Hi readers. Owh dah few days tak hapdet belog.
Nampaknya dah nampak tanda-tanda kemalasan di situ. Adakah belog ini bakal
bersawang soon? Will see…. :(
Anyway… last week 3 hari Baby Sitter cuti ‘bekerja’.
Kena potong gaji ni! Selasa till Khamis. My cuti on that Tuesday, esoknya Rabu
enchek hasben pulak cuti jaga Dhia. Ikutkan hati mahu saja My cuti seminggu tu
tapi memikirkan kedatangan yang semakin merosot dek kerana MC due to chicken
pox before, My terpaksa lupakan. Yelah, biarkan hubby jaga. Owhhhh susah nak
percaya dia perfectly boleh jaga at this moment. Itupun dia bawa Dhia gi rumah
MIL. Katanya, at least ada ‘back up’. Mahu nye tidak kang ada plak si Dhia yang
jaga Daddy.. -..- Lagipun I know my enchek hasben mesti gabra kalau Dhia
menangis n dia tak dapat pujuk hihi. Apapun, Thanks sayang sebab replace me for
the second day. Third day? Terpaksa gak mintak tolong MIL jaga. Mintak tolong
SIL jaga sekali coz MIL bukannya larat sangat nak dukung n melayan si kecit tu.
Bayangkanlah 3 hari tu rasa macam hape je. Yelah,
kami mana ada sape-sape nak mintak tolong bila jadi perkara macam tu. Memang serabut
fikir sape nak jaga Dhia.. Nak keje ke tak.. bla bla bla n bla… Nak harapkan
MIL memang kena fikir 10 kali. Itupun pilihan terakhir kalau dah terdesak
sangat. Otherwise… memang kami buntu. Bila BS sms bagitahu tak dapat jaga for
the next 2 days tu alahai… tersepit antara kerja dan anak. Kesian Dhia.. di
usung ke sana ke mari… Thanks Allah that 3 days berakhir sudah. On Friday baru
BS betul-betul sihat. Hurm….
Bertambah-tambah lagi dugaan bila susu badan untuk
Dhia seakan merudum. Sedia maklum My memang dah kehabisan stok ebm. Dhia pulak
susah nak DF jadi hasil pumping memang untuk dia minum n bekalan kat rumah BS. Setiap
kali pump hanya mampu cecah 3oz. Itupun kadang-kadang berhempas pulas sambung
buat marmet semata-mata nak cukupkan level 3oz tu. Ya Allah tolong jangan duga
aku macam ni! Apapun still bersyukur sebab masih boleh bekalkan susu untuk Dhia
di rumah BS walaupun ‘pump hari ini untuk stok esok hari’….
Dhia plak sekarang macam dah tak cukup sekali minum
3oz.. sebab dia dah kerap menyusu. Biasanya 3-4 jam sekali tapi sekarang adakalanya
tak sampai 2 jam dah nak susu lagi. Haritu pun kat rumah BS habis 7 botol.
Biasanya Dhia minum cuma 5-6 botol saja. Nasib baiklah My bekalkan 8 botol kat
BS. Ok. Nampaknya My dah kena tambah jumlah penyusuan untuk Dhia… 3.5 oz.. 4 oz
mungkin? Fuhhh cabaran sungguh.
Lepas ni kenalah bertungkus lumus supaya susu badan
ni produce more untuk keperluan Dhia… Apa lagi My nak buat ye? Mungkin My a bit
stress lately ni kot. Dengan MC nye, hal BS lagi… supplemen pun asyik skip je.
Jadual pumping memang My buat every 2/3 hours. Cuma sekarang ni kena rajin buat
power pumping plak bila susu merudum ni. Supplemen kena maintain ambil. ESP & Alfalfa Shaklee memang help me lots
tapi kalau tak konsisten tak guna gak kan. Ok My pls rajinkan diri untuk anak
anda!
Mommies out there… kalau ada tips untuk banyakkan
susu badan ni share pls… I hate formula milk… rasa kejam sangat bila terpaksa
bagi anak susu lembu… L
susu badan ni hak anak yang harus kita jaga.. yang harus kita berikan pada empunya…
InsyaAllah… masih ada lagi rezeki untuk Dhia… Sekurang-kurang My perlu bertahan
sehingga Dhia dah boleh makan solid food nanti… sebab bila dia dah start makan
mungkin jumlah penyusuannya akan berkurang, right?
Ya Allah permudahkanlah perjalanan penyusuanku ya
Allah.. izinkanlah aku untuk terus menyusukan anakku sehingga umurnya 2 tahun+
seperti mana yang telah kau syariatkan… Amin….!
Pengedar Sah Shaklee anda:
Maizatul Akma
Member ID: 931432
sms/whatsapp: 019 336 4122
Email: mythegreat87@yahoo.com
Hubungi saya dan dapatkan suplemen kesihatan anda hari ini! Konsultasi percuma… =)




2 comments:
My...
About susu formula dan susu ibu...
Jgn salahkan kedua2 yer ye...
Sbb ju adalah salah seorang ibu mcm my dulu...bermacam2 mkn ubat utk tambahkan susu...bermacam2 ikhtiar pumping siang malam nk moderate susu lagi dan lagi...tp rezeki Qaiser x sampai dear...ada rezekinya pernah minum tp itulah rezekinya...so ju pernah jadi mcm my pernah benci tgk susu formula....susah nk ckp cm ne benci yer ju...tp nk tgk anak sihat ju redhakan anak minum susu formula...mengalir air mata ibu tatkala lihat anak sendiri x dpt minum susu ibunya...ju stresssssssssss....tp berkat sokongan suami dan keluarga, susu formula lah juga turut menyihatkan anak ju mommy dhia...percayalah...kita dah ikhtiar...Allah tahu niat kita mama dhia...yg ptg anak dpn mata kita sihat...itu cukup mengembirakan...jgn putus asa...dan jgn benci susu formula...akhirnya ia penyelamat ibu2 seperti kita...nih nasihat ju
akak alhamdulillah production susu masih lumayan.. setiap kali pam mesti dpt 6 oz.. sehari biasa 2-3 kali pump.. mmg simpan utk stok dan menyusu hari2.. kan akak dah kata my cuba VCO tu.. bkn nak kata supplement shaklee tu tak bagus tapi biasanya bila yg minum ni kita jarang konsisten.. sama mcm kita minum air kosonglah, tak konsisten minum 8 liter sehari kan? so kalau pil ni senang, kita cuma telan je.. dah mmg akak berani ckp VCO tu adalah milk booster yg terbaik! itu pendapat akaklah.. hehehee
Post a Comment