9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, July 27, 2012

Komitmen Ramadhan

Huarghhhhh..... mengantuk tahap gaban.... Inilah cabaran menjadi seorang isteri, lagi-lagi di bulan Ramadhan ni... Kena bangun seawal 4.30 pagi untuk siapkan juadah bersahur untuk suami terchenta... Itu kalau masak ala kadar.. Kalau masak something heavy (for me yang masih dalam proses belajar ni la kan) My akan bangun pukul 4.00 pagi takut terlebih masa hanya untuk memasak sahaja...-..- Alhamdulillah, setakat hari ini belum lagi terlajak tak bangun siapkan makanan untuk enchek hasben... Moga dapat kuteruskan hingga ke penghujung Ramadhan, Amin...

Letihnya Allah je yang tahu.. lebih-lebih lagi isteri bekerjaya ditambah plak sedang membuyung ni kan... redah sahaja... Nikmat sebenarnya semua tu... Ni baru berlaki.. kang dah ada anak lagi haru.. so kenalah biasakan diri dengan kesibukan, kepenatan segala... InsyaAllah lama-lama nanti biasalah kan.... hehe...

Untuk juadah berbuka puasa, kalau weekdays memang takkan sempat nak memasak... kalau setakat masak nasik dalam rice cooker tu bolehlah kikiki. So, kitorang akan beli lauk je kat Bazaar then masak nasik kat rumah, kalau enchek hasben balik keje lambat kitorang makan je kat kedai. Rasanya makan kat kedai lagi jimat dari beli kat bazaar. Masakan tidak, peniaga-peniaga kat bazaar sekarang letak harga kemain tinggi... seyes! kitorang dah compare makan kat kedai lebih jimat berbanding beli di bazaar... So, lepas semalam mungkin hari ni enchek hasben ajak makan kat kedai je untuk berbuka hehe... 

Cuma sekarang ni yang jadi masalah... baru seminggu puasa dah tak tahu nak makan apa...-..- Hari-hari dok terpikir-pikir apalah nak makan berbuka ni... apalah nak masak bersahur ni.... bosan mengadap makanan kat bazaar tu walaupun pergi 2/3 bazaar yang berlainan setiap hari. haih~

My pregnancy... Alhamdulillah.. dah 21 weeks++.. makan pun berselera je semua telan. puasa pun masih full belum miss lagi hehe. Pening kepala? Almost everyday! tapi layankan je lah.. cuma nak buat kerja tu agak terganggu sket.. sekejap2 urut dahi ni... :( Last week pergi check up, fuhhh festime check semua positive je.. tekanan darah ok.. HB ok... kencing pun ok... Next check up? sebulan lagi... kalau tak, memanjang kena datang balik setiap 2 minggu...-..- Diabetes? Tatao apa cer. Last check BSP normal cuma ada satu tu masa amik darah kali kedua dapat 8.0 gara-gara minum teh! doc tengok kena sound laaa... haha... doc suh repeat last wednesday senanya. Tapi selamba je kan My tak pegi buat bsp. Sebab doc tulis dalam buku je nurse tak call pun suh buat so den pun buat tatao je lah kehkehkeh...  ops! InsyaAllah terkawal... :)

oklah. till then!

7 comments:

noradzlina.kamdani said...

sama lah..dh x tau nk mkn ape...

Anum said...

anum doakan semua berjalan lancar

:: Mrs.Eady :: said...

alhamdulillah ~

Gadis said...

Gadis pun dah tak tau nak masak ape dah...
hhuhuhu..
pegi bazar pun suke tgk kuih yang kalering tu jek..
hihihih...

ermmmm..
yang pasal scan tu..
gadis cume tau scan kat situ je yang ade doktor perempuan..
tpt lain x sure plak kat mane..
huhuhu...

Eyqa Carissa said...

salam ramadhan ;)
tulaa sampai tatau nak mkn apa..hikhik

With Julia said...

rajin dear masak sahur bgun 4 pagi...julia masak siap2 mlm sebelum berbuka utk sahur...senang nanti bgn sahur jam 5 just perangat je and hidang...jimat masa dan cukup tido...moga dear lebih bertenaga sepanjang bulan ramadhan ye :)

SoLy SoLicious said...

wahh..mmg besar komitmen kan bbnding zmn solo.dlu2..heee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers