9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Wednesday, September 16, 2015

Alami Pengalaman Sambutan Bulan PLAY-DOH® Yang Julung Kali Diadakan!

Kepelbagaian Komuniti Malaysia memberi inspirasi kepada anak anda untuk mencipta ukiran PLAY-DOH® terbaik, yang akan juga menjadi sebahagian dari cubaan memasuki The Malaysia Book of Records!

Kuala Lumpur, 14 September 2015: Imaginasi sihat memainkan peranan penting dalam pembelajaran kanak-kanak. Selama lebih 50 tahun, PLAY-DOH® telah memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk bermain, mencipta, eksperimen dan mengukir ciptaan unik tersendiri. 

Ini menjadikan Bulan PLAY-DOH® yang julung kali diadakan suatu berita yang amat menerujakan!

Bermula 21 ke 27 September di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama, kanak-kanak dan orang dewasa berpeluang menghasilkan karya terbaik mereka  berilhamkan Malaysia dari PLAY-DOH® – menurut apa sahaja yang dipilih, samada ukiran, nombor ataupun huruf.  

Semasa anda mencipta yang baharu atau mencipta semula yang sedia ada, anda turut berpeluang menyertai cubaan The Malaysia Book of Records untuk mencapai rekod hasil ukiran PLAY-DOH® paling banyak dalam satu hari pada 26 September (Sabtu). Kejayaan cubaan ini akan menyaksikan rekaan PLAY-DOH® anda dipamerkan untuk tontonan semua rakyat Malaysia, dan di mana ukiran paling kreatif akan memenangi hadiah PLAY-DOH® yang menarik!

Dengan PLAY-DOH®, imaginasi anda tiada hadnya. Anda juga boleh bekerjasama dalam pasukan atau secara sekeluarga untuk berkongsi idea mencipta sesuatu yang istimewa. PLAY-DOH® merupakan alat yang hebat untuk menggalakkan pembelajaran dan eksperimen– melalui pembelajaran secara terus-menerus, permainan tersusun dan galakan berterusan, kanak-kanak dapat belajar pelbagai kemahiran seperti mengenal bentuk, warna, mempelajari cara mencampurkan warna dan juga belajar kemahiran bersosial dan intelektual seperti kerjasama dan penyelesaian masalah.   

Anda dan anak anda boleh mula “Membina Komuniti Ceria” dengan tip berikut:
Langkah 1: Bekerjasama sebagai pasukan bersama anak anda untuk membayangkan apa yang dapat mewakili Malaysia dengan paling tepat dan positif. Anda boleh melakarkan idea tersebut menggunakan pen penanda berwarna-warni, pensil warna atau krayon.  
Langkah 2: Jelmakan idea menggunakan bahan PLAY-DOH®. Lakukan eksperimen dan beri galakan sesama sendiri semasa melakukannya. Anda boleh menggabungkan warna yang berlainan dan mencampurkannya dengan jari anda hingga ia menjadi warna lain dan gunakan bahan dalam rumah untuk menekan dan membuat pelbagai bentuk dengan bahan tersebut.
Langkah 3: Perhatikan sewaktu anda dan anak anda merubah reka bentuk hambar kepada karya 3D berwarna terbaik berilhamkan Malaysia!  

Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang Bulan PLAY-DOH®, sila layari laman web PLAY-DOH®: www.playdoh.com.
# # #

Disiarkan bagi pihak Hasbro Malaysia oleh IN.DEED Communications
Untuk pertanyaan media sahaja, sila hubungi
Sarah Lim, +6016-6574446 / sarah@indeedcommunications.com  

Happy Birthday Malaysia!

Minggu yang pack. Kat ofis dari pagi ke petang meeting.. 2 hari semalam keluar ofis lambat dan sampai rumah pun dah gelap. sobs.. 2 hari esok akan ada meeting lagi and ada beberapa kerja perlu diselesaikan. dah lama tak rasa sesibuk ni. pfffft~

Alhamdulillah... cuti Hari Malaysia harini dapat bernafas sikit, walaupun kat luar jerebu tak baik2 lagi. hehe.
hari malaysia
tq google
masa yang singkat ni moh lah kita golek2 dengan anak-anak sorga kesayangan. Kesian anak2 ambil haritu dah malam. Kalau laki aku pun banyak kerja dua2 lah balik lambat. Macam Isnin haritu lepas maghrib baru aku sampai, laki aku tak balik lagi Dhia dah tunggu depan pintu rumah bs huhu. Semalam nasib laki dapat balik awal sikit so dia ambil Dhia Danish dulu. pukul 6 lebih keluar opis, 8.30pm baru aku sampai rumah. sobs

Dhia aku balik je... "mami dah balik? Dhia tak nangis kat rumah ibu..." selalu sangat lately dia cakap macam tu, bagitau yang dia okay untuk tinggal kat rumah ibu dan dah tak nangis2 lagi macam sebelum2 ni. mami pun respond... "good girl.. macam tu la anak mami.. "... Tak sampai hati senanya hari2 terpaksa tinggalkan dengan orang sehari suntuk. Lagi2 Dhia dah petah and faham. huuuuu...

Dah2 tamo cakap pasal isu berbangkit nih. eh? haha. maybe it's the time to do 'something'... xpela, istikharah dulu... semoga Allah tunjukkan jalan... Amin..

Dah jom kemas2 rumah sket sementara anak2 sorga tido lagi. Harini ada project nak bagi kat Dhia hehe...

oh. Happy Birthday Malaysia! I'm proud to be Malaysian! Happy holiday uols! ke mana harini? hehe kurangkan aktiviti luar hokay udara tak sihat ni.. :)

Till then! 

 

Friday, September 11, 2015

Jerebu Teruk di Kuala Lumpur

Ya Allah sesaknya rasa dada ni bile keluar opis.. bad haze!!



Rasanya bukan KL je yang jerebu teruk sekarang kan. Seluruh lembah klang pun mengalaminya. Husband yang keje outdoor area Klang pn cakap jerebu teruk.

Just nak pesan kat uols jaga kesihatan okay. Kalau boleh kurangkan aktiviti2 luar especially yang ada anak2 kecik macam aku ni.. bahaya boleh memudaratkan kesihatan..

Aku pun rasa pening2 lalat je nih duk sedut jerebu tebal ni pfffttt~



Ujian Allah kan. Yelah Allah nk bg ujian tak perlu nak tunggu gempa ke tsunami ke.. bagi jerebu ke banjir ke dah cukup. Allahu... insap sekejap.

Take care tau korang!! Harap2 jerebu ni hilang la cepat... nak bawa anak2 taklah risau sangat.. huhu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers