kepala jangan cakaplahhh….

Ni pun tengah cuba bertahan sebabnya..masa mandi pagi tadi boleh plak muntah… Ahhh… Dahlah bersusah-payah makan sahur dia boleh keluar balik plak… -..- Masa drive ke office tadi perut dah berkeroncong.. ahh sudah! Jangan buat hal masa kerja sudah. Dahlah tadi masuk office lambat atas sebab yang tak boleh dielakkan.. pastu parking plak jauh giler tercungap-cungap den bejalan ke office dengan perut macam ni.. jangan lapar sudah… Pelis pelis….! hish~

Ok tobat. Pasni tak nak tido balik lepas bunyi alarm. Kalau nak lelap pun akan pastikan alarm tu di SNOOZE kan bukan STOP! Kalau terlelap 5 minit okay lagi.. kalau dekat sejam naya! Nak harap enchek hasben yang bangun kejut? Bunyi bom sebelah telinga dia pun lum tentu dia bangun…-.-’

So My… pls take note!!

p/s: adehhh.. perut berkeroncong... tolong....!!! T____T

Friday, July 27, 2012

Komitmen Ramadhan

Huarghhhhh..... mengantuk tahap gaban.... Inilah cabaran menjadi seorang isteri, lagi-lagi di bulan Ramadhan ni... Kena bangun seawal 4.30 pagi untuk siapkan juadah bersahur untuk suami terchenta... Itu kalau masak ala kadar.. Kalau masak something heavy (for me yang masih dalam proses belajar ni la kan) My akan bangun pukul 4.00 pagi takut terlebih masa hanya untuk memasak sahaja...-..- Alhamdulillah, setakat hari ini belum lagi terlajak tak bangun siapkan makanan untuk enchek hasben... Moga dapat kuteruskan hingga ke penghujung Ramadhan, Amin...

Letihnya Allah je yang tahu.. lebih-lebih lagi isteri bekerjaya ditambah plak sedang membuyung ni kan... redah sahaja... Nikmat sebenarnya semua tu... Ni baru berlaki.. kang dah ada anak lagi haru.. so kenalah biasakan diri dengan kesibukan, kepenatan segala... InsyaAllah lama-lama nanti biasalah kan.... hehe...

Untuk juadah berbuka puasa, kalau weekdays memang takkan sempat nak memasak... kalau setakat masak nasik dalam rice cooker tu bolehlah kikiki. So, kitorang akan beli lauk je kat Bazaar then masak nasik kat rumah, kalau enchek hasben balik keje lambat kitorang makan je kat kedai. Rasanya makan kat kedai lagi jimat dari beli kat bazaar. Masakan tidak, peniaga-peniaga kat bazaar sekarang letak harga kemain tinggi... seyes! kitorang dah compare makan kat kedai lebih jimat berbanding beli di bazaar... So, lepas semalam mungkin hari ni enchek hasben ajak makan kat kedai je untuk berbuka hehe... 

Cuma sekarang ni yang jadi masalah... baru seminggu puasa dah tak tahu nak makan apa...-..- Hari-hari dok terpikir-pikir apalah nak makan berbuka ni... apalah nak masak bersahur ni.... bosan mengadap makanan kat bazaar tu walaupun pergi 2/3 bazaar yang berlainan setiap hari. haih~

My pregnancy... Alhamdulillah.. dah 21 weeks++.. makan pun berselera je semua telan. puasa pun masih full belum miss lagi hehe. Pening kepala? Almost everyday! tapi layankan je lah.. cuma nak buat kerja tu agak terganggu sket.. sekejap2 urut dahi ni... :( Last week pergi check up, fuhhh festime check semua positive je.. tekanan darah ok.. HB ok... kencing pun ok... Next check up? sebulan lagi... kalau tak, memanjang kena datang balik setiap 2 minggu...-..- Diabetes? Tatao apa cer. Last check BSP normal cuma ada satu tu masa amik darah kali kedua dapat 8.0 gara-gara minum teh! doc tengok kena sound laaa... haha... doc suh repeat last wednesday senanya. Tapi selamba je kan My tak pegi buat bsp. Sebab doc tulis dalam buku je nurse tak call pun suh buat so den pun buat tatao je lah kehkehkeh...  ops! InsyaAllah terkawal... :)

oklah. till then!

Sunday, August 7, 2011

PUASA HUJUNG MINGGU

Assalamualaikum...

Whoooo harini sehari suntuk tak online hehe.. Ape taknye.. bangun pukul 1.30pm.. ish2 kurang pahala pose... Pagi tadi sahur minum air je lepas solat Subuh... pas Subuh sambung tidur sampai tengahari.. demmm...-.-'

Untuk tebus perangai tak senonoh tu bangun-bangun je My mengemas rumah.. cuci bilik air.. cuci toilet.. mop lantai.. basuh baju... mandi.. solat... and memasak!!! hohoho..;D dalam masa beberapa jam je baki yang tinggal untuk berbuka puasa My akhirnya berjaya menyelesaikan semua kerja... hebat tak hebat tak... Alhamdulillah..;)
hantar sket kat jiran depan hehe
Memasak tu member serumah yang banyak berjasa hoho My dah kepenatan so My membantu je mana yang patut.. Harini kitorang masak bihun goreng dan popia goreng hehe.. penat jugak ah menggulung popia tu huhu.. 

So tak ke bazaar pun harini... Enchek tunang je baik hati gi belikan air kacang soya untuk kitorang n sempat gak belikan kuih dan murtabak... pergh banyak la plak menu berbuka...-.-'
Masa berbuka... hamik kauuu kekenyangan.. walaupun tak makan nasik tapi apa yang ado ni pun dah terlebih cukup...-.-' Alhamdulillah...;)

Dan mungkin kerana tidur yang mencukup + makan yang memuaskan makanya harini terawih pun tak berapa mengantuk.. n tak terasa lama seperti hari-hari sebelum ni hehehe.. Alhamdulillah setakat hari ni terawih tak pernah tinggal lagi kecuali hari tak pose hehe... Hopefully boleh terawih full la sampai akhir Ramadhan nanti..;)

K lah... masih kenyang lagi ni... nak menaip pun tade idea dah.... cau!

Monday, August 1, 2011

I'M BACK! RINDU BELOG!!

Assalamualaikum korang!!!

Fuhhhhhhh... lega rasanya dapat online di sebesar-besar skrin laptop nih. Rasa release sikit selepas 4 hari tak dapat nak berbelog hehe. Yela balik rumah online pakai handphone jek. tu pun online fesbuk je. Nak compose entry di fesbuk harammm tak boleh isk... Bilalah boleh dapat android nih sob sob.

My selamat sampai KL jam 4 pm tadi. Gerak dari rumah dalam 12 lebih camtu lah. Punyalah malas nak gerak tadi... pastu boleh plak mengantuk... dahlah bulan puasa.. nak je singgah RnR beli makanan...-.-' Hehe, sorrylah My Allah bagi cuti harini. isk... agak terkilan sikit sebab tak dapat sambut 1st day puasa..-.-' Tapi takpelah nak buat camne kan. Nampak gaya My beraya dulu laaa hehe...

4 hari tak dapat fully online macam-macam cerita My dengar... Sabtu lepas dengar berita kematian Arwah Asyraf@Aleesya kat fesbuk. Individu yang gagal dalam rayuannya di mahkamah untuk menukarkan nama kepada perempuan. Katanya dia mengalami kemurungan yang kritikal sehingga menempatkannya di ICU dan akhirnya meninggal dunia. Innalillah... mungkin ini terbaik buat dia dan keluarga. Moga Allah menempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman. 

Terbaru My dengar Khairul Fahmi, penjaga gol kebangsaan telah membuat keputusan untuk memutuskan pertunangannya dengan Elia. betul ke? Kenapa terburu-buru ek? Sebelum ni orang duk gembur-gembur pasal krisis yang dialami mereka tapi My malas nak ambil port. Tapi this time Fahmi dah pun memberikan respon. Walaupun gosip yang mengatakan Fahmi ada perempuan lain tu tak betul tapi kenapa membuat keputusan secara drastik untuk memutuskan pertunangan macam tu je? Tak berbincang elok-elok dulu ke? Tak sayang ke hubungan yang dah lama tu? Diorang baru je bertunang beberapa bulan lepas kan? haih~... Bagi My dalam hal ni dua-dua salah. Elia pun satu, terlalu menggembar-gemburkan kisah mereka pada awam. Fahmi plak terus buat keputusan nak putus tunang. Haih~ Ok fine tade jodoh bak kata orang... Moga kedua-duanya membuat keputusan yang betul.

Dan paling-paling terbaru... bukak je fesbuk tadi orang ramai dok wish congrates kat Yana MIB... apakah?? terus bukak wall fesbuk dia... baca segala komen yang ado n baca belog dia... Walaupun berkias-kias My masih boleh memahaminya hehe.. Tahniah Yana... Rezeki Ramadhan... terbukti sudah kejantanan Ujang hahahaha...;D Wah nampak gayanya penuhlah puasa Yana tahun ni kan kan.... tu pun kalau tak mengada lebih la yang dalam poyot tu hehe...

Haih~ macam-macam hal ada. yang sedih yang gembira kan hehe.. Apapun, Alhamdulillah puasa pertama dah pun berakhir... esok puasa kedua... weee! dan sudah pasti esok My kena bekerja!! haih dah lama bercuti rasa malas plak. dahlah bulan puasa kan.. nak curik-cutik minum air pun tak boleh...-.-' ngee~~ 

Apapun, moga Ramadhan kali ini memberi 1001 kemanisan buat kita semua... InsyaAllah...;)

okbai~

Sunday, July 31, 2011

COUNTDOWN RAMADHAN | PERSIAPAN MENYAMBUT RAMADHAN


(Sticky Post. Post baru Scroll bawah ye)
Assalamualaikum…

Memandangkan Ramadhan Al-Mubarak akan tiba tak lama lagi jadinya My berbesar hati sangat nak ajak korang semua mempersiapkan minda dan hati untuk bulan yang penuh peluang ini!!

Berdoalah agar Allah S.W.T. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu bulan Ramadhan dengan keadaan sihat walafiat

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah SAW. apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa, "Allahuma bariklana fii Rajab wa Sya'ban, wa balighna Ramadan." Ertinya, Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadan. (HR. Ahmad dan Tabrani)
Ketahuilah kita semua bahawa Tetamu Agung akan berkunjung lagi!!;) Mari kita countdown sama-sama!!

AHLAN YA RAMADHAN KAREEM!!

Ø£َÙ‡ْلاً Ùˆَ Ù…َرْØ­َبً ÙŠَا رَÙ…َضَــان

Kat sini My nak kongsikan pada korang ‘Checklist Ramadhan’ untuk korang buat senarai semak amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan nanti… Download di SINI

Feel free to share with all Muslim friends!!;)


Friday, July 22, 2011

NAK GANJARAN TAK?


Korang boleh mengaji dengan tajuid yang betul? Bulan Ramadhan mesti biasa tadarus Quran kan? My pun selalu buat, eventhough bukan bulan puasa pun kalau berkesempatan My akan tadarus setiap kali lepas Maghrib… Habis je 30 juzuk My ulang balik daripada juzuk pertama. Macam tu lah My amalkan sejak 2/3 tahun lepas. Bukan apa, daripada biarkan Quran menjadi perhiasan kan elok kita amalkan? Daripada ilmu membaca Al-Quran terpadam begitu sahaja, sebelum lidah kelu kekok nak membaca lebih baik My teruskan membaca Al-Quran kan? Penat-penat mak abah ajar mengaji dari kecik sampai tersedu-sedu menangis kena marah kalau salah sebutan so sayanglah kalau tak diamalkan…

Ops My bukan nak bukak kelas mengaji ye di sini… tapi My nak ajak korang semua bertadarus bersama-sama dengan My. Eh bukan dengan My je… kita tadarus ramai-ramai. Laaa… tak perlu pun jumpa My la… korang mengaji dekat rumah korang je…;)
Dulu masa belajar My rajin jugak join kawan pergi kelas Usrah. So setiap kali Ramadhan kitorang mesti buat tadarus sama.sama. Surah-surah dalam Al-Quran kitorang bahagikan dan My baca di rumah setiap kali kelapangan sampai habis baca bahagian yang My dapat tu. By end of Ramadhan kami berkumpul di rumah salah seorang sahabat berbuka, solat berjemaah dan khatam Al-Quran sama-sama…;) Seronok… Yela, kalau seorang nak membaca 30 juzuk dalam masa 1 bulan Ramadhan mungkin tak terhabis dek kekangan masa jadi bila dibahagi-bahagikan Surah tu dapatlah kita pahala untuk 30 juzuk tu sebab kita bertadarus bersama-sama…

Tak rugi pun kan… daripada kita abeskan masa hanya di facebook, blog, tidur, ada baiknya kita ambil sedikit waktu baca beberapa ayat dalam sehari tu. Pagi selepas sahur nak tunggu Subuh pun boleh baca, kat tempat kerja kalau letih-letih nak berehat sekejap pun boleh baca, lepas berbuka sementara nak pergi terawikh pun boleh even malam selepas witir pun boleh baca…;) Besar ganjarannya kalau kita tadarus Al-Quran di bulan Ramadhan tau.

Nak join? Jomlah join Cik Tiniey yang berbesar hati menganjurkan sesi tadarus sesama blogger.  Nak tambah ganjaran pahala sila-silalah klik SINI dan hantar penyertaan korang pada tuan belog tu oke…;) Moga Ramadhan akan datang ni beri 1001 makna buat kita semua... Amin...

Dah download Checklist Ramadhan korang? kalau belum klik SINI oke...;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers