Ok ok… zanzi zanzi this is the last one. Yela pengantin
dah basi kannnzzz sibuk lagi nak buat review hehe… pejam celik pejam celik dah
sebulan lebih dah My dan enchek suami berkahwin… and seyesly, still unbelievable…
hehe… Anyway… kehidupan selepas berkahwin ternyata bukan ibarat petik jari pun
boleh… dan tidaklah jugak diibaratkan berat mata memandang berat bahu memikul
lagi berat. Kikiki… Not so bad… yang nak kawen? silalah kawen cepat! J
Straight to the main topic, here My nak review the overall
wedding… J
Pre-Wedding
Last minute shops!
My start cuti seminggu sebelum majlis di rumah sebelah My…
Setakat masa tu semuanya sudah selesai cumanya barang-barang keperluan memasak
memang mak beli hanya 3/4 hari sebelum majlis. Barang-barang dapur yang perishable macam
ayam ke ambil sehari sebelum majlis.. Tapi kenalah order awal-awal ye… kalau on
the spot beli alamat dapat ayam buat lauk makan sendiri je laaa hehehe… berapa ekor ayam.. daging toksah tanya My lah ye.. bab-bab di dapur My serah kat pakar je hehehehe...
Last minute hantaran preparation and kompang booking!
Beberapa hari lagi nak kawen macam-macam hal datang.
Biasalaa human being… nobody can be perfect right… Dengan hantaran yang sehari
sebelum wedding baru nak siap… Dengan kumpulan kompang lupa giler nak booking
early! Seyes kelam kabut nasib la tak pakai kompang recording kauuu… Apa taknya
masa hari majlis tu ada beberapa rumah lain yang mengadakan majlis sama tarikh.
So eventhough kat kampung tu ada 2/3 kumpulan kompang kenalah booking awal
otherwise memang fully booked! Nak dijadikan cerita on the day yang baru
teringat nak booking kompang tu… memang betul kumpulan kompang kat kampung
semua dah fully booked! Arghhh tension nak menangis je rasa masa tu… Ada yang
boleh terima lagi pun dia kata kena bersanding awal, kena bahagi2 kan time tu
dengan wedding lain… taknak lah kan bersanding tergesa-gesa plak nanti…-.-’
At last, Thanks Allah! Dapat gak kumpulan kompang.. tapi
dari kampung lain.. Mak abah kan
duduk betul-betul sempadan negeri sembilan… So ambil lah group kompang dari
luar negeri tuh kikikiki… Alhamdulillah…. Takdo lah majlis den kena pakai bunyi
kompang recording hahahahaha…~ Hantaran kahwin? Dapat siap dalam masa setengah
hari dengan bantuan kakak ipar dan kakak-kakak den… hehe
Persalinan photoshoot
Kebiasaannya orang suka buat majlis malam berinai… Tapi My tak biasa amalkan majlis macam tu.. Lagipun belum bernikah lagi
Big Day
Pernikahan
Ikutkan bersanding pukul 2.00pm… Tapi sebab majlis akad
nikah pun dah abis lambat… nak make up bersanding lagi… nak siapkan pengantin
lelaki kat rumah sanggah lagi, jadinya pukul 2.30pm baru bersanding. Seyesly
masa tu My menggelabah betul. Dengan mak andam tak siap-siap lagi make up My…
dengan masalah tudung lagi… nak siapkan enchek hasben lagi… rasa demm betul
time tu… sabo aje laaa… T___T Nasib baik kawan-kawan ramai datang lepas tu rasa
cool sket haish~
Masa pengantin lelaki sampai My kena keluar… sambut dia n
salam dia… Masa keluar rumah tu perghhh ramai giler kot orang… My jalan pun tak
tengok kiri kanan dah… tau-tau dah ada depan enchek somi. Yang sengalnya.. masa
My dah ada kat sebelah enchek somi bleh plak jiran-jiran ni pi buat tol kat
entrance… ape daaa baru nak bikin tol…-.-’… Itu tol tak terancang ye…
Sepatutnya sebelum My salam enchek somi diorang bikin tol hehe… Kalau tak faham
abaikan. Ini tradisi orang Johor… Bukanlah adat sangat punnnn saje suka-suka je
tu hehe.
Lepas dah melepasi tol, kitorang masuk dan kena duduk dulu
kat kerusi sebelum dipersembahkan dengan silat. Itupun tak dirancang ye… abang
ipar sendiri plak tu yang bersilat hehehe… Lepas tu, pengantin perempuan kena
masuk dalam dulu ke pelamin. Masa tu ada 2 tol lain di pintu masuk dan pelamin.
Kat pintu masuk pun sedara mara sendiri je hahaa… Kat pelamin haruslah mak
andam yang mintak duit tol ye… haish~
My tak buat renjis renjis dipilis tu. So, just tabur gula-gula
dan duit kat depan pelamin bagi kanak-kanak berebut hehe. Lepas tu just ambil
gambar dengan family belah lelaki dulu sebelum keluar makan damai (makan
beradab).
Makan beradab & potong kek
Time makan beradab tu makan 2/3 suap je mana taknya memang
tak lalu… kawan-kawan pun tak berhenti-henti berkunjung… Yang nak balik lah
yang baru nak datang lah… Mana yang duduk dekat-dekat tu memang My tak bagi
balik dulu suh dorang amik gambar baru bleh balik. Lauk? Sedap… kawan mak jiran
dekat-dekat rumah gak yang masak. Lauk pengantin tak abeh sedara mara yang
tolong bedal sampai licin..-.-’
Kek pun sama. My rasa sikit masa nak ambil gambar je. The
rest? Sume kena bedal… yela kek sodappp… Yang tinggal untuk My kek hantaran je
lah heheh.
Photoshoot
Selesai makan beradab My tunggu family enchek hasben balik.
Lepas hantar diorang ke kereta masing-masing kami masuk ke rumah for photo
session… Nasib baiklah ada kawan-kawan yang masih stay untuk bergambar… mana
yang ada semua My panggil naik pelamin hehe. Last sekali baru dapat kumpulkan
satu family My… itupun incomplete..-.-’
Selesai bergambar kat pelamin… kawan-kawan balik dan tetamu
pun ramai dah beransur pulang, kitorang terus tukar baju untuk outdoor
session.Giler kau penat sangat masa tu.. Tapi sebab malas nak buat hari lain,
alang-alang penat biar penat terus.. so kitorang habiskan outdoor photoshoot
petang majlis tu jugak… Masa dah takde guest datang lagi tu la kitorang keluar.
Buat simple photoshoot je… Pergi ladang kelapa sawit milik abah dan ke padang sekolah rendah. Snap
sana snap sini
snap situ… then balik rumah! Flat giler petang tu hoke….-..-
Yang tak
sepatutnya berlaku…. #terkilan#
Lebih kurang begitulah rentetan majlis perkahwinan My
haritu… Nampak macam indah tapi dalam pada keindahan itu namun terselit jua
kecacatan… normal lah… as I again again again said… human being kan … nobody perfect… As
in my Big Day… tak semuanya sempurna as planned…. Urghhh bila teringat balik
rasa nak turn back to that day n kawen semula! Tapi apa boleh buat… sob sob…
Tudung
persandingan, pakaian, pelamin…
Kalau bab DIY this and that memang my angkat kaki awal-awal
sebab My bukan seorang yang berjiwa apatah lagi bertangan seni makanya most of
the things memang My beli siap je atau serahkan kepada yang pakar sahaja.
Macam bab mengandam, pakaian nikah sehinggalah kepada make up, pelamin dan
hiasan bilik tidur My serahkan 100% kepada Mak Andam… Disebabkan My serahkan
semuanya pada mak andam so setiap kali My balik My mesti nak jumpa dia sebab
nak tahu perkembangan whether baju dah siap… tudung dah okay… accessory ready
and bla bla bla… Yela nak kawen kan
ofkos lah nak nampak everything is perfect betul tak. But then, setiap kali My
kinda like menggelabah nak jumpa mak andam, My mesti keep on asking this and this and
this.. she will say that… ‘My… dun worry semuanya okay….’…. but.... tengoklah tudung persandingan My.....
![]() |
| tak ohsem kan kan? demok & bulat.... T___T |
FYI, dalam entry sebelum My berkahwin, dalam
pada masa My sedang sibuk dengan persiapan perkahwinan… My ada post entry
berkenaan style tudung dan pelamin yang My nak pakai masa wedding. On the big day…
nak dipendekkan cerita… Dahlah masa tu dah kelam kabut sebab dah lewat nak
bersiap untuk persandingan… I dream of something that more ohsem than nikah punya
tudung but then, bila nak pakai tudung for bersanding tu bleh tak baru mak
andam terkial-kial nak fikir style macam mana dia nak pakaikan tudung pada
My. Oh demmmm! Dahlah lambat boleh plak baru nak fikir… sapa tak hot ye dak???
Sudahnya sebab kompang dah get ready, pengantin lelaki
belum disiapkan lagi jadinya My suruh je lah dia pakaikan macam mana pun janji
pakai dan cepat siap! Urghhh… My kalau boleh tak nak yang jenis melekat kat
kepala… If melekat pun there must be something that close atas kepala tu. My
nak yang ada awning tapi not kinda like yang orang selalu pakai tu (tudung
sarung) coz I’ll look tembam. But then, bila pakai tudung yang dah dipakaikan
masa bersanding tu… sah-sahlah memang nampak ketembaman tu pun…. Tak boleh nak
buat apa dah.. -.-’ sakit hati memang sakit yela sebab apa yang kita dapat tak
seperti yang kita nak kan …
Bila fikir-fikir balik lagi elok lah My pakai jenis tudung sarung tu at least
tak setembam itu… Urghhh~
Pasal bab pakaian dan pelamin plak… Memang My nak kaler
orange, peach and cream/putih… but then… I dunno… bila tengok gambar atas pelamin…
rasa kecewa pun ada sebabnya… baju dan pelamin nampak tak kontra sangat! Pengantin
looks like tenggelam kan … hurm bukan macam dah…
memang tenggelam pun kan …
Ikutkan pelamin tu kaler dia orange.. tapi sebab mak andam dah letak 3 bijik
lampu perhiasan kat belakang pelamin tu kan
makanya pelamin tu nampak sangat terang dan secara tak langsung menenggelamkan
peranan pengantin di situ.. Urghhh…!! Sepatutnya mak andam tu kena pandai main
dengan warna kat belakang tu… mungkin letak kaler putih/cream? Or… urghhh
entahla. My bukan pakar bidang macam ni… yang My tau My nak nampak cantik dan
sempurna pada hari bahagia My…. Tapi nak buat macam mana kan … dah lepas dah… T___T
Bukan mak andam My ni tak bagus… she’s good… But then there
is a few things that matters to me! Kalau masa nikah tu nampak macam tak okay
sangat takpe My bleh terima lagi but then masa bersanding? Uwwaaaaa! Mesti
ramai yang kutuk My tak santek on my Big Day kanz kanz? .... T___T
Somehow….. what else can I say… Bukan apa,sampai sekarang My masih rasa terkilan dan ralat sangat... Bila terkenang-kenang balik moment Big Day, rasa nak bersanding lagi sekali... mission failed. Seyesly!
Ok dah dah. fullstop. Benda dah lepas. T__T
Tak dapat jumpa ramai tetamu penting
FYI, My ni anak perempuan bongsu. So, masa big day tu ramai sangat saudara-mara yang datang dari jauh dan dekat. Yang My terkilan sangat... ramai sangat yang My tak dapat jumpa! Lepas majlis tu My ada review gambar kahwin dari kamera abang My. Tiba-tiba nampak gambar muka sedara mara.... "eh mak tam datang? mak teh datang? alaaa! kenapa diorang tak pegi kat My..."... T__T Sedih terkilan yang teramat... sedara mara dahlah datang semua dari jauh-jauh... Perak.. Penang... Jumpa dah lah susah... dah ada peluang tak dapat plak nak jumpa at least salam peluk cium kannn... sob sob...
My pun satu... patutnya terfikir nak pusing habis kat area canopy tu... n jumpa sedara mara... Ini tidak... My sempat jumpa mana yang My nampak je... Seyes korang... bila jadi pengantin sampai orang pun tak nampak tau. Nak jumpa personally setiap sorang memang tak sempat... tak terlayan... T___T
A bit terkilan ada yang My tak dapat dapat nak jumpa... Alahai~
*******************************************************************
Overall... what can I said... Not so bad... Not so smooth as planned... 'Ok lah...'... nobody perfect right... same as me yang festime kawen ni... hahhaha... Yang penting kami suami isteri dah pun selamat diijabkabulkan... :) and yang penting....kamu dah halal!!!
Syioknyaaaa kawen...... anda yang bujang tu bile lagi??? :D

























4 ,167 orang dah membebel. nak bebel jugak klik sini:
anyway My, selamat pengantin baru:)
berseri2 di hari bhgia.semoga dapat baby comel comel tau:))
wah....meriah gitu =D
byk gak tuko2 baju ekk...
tgk muke, mcm ramlah ram pon ada ^_^ tol tak?
btw smg bahagia dan berkekalan hendaknya...
ader suka dan duka kan,,,
tq berkongsi pengalaman,,,,
risau plak big day lg 2bulan...
yup...memang kdg2 apa yg dirancang xmenjadi..tp jadi yg lain...huhu
tp ape2 pun semua dah selamat n selesai...
wish u bahagia selalu... :)
semuanya cantik!!
Post a Comment