9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, September 4, 2012

Senarai Keperluan Ibu & Kelahiran Bayi | Newborn Checklist

Heyya... Entri kali ini My nak kongsikan senarai keperluan bayi & ibu yang perlu dipersiapkan sebelum kelahiran. Mommies to be kat luar sana pun for sure masing-masing excited terlebey macam My dok sibuk membuat preparation untuk newborn kan? :) 

Senarai keperluan yang My listkan di bawah ni adalah senarai peribadi yang My refer from many websites then My compilekan ikut suka hati. Bolehlah dijadikan reference. Tapi tak semestinya semua nak kena ikut.. Beli ikut keperluan... kalau rasa tak perlu, tak payah beli. Kalau pengalaman pertama kali macam My ni biasalah kalau boleh semua benda nak masuk dalam list.. hehe. 

Jom cekidaut!

  Pakaian:

Bil
Item
Kuantiti
Yes/No
Remark
1
Lampin Bayi/kain bedung
10 pcs


2
Lampin Pakai Buang
2 pek


3
Cloth Diaper
10 pcs


4
Baju tidur
10 pasang


5
Baju lengan pendek seluar panjang
10 pasang


6
Rompers/Bodysuits
10 pasang


7
Barut
10 pcs


8
Sarung tangan & kaki
10 pasang


9
Bibs
3 pcs


10
Topi
3 pcs


11
Pencuci pakaian bayi (ABD Pureen)
1 bottle



  
  Mandian:


Bil
Item
Kuantiti
Yes/No
Remark
1
Bath tub
1 pc


2
Tuala Mandi
2 pcs


3
Tisu basah
3 pek


4
Toilettries (body shampoo)
2 set


5
Minyak telon/yu yee
1 pc


6
Cutton buds
1 pack


7
Changing mat
1 pc


8
Bedak
1 pc


9
Baby Oil
1 pc


10
Krim Cegah Ruam
1 pc


11
Losyen bayi
1 pc


12
Manicure set (sikat, penyepit kuku)
1 set


13
Bekas bedak
1 pc



  
  Penyusuan:    
          
Bil
Item
Kuantiti
Yes/No
Remark
1
Botol saiz kecil
1 pc


2
Botol saiz besar
1 pc


3
Berus pencuci botol
1 set


4
Sabun pencuci botol
1 botol


5
Termos
1 pc


6
Puting
2 pcs


7
Breast pump
1 set


8
Bottle storage
5 pcs


9
Plastic storage
1 pek


10
Cooler Bag
1 pc



  
  Tidur:  
                      
Bil
Item
Kuantiti
Yes/No
Remark
1
Set Tilam
1 set


2
Kelambu
1 pc


3
Selimut
1 pc



  
  Travel:


Bil
Item
Kuantiti
Yes/No
Remark
1
Stroller
1 pc


2
Baby Carrier/Sling
1 pc


3
Car Seat
1 pc


4
Stroller/car seat toys



5
Beg pakaian bayi
1 pc


6
Tilam Travel
1 set



  
  Lain-lain:


Bil
Item
Kuantiti
Yes/No
Remark
1
Penyedut hidung bayi
1 pc


2
Bakul Baju
1 pc


3
Bakul Susu
1 pc


4
Safety Pin
10 pcs


5
Hanger kecil
10 pcs


6
Almari baju bayi
1 pc


7
Sapu tangan bayi
5 pcs


8
Bakul Pakaian
1 pc


  
  Keperluan Ibu:


Bil
Item
Kuantiti
Yes/No
Remark
1
Bengkung
1 pcs


2
Washable Breast pad
6 pcs


3
Nipple cream
1 pc


4
Nipple protector
5 pcs


5
Maternity bra
5 pcs


6
Set Bersalin
1 set


7
Stoking
5 pcs


8
Maternity pad
3 pack


9
Kain Batik
5 pcs


10
Tungku
2 pcs


11
Nursing t-shirt
5 pcs


















Agak-agak terlalu awal ke My nak beli semuanya dalam tempoh kandungan baru nak mencecah 7 bulan ni? Hurm.. tak kot... To be safe, better persiapkan lebih awal. Atau beli sikit-sikit supaya duit tak terasa keluar..:D Plus, My takut kalau-kalau baby dalam perut ni nak keluar lebih awal daripada waktunya.. Bukanlah mintak nak keluar awal.. Who's know kan? Dahlah My ni ada  diabetes... So, berjaga-jaga. Apapun, My harap kelahiran ini dipermudahkan.. n opkos My nak bersalin normal!

Those barang-barang keperluan yang memang diperlukan just after delivery My akan beli dulu. Barang-barang yang tak perlu macam stroller, car seat, etc... Bolehlah beli selepas bersalin nanti.. :)

Till then!

Monday, September 3, 2012

Persiapan Bersalin & Persiapan Bayi will coming soon!

babycenter~
My baby is almost 7 months now. Alhamdulillah.. Alhamdulillah... terlalu pantas masa berlalu... beberapa bulan saja lagi mommy bakal bertemu permata hati dalam tummy ni... can't wait! :) Dulu masa di awal-awal pregnancy rasa terlalu lambat masa berlalu.. asyiklah dok menghitung hari bilalah perut nak membesar, bila lah nak rasa movement baby... his/her kicking... now... i felt all that!!! Subhanallah... indah sungguh ciptaanMu ya Allah.... :')...

Kalau dulu sebelum kawen sibuk dengan maintenance diri sendiri.. nak kawen, sibuk dengan persiapan perkahwinan.. dah kawen plus dengan maintenance suami... bila dah pregnant, sibuk beli baju maternity... haritu persiapan raya pun ala kadar je... Laa ni.... dah nak ada baby... rasa teruja sangat nak buat preparation menyambut kelahirannya nanti.... Seyes! tak sabar sangat dah ni. Setakat ni baru sikit je barang-barang baby yang My dah persiapkan. Haritu nak raya... My lepaskan raya dulu then baru fikir nak sakan mencari kelengkapan bayi... Sekarang ni kalau ada masa lapang kat rumah confirm search online shop yang jual barang-barang baby. Oleh kerana My ni agak susah nak keluar shopping memandangkan sekarang pun tengah busy dengan wedding adik ipar n hasben  pun bekerja on Saturday makanya My beli online mana yang boleh. Yang perlu beli offline My akan beli kalau ada masa nanti... :)

Perasaan nak melahirkan dan menyambut orang baru ni macam-macam ada... Rasa gembira dah tentulah gembira.. berdebar-debar pun ada.. My terfikir.. macam manalah rasanya sakit nak bersalin.. macam manalah rasanya dah ada anak. Mampu ke My pikul tanggungjawab sebagai ibu? Jadi isteri pun belum cukup sempurna.. memasak pun masih tengok buku resipi...-.-... alahai... moga Allah permudahkan proses bersalin dan permudahkan My menguruskan bakal anak yang dilahirkan nanti... InsyaAllah....

So sekarang ni maintenance mommy dan daddy tolak tepi... perlu fikir keperluan bakal anak pula... :) Barang-barang baby sekarang bukan murah.. kadang-kadang satu barang je dah mengalahkan baju orang dewasa... haih~ so, kenalah berjimat-jimat.. n make sure persiapan untuk menyambut anak nanti lengkap... :) haih eksaited sangat.. sekarang ni koje My dok tengok barang-barang baby je lah.. ni dah balik keje, mandi, makan, solat... terus online n cari kedai-kedai online yang jual dengan harga yang berpatutan... banyak jugak yang My jumpa.. Nanti got time My share dengan M2Bies out there okay? :)

See ya! 

Dugaan Tanpa Diduga

Hye readers… bertemu kembali… J Harini hari pertama My masuk kerja setelah seminggu bercuti raya dan seminggu cuti sakit. Sempat datang office Isnin minggu lepas je, setengah hari sebelum dapat MC dan kemudiannya dimasukkan ke wad.  Alhamdulillah.. harini rasanya dah okay cuma sakit-sakit badan tu biasalah kot…

Pagi tadi pergi kerja naik train setelah sekian lama. Bulan puasa haritu sesekali je rasanya naik train. Selebihnya My drive tak pun merempit dengan enchek hasben. This time, enchek hasben dah tak bagi pergi kerja dengan dia gara-gara perut semakin membulat… bahaya katanya. So, My akur dan kembalilah kesetiaan kepada train komuter selepas ini. Nak drive tak larat rasanya nak harung jammed tuh. First day pergi kerja komuter dah buat hal.. perjalanan yang biasanya mengambil masa kurang sejam dan boleh sampai ke office sebelum 8.30 am dah jadi lambat sebab train stuck memanjang. Damn betul… Nama je train baru tapi service tak pernah dan tak akan improve! Sudahnya My sampai office pukul 9.00 am… sedey…! -..-

Banyak benda senanya My nak stori mori… 2-3 hari lately ni macam-macam hal jadi… My bukannya duduk bersenang lenang berehat di rumah ataupun dok melantak gi open house raya yang tak putus-putus. No… Raya untuk My hanyalah minggu pertama yang lepas… Minggu-minggu seterusnya bakal tidak berkesempatan ke open house teman-teman mahupun kenduri kahwin… maaf! L

As I mentioned in previous entry, I have been admitted at Hospital gara-gara demam+muntah-muntah teruk. Penangan raya barangkali.. -.-‘… selepas 2 malam di hospital My hanya sempat berehat di rumah semalaman sebelum continue check up di Klinik hari berikutnya. Malam merdeka tu My dan enchek hasben berkampung di rumah in-law untuk final preparation wedding adik ipar on 1st Sept (last Sat). So, memang takde berehat betul pun. My kat rumah in law pun takdelah berehat sangat tolong-tolong mana yang patut yang mak buyung boleh buat… Enchek hasben? Memang sangat sibuk memandangkan dia antara siblings yang paling boleh diharap untuk uruskan segala benda. My memang tak sempat langsung nak bermanja dengan dia for that 2-3 days tu… Kesian enchek hasben kepenatan. Nasib baiklah My tak jatuh sakit lagi.. kalau tak bertambah-tambahlah tekanan enchek hasben.

On the wedding day tu majlis akad nikah yang sepatutnya berlangsung pagi tu jadi sedikit huru-hara bila my father in-law jatuh sakit. Dia tak sedarkan diri… Lebih memilukan tok kadi tak dapat nak sahkan persetujuan ya atau tidak untuk mewakili bapanya sebagai wali untuk menikahkan adik ipar dan bakal suami. Kakak, adik, abang enchek hasben masing-masing dah kelam kabut… melihatkan keadaan bapak yang tak nampakkan perubahan membuatkan masing-masing menitiskan airmata termasuklah My… alahai bapak…. L

Jiran-jiran, sedara-mara masing-masing sibuk nak masuk bilik tengok keadaan bapak. Tok kadi yang baru dipindahkan ke Masjid Taman berkenaan, di mana majlis pernikahan pada hari tersebut merupakan pengalaman pertamanya di situ turut cemas.. dan masih bertungkus lumus mendapatkan persetujuan si ayah. Tapi bapak masih tak sedarkan diri… dia di antara sedar atau tidak… Kakak enchek hubby dah call ambulans.. enchek hubby pun dah tak keruan… My nampak mata dia berkaca….

Ambulans datang…. Pegawai2 perubatan ke bilik tengok keadaan bapak. Beberapa minit kemudian tok kadi masuk lagi ke bilik bertanyakan si ayah sudah sedar atau belum. Mungkin si ayah dah sedar sebab tok kadi keluar dengan raut wajah menandakan majlis pernikahan dah boleh diteruskan. Enchek hasben bgtau nak ke hospital teman bapak… My tak sedap hati, tarik tangan enchek hasben n bgtau dia… “I teman u pegi hospital k?’…. terus dia tunduk… airmata yang ditahan dari tadi keluar jugak… Ya Allah, kesian sangat tengok keadaan enchek hasben masa tu… My urut-urut belakang dia.. “Janganlah nangis sayang… bapak takde pape tu… dah-dah…”… My n enchek hasben follow ambulans ke hospital hantar bapak lepas tu. Tak sampai hati biarkan enchek hasben sendirian.. dahlah dia tak tidur langsung malam tu. Haih~  Apa yang terjadi dengan majlis akad nikah dan kenduri lepas tu memang kami dah tak ambil peduli. Serahkan semuanya kat abang enchek hasben dengan harapan ianya berjalan lancar sementara kami ke hospital temankan bapak.
Sampai kat hospital terus ke wad kecemasan. Bapak tak makan berat pagi tu… dahlah cucuk insulin sebab kencing manis, lepas tu kurang makan.. tu yang collapse. Ditambah plak dengan kerisauan dia dengan majlis adik ipar. Padahal anak-anak dah pesan kat bapak, jangan fikir apa-apa pun pasal kenduri serahkan semuanya pada anak-anak bapak tayah buat apa-apa. Tapi degil, nak juga dia buat itu buat ini… sudahnya, jatuh sakit. Selepas doc check, pantau, etc… Pukul 2 lebih macam tu kot bapak dibenarkan discharge. Nampak dia dah boleh berjalan dan sihat. Sebelum balik rumah, kami bawa bapak pegi makan.

Balik rumah petang tu majlis masih berlangsung. Tapi My, enchek hasben dah tak fikir apa… Baju cantik yang patut My pakai untuk majlis tu pun masih sempurna tergantung tanpa dipakai. Kakak enchek hasben pun dah takde mood selepas insiden pagi tu. Tapi majlis masih berlangsung… pengantin masih boleh tersenyum bersanding, melayan tetamu… Alhamdulillah semuanya nampak okay even jauh disudut hati masing-masing masih terkejut dengan kejadian pagi tu….

Petang tu My suruh enchek hasben qada’ tidur je. Yang lain-lain tu tolong kemas-kemas apa yang patut. Enchek hasben dah flat sangat tak berehat sejak semalamnya. Malam tu, sebelum pukul 10pm dah selesai kemas apa yang patut kami balik rumah. Plan esoknya enchek hasben nak ke rumah in law lagi settlekan barang-barang yang belum settle.

Pagi Subuh Ahad semalam, My terjaga bila handphone enchek hasben berbunyi.. Adik ipar call. Dah rasa tak sedap hati cepat-cepat My kejut enchek hasben. Tepat tekaan My… father in law sakit lagi. Allahuakbar dugaan apakah ini. Adik ipar kata dah call ambulans. Enchek hasben yang terlalu kepenatan sambung tidur lepas subuh tu, sementara serahkan kat adik-badik lain uruskan bapak. Sebelum tengahari tu baru enchek hasben gerak ke hospital. My duduk rumah je lah, memang dah tak larat sangat nak ke mana-mana. Tak lama lepas tu, dia call bgtau bapak kena tahan wad.. tahap gula dah kritikal rendahnya. Hurm, eloklah berehat di wad boleh doc pantau mana-mana yang patut.

Hurm…. Macam-macam hal. Yang paling My kesian kat enchek hasben lah. Penat tak hilang lagi. Dahlah dah banyak hari dia ambil cuti kerja lately ni… haih~ Coming Saturday ni kami nak gerak ke Kedah plak… wedding adik ipar sebelah pengantin lelaki. Nampaknya Mak n bapak mungkin tak dapat turut serta lah gamaknya. Better. Biarlah bapak berehat je kat sini. Semoga bapak cepat sembuh…

Lepas satu… satu… lepas ni apa pulak? Ya Allah permudahkanlah urusanku dan suamiku….. L

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers