9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, April 3, 2015

[Throwback] Gathering Gojes Blogger Supermom & Babies selepas Seabad?

Hamboi ko… kalah busy pak menteri dah berminggu2 baru nak hapdet haha. Actually gathering ni was on 14th March yang lepas. Hew hew hew… baru terhegeh2 ai nak hapdet kannnzzz…

Gojes Blogger Supermom and Baby adalah group blogger yang terdiri daripada mak2, mama2, ibu2, dan mommy2 sahaja and of course lah yang dah beranak haha. Aku pun tak sure bila group ni ditubuhkan malah founder dia pun aku tatao (ok dah tahu. ciknaa!!! haha) haha sebab aku join pun lewat sikit dalam pertengahan 2013. As for now group ni masih kekal aktif di our secret group di fb. So usually kitorang selalu share pasal family, pasal laki, pasal anak2, anything yang bleh comfort, give pendapat, etc... so boleh kata group ni penyelesai masalah atau pendengar setia untuk kami2 yang bergelar emak ni hehehe. 

Last gath dengan diorang rasanya nak dekat 2 tahun yang lepas haha masa tu Dhia pun tak reti jalan lagi. Boleh tengok entry ni --> Throwback. Punyalah busy mak2 ni kan baru la ni dapat gath lagi. Ngeee~


Oh anyway ni kali pertama aku beranikan diri driving with my 2 anak syurga. Fuhhh perjalanan about 40 minutes jugak but Alhamdulillah i’ve passed! Adik ketiduran separuh perjalanan while kakak behave sangat kat seat belakang. Sampai2 parking penuh aku cuba buat pusingan lagi sekali dengan doa ‘ya Allah tlglah berikan aku parking’… MasyaAllah… zass terus Allah makbulkan lepas satu lagi pusingan ada orang keluar parking.. n the parking was under the tree! Syukur Alhamdulillah…


Antara mak2 gojes blogger yang datang haritu:

Aien from

Boleh tak aku tatao link yang lain2 tu hahaha.. nanti later i tepek ye. jgn maraaaa... :P 

Makanan pagi tu semua lazat-lazat belaka mau nye tak yang datang ni ada tokey lasagna, ada tokey kek, pavlova, haih apa lagi menjamu sakan lah semua haha. 



Kek yang super sedap ini didatangkan khas oleh Achiek Anis. Ada lagi satu Kek Leleh yang dah lama aku idam nak order akhirnya dapat jugak. Tapi lupa nak snap gambar hehehe.. Sape2 area Putrajaya boleh contact Anis beli kek hokayyy 



Pavlova Super ohsem daripada Cik Puan Rara kita! sedap sangat nih haritu sempat makan satu je. Lupa nak cilok bawa balik 4 5 ketoi sob sob!



Lasagna yang Super Lazat daripada Kak Amy, dah beberapa kali aku repeat order memandangkan ofis kami tak jauh haha... Sapa2 area Batu Caves/ Sri Gombak boleh roger2 Kak Amy untuk order ye. Selain lasagna beliau juga sedia menerima tempahan Baked Pasta Cheese dan Puding Roti Epal + Sos Kastad yang super sedap jugak!


dan ini adalah lasagna yang baru aku order 2 3 hari lepas hahahaha.. nyum nyum nyum


... gambar-gambar selebihnya, aktiviti menjemah heheh.





Rara jual shawl! haha


Dhia pun seronok dapat jumpa kawan-kawan. Mula2 tu dia agak diam n segan nak bergaul tapi lama-lama mami pun dia tak ingat dah haha. Tapi mami tak bleh la lepa kang mana2 menghilang maklumlah jadi single mother sekejap so kena control dua2 anak sekaligus huuu nasib baik adik behave sangat hehe






ehem ehem



haih la anak... habis org punya.. -.-
Tengah-tengah menjemah boleh plak geng2 Horlicks ni bagi sample horlick perisa baru FREE kat kitrang. Tak cukup bagi free dia datang lagi bawa mendatang ni suh bergambar haha.. agaknya nampak group kitorg paling havoc haritu menjemah kann.. kalau diorang tau kami ni blogger mesti dah mintak review skali hahaa. Orang dah suruh posing ape lagiiii haha

ko dah kenapa tak reti cover gelak tu My oiiiii



Dan akhirnya.... Group Photo! hehe



gambar papa2 gojes aku malas nak tepek sebab takde gambar laki haku hahaha

Nak balik tengahari tu si adik meragam. Mana tak tak tidur dari pagi mengamuk la die hehe.. Sebelum gerak bf die dlu... pertengahan jalan adik mengamuk lagi lapar agaknya.. benti kejap dekat petronas bf adik while kakak kat belakang behave macam sebelumnya. 









Dan akhirnya dua2 tertidur kepenatan hehe. Thanks anak2 mommy sebab behave dengan mommy haritu i love u so much bebeh!!!

So next gath??? kat mana plak gojes? hehehehee

Friday, February 27, 2015

Campak Belakang

Campak Belakang = Throwback. boleh gitew? hehehe

ohoiiii kenapalah mood nak menaip ni malas sangat tahap gaban? Walhal banyakkkk sangat benda nak story mory. Now bila ada masa nak menulis dah lupa dah apa yang nak di story mory kan tuh.. -..-

Cuti Chinese New Year - Balik Segamat jenguk Mak

Baru abes cuti CNY 4 hari baru2 ni. Alhamdulillah dapat balik kampung jenguk mak. Dhia pun suka betul jumpa nenek.. jumpe sepupu.. maen 24jam. tido pun kena paksa hehe. ko tengok lps cuti CNY baru haku cuba amik mood tulih post padahal sblm ni ada cuti Thaipusam taknak plak ko up 2 3 post kan hehe..



Cuti CNY lepak kat kampung mak je. tak kemana pun melainkan ke bandar jalan2 window soping sket. selebihnya banyak habiskan masa di rumah. Balik KL pagi Ahad, Alhamdulillah selamat dari jem. tengahari sebelum zohor dah sampai rumah aku dgr kawan2 ramai sangkut jem yang gerak lewat hehe.



Dhia kena HFMD

























Lepas cuti 4 hari Hari Wilayah + Thaipusam haritu Dhia tiba2 naik bintik2 kat kaki tangan masa kat rumah pengasuh. Pengasuh wassap gambar bgtau dia ingat kena chicken pox. Aku tak saspek CP sebab dhia kan dah pernah kena masa umur setahun lebih. Ah sudah risau btol masa tu. Habis keje cepat2 balik, bawa klinik doc kata HFMD. Tak puas hati esoknya aku bawa lagi jumpa PAED kat KPJ. Sah HFMD. Tapi tak lah teruk. Sebab biase kalau anak kawan-kawan kena kebanyakannya teruk sampai anak taknak makan tapi Dhia Alhamdulillah takdelah tak makan langsung. Susu pun dia minum macam biasa. bintik2 pun tak teruk sangat. kurang seminggu je dia kena. Kitorang sapu ubat yang PAED bagi. Kuss semangat macam2 hal.

Cameron Highland








Aku saspek Dhia kena HFMD masa dekat Cameron Highland. Saje lah cuti Hari Wilayah tu tak kemana kan so kitorang naik CH satu malam saje bawa anak2 jalan. Aku teringat Dhia ada main kat satu tempat ni ada banyak mainan gerak2 tu, kan ramai budak2 kat situ so possibility berjangkit masa tu lah kot. Takpelah benda nak jadi. Lagipun tak teruk, dah sehat n aktif macam biasa pun hehe




Alkisah pergi Cameron jalan-jalan. Rasanya ni lah first family outing kitorang. Hanya kami berempat. Dulu masa bertiga tak pernah ke mana2 rasanya melainkan bercuti sama2 dengan family lain. So rasa seronok lah jugak walaupun satu malam je kat sana hehe. 


Turun dari CH sorang2 anak mami demam huhuhuhu....
dah tu je aku nk citer.

sbb ak takde idea. layan je la pic yg x seberapa ngeh3

okbai.. hahaha


Thursday, February 5, 2015

Adik, Kakak demam!!

Senanya, banyak benda aku nak share kat sini tapi 24 jam masa bagi aku sekarang ibarat 24 saat. haru tak.. T__T

Lepas cuti Federal Day + Thaipusam 2 3 hari lepas aku sambung EL semalam sebab adik tiba-tiba badan panas. takkan aku nak tinggal gi keje kan? on off panas nya aku pun tatao lah kenapa. Bila gi klinik tak demam, kat rumah demam suhu 38+. bila peluk dia pun boleh rasa panas lain macam. aku gabra sebab dhia dulu tak pernah demam masa kecik-kecik. 9 bulan baru dia festime demam.


petang semalam, BS wassap aku bgtau Dhia dah mula dedar. Aku mg hantar dia ke BS lah dah adik tak sihat kang susah plak aku nak handle dua2 kan. malam tadi memang panas badan dia sampai suhu 39+. Nak suh makan ubat kemahen susah.. nak jerlum air pun dia marah. 

Pagi tadi dua-dua dah kebah. Aku yang berbelah bahagi akhirnya decide untuk pergi keje, bersiap koboi masa jam dah pukul 7+ (biasa aku bangun start bersiap pukul 5 pagi). 

ni dalam pukul 3ptg tadi BS wassap suruh call. ah sudah aku dah dup dap dup dap. Bila call dia kata kaki dhia naik bintik2 macam nak kena chicken pox, kepala danish pun naik bintik2. Aku kata dhia dah penah kena masa umur setahun lebih. takkan kot? Aku suh amik gambar agak banyak jugaklah kat kaki dia. Adik punya kepala pun bintik2 ah sudah. kenapa?


Aku sekarang fikir 3 benda je... ruam biasa sebab panas (tapi dah lama kat rumah BS memang panas pun takde naik bintik macam ni), HFMD... adoii takkan kot? atau denggi??????? Ya Allah risau aku dibuatnya! duk wassap2 dengan ben tadi dia kata nak balik dulu tapi alang2 nak tunggu asar... dah alang2 asar masuk lewat tunggu lah kejap abes waktu keje.

sambil2 aku duk gugel tanda2 HFMD and denggi. Dah berkira2 untuk ke klinik n hospital malam ni. Tengok keadaan anak2 macam mana.

Ya Allah... sembuhkanlah anak-anakku. jauhkanlah anak2 ku dari segala penyakit Ya Allah....

risau ko!!!! T____T


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers