Salam Jumaat yu ols…
Biasanya kalau hari Jumaat My
gumbira sebabnya penghujung hari dalam 5 hari bekerja. Tapi Jumaat kali ini
agak tidak bermakna. Mana taknya, lepas kerja nanti around 5pm My akan terus ke
Janda Baik, Pahang kerana perlu mengikuti teambuilding yang boss dah arrangekan
selama 3 hari 2 malam. Semua staff kena pergi. Sob sob… Musnah weekend
pertamaku sebagai isteri di rumah… Nak buek camno… demi tanggungjawab…T__T
Kalau dulu belum kawen bila nak
ke mana-mana tinggalkan boipren a.k.a enchek tunang rasa sedih jugak… tapi tak
lah rasa sesuram selepas kawen ni.. sehari rasanya macam 100 tahun lamanya… Camne
makan pakai dia.. tidur dia.. uwwwaaaa… takde bantal polok la My tidur 2 malam
akan datang ni…T__T Baru nak biasakan diri hidup sebagai suami isteri dah plak
kena berpisah… adeh~
Citer pasal kawen.. nak tau tak,
sampai la ni My rasa tak percaya yang My dah kawen. Even pergi kerja ni pun tak
rasa pergi sebagai isteri.. rasa macam masih bujang…rasa macam masih
budak-budak even hakikatnya My dah besar panjang… fizikal je tak
panjang-panjang mengembang ado…-.-’ Masa mula-mula kawen haritu adik badik My
siap cakap lagi ‘btol ke adik kita ni dah kawen.. rasa macam dia kecit lagi’
hehe… Entahlah…
Sape cakap kawen ni benda senang…
Masa bercinta.. bertunang memang fikir nak kawen cepat je… Bila dah kawen..
nah! Rasakan… Lebih hebat daripada bercinta mahupun bertunang… My tak menyesal
tapi adakalanya tertanya-tanya… ‘kahwin secepat ini.. betulkan tindakan aku? Bersediakah
aku?’… Nak kata cepat idaklah cepat… kami bercinta dah bertahun… bertunang dah
setahun… so… memang tiba masanya kami dirikan masjid kan ?
‘Kahwin bukan benda senang’
maksud My… perbezaan dari segi tanggungjawab.. peranan… dulu time bercinta,
bertunang.. gasak kaulah nak jadi lagu mana pun… dah kahwin.. dah jadi isteri… banyak
perkara kita perlu jaga… tanggungjawab yang perlu kita pikul… setiap perbuatan
dan tingkah laku yang kita lakukan… ke nerakah kah.. ke syurgakah seorang perempuan
terletak pada kewajipannya sebagai seorang isteri… (sekiranya telah berkahwin)…
Nak dapat dosa senang-senang je Allah bagi… kau tinggikan suara kat laki kau…
nah! Dosa kau dapat. Kau buat muka dengan suami kau.. nah! Dosa kau dapat…
MasyaAllah…
Lepas selesai majlis kahwin kat
rumah enchek suami haritu… My ada sms mak.. ucap terima kasih dan minta dia
doakan kami… Mak balas… dia pesan pada My.. jaga diri.. buang sifat cepat
melenting.. cepat marah… Sayunya My baca sms mak masa tu… Ye, My tak nafikan My
jenis mudah marah bila sakit hati tentang sesuatu. Atau kata kasarnya mungkin
My ni jenis panas baran… Entah sejak bila My ada penyakit tu My pun tak sedar…
Dan My akui… masa bercinta,
bertunang… kadang-kadang perkara remeh pun My mudah terasa hati.. lepas tu
marah, melenting tak tentu pasal. Enchek tunang banyak sangat mengalah dengan
My… dia banyak bersabar dengan My… Ego My tinggi…. Bayangkanlah sekarang
sebagai isteri.. kalau My tak buang sifat syaitan ni bape banyak dosa yang My
akan kumpul? Nau’zubillah…. Sepanjang lebih 2 minggu bergelar isteri ada juga
My buat perangai dengan enchek suami… Ada
juga My merajuk, marah kerana perkara kecil. Bila perasaan tu dah reda My
menyesal tak sudah… My sedar My dah jadi isteri orang… My kena buang sikap
macam tu. Bila sedar, My mintak maaf pada enchek suami… My mintak kat dia supaya
faham My.. dan bagi My masa untuk biasakan diri… bagi My masa ubah diri untuk
dia… Bagi My masa untuk My tempatkan diri My sebagai ISTERI… InsyaAllah…
Apa jua yang fikirkan sekarang…
My dah pun jadi isteri yang sah kepada suami My… My redha… dan My bersyukur
atas hubungan yang Allah takdirkan ini… Thanks Allah… My harap, My mampu jadi
seorang isteri yang baik, yang solehah.. yang mampu menjaga dan membawa nama
suami dengan baik… Amin…..
Haaaa… korang ingat kawen ni
sonang???? Persiapkan diri lahiriah, batiniah dulu sebelum kawen oke! J
InsyaAllah perkahwinan yang dibina akan bahagia… aman makmur sampai akhir hayat…
alaaa gado-gado sayang kadang-kadang tu takpelahhhh… mematangkan kita… kan kanzz… eceh cakap
macam dah lama kawen jekkk… tetttttttt
Till then! J




