9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Showing posts with label wedding review. Show all posts
Showing posts with label wedding review. Show all posts

Monday, March 5, 2012

Wedding Day | Full Review

Ok ok… zanzi zanzi this is the last one. Yela pengantin dah basi kannnzzz sibuk lagi nak buat review hehe… pejam celik pejam celik dah sebulan lebih dah My dan enchek suami berkahwin… and seyesly, still unbelievable… hehe… Anyway… kehidupan selepas berkahwin ternyata bukan ibarat petik jari pun boleh… dan tidaklah jugak diibaratkan berat mata memandang berat bahu memikul lagi berat. Kikiki… Not so bad… yang nak kawen? silalah kawen cepat! J

Straight to the main topic, here My nak review the overall wedding… J

Pre-Wedding

Last minute shops!

My start cuti seminggu sebelum majlis di rumah sebelah My… Setakat masa tu semuanya sudah selesai cumanya barang-barang keperluan memasak memang mak beli hanya 3/4 hari sebelum majlis. Barang-barang dapur yang perishable macam ayam ke ambil sehari sebelum majlis.. Tapi kenalah order awal-awal ye… kalau on the spot beli alamat dapat ayam buat lauk makan sendiri je laaa hehehe… berapa ekor ayam.. daging toksah tanya My lah ye.. bab-bab di dapur My serah kat pakar je hehehehe...

Last minute hantaran preparation and kompang booking!

Beberapa hari lagi nak kawen macam-macam hal datang. Biasalaa human being… nobody can be perfect right… Dengan hantaran yang sehari sebelum wedding baru nak siap… Dengan kumpulan kompang lupa giler nak booking early! Seyes kelam kabut nasib la tak pakai kompang recording kauuu… Apa taknya masa hari majlis tu ada beberapa rumah lain yang mengadakan majlis sama tarikh. So eventhough kat kampung tu ada 2/3 kumpulan kompang kenalah booking awal otherwise memang fully booked! Nak dijadikan cerita on the day yang baru teringat nak booking kompang tu… memang betul kumpulan kompang kat kampung semua dah fully booked! Arghhh tension nak menangis je rasa masa tu… Ada yang boleh terima lagi pun dia kata kena bersanding awal, kena bahagi2 kan time tu dengan wedding lain… taknak lah kan bersanding tergesa-gesa plak nanti…-.-’
At last, Thanks Allah! Dapat gak kumpulan kompang.. tapi dari kampung lain.. Mak abah kan duduk betul-betul sempadan negeri sembilan… So ambil lah group kompang dari luar negeri tuh kikikiki… Alhamdulillah…. Takdo lah majlis den kena pakai bunyi kompang recording hahahahaha…~ Hantaran kahwin? Dapat siap dalam masa setengah hari dengan bantuan kakak ipar dan kakak-kakak den… hehe

Persalinan photoshoot


Kebiasaannya orang suka buat majlis malam berinai… Tapi My tak biasa amalkan majlis macam tu.. Lagipun belum bernikah lagi kan. So, sebagai tambahan My buat photoshoot untuk 4 persalinan. Pakai pakaian kimono, jawa, tradisional dan Indian.  Saje je suka-suka hehe… Photoshoot ni My buat petang sehari sebelum majlis. Sebab malamnya tu mak buat majlis marhaban dan khatam Quran anak buah My. My?? Hehe lupa nak beli baju lebih kalau tak bleh khatam skali. Takpelah dah banyak kali khatam dah… kikikiki


Big Day

Pernikahan


Pagi majlis tu lepas subuh memang My tak tido dah… malam tu pun tidur tak berapa nak nyenyak entah sebab nak kawen kot.. -.-’ So lepas Subuh tu memang siap-siap mandi terus sebab Mak Andam janji nak make up pukul 8.00 am. Around 8.30am macam tu kot mak andam datang start make up… Ikut jadual, nikah around 10.00 atau 11.00am but then dah terbawa sampai ke tengahari… Padahal dah cakap awal-awal dengan enchek hasben gerak awal-awal… yela diorang kan dari KL. Suh tido mana-mana yang terdekat tak mahu haih~ Jadinya, dia still sampai lambat… Itupun masa dia sampai family yang lain masih belum sampai. masa tu My dah kelam kabut… rasa nak marah pun ada… tapi nak buat macam mana… as I said… human being… Sudahnya… pukul 12 lebih macam tu baru habis nikah…pas nikah nak makan lagi… nak make up lagi… seyesly kekangan waktu masa tu…T___T Apapun, alhamdulillah selesai majlis akad nikah….




Persandingan

Ikutkan bersanding pukul 2.00pm… Tapi sebab majlis akad nikah pun dah abis lambat… nak make up bersanding lagi… nak siapkan pengantin lelaki kat rumah sanggah lagi, jadinya pukul 2.30pm baru bersanding. Seyesly masa tu My menggelabah betul. Dengan mak andam tak siap-siap lagi make up My… dengan masalah tudung lagi… nak siapkan enchek hasben lagi… rasa demm betul time tu… sabo aje laaa… T___T Nasib baik kawan-kawan ramai datang lepas tu rasa cool sket haish~


Masa pengantin lelaki sampai My kena keluar… sambut dia n salam dia… Masa keluar rumah tu perghhh ramai giler kot orang… My jalan pun tak tengok kiri kanan dah… tau-tau dah ada depan enchek somi. Yang sengalnya.. masa My dah ada kat sebelah enchek somi bleh plak jiran-jiran ni pi buat tol kat entrance… ape daaa baru nak bikin tol…-.-’… Itu tol tak terancang ye… Sepatutnya sebelum My salam enchek somi diorang bikin tol hehe… Kalau tak faham abaikan. Ini tradisi orang Johor… Bukanlah adat sangat punnnn saje suka-suka je tu hehe.


Lepas dah melepasi tol, kitorang masuk dan kena duduk dulu kat kerusi sebelum dipersembahkan dengan silat. Itupun tak dirancang ye… abang ipar sendiri plak tu yang bersilat hehehe… Lepas tu, pengantin perempuan kena masuk dalam dulu ke pelamin. Masa tu ada 2 tol lain di pintu masuk dan pelamin. Kat pintu masuk pun sedara mara sendiri je hahaa… Kat pelamin haruslah mak andam yang mintak duit tol ye… haish~


My tak buat renjis renjis dipilis tu. So, just tabur gula-gula dan duit kat depan pelamin bagi kanak-kanak berebut hehe. Lepas tu just ambil gambar dengan family belah lelaki dulu sebelum keluar makan damai (makan beradab).

Makan beradab & potong kek

Time makan beradab tu makan 2/3 suap je mana taknya memang tak lalu… kawan-kawan pun tak berhenti-henti berkunjung… Yang nak balik lah yang baru nak datang lah… Mana yang duduk dekat-dekat tu memang My tak bagi balik dulu suh dorang amik gambar baru bleh balik. Lauk? Sedap… kawan mak jiran dekat-dekat rumah gak yang masak. Lauk pengantin tak abeh sedara mara yang tolong bedal sampai licin..-.-’


Kek pun sama. My rasa sikit masa nak ambil gambar je. The rest? Sume kena bedal… yela kek sodappp… Yang tinggal untuk My kek hantaran je lah heheh.

Photoshoot


Selesai makan beradab My tunggu family enchek hasben balik. Lepas hantar diorang ke kereta masing-masing kami masuk ke rumah for photo session… Nasib baiklah ada kawan-kawan yang masih stay untuk bergambar… mana yang ada semua My panggil naik pelamin hehe. Last sekali baru dapat kumpulkan satu family My… itupun incomplete..-.-’



Selesai bergambar kat pelamin… kawan-kawan balik dan tetamu pun ramai dah beransur pulang, kitorang terus tukar baju untuk outdoor session.Giler kau penat sangat masa tu.. Tapi sebab malas nak buat hari lain, alang-alang penat biar penat terus.. so kitorang habiskan outdoor photoshoot petang majlis tu jugak… Masa dah takde guest datang lagi tu la kitorang keluar. Buat simple photoshoot je… Pergi ladang kelapa sawit milik abah dan ke padang sekolah rendah. Snap sana snap sini snap situ… then balik rumah! Flat giler petang tu hoke….-..-


*******************************************************************
Yang tak sepatutnya berlaku…. #terkilan#

Lebih kurang begitulah rentetan majlis perkahwinan My haritu… Nampak macam indah tapi dalam pada keindahan itu namun terselit jua kecacatan… normal lah… as I again again again said… human being kan… nobody perfect… As in my Big Day… tak semuanya sempurna as planned…. Urghhh bila teringat balik rasa nak turn back to that day n kawen semula! Tapi apa boleh buat… sob sob…

Tudung persandingan, pakaian, pelamin…

Kalau bab DIY this and that memang my angkat kaki awal-awal sebab My bukan seorang yang berjiwa apatah lagi bertangan seni makanya most of the things memang My beli siap je atau serahkan kepada yang pakar sahaja. Macam bab mengandam, pakaian nikah sehinggalah kepada make up, pelamin dan hiasan bilik tidur My serahkan 100% kepada Mak Andam… Disebabkan My serahkan semuanya pada mak andam so setiap kali My balik My mesti nak jumpa dia sebab nak tahu perkembangan whether baju dah siap… tudung dah okay… accessory ready and bla bla bla… Yela nak kawen kan ofkos lah nak nampak everything is perfect betul tak. But then, setiap kali My kinda like menggelabah nak jumpa mak andam, My mesti keep on asking this and this and this.. she will say that… ‘My… dun worry semuanya okay….’…. but.... tengoklah tudung persandingan My.....
tak ohsem kan kan? demok & bulat.... T___T
FYI, dalam entry sebelum My berkahwin, dalam pada masa My sedang sibuk dengan persiapan perkahwinan… My ada post entry berkenaan style tudung dan pelamin yang My nak pakai masa wedding. On the big day… nak dipendekkan cerita… Dahlah masa tu dah kelam kabut sebab dah lewat nak bersiap untuk persandingan… I dream of something that more ohsem than nikah punya tudung but then, bila nak pakai tudung for bersanding tu bleh tak baru mak andam terkial-kial nak fikir style macam mana dia nak pakaikan tudung pada My. Oh demmmm! Dahlah lambat boleh plak baru nak fikir… sapa tak hot ye dak???

Sudahnya sebab kompang dah get ready, pengantin lelaki belum disiapkan lagi jadinya My suruh je lah dia pakaikan macam mana pun janji pakai dan cepat siap! Urghhh… My kalau boleh tak nak yang jenis melekat kat kepala… If melekat pun there must be something that close atas kepala tu. My nak yang ada awning tapi not kinda like yang orang selalu pakai tu (tudung sarung) coz I’ll look tembam. But then, bila pakai tudung yang dah dipakaikan masa bersanding tu… sah-sahlah memang nampak ketembaman tu pun…. Tak boleh nak buat apa dah.. -.-’ sakit hati memang sakit yela sebab apa yang kita dapat tak seperti yang kita nak kan… Bila fikir-fikir balik lagi elok lah My pakai jenis tudung sarung tu at least tak setembam itu… Urghhh~

See.. See buruk kan kan... T__T mesti ada org sound "eh mane pengantin, xnmpak pun?" -.-'
Pasal bab pakaian dan pelamin plak… Memang My nak kaler orange, peach and cream/putih… but then… I dunno… bila tengok gambar atas pelamin… rasa kecewa pun ada sebabnya… baju dan pelamin nampak tak kontra sangat! Pengantin looks like tenggelam kan… hurm bukan macam dah… memang tenggelam pun kan… Ikutkan pelamin tu kaler dia orange.. tapi sebab mak andam dah letak 3 bijik lampu perhiasan kat belakang pelamin tu kan makanya pelamin tu nampak sangat terang dan secara tak langsung menenggelamkan peranan pengantin di situ.. Urghhh…!! Sepatutnya mak andam tu kena pandai main dengan warna kat belakang tu… mungkin letak kaler putih/cream? Or… urghhh entahla. My bukan pakar bidang macam ni… yang My tau My nak nampak cantik dan sempurna pada hari bahagia My…. Tapi nak buat macam mana kan… dah lepas dah… T___T

Bukan mak andam My ni tak bagus… she’s good… But then there is a few things that matters to me! Kalau masa nikah tu nampak macam tak okay sangat takpe My bleh terima lagi but then masa bersanding? Uwwaaaaa! Mesti ramai yang kutuk My tak santek on my Big Day kanz kanz? .... T___T

Somehow….. what else can I say… Bukan apa,sampai sekarang My masih rasa terkilan dan ralat sangat... Bila terkenang-kenang balik moment Big Day, rasa nak bersanding lagi sekali... mission failed. Seyesly!

Ok dah dah. fullstop. Benda dah lepas. T__T

Tak dapat jumpa ramai tetamu penting

FYI, My ni anak perempuan bongsu. So, masa big day tu ramai sangat saudara-mara yang datang dari jauh dan dekat. Yang My terkilan sangat... ramai sangat yang My tak dapat jumpa! Lepas majlis tu My ada review gambar kahwin dari kamera abang My. Tiba-tiba nampak gambar muka sedara mara.... "eh mak tam datang? mak teh datang? alaaa! kenapa diorang tak pegi kat My..."... T__T Sedih terkilan yang teramat... sedara mara dahlah datang semua dari jauh-jauh... Perak.. Penang... Jumpa dah lah susah... dah ada peluang tak dapat plak nak jumpa at least salam peluk cium kannn... sob sob... 

My pun satu... patutnya terfikir nak pusing habis kat area canopy tu... n jumpa sedara mara... Ini tidak... My sempat jumpa mana yang My nampak je... Seyes korang... bila jadi pengantin sampai orang pun tak nampak tau. Nak jumpa personally setiap sorang memang tak sempat... tak terlayan... T___T 

A bit terkilan ada yang My tak dapat dapat nak jumpa... Alahai~ 

*******************************************************************

Overall... what can I said... Not so bad... Not so smooth as planned... 'Ok lah...'... nobody perfect right... same as me yang festime kawen ni... hahhaha... Yang penting kami suami isteri dah pun selamat diijabkabulkan... :) and yang penting....kamu dah halal!!!

Syioknyaaaa kawen...... anda yang bujang tu bile lagi??? :D

Friday, February 17, 2012

Wedding Review | Pelamin, Bilik Pengantin, Makan Beradab & Pintu Gerbang

Opsss sebab majlis kahwin dah basi makanya lupa sudah untuk sambung mereview hehe… Ok kali ni nak buat review those 4 things…

Majlis kawen My tak beso.. buat kat rumah kampung je… Jadinya Pelamin semua tadelah bombastic sangat pun… Asal kawen sudeyyyy… hehe…

Pelamin

Untuk pelamin My minta mak andam buat simple simple je.. Janji ikut kaler tema.. ada munga-munga… dan santek! Beberapa bulan sebelum majlis My ada jugak print out contoh pelamin yang My nak… so oklah… Tak lari sangat pun dari apa yang My nak… Kerusi pengantin tu pada awalnya mak andam nak bagi kerusi panjang gedabak yang selalu orang pakai sekarang tutapi My taknak sebab My kan pendek nanti takut kaki berjuntai plak duduk atas tu…-.-’ So My decide amik kerusi panjang ni… hehe…

Buka lampu
Pelamin My buat kat dalam rumah je. Mula-mula mak andam, akak My ada juga suggest buat pelamin kat luar rumah so semua orang boleh tengok. Tapinya, My ni tak sukalah kan jadi perhatian orang plak kang… Plus, masa kursus kawen sebelum ni ustaz tu pernah cakap pelamin jangan buat di tempat yang terbuka.. Tak elok…
Lepas majlis akad nikah...~
Bilik Pengantin
Bilik pengantin ni My tak expect pun nak buat macam dalam gambar ni… Yang penting ada kain tutup dinding tepi tepi katil tu then ada lah hias-hias kat kepala katil tu..Tapi Mak Andam siap buat platform kat kepala katil tu… n add on lampu perhiasan plak tu… Ok lah… nice one!
bosan hoke  tunggu bakal suami lambat sampai...-..-
Makan Beradab a.k.a Makan Damai


Sesi makan beradab (orang Johor biasa cakap makan damai… J ) My buat kat Anjung rumah… Boleh muat dalam 15 orang kot… Decoration? Nice. My puas hati. Meja kek pengantin pun Mak Andam buat sekali sebab My yang request hehe. Makanan pengantin pun oke walaupun My tak sempat nak melantak habes dah nama pun pengantin kannzzzz hehehe… Makanan pengantin kawan baik Mak yang tolong masakkan… J

Pintu Gerbang

Pintu gerbang ni saje je tambah dah alang-alang kanzz… Letak kat entrance depan… Yang sengalnya masa pengantin lelaki nak masuk bersanding… Orang-orang kampung sibuk duk dekat pintu gerbang mintak duit tol…tak suruh pun diorang buat sendiri! Orang suruh buat tol kat pintu rumah… Grrr….



Untuk kesemua di atas ni My ambil sekali pakej mengandam, baju pengantin semua dengan mak andam. Senang… Sebab My malas nak survey banyak-banyak tempat kannnzz dahlah jarang balik.. Overall untuk keempat-empat item di atas ni My okay… 4 out of 5…

Trillion Thanks to Faizah Bridal Sense... J

Ok tu je… hehe… bai!

nota kakiku: Majlis di kampung pun... yang penting meriah! J

Thursday, February 9, 2012

Wedding Review | Kek Kahwin

Kek kahwin My tak payah susah-susah nak mencari sana sini. Recommended oleh kakak My sendiri. Kawan dia dari JB, Kak Nazliah. 2 bulan sebelum majlis My contact kak Nazliah siap-siap survey harga. My pilih kek krim biasa je sebabnya kalau order yang UP sket kang bukan den meraso pun kannzzz… Lagipun kakak My pernah order kek biasa tu katanya sodap gak. So, dah booking early.. 2 weeks before majlis My hubungi kak Nazliah semula to remind her. Luckily, dapat harga murah je… 3 tingkat. dua level untuk cupcake 1 level untuk cake bolat 1.5kg. siap tolak harga sewa stand cake.. J

Perihal kek kahwin ni memang My tak risau sangat sebab semuanya kak Nazliah settle siap delivery sendiri dan pasang siap cake tu tau. Yang My tahu My survey, order, bayar… tup tup hari majlis kek dah ado sebabnya My handover tugas tu pada kakak My. Mak kak Nazliah tu duduk kat segamat gak so hari wedding My tu dia balik dan alang-alang nak ke majlis My tu la dia delivery sekali… J

FYI, kek ni My rasa secubit je! Itupun masa majlis potong kek pengantin, enchek hasben suap. Habis je majlis kek, cupcake semua losap! Kawan-kawan+sedara mara bedal… demmmm… tak tinggal langsung..-.-’

Overall, My puas hati sangat dengan kek kahwin hasil tangan kak Nazliah ni. Ramai cakap kek sedap tu pasal lah licin tinggalkan stand cake je…-.-’ Decoration pun nice… pendek kata… terbaek!! J

Berminat? Boleh hubungi Kak Nazliah di Laman Blognya di Imanscakecentre atau Facebook Kak Nazliah. Rasanya sekitar JB atau Segamat je lah kot yang boleh order hehe.

Eh dok citer jek mana kek nya? hehe... nak tengok ke?:D




























cakap comel sekarang! heee~

Thanks Kak Nazliah! J

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers